You are on page 1of 41

1.

1 Analisis Pasaran
1.2 Pengenalan

Kotler (2014) mendefinisikan pemasaran sebagai sains dan seni meneroka,


mencipta dan memberikan nilai untuk memenuhi keperluan pasaran sasaran
dengan keuntungan. Pemasaran boleh ditakrifkan sebagai keperluan dan
kehendak yang memuaskan melalui proses pertukaran. Selain itu, pemasaran juga
boleh ditakrifkan sebagai konsep perancangan dan pelaksanaan, penetapan harga,
promosi dan penyebaran idea, barangan dan perkhidmatan untuk mewujudkan
pertukaran yang dapat memenuhi objektif individu dan sesebuah organisasi.
Pemasaran adalah salah satu bahagian yang paling penting dalam
menjalankan perniagaan kerana tanpa pelan pemasaran yang sesuai, perniagaan
tidak boleh mencapai matlamat dan sumber seperti wang, tenaga dan masa akan
terbazir. Seorang usahawan perlulah memahami pelanggan sasaran dari segi
keperluan, kehendak dan permintaan dengan melaksanakan strategi pemasaran
agar perniagaan yang dijalankan dapat membangunkan produk atau
perkhidmatan yang mempunyai nilai kepada pelanggan.
Konsep elemen yang perlu ada pada strategi pemasaran adalah bergantung
kepada keperluan, kemahuan, permintaan, nilai dan harga yang terdapat pada
produk atau perkhidmatan yang dijalankan. Keperluan merujuk kepada perasaan
seseorang yang berada dalam keadaan serba kekurangan yang sangat
memerlukan produk tersebut untuk meneruskan hidup. Kemahuan merujuk
kepada keinginan pelanggan melebihi keperluan asas dimana ianya
mempengaruhi beberapa faktor seperti psikografi, demografi, ekonomi dan faktor
budaya.
Permintaan pula merujuk kepada keperluan dan keinginan yang boleh
diterjemahkan ke dalam pembelian sebenar oleh pelanggan kerana mereka
mampu membelinya dan sanggup membayarnya sekiranya harga tersebut sangat
mahal. Selain itu, nilai merupakan faedah atau manfaat yang akan diterima oleh
seorang usahawan apabila pelanggan-pelanggan mereka sanggup membeli
produk atau perkhidmatan yang dijalankan. Di samping itu, harga merupakan
elemen terpenting dalam menjalankan perniagaan. Hal ini kerana, pelanggan
akan mudah dipujuk untuk membeli sesuatu produk sekiranya produk tersebut
memberi manfaat kepada mereka.
Bagi perniagaan yang dijalankan oleh Bread House Sdn.Bhd sendiri, pihak
kami memperkenalkan produk baru yang belum pernah dihasilkan sebelum ini
iaitu roti yang berkonsepkan sayur-sayuran, dimana terdapat pengurangan
pengambilan sayur-sayuran dalam diet harian masyarakat kini. Secara
statistiknya roti merupakan makanan yang boleh diambil pada bila-bila masa
sahaja seperti pada waktu sarapan pagi, petang dan juga malam bagi
mengenyangkan perut sebelum makan makanan berat seperti nasi. Produk roti
yang dihasilkan oleh Bread House sendiri sangat berbeza berbanding dengan roti
yang sedia ada kerana mempunyai pelbagai jenis ‘topping’ yang berperisa seperti
sayur-sayuran, buah-buahan dan juga berlauk. Hal ini dapat memberi pilihan
yang banyak kepada pelanggan untuk merasai roti itu sendiri dari buatan Bread
House Sdn. Bhd.

1.3 Penerangan Produk

Berteraskan gaya pemakanan yang sihat, Bread House Sdn. Bhd. telah
mengeluarkan roti yang berkonsepkan sayur-sayuran dengan tahap keenakan
yang maksima. Kekurangan pengambilan sayur-sayuran dalam diet harian
masyarakat kini menjadi antara faktor kepada mudah dijangkiti pelbagai penyakit
dan meningkatkan risiko masalah kesihatan. Oleh yang demikian, bagi
memastikan tahap kesihatan yang baik tanpa perlu mengurangkan pengambilan
hidangan harian, Bread House menyediakan roti dan pastry hasil daripada satu
ramuan doh istimewa yang dipenuhi pelbagai kebaikan sayuran seperti nutrien
kalium, serat, folat, vitamin A, E and C.
Rajah 1.2.1 : Adunan doh asas Rajah 1.2.2 : Sayur-sayuran
yang digunakan

Rajah 1.2.1 dan 1.2.2 menunjukkan bahawa setiap doh roti yang dihasilkan di
Bread House akan dicampurkan dengan ramuan istimewa iaitu pelbagai jenis
sayuran segar dan menyihatkan.

Roti yang dikeluarkan oleh Bread House terdiri daripada tiga jenis iaitu
original, ‘fillings’ dan ‘topping’. Original merupakan perisa asal Bread House
iaitu doh roti yang dicampurkan dengan sayur-sayuran dan menghasilkan rasa
yang enak dan menyelerakan. ‘Fillings’ pula merujuk kepada roti yang
mengandungi sayur-sayuran di dalam adunan doh malah sebagai isi roti itu
sendiri. Seterusnya, ‘topping’ adalah roti yang menggunakan doh original tetapi
dihisasi pelbagai perisa yang menarik di atasnya sama ada sayur-sayuran, buah-
buahan ataupun berlauk.

Rajah 1.2.3 : Original Rajah 1.2.4 : ‘Fillings’ Rajah 1.2.5 : ‘Topping’

Rajah 1.2.3, 1.2.4 dan 1.2.5 menunjukkan illustrasi kepada tiga kategori produk
yang dikeluarkan oleh Bread House Sdn. Bhd.
1.4 Segmentasi Pemasaran

Segmentasi pemasaran merupakan proses membahagi individu yang berpotensi


menjadi pelanggan kepada beberapa pasaran atau segmen berdasarkan ciri-ciri
yang tertentu. Setiap segmen yang dihasilkan terdiri daripada pengguna yang
akan bertindak balas dengan strategi pemasaran sesuatu syarikat dan berkongsi
sifat, minat, keperluan ataupun lokasi yang sama. Kaedah ini dapat membantu
pemasar menjalankan kerja-kerja pemasaran dengan lebih efisien terhadap masa
dan duit berbanding mensasarkan pengguna pada tahap individu. Mengumpulkan
pengguna yang serupa sebagai satu kumpulan membolehkan pemasar mensasar
golongan tertentu dengan cara yang lebih cepat dan berkesan. Berikut merupakan
empat segmen pasaran yang bersesuaian dengan produk yang Bread House
tawarkan.

1.3.1 Segmen Geografi

Segmen geografi merujuk kepada kawasan yang diberikan keutamaan


dalam aktiviti memasarkan produk jualan. Daerah Batu Pahat, Johor telah
dijadikan kawasan tumpuan dalam pemasaran produk-produk keluaran
Bread House S/B. Hal ini kerana, semua produk Bread House beroperasi
dan berpusat di Parit Raja, Johor dan penjualannya hanya dilakukan di
kawasan yang berdekatan bagi menjaga dan mengekalkan kesegaran
produk. Buat masa ini, penggunaan bahan pengawet tidak diamalkan
dalam pembikinan produk, justeru penjualan ke kawasan yang lebih jauh
adalah tidak digalakkan. Berikut merupakan kumpulan-kumpulan
pengguna dari segi geografi yang disasarkan :-
(i) Penduduk Batu Pahat
(ii) Penduduk Parit Raja

1.3.2 Segmen Demografi (B2B)

Segmen demografi jenis B2B adalah sesuai dipraktikkan dalam


pemasaran produk Bread House kerana ianya merangkumi saiz kumpulan
pengguna, peranan dan masa. Persekitaran yang terdiri daripada kawasan
pendidikan seperti Universiti Tun Hussein Onn dan industri seperti
kilang-kilang berdekatan telah membuka peluang bagi menyasarkan saiz
kumpulan pengguna yang besar pada waktu-waktu yang tertentu.
Kebanyakkan pelajar dan pekerja kilang terutamanya sering bergerak
dalam kumpulan dan ianya merupakan peluang keemasan untuk
memasarkan produk jualan dalam kuantiti yang lebih banyak.
(i) Pelajar UTHM
(ii) Pekerja kilang

1.3.3 Segmen Psikografi

Segmen psikografi merupakan cara untuk mengenal pasti pengguna


berdasarkan kepentingan dan gaya hidup harian. Segmen ini memberi
lebih perhatian terhadap aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh kumpulan
pelanggan yang disasarkan. Sasaran utama Bread House S/B dari segi
psikografi adalah individu yang gemar bersenam dan mengamalkan gaya
hidup yang sihat. Produk yang berkonsepkan sayuran dapat membantu
pengguna untuk kekal cergas sepanjang masa, mendapatkan serat yang
diperlukan malah menjamin penjagaan pengambilan makanan harian.
Berikut merupakan kumpulan-kumpulan pengguna dari segi psikografi
yang disasarkan :-
(i) Penggemar sukan
(ii) Pengamal diet

1.3.4 Segmen ‘Behavior’

Segmen ini merangkumi tingkah laku pengguna termasuk corak


penggunaan sesuatu produk, kepekaan terhadap harga yang ditetapkan,
kesetiaan dalam pemilihan jenama dan faedah yang diperolehi daripada
sesuatu produk. Semua produk keluaran Bread House mempunyai harga
yang rendah dan mampu milik. Selain dari itu, terdapat pelbagai kebaikan
dalam penjagaan tubuh badan dapat diperoleh dengan pengambilan dan
pembelian produk-produk yang ditawarkan. Berikut merupakan
kumpulan-kumpulan dari segmen ‘behavior’ yang disasarkan dalam
pemasaran produk:-
(i) ‘Vegetarian’
(ii) Mengamalkan gaya hidup sihat
(iii) Pengguna yang berjimat-cermat

1.5 Pelanggan Sasaran

Pelanggan sasaran yang tepat dapat menjamin pulangan dan keuntungan yang
lumayan justeru memastikan sesuatu perniagaan berada dalam keadaan yang
stabil untuk terus beroperasi. Pemilihan terhadap pelanggan haruslah dilakukan
secara teliti bagi memastikan ianya besesuaian dengan produk jualan malahan
dapat mengelakkan pembaziran terhadap masa dan kos yang dikeluarkan semasa
mendapatkan pelanggan. Terdapat pelbagai kaedah bagi menyusun dan
membahagikan kumpulan pelanggan sasaran terutamanya dengan meletakkan
cara pelanggan membuat keputusan sebagai perhatian. Antara kategori pelanggan
yang disasarkan oleh Bread House ialah:-

1.4.1 Generasi Y

Generasi Y yang juga dikenali sebagai Milenial merupakan golongan


yang lahir sekitar tahun 1981 hingga tahun 2000. Ketika ini, rata-rata
generasi Y sedang berada di alam persekolahan peringkat menengah
sehinggalah peringkat awal pekerjaan. Persekitaran pembesaran yang
semakin maju dari segi teknologi telah membuatkan golongan ini banyak
menghabiskan masa melayari internet dalam setiap perkara yang
dilakukan berbanding melibatkan diri secara langsung di tempat kejadian.
Oleh itu, lebih mudah untuk menarik perhatian golongan Y melalui
kemudahan teknologi dan Bread House telah membuka akaun sosial di
Facebook, Instagram dan Twitter bagi mempromosikan produk jualan
khas untuk generasi Y.
(i) Facebook: https://www.facebook.com/TheBreadHouse
(ii) Instagram: https://www.instagram.com/thebreadhouse/?hl=en
(iii) Twitter: https://twitter.com/thebreadhouse?lang=en

1.4.2 Individu yang ingin mudah

Golongan ini merujuk kepada individu yang sentiasa ingin memudahkan


aktiviti-aktiviti harian dalam semua hal. Produk yang dikeluarkan Bread
House iaitu roti yang bertemakan sayur-sayuran merupakan hidangan
yang mudah tetapi dapat memenuhi selera pelanggan serta
mengenyangkan. Selain itu, saiznya yang sederhana berbaloi dengan
harga yang ditetapkan membolehkan produk ini mudah dibawa ke mana-
mana sahaja. Bagi golongan yang sibuk terutamanya, roti sayuran Bread
House dapat menyelamatkan mereka daripada berada dalam keadaan
lapar sekiranya tidak sempat mendapatkan sarapan malah ianya juga
sesuai dimakan pada bila-bila masa.
1.4.3 Hubungan pelanggan dengan pelanggan

Perhatian juga diberikan terhadap hubungan bersama pelanggan dalam


berkomunikasi ketika sesi jual beli. Staf-staf Bread House sentiasa
berusaha untuk memberi layanan yang terbaik kepada pelanggan yang
berurusan dalam hal pembelian produk. Hal ini kerana, tidak mustahil
untuk pelanggan yang sedia ada dapat menarik pelanggan yang baharu.
Kebaikan dan keenakan produk dapat disampaikan kepada orang luar
melalui pelanggan yang sedia ada dengan cara ‘mulut ke mulut’. Oleh
yang demikian, usaha yang maksimum harus diberikan setiap kali
melayan pelanggan bagi memastikan perkara yang disampaikan kepada
pelanggan yang seterusnya adalah baik-baik belaka.

1.4.4 Gilakan diskaun dan promosi

Setiap pelanggan yang bijak semestinya menunggu masa yang sesuai


untuk memiliki sesuatu produk jualan. Antara waktu kegemaran untuk
pelanggan membeli adalah ketika diskaun dan promosi diadakan oleh
syarikat atau premis yang tertentu. Bagi menarik golongan ini, Bread
House juga merupakan salah satu premis yang seringkali mengadakan
jualan murah terhadap produk-produk keluaran. Antara perkara menarik
yang diadakan ialah ‘Promosi Hujung Minggu’ pada hari Jumaat dan
Sabtu, promosi ‘Beli 20 Percuma Sos Coklat’ keluaran Bread House pada
hari biasa dan ‘Diskaun 20% Hari Lahir’ dengan syarat mempamerkan
kad pengenalan semasa pembayaran.
1.6 Saiz Pasaran

Saiz pasaran ialah bilangan individu dalam pasaran tertentu yang berpotensi
sebagai pembeli dalam suatu penjualan produk atau perkhidmatan. Kebanyakkan
syarikat berminat untuk mengetahui saiz pasaran sebelum melancarkan produk
atau perkhidmatan baru di kawasan tersebut bagi memastikan jumlah produk
dapat menampung jumlah populasi pelanggan di kawasan yang dipilih. Selain itu,
saiz pasaran juga penting bagi memastikan produk yang dikeluarkan dapat
dihabiskan dalam tempoh masa yang tertentu dan mengelakkan pengeluaran
produk yang berlebihan. Bread House juga telah membuat penyelidikan yang
teliti mengenai populasi di sekitar kawasan Batu Pahat bagi merancang jumlah
pengeluaran produk.

1.5.1 Populasi

Populasi ialah jumlah penduduk di sesuatu tempat. Bread House telah


memilih kawasan Batu Pahat sebagai kawasan sasaran dalam penjualan
produk. Oleh itu, adalah penting untuk mendapatkan jumlah populasi di
sekitar kawasan tersebut bagi merancang aktiviti-aktiviti perniagaan yang
akan dijalankan.

Populasi kawasan Batu Pahat : 209, 461 orang


Populasi orang dewasa : 92, 163 orang
Anggaran untuk setiap bulan : 5.4% x 92, 163 = 5, 000 orang

Anggaran Jualan Jumlah Anggaran


No. Nama Produk Untuk Setiap Jualan Setiap Bulan
Produk (RM)
1 Original RM5.90 x 1667 9, 833
2 Fillings RM5.90 x 1667 9, 833
3 Topping RM5.90 x 1667 9, 833

Jadual 1.5.1 : Saiz Pasaran di Batu Pahat Sebulan


1.5.2 Jumlah Saiz Pasaran

Jumlah saiz pasaran : RM 9,833 + RM 9, 833 + RM 9,833

= RM 29, 500

Jumlah jualan setiap tahun : RM 29, 500 x 12 bulan


= RM 354, 000
1.7 Pelan Pasaran

Pelan pasaran ialah dokumen bertulis yang memperincikan tindakan-tindakan


yang diperlukan untuk mencapai satu atau lebih tujuan pemasaran bagi produk
atau perkhidmatan, jenama dan rangkaian produk. Pelan pemasaran merangkumi
satu atau lima tahun dan ianya boleh menjadi sebahagian daripada keseluruhan
daripada pelan perniagaan. Strategi pemasaran yang kukuh ialah asas kepada
pelan pemasaran yang ditulis dengan baik. Pelan pemasaran yang mengandungi
senarai tindakan tanpa rancangan pemasaran yang baik adalah tidak berguna.
Bread House juga telah merangka sebaiknya pelan pasaran bagi memastikan
setiap penjualan dan penyediaan produk berjalan dengan lancar.

1.6.1 Pesaing

Setiap perniagaan yang dijalankan semestinya mempunyai senarai


pesaing yang tersendiri. Terdapat sesetengah pesaing menjual produk
yang sama atau hampir sama. Hal yang sebegini telah memberikan
cabaran bagi sesuatu syarikat untuk meneruskan perniagaan dan
memastikan keuntungan yang memuaskan. Justeru, Bread House telah
memberikan perhatian sepenuhnya terhadap kelebihan dan kelemahan
produk pesaing-pesaing bagi memastikan kebaikan produk yang
dikeluarkan oleh pihak Bread House sentiasa menjadi terbaik antara yang
terbaik.

(i) Mengenalpasti pesaing

Analisis yang lengkap telah dijalankan oleh pihak Bread House


sendiri dalam memantau kelebihan dan kelemahan pesaing.
Perniagaan roti ataupun pastry bukanlah suatu perniagaan yang
baharu. Oleh itu, terdapat beberapa pesaing yang telah menjalankan
perniagaan ini dengan lebih lama dan mempunyai kelebihan yang
tersendiri dalam pasaran tempatan.

Syarikat Kelebihan Kelemahan


Gardenia - Dikenali ramai. - Jarang keluarkan
Bakery (KL) - Cara pemasaran produk baharu.
Sdn. Bhd. yang efektif. - Rasa yang
- Murah hampir sama.
Massimo Sdn. - Dikenali ramai. - Rasa yang hampir
Bhd. - Produk yang sama.
menyihatkan. - Kurang enak.
- Murah
Bread History - Pelbagai - Tidak dikenali.
Sdn. Bhd. - Tahap kesegaran - Stok tidak
yang memuaskan. mencukupi.
- Menghasilkan - Mahal
roti yang sangat
enak.

Jadual 1.6.1 (i) : Kelebihan Dan Kelemahan Produk Pesaing

(ii) Kedudukan pesaing dalam pasaran

Perniagaan yang telah lama dijalankan memberikan kelebihan


kepada pesaing-pesaing. Namun, ianya tidak bermaksud bahawa
tiada peluang yang diberikan terhadap perniagaan-perniagaan yang
baru beroperasi. Menjadi di antara yang terbaik memerlukan usaha
yang keras dan teliti. Berikut merupakan kedudukan syarikat yang
menjadi pesaing dalam pasaran tempatan.
Kedudukan Syarikat
1 Gardenia Bakery (KL) Sdn. Bhd.
2 Massimo Sdn. Bhd
3 Bread History Sdn. Bhd.
Jadual 1.6.1 (ii) : Kedudukan Pesaing Dalam Pasaran Tempatan

1.6.2 Bahagian Pasaran

Bahagian pasaran ialah peratusan jumlah pasaran sedia ada yang sedang


dibekali atau diberi perkhidmatan oleh sesebuah syarikat. Boleh juga
diungkapkan sebagai hasil jualan sesebuah syarikat dari sesebuah pasaran
dibahagi dengan jumlah hasil jualan yang diraih oleh semua syarikat di
pasaran tersebut. Ataupun bilangan unit jualan sesebuah syarikat di
sesebuah pasaran dibahagi dengan jumlah unit jualan yang dijual oleh
semua syarikat di pasaran tersebut. Berikut merupakan analisis bahagian
pasaran sebelum dan selepas kemasukan The Bread House Sdn. Bhd.

Sebelum Selepas
Peratusan Anggaran Peratusan Anggaran

Syarikat Bahagian Pendapatan/ Bahagian Pendapatan/


Pasaran Sebulan Pasaran Sebulan
(%) (RM) (%) (RM)
Gardenia
Bakery 48 118, 000 43 105, 708
(KL) Sdn.
Bhd.
Massimo
32 78, 667 28 68, 833
Sdn. Bhd.
Bread
History 20 49, 167 17 41, 792
Sdn. Bhd.
The Bread
House Sdn. - - 12 29, 500
Bhd.
Total 100 245, 833 100 245, 833

Jadual 1.6.2 : Jumlah Bahagian Pasaran Tempatan Sebelum Dan Selepas


Kemasukan The Bread House S/B

Bahagian Pasaran Sebelum Kemasukan


The Bread House S/B

20

Gadenia Bakery
48S/B
Massimo S/B
Bread History S/B

32

Rajah 1.6.2 (i) : Carta Bahagian Pasaran Sebelum Kemasukan The Bread
House S/B

Bahagian Pasaran Selepas Kemasukan


The Bread House S/B

12

Gadenia Bakery
17 43 S/B
Massimo S/B
Bread History S/B
The Bread House

28

Rajah 1.6.2 (ii) : Carta Bahagian Pasaran Selepas Kemasukan The Bread
House S/B
1.6.3 Ramalan Jualan

Ramalan adalah proses meramalkan suatu kejadian yang mungkin akan


terjadi di masa akan datang dengan mengkaji data yang ada. Ramalan
jualan adalah proses mengira produk yang akan dijual di masa akan
datang dalam keadaan tertentu berdasarkan data yang pernah terjadi atau
mungkin akan terjadi. Berikut merupakan ramalan jualan The Bread
House Sdn. Bhd. bagi setiap bulan dan tahun yang mendatang.

Ramalan Jualan / Sebulan


Bulan Ramalan Jualan (RM)
Januari 29, 500
Februari 30, 000
Mac 32, 000
April 35, 000
Mei 36, 000
Jun 37, 000
Julai 38, 000
Ogos 39, 000
September 40, 000
Oktober 41, 000
November 42, 000
Disember 43, 000
Total 442, 500

Jadual 1.6.3 (i) : Ramalan Jualan The Bread House S/B Pada Bulan
Mendatang

Ramalan Jualan / Setahun


Tahun Pertambahan Ramalan Jualan
Peratusan (%) (RM)
2018 - 442, 500
2019 10 486, 750
2020 15 508, 875
Jadual 1.6.3 (ii) : Ramalan Jualan The Bread House S/B pada Tahun
Mendatang
1.8 Strategi Pemasaran

Strategi pemasaran dapat membantu sesuatu syarikat untuk menumpukan


perhatian yang sepenuhnya terhadap pelan perniagaan bagi mencapai objektif
yang telah ditetapkan. Disertai dengan penyusunan cara atau upaya dalam
melakukan sesuatu supaya tujuan tersebut dapat dicapai. Ianya serba sedikit
boleh memberikan informasi mengenai sasaran pasaran juga keperluan dan
keingginan pelanggan atau pengguna. Terdapat empat (4) elemen di dalam
strategi pemasaran juga dikenali sebagai 4P yang perlu dititikberatkan iaitu
‘Product’, ‘Price’, ‘Place’ dan ‘Promotion’. Dengan adanya elemen-elemen ini,
kepuasan pelanggan terhadap sesuatu produk dapat dimaksimumkan.

1.7.1 Produk

Keseluruhan produk iaitu roti yang dikeluarkan oleh Bread House S/B
mengandungi serat-serat seta kebaikan-kebaikan daripada sayuran. Ini
disebabkan doh asas yang digunakan telah dicampur dengan pelbagai
sayuran yang sesuai tanpa menghasilkan rasa yang pelik sebaliknya
menyelerakan. Terdapat tiga kategori roti yang dipasarkan iaitu original,
‘filling’ dan ‘topping’. Original adalah roti yang berasal daripada doh asas
(doh roti + sayuran), ‘filling’ pula merupakan roti yang mengandungi isi
ataupun inti di dalamnya dan ‘topping’ merupakan kategori roti yang
memiliki pelbagai perisa yang diletakkan di atas roti tersebut.

(i) Kualiti

Kualiti produk adalah penting bagi memastikan kepuasan hati

pelanggan berada di tahap yang maksima. Hanya bahan-bahan

yang berkualiti dibenarkan dalam penyediaan dan penggunaan

produk di Bread House bagi menghasilkan roti-roti yang

berkhasiat dan terbaik untuk dimakan oleh pelanggan.


(ii) Pelbagai

Meskipun ketiga-tiga kategori roti yang dipasarkan menggunakan


doh roti yang sama, Bread House telah variasikan perisa dan inti-
inti yang diletakkan di dalam dan atas roti. Perisa dan inti tidak
terhad kepada sayur-sayuran, Bread House juga menyediakan inti
buah-buahan dan berlauk seperti telur, ayam, daging dan
sebagainya bagi memastikan kesesuaian kepada semua pelanggan.

(iii) Waranti

Bread House sentiasa memberikan jaminan terbaik terhadap


produk-produk yang dikeluarkan oleh syarikat. Sekiranya sesuatu
produk didapati rosak, pulangan pembayaran dan penggantian
produk akan dijalankan. Selain itu, pihak Bread House juga akan
membuat penyiasatan tentang punca kerosakan produk tersebut
bagi mengelakkan situasi berikut kembali terjadi.

(iv) Rekabentuk

Rekabentuk yang unik dapat menarik minat pelanggan untuk


membeli. Oleh yang demikian, Bread House menghasilkan roti-
roti yang berbentuk unik dan berwarna bagi memastikan setiap
produk tampak menyelerakan. Pewarna yang dimaksudkan
merupakan warna-warna semulajadi hasil daripada sayur-sayuran
dan buah-buahan yang daripada inti dan topping itu sendiri.

(v) Servis

Bread House menyediakan layanan yang terbaik meskipun secara


‘walk in’ ataupun penghantaran. Setiap promoter akan diberikan
taklimat dalam cara-cara melayan pelanggan yang betul dan setiap
pelanggan layak mendapat layanan yang terbaik dari pihak Bread
House. Bagi servis penghantaran pula, setiap produk yang
ditempah akan dipastikan sampai kepada pelanggan dalam masa
yang singkat dan pantas.

(vi) Jenama

Pemilihan jenama Bread House adalah berkaitan dengan


kepelbagaian roti yang dipasarkan. ‘Rumah segala roti’ merujuk
kepada variasi jenis dan perisa yang disediakan bagi kepuasan hati
pelanggan juga memastikan setiap roti yang dicari pelanggan
boleh didapatkan di Bead House.

(vii) Pembungkusan

Bungkusan lutsinar bagi setiap pembelian di Bread House adalah


bertujuan bagi menampakkan produk tersebut ketika ianya dibawa
keluar daripada premis. Hal ini dapat membuatkan setiap produk
kelihatan lebih menarik dan eksklusif. Malahan, secara tidak
langsung dapat menarik peminat individu yang melihatnya untuk
turut mengujungi premis Bread House.

1.7.2 Harga

Harga yang ditetapkan bagi setiap produk adalah berpatutan dan


munasabah dengan bahan dan saiz yang digunakan. Pemantauan harga
terhadap ejen-ejen Bread House juga akan sentiasa dilakukan bagi
memastikan tiada kenaikan harga yang ketara dan mendadak. Setiap
pelanggan berhak membuat pembayaran yang setara dengan produk yang
dipasarkan.

1.7.3 Tempat

Premis The Bread House terletak di kawasan Parit Jambul iaitu di


kawasan Parit Raja. Bagi memastikan kesegaran produk, premis dibuka
berdekatan dengan pembekal bahan-bahan mentah. Selain daripada itu,
premis Bread House juga terletak berdekatan dengan kawasan pendidikan
seperti UTHM dan kilang.

1.7.4 Promosi

Mengadakan promosi, diskaun dan jualan murah merupakan salah satu


cara bagi menarik pelanggan mengunjungi premis. Terdapat tiga jenis
promosi yang sering diadakan di Bread House iaitu ‘Promosi Hujung
Minggu’ yang hanya diadakan pasa setiap Jumaat dan Sabtu. Pelanggan
dapat membeli roti yang kelima dengan harga RM1 sahaj. Seterusnya
promosi ‘Beli 20 percuma Sos Coklat’ yang juga merupakan keluaran
Bread HouseAkhir sekali ialah ‘Diskaun 20% Hari Lahir’.

1.9 Kesimpulan

Secara umumnya, pemasaran adalah pendekatan perniagaan yang berdasarkan


kepada prinsip-prinsip pemahaman pelanggan, memberikan nilai dalam kepuasan
pelanggan dan melakukannya dengan mengumpul keuntungan. Pelaksanaan strategi
pemasaran yang berkesan (4P) dapat mencerminkan pemahaman firma mengenai
keperluan dan kehendak pelanggan sasarannya. Walau bagaimanapun, pemasaran
hari ini semakin menarik dan mencabar kerana peranan pemasar adalah untuk
mencari peluang untuk menjual produk dan perkhidmatan kepada pelanggan
sasarannya menggunakan strategi pemasaran yang paling sesuai, kos yang efektif
dalam menghasilkan keuntungan kepada pemasar dan memberi manfaat kepada
pelanggan.
Berdasarkan strategi pemasaran yang telah dibuat, perniagaan Bread House
Sdn.Bhd mempunyai pertumbuhan yang stabil dan menjaminkan keuntungan yang
stabil untuk satu jangka masa yang panjang kerana mempunyai pelan perancangan
perniagaan dalam operasi pembuatan, pelaksanaan dan unjuran kewangan yang
teratur. Hal ini dapat dilihat melalui pengeluaran roti yang telah dikeluarkan oleh
Bread House sendiri yang terdiri daripada tiga jenis iaitu original, ‘fillings’ dan
‘topping’ dimana ‘topping’ yang dibuat mempunyai pelbagai perisa seperti buah-
buahan, sayur-sayuran dan berlauk. ‘Topping’ berkonsepkan sayuran-sayuran dan
buah-buahan ini dapat membantu pelanggan untuk terus kekal cergas sepanjang masa
dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Selain itu, roti yang dihasilkan oleh Bread House merupakan pemasaran yang
agak luas kerana saiz kumpulan pelanggan yang disasarkan merangkumi penduduk
Batu Pahat, Parit Raja dan kawasan sekeliling yang berdekatan seperti UTHM dan
kilang-kilang yang berhampiran dengannya. Hal ini kerana bahan pengawet tidak
digunakan dalam pembikinan produk untuk mengekalkan kesegaran produk jika
penjualan dilakukan ke kawasan yang lebih jauh. Disamping itu, semua produk yang
dikeluarkan mempunyai harga yang rendah dan mampu milik kepada semua
golongan yang ingin membelinya. Hal ini dapat menguntungkan hasil jualan
sekiranya pengeluaran yang dibuat dalam kuantiti yang banyak kerana harga produk
yang mampu milik untuk semua golongan.
Bagi menarik pelanggan untuk terus kekal dengan Bread House, promosi dan
diskaun diadakan dimana ‘Promosi Hujung Minggu’ pada hari Jumaat dan Sabtu,
promosi ‘Beli 20 Percuma Sos Coklat’ pada hari biasa dan ‘Diskaun 20% Hari
Lahir’ dibuat dengan syarat pelanggan perlulah mempamerkan kad pengenalan
semasa membuat pembayaran. Hal ini merupakan salah satu elemen yang terdapat
dalam strategi pemasaran yang biasa digunakan dalam sesebuah perniagaan. Dengan
adanya elemen-elemen seperti ini, kepuasan pelanggan terhadap sesuatu produk
dapat dimaksimumkan bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Secara keseluruhannya, pelaksanaan strategi pemasaran yang berkesan dan
berjaya bergantung kepada operasi syarikat dalam mencampurkan pengetahuan
mengenai strategi campuran pemasaran dalam bidang keusahawanan yang
bersesuaian kepada sesuatu program tindakan yang padu dan dapat menyokong
strategi yang bakal dilaksanakan. Penjenamaan, pembungkusan dan pelabelan
merupakan elemen yang amat penting untuk menarik perhatian pelanggan supaya
dapat memastikan perniagaan yang dibina bertahan lama di pasaran walaupun
terdapat banyak persaingan yang sengit berlaku.

2.0 Perancangan Kewangan

2.1 Pendahuluan
Perancangan kewangan merupakan penyata kewangan yang memaklumkan kepada
pembaca bagaimana sesuatu perniagaan itu dibiayai, jenis asset yang dimiliki dan juga kos
pengendalian perniagaan. Bagi firma yang telah lama beroperasi, penyata kewangan bagi
tahun-tahun yang lepas hendaklah disediakan agar pembaca dapat membuat penilaian yang
positif akan kebolehan syarikatmenguruskan sumber kewangan. Bagi organisasi yang
memerlukan bantuan kewangan untuk memperkembangkan perniagaan, perancangan
kewangan hendaklah menitikberatkan aliran tunai dan pelunjuran penyata pendapatan
sepanjang tempoh pembiayaan. Sediakan satu penyata pelunjuran kewangan serta justifikasi
jika rancangan perniagaan ini disediakan untuk tujuan mendapat pinjaman.

Di dalam menjayakan sesuatu projek faktor-faktor kritikal yang perlu di ambil kira
ialah:-

1. Kecairan – merupakan kemampuan untuk terus hidup atau terus beroperasi


(survival).
2. Keuntungan – diperlukan untuk terus berkembang (Growth)

Rajah diatas merujuk kepada bagaimana belanjawan komponen lain digabungkan


membentuk kepada rancangan kewangan. Belanjawan daripada rancangan pemasaran,
rancangan pengeluaran atau operasi dan rancangan pengurusan dijumlahkan dan seterusnya
membentuk kepada rancangan kewangan. Secara amnya kayu pengukur kejayaan sesebuah
perniagaan bukannya berlandaskan bilangan kontrak yang diterimanya ataupun jumlah
pelanggan, sebaliknya kayu pengukur yang objektif, tepat dan diterima pakai di seluruh dunia
adalah berdasarkan kepada keputusan penyata kewangan yang teraudit yang menunjukkan
keuntungan kepada projek tersebut. Siri Pengurusan Rancangan Perniagaan 57 Tiga penyata
utama (Penyata Kewangan) yang dijadikan rujukan oleh anggota bagi mengukur prestasi
koperasi. Penyata-penyata tersebut adalah:

a. Penyata Pendapatan atau Untung Rugi

b. Kunci kira-kira

c. Penyata aliran tunai

2.2 Di dalam merancang rancangan kewangan terdapat empat bahagian yang


penting iaitu:-

2.2.1. Bahagian Satu : Kos Perlaksanaan Projek

i. Ia melibatkan segala kos yang terlibat di dalam memulakan sesuatu projek


sama ada bersifat jangka pendek ataupun jangka panjang

a. Kos jangka pendek

• Kos yang terlibat dalam pelaburan modal awal untuk memulakan projek Cth;
Belanja pra operasi seperti bayaran guaman, pendaftaran, lesen, duti setem,
deposit utiliti

• Belanja luar jangka turut diambil kira di dalam merangka kos jangka pendek.
Belanja luar jangka adalah seperti peruntukan untuk menapung kenaikan kos,
ketinggalan perkiraan atau sebarang keadaan luar jangka yang memerlukan
kewangan dengan segera. Peruntukkan hanya 5% daripada jumlah awal kos
perlaksanaan.

b. Kos jangka panjang

• Segala perbelanjaan ataupun belanja untuk membolehkan projek beroperasi


seperti yang dirancang Contoh: Perolehan aset tetap, belanja ubahsuai dan
selainnya.

ii. Tujuan pengiraan kos perlaksanaan projek adalah untuk menganggar jumlah
perbelanjaan yang diperlukan untuk memulakan sesuatu projek.
2.2.2. Bahagian Dua: Sumber Pembiayaan Projek

i. Modal Sendiri

a. Sumber modal sendiri boleh digunakan bagi membiayai projek yang hendak

dijalankan. Contoh modal sendiri selain tunai ialah tanah, bangunan, mesin
dan juga komputer.

b. Modal tersebut akan digunakan bagi mendapatkan sumber tunai yang


membolehkan koperasi memperoleh aset tetap yang diperlukan bagi
menjalankan perniagaan.

ii. Pinjaman

a. Dalam situasi kekurangan modal untuk melaksanakan projek perniagaan,


pinjaman daripada bank, agensi kerajaan atau koperasi lain boleh
dipertimbangkan untuk mencukupkan sumber pembiayaan projek tersebut.

iii. Sumbangan Kerajaan

a. Sumbangan kerajaan boleh diperoleh melalui geran dan subsidi yang


ditawarkan oleh kerajaan atau agensi yang berkaitan

2.2.3. Bahagian Tiga: Penyediaan Penyata Proforma

i. Penyata Proforma Aliran Tunai

a. Penyata yang menunjukkan jangkaan kedudukan wang tunai (kecairan)


sesuatu projek bagi sesuatu tempoh waktu.

b. Di dalam penyata ini tidak menunjukkan sebarang keberuntungan yang


diperoleh melalui projek.

c. Penyata ini penting untuk membantu usahawan atau koperasi dalam


merancang keperluan tunai (jumlah & masa)

• Boleh mengetahui bila wang akan diperoleh dan bila ia akan


diperlukan.
• Boleh mengetahui bila berlakunya kekurangan tunai mahupun
lebihan wang tunai.

d. Penyata ini dibuat berdasarkan anggaran yang komprehensif (menyeluruh)


dan munasabah (mengikut kos semasa).

e. Format penyata aliran tunai ini terbahagi kepada beberapa bahagian penting
iaitu :-

i. Bahagian 1: Aliran tunai masuk


ii. Bahagian 2: Aliran tunai keluar
iii. Bahagian 3: Lebihan / kekurangan tunai
iv. Bahagian 4: Pembayaran pembiayaan
v. Bahagian 5: Lebihan tunai selepas bayaran pembiayaan
vi. Bahagian 6: Baki tunai bersih dan terkumpul

f. Di dalam menyediakan proforma aliran tunai ini terdapat beberapa prinsip


yang perlu diikuti untuk mengelakkan kecelaruan, di antaranya ialah:-

• Usahawan atau koperasi perlu memasukkan jumlah terimaan dan


pembayaran yang pasti terlebih dahulu, kemudian pembayaran yang
hampir pasti contohnya; belian aset, bayaran sewaan, gaji, bayaran
pinjaman, belian bahan mentah, utiliti, belanja pemasaran dan lain-lain
lagi.

• Jumlah dimasukkan pada bulan / tahun sebenar tunai akan diterima


atau dibayar. Perlu mengambil kira tempoh kredit yang diberi atau
yang diterima dan amalan biasa dalam perniagaan.

• Pertimbangan kesan ‘bermusim’ sebagai contoh musim perayaan,


‘time-lag’ polisi pemasaran (polisi diskaun, margin keuntungan) dan
kapasiti pengeluaran dalam menganggarkan belian dan jualan serta
hasil yang diperoleh oleh koperasi.

ii. Penyata Proforma Untung Rugi


a. Proforma Untung Rugi merupakan penyata yang menerangkan keputusan
perniagaan tahunan sama ada memperolehi keuntungan atau mengalami
kerugian.

b.Ia tidak mengambil kira pembelian modal dan aset perniagaan

c. Ia juga tidak mengambil kira tarikh pembayaran atau tarikh penerimaan


sebenar kerana penyata jenis ini menggunakan konsep akruan (accrual
concept)

iii. Penyata Proforma Kunci Kira-Kira)

Di dalam penyata ini menunjukkan kedudukan kewangan pada satu-satu


masa dari segi :-
i. Aset (aset tetap, aset semasa)
ii. Liabiliti (liabiliti semasa, liabiliti jangka panjang)
iii. Kumpulan wang anggota / ekuiti pemilik

2.2.4. Bahagian Empat : Jadual Untuk memperjelaskan lagi rancangan kewangan


yang
disediakan,lampiran jadual-jadual berkaitan seperti jadual bayaran balik
pinjaman
dan jadual susut nilai dapat membantu melengkapkan rancangan kewangan.

Jadual:-

i. Jadual susut nilai bagi setiap aset Untuk menunjukkan nilai kini bersih
setiap aset pada tahun yang berkenaan.
ii. Jadual bayaran balik pinjaman Untuk menunjukkan jumlah bayaran balik
pinjaman dan juga faedah yang dibelanjakan setiap tahun.
2.3 Bajet Kewangan Pelaksaan Projek
2.3.1 Jumlah Kos Pelaksanaan

Kos Pelaksanaan Projek Sumber dana


Wang
Pinjaman sendiri
  (RM) (RM) (RM)
Aset (peralatan) 7440.00 7000 440.0
Modal kerja selama satu minggu ( gaji dan
bahan ) 5045.49 5000 45.49
Jumlah pelaburan 12485.49 12000 485.49

2.3.2 Pelunasan pinjaman


Jumlah pinjaman= RM12000; tempoh pinjaman= 24 minggu; faedah pada
RM300 seminggu

Tempoh Pinjaman pokok Faedah (RM) Baki pinjaman


(RM) (RM)
Minggu pertama 3000 300 12000
Minggu kedua 3000 300 9000
Minggu ketiga 3000 300 6000
Minggu keempat 3000 300 3000

2.3.3 Jadual Penyusutan


Aset = RM 7440; jangka hayat = 200 minggu (kira-kira 4 tahun);
Susut nilai = RM 37.20 seminggu

Tempoh Susut nilai Susut nilai kumulatif Nilai buku


(RM) (RM) (RM)
Minggu pertama 37.20 37.20 7402.80
Minggu kedua 37.20 74.40 7365.60
Minggu ketiga 37.20 111.60 7328.40
Minggu keempat 37.20 148.80 7291.20
2.3.4 Unjuran aliran tunai

Minggu Minggu Minggu Minggu


Unjuran aliran tunai pertama kedua ketiga keempat Jumlah
Aliran masuk tunai
(RM)          
Baki dibawa balik   5275.00 5504.51 5734.02  
Modal 485.49 - - - 485.49
Pinjaman 12000.00 - - - 12000.00
Jualan 7375.00 7375.00 7375.00 7375.00 29500.00
Jumlah aliran masuk
tunai 19860.49 12650.00 12879.51 13109.02 41985.49
Aliran keluar tunai
(RM)          
Aset (peralatan) 7440.00 - - - 7440.00
Bahan mentah 2066.86 2066.86 2066.86 2066.86 8267.44
Gaji 1778.63 1778.63 1778.63 1778.63 7114.52
Pembayaran faedah 300.00 300.00 300.00 300.00 1200.00
Bayaran pinjaman 3000.00 3000.00 3000.00 3000.00 12000.00
Jumlah aliran keluar
tunai 14585.49 7145.49 7145.49 7145.49 36021.96
Baki 5275.00 5504.51 5734.02 5963.53 5963.53

2.3.5 Penyata pendapatan yang diunjurkan setiap bulan

Penyata pendapatan yang diunjurkan RM


setiap bulan
Jualan 29500.00
Kos barangan yang dijual 8267.44
Untung kasar 21232.56
Potong
Gaji 7114.52
Faedah 1200.00
Susut nilai 148.80
Keuntungan bersih 12769.24
3.0 Pelan Operasi

3.1 Pendahuluan

Dalam perniagaan, objektif operasi adalah matlamat jangka pendek yang


pencapaiannya membawa organisasi lebih dekat dengan matlamat jangka panjangnya. Ia
sedikit berbeza daripada objektif strategik, yang merupakan matlamat jangka panjang
perniagaan, tetapi ia berkait rapat, kerana perniagaan hanya akan dapat mencapai tujuan
strategik apabila objektif operasi telah dipenuhi. Objektif operasi biasanya ditetapkan oleh
pengurus selama enam hingga dua belas bulan yang akan datang berdasarkan tujuan
organisasi. Mereka perlu mencapai dan spesifik, supaya mereka dapat memberikan panduan
yang jelas untuk berfungsi harian operasi tertentu. Istilah perniagaan ini biasanya digunakan
dalam konteks pengurusan strategik dan perancangan operasi.

Pertama, objektif operasi haruslah khusus, fokus, definisikan dengan jelas dan cukup
jelas dan bukannya samar-samar sehingga pekerja tahu apa yang harus dicapai melalui kerja.
Objektif tertentu harus menyatakan tindakan dan hasil yang diharapkan. Ini akan membantu
untuk mengelakkan kemungkinan pekerja bekerja untuk tujuan yang berbeza.

Kedua, tujuan operasi harus diukur dan dapat diukur sehingga orang dapat
mengetahui apakah ia telah dipenuhi atau tidak. Sebagai contoh, objektif mungkin
meningkatkan pendapatan jualan sebanyak sepuluh peratus. Hal ini akan menghalang salah
faham dan konflik sama ada ia telah bertemu antara pihak berkepentingan yang berbeza.

Ketiga, tujuan harus dicapai dan layak. Ia juga harus dipersetujui oleh pihak
berkepentingan, terutama oleh pekerja. Jika mereka fikir ia tidak boleh dicapai, ia mungkin
akan memudaratkan mereka.

Keempat, objektif harus realistik serta mencabar. Ia perlu berpatutan memandangkan


sumber terhad mereka. Akhir sekali, ia sepatutnya mempunyai tarikh akhir yang ditetapkan
(jangka masa) untuk pencapaiannya. Hal ini akan menghalang kerja daripada diseret, dan
akan membantu meningkatkan produktiviti. Tambahan pula. ia juga baik untuk menentukan
keutamaan. contohnya, objektif operasi yang akan mempunyai pengaruh yang lebih besar
terhadap kepuasan pelanggan harus diselesaikan dalam jangka waktu yang lebih cepat
daripada yang kurang berpengaruh.
Mungkin sukar untuk menetapkan objektif operasi yang difahami dan diterima oleh
semua pekerja, kerana mereka mungkin melihat keutamaan dan nilai yang berbeza. Oleh itu,
adalah penting untuk membolehkan pekerja mengambil bahagian dalam menentukan objektif
dan menyatakannya dengan jelas. Selepas menetapkan objektif operasi yang sesuai untuk
setiap jabatan, rancangan perniagaan dapat dibuat untuk mencapainya.

3.2 Komponen Sistem Beroperasi

3.2.1 Input Perniagaan

Input perniagaan merujuk kepada semua sumber yang diperlukan untuk


menghasilkan produk kami yang termasuk bahan mentah seperti tepung, susu,
telur, air, mentega, gula, bahan pilihan seperti mengisi rasa seperti coklat dan
baldu merah, tenaga kerja, mesin dan peralatan, teknologi , maklumat dan
modal.

3.2.2 Proses Transformasi

Proses transformasi atau sistem adalah kegiatan yang melibatkan dalam


mengubah produk kami dari kemasukan ke pengeluaran seperti perancangan
keperluan bahan aliran proses dan waktu kitaran dan juga termasuk mesin
yang melibatkan dalam menghasilkan produk.

3.2.3 Pengeluaran

Pengeluaran merujuk kepada produk siap, spesifikasi, kuantiti, kos dan masa
sasaran penghantaran. Pengeluaran juga menyediakan jawapan akhir atau
dipanggil sebagai membuat keputusan terakhir yang akan dipaparkan.

3.2.4 Maklumbalas

Maklum balas daripada pelanggan diperlukan dengan memberi reaksi, komen


dan aduan mereka. Ini kerana ia membantu syarikat kami meningkatkan
pengeluaran produk kami dan juga membantu mengesan jika terdapat
kekurangan produk kami.
3.2.5 Persekitaran luaran

Ini merujuk kepada menukar bahan mentah ke dalam produk syarikat kami
untuk memperoleh keuntungan. Selain itu, ia melibatkan syarat, entiti,
peristiwa dan faktor-faktor di sekeliling organisasi kami yang mempengaruhi
pilihan aktivitinya. Selain itu, ia juga menentukan peluang dan risiko
perniagaan kami.

3.3 Perancangan Proses Pembuatan

3.3.1 Carta Alir Proses

Sedia semua bahan mentah untuk membuat roti di meja untuk memastikan proses menjadi
lebih mudah.

Campurkan dan adunkan bersama mentega dan gula sehingga mereka berkembang.
(Pukul lebih banyak masa boleh membuat roti lebih lembut).

Secara beransur-ansur, masukkan telur dalam campuran. Adunkan bersama selama


beberapa minit. (Jangan pukul terlalu lama kerana roti akan menjadi sukar).

Selepas campuran itu berkembang, masukkan bahan kering seperti tepung, gula, garam
kalsium, lemak sayuran (bukan hidrogenasi, berasaskan sawit) dan resipi rahsia.

Letakkan dan campurkan bersama sayuran dan buah-buahan. Adunkan pada kelajuan
medium hingga kelajuan tinggi selama kira-kira 4-5 minit sehingga bercampur dan lancar.

Ketuhar hingga 180 darjah Sediakan bekas pembakar roti

Setelah diadunkan bersama, tuangkan campuran ke dalam bekas pembakar yang telah siap
sedia sehingga penuh.

Bakarkan roti tersebut dalam ketuhar selama 50 – 60 minit.

Ambil roti dari ketuhar dan biarkan sejuk.


Potong roti dengan pelbagai dan gaya dan hiasan

3.4 Susunatur Operasi

3.4.1 Susunatur berdasarkan produk

Susunatur Operasi
3.5 Perancangan Pengeluaran

3.5.1 Ramalan jualan sebulan

Keluaran sebulan

Ramalan jualan purata setiap bulan = RM 29,500.00

Harga jualan = RM 5.90

Bilangan keluaran sebulan = Ramalan jualan purata setiap bulan /


Harga jualan

= RM 29,500.00 / RM 5.90
= 5000 unit

3.5.2 Bilangan keluaran setiap hari

Jika jumlah hari bekerja sebulan adalah 30 hari

= Bilangan keluaran sebulan / Bilangan hari bekerja sebulan

= 5000 unit / 30 hari

= 192.30 - 192 unit

3.5.3 Bilangan unit sejam

Sebagai contoh jumlah bekerja = 11 jam

= Bilangan keluaran harian / Jumlah masa bekerja

= 192 unit / 11 jam

= 17 unit sejam
3.6 Perancangan Bahan

3.6.1 Perancangan Bahan Keperluan

3.6.1.1 Bahan mentah diperlukan setiap bulan

No Bahan Kuantiti Stok Jumlah Harga / Jumlah


Lebihan (5% Bahan Unit Harga
kuantiti) Diperlukan (RM) (RM)
1. Mentega 250 kg 12.5 kg 262.5 kg 1.50 393.75
2. Tepung 2500 kg 125 kg 2625 kg 1.70 4462.50
3. Sayuran 20 kg 1 kg 21 kg 1.10 23.10
4. Garam 40 kg 2 kg 42 kg 0.60 25.20
5. Susu tepung 150 kg 7.5 kg 157.5 kg 20.53 3232.69
6. Buah-buahan 20 kg 1 kg 21 kg 1.20 25.20
7. Plastik roti 5000 250 keping 5250 keping 0.02 105.00
keping
Total 26.65 8267.44

3.6.1 Kenalpasti pembekal

Bahan Nama pembekal dan alamat


Gula, tepung, lemak Target Supermarket Parit Raja, Sdn Bhd
sayuran, garam, cuka, susu , Jalan Besar, 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor
buah-buahan
Plastik roti Plastic Products Sdn Bhd
22 Jalan Bintang 18, Taman Flora, 83000 Batu Pahat, Johor

3.7 Perancangan Mesin dan Alat Keperluan

3.7.1 Jumlah mesin & alat diperlukan


Kadar rancangan pengeluaran setiap hari X Waktu pengeluaran

Masa mesin yang produktif setiap hari

Bakery mixer

192 unit X 30
660 min 8
= 1.09 @ 2 Bakery mixer

Industri oven

192 unit X 60
660 min 25
= 0.70 @ 1 industri oven

** Waktu pengeluaran = satu kitaran proses dalam minit / produk kuantiti setiap kitaran

3.7.2 Senarai mesin & alat keperluan

Mesin Jumlah
Bakery mixer 2
Industry Oven 1
Chiller 1
Peti sejuk 1
Rak 1
Alat pembakar 1

3.7.3 Senarai pembekal mesin & alat

Mesin Pembekal
Bakery mixer, Xuan Huat Food Equipment Sdn Bhd
industri oven, 15 & 15-01, Jalan Rosemerah 2/1, Taman Johor Jaya,
Alat pembakar, 81100 Johor Bahru, Johor
Peti sejuk , Chiller, Rak

3.7.4 Mesin & alat keperluan

Item Kuantiti Harga / unit (RM) Jumlah kos (RM)


Bakery mixer 2 1250.00 2500
Industry Oven 1 3000.00 3000.00
Chiller 1 1100.00 1100.00
Peti sejuk 1 750.00 750.00
Rak 1 50.00 50.00
Alat pembakar 1 40.00 40.00
Jumlah 7 6190.00 7440.00

3.8 Perancangan Tenaga Kerja

3.8.1 Carta Organisasi Jabatan Operasi

Supervisor

Assistant / operator
3.8.2 Jumlah buruh langsung diperlukan

Kadar rancangan pengeluaran setiap hari X Waktu pengeluaran

Masa mesin yang produktif setiap hari

Mixer operator

192 unit X 40
660 min 8
= 1.45 @ 2 operator

Oven operator

192 unit X 65
660 min 25
= 0.76 @ 1 operator

Membungkus operator

192 unit X 10
660 min
= 2.91 @ 3 operator

** Waktu pengeluaran = satu kitaran proses dalam minit / produk kuantiti setiap kitaran

3.8.3 Senarai Pekerja Operasi

Jawatan Jumlah pekerja


Supervisor 1
Assistant / Operator 4

3.8.4 Jadual tugas dan tanggungjawab

Jawatan Tugas dan Tanggungjawab


Supervisor  Merancang, mengawal dan menyelaras aktiviti
operasi
 Memastikan operasi perniagaan berfungsi
dengan berkesan dan mengelakkan pembaziran
 Untuk menjadikan masa kerja yang cekap bagi
kakitangan untuk melakukan tugas mereka
 Bertanggungjawab melaporkan kepada
Pengurus Besar mengenai prestasi Jabatan
Operasi.

Assistant / Operator  Untuk membantu penyelia mengenai sasaran


perniagaan mengikut produk yang dihasilkan
dan selesai tepat pada waktunya.

3.8.5 Jadual imbuhan

Jawatan Jumlah Gaji EPF SOCSO Jumlah


sebulan Contributio (1.75%) (RM)
(RM) n (13%)
(RM)
Supervisor 1 2000 260.00 35.00 2295.00
Assistant 4 1050 136.50 18.38 4819.52
JUMLAH 7114.52

3.9 Keperluan Operasi

3.9.1 Keperluan Operasi (buruh / tidak langsung / bahan / insurans /


penyelenggaraan dan utiliti tidak langsung)

No Jenis keperluan Kos bulanan (RM)


1 Pemandu 800.00
2 Elektrik 1500.00
3 Air 700.00
4 Telefon / Internet 200.00
5 Penyelenggaraan Mesin 450.00
6 Penyelenggaraan Kenderaan 350.00
7 Minyak 700.00
8 Sarung tangan 100.00
JUMLAH 4800.00

3.10 Waktu operasi

Waktu operasi = 11 jam + ( 1jam rehat) = 12 jam

= 8.00 pagi hingga 8.00 mlm

Hari bekerja = 6 hari seminggu ( Isnin – Sabtu)

3.11 Lesen, permit dan peraturan-peraturan yang diperlukan

3.11.1 Lesen Premis Perniagaan dan Lesen Papan Iklan

Syarikat yang menjalankan perniagaan di Malaysia dikehendaki memohon


lesen premis perniagaan dan lesen papan iklan dari Pihak Berkuasa Negeri
masing-masing. Keperluan bagi permohonan lesen premis perniagaan dan
lesen papan iklan mungkin berbeza-beza mengikut setiap pihak berkuasa
tempatan.

Secara amnya, permohonan untuk lesen perniagaan dan lesen papan iklan
mesti disertakan dengan:

1. Salinan Kad Pengenalan.


2. Gambar berukuran passport pemohon.
3. Salinan syarikat M&A dan Borang 9, 24 dan 29.
4. Salinan sama ada perjanjian sewa atau perjanjian jual beli premis
perniagaan syarikat.
5. Salinan Sijil Kelayakan premis perniagaan syarikat.
6. Salinan surat sokongan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
7. Salinan pelan lokasi premis perniagaan syarikat.
8. Gambar premis perniagaan.
9. Gambar yang menunjukkan lokasi papan tanda syarikat.
10. Contoh papan tanda yang menunjukkan reka bentuk dan warna.

3.11.2 Sijil Halal oleh JAKIM

Pemohon yang layak memohon Sijil Pengesahan Halal dikategorikan seperti


berikut:

 Pengeluar atau pembuatan


 Pengedar atau perdagangan
 Pembungkusan semula
 Premis makanan

Kami menghasilkan makanan yang ia adalah sesuai untuk memohon Sijil


Halal dari JAKIM. Kami perlu mengisi borang yang berkaitan:

 Produk atau Barangan Pengguna


 Premis Makanan

3.11.3 Sijil Keselamatan dan Kesihatan


Akta Kilang dan Jentera 1967 mewajibkan pengeluar untuk mendapatkan
kelulusan Sijil rekabentuk jentera dan Sijil layak menduduki. Permohonan
kelulusan hendaklah dihantar ke Jabatan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan. Di samping itu, pengetahuan teknikal tentang keselamatan dan
kesihatan pekerjaan, pengurus keselamatan dan kesihatan serta pekerja yang
berjaya mesti mempunyai pengetahuan mengenai pelbagai prinsip perniagaan
dan kewangan serta permahaman tentang isu-isu berkaitan seperti pampasan
pekerja, keselamatan produk, undang-undang alam sekitar, dan kualiti dan
hubungan diantara pekerja. Program Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan
yang disahkan direka untuk memberi pengiktirafan kepada mereka yang boleh
memohon pelbagai alat pengurusan keselamatan dan kesihatan.

3.12 Bajet Operasi

Item Aset Tetap Perbelanjaan Lain-lain


Bulanan (RM) Perbelanjaan
(RM)
Aset Tetap 7440.00 - -
Mesin & Alat
Kelengkapan
Modal Kerja
Bahan Mentah 8267.44
Gaji, EPF & 7114.52
- -
SOCSO 4800.00
Keperluan Operasi 800.00
sewa
Lain-lain
Perbelanjaan - - 150.00
Unifom pekerja
Pra-Operasi
Sewa Deposit 200.00
Insuran & Roadtax - - 300.00
Kenderaan
Sijil HALAL 200.00
TOTAL 7440.00 20981.69 850.00

Carta Organisasi

‘BREAD HOUSE SDN BHD’

General Manager
Hazim Bin Zulkiifli

Financial Marketing Operation Administration Production


Manager Manager Manager Manager
Manager

Levin Charles Nur Syazanna Iryani Nurhasyima Bt Ismail Nur Fazliza Solomon Kiing
Loo Phui Kean Bt Abd Razak Bt Dzulkepli Siew Chew

Tugas dan tanggungjawab

Jawatan Tanggungjawab
General Manager General Manager merupakan fungsi jabatan kerja pada
sebuah perusahaan yang bertugas memimpin, mengelola dan
mengkoordinasikan semua hal yang berkaitan jalannya roda
perusahaan.

Financial Manager Mengelola fungsi akaun dalam memproses data dan


informasi kewangan untuk menghasilkan laporan kewangan
yang diperlukan oleh perusahan.
Marketing Manager Adalah untuk memimpin dan bertanggung jawab terhadap
seluruh proses kegiatan marketing agar target perusahaan
tercapai.

Operation Manager Memastikan dan mengawasi penggunaan mesin dan peralatan


berjalan dengan baik.
Administration Manager Memastikan seluruh proses kerja sama antara dua orang atau
lebih dalam mencapai tujuan dengan memanfaatkan sarana
prasarana tertentu secara berdaya guna dan berhasil guna.

Production Manager Memastikan fungsi kerja dalam bidang perusahaan dan


industri yang biasanya secara umum bertangungjawab pada
semua hal yang berkaitan dengan produksi, mulai dari proses,
progres, menyelesaikan masalah, kuantiti, laporan dan lain
sebagainya.

You might also like