You are on page 1of 1

Sekolah (daripada Bahasa Greek σχολεῖον - scholeion) merupakan sebuah bangunan atau tempat

yang berfungsi untuk memberikan pendidikan kepada pelajar, yang merujuk sesiapa yang belajar
di situ. Struktur sekolah moden mungkin dilengkapi dengan kemudahan teknologi maklumat (IT)
atau sekadar bilik darjah sahaja. Selain itu, sekolah biasanya mempunyai beberapa tenaga
pengajar atau guru untuk mendidik dan membimbing pelajar.

Biasanya seorang itu akan melalui beberapa jenis sekolah dan institusi pendidikan bermula dari
tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan akhirnya ke universiti.

Namun demikian, sekolah tidak semestinya bangunan yang lain dari rumah seseorang. Misalnya
di Amerika Syarikat, seseorang itu tidak semestinya belajar di sekolah kerana pelajar tersebut
boleh belajar di rumah. Kaedah ini juga dikenali sebagai home-schooling.

Kebanyakan negara mempunyai sistem pendidikan formal, yang biasanya wajib. Dalam sistem ini,
pelajar bergerak melalui beberapa siri sekolah. Nama sekolah-sekolah ini berbeza di setiap
negara, tetapi secara umumnya, sekolah rendah dan sekolah menengah yang masing-masing
dikhaskan untuk kanak-kanak kecil dan remaja yang sudah tamat pendidikan rendah,
disenaraikan.

You might also like