You are on page 1of 1

3.

0 Lokasi

Premis The Bread House terletak di kawasan Parit Jambul iaitu di kawasan Parit Raja.
Bagi memastikan kesegaran produk, premis dibuka berdekatan dengan pembekal bahan-
bahan mentah. Selain daripada itu, premis Bread House juga terletak berdekatan dengan
kawasan pendidikan seperti UTHM dan kilang. Daerah Batu Pahat, Johor telah dijadikan
kawasan tumpuan dalam pemasaran produk-produk keluaran Bread House S/B. Hal ini
kerana, semua produk Bread House beroperasi dan berpusat di Parit Raja, Johor dan
penjualannya hanya dilakukan di kawasan yang berdekatan bagi menjaga dan mengekalkan
kesegaran produk. Buat masa ini, penggunaan bahan pengawet tidak diamalkan dalam
pembikinan produk, justeru penjualan ke kawasan yang lebih jauh adalah tidak digalakkan.
Antara kumpulan pengguna dari segi geografi yang disasarkan adalah seperti penduduk Batu
Pahat dan Parit Raja.

Segmen demografi jenis B2B adalah sesuai dipraktikkan dalam pemasaran produk
Bread House kerana ianya merangkumi saiz kumpulan pengguna, peranan dan masa.
Persekitaran yang terdiri daripada kawasan pendidikan seperti Universiti Tun Hussein Onn
dan industri seperti kilang-kilang berdekatan telah membuka peluang bagi menyasarkan saiz
kumpulan pengguna yang besar pada waktu-waktu yang tertentu. Kebanyakan pelajar dan
pekerja kilang terutamanya sering bergerak dalam kumpulan dan ianya merupakan peluang
keemasan untuk memasarkan produk jualan dalam kuantiti yang lebih banyak.

You might also like