You are on page 1of 1

Dari segi pembasmian kemiskinan, daripada 49.3% pada 1970 kepada 1.7% pada 2012.

Ini
merupakan satu pencapaian amat tinggi dan antara yang terbaik di dunia. Dari segi lain-lain
penglibatan Bumiputera dalam ekonomi juga meningkat. Kalau dulu hanya 2.4% dan kini
meningkat kepada 23.5% serta banyak lagi peningkatan yang dicatatkan. DEB merupakan
program 20 tahun sosio-ekonomi yang dilancarkan pada 1971 oleh perdana menteri kedua, Tun
Abdul Razak Hussein bertujuan membasmi kemiskinan tanpa mengira bangsa dan seterusnya
untuk menghapuskan pengenalan aktiviti ekonomi berdasarkan kaum. DEB menetapkan sasaran
pegangan kaum Bumiputera menjelang 1990 perlu mencapai 30% namun hanya 20.4% daripada
keseluruhan jumlah ekuiti korporat yang berjaya dicapai dalam tempoh itu. Dari segi pendapatan
isi rumah juga meningkat daripada RM264 sebulan kepada RM5,000 sebulan Meskipun
menyifatkan DEB sebagai satu dasar yang berjaya dicapai kerajaan, namun usaha membangunkan
ekonomi rakyat tidak terhenti di situ.

PERKEMBANGAN DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL (DPN)

Pertumbuhan ekonomi dicapai dalam persekitaran inflasi yang rendah, harga yang stabil dan
guna tenaga yang penuh. Pendapatan per kapita telah meningkat pada kadar purata 7.8 peratus
setahun atau sekali ganda daripada RM6,298 (1990) kepada RM 13,359 (2000). Jika dilihat dari
petikan di atas, DPN telah menunjukkan hasil yang memberangsangkan kerana walaupun
ekonomi negara terjejas teruk pada tahun 1998 akibat krisis kewangan yang melanda Asia, kadar
pengangguran tidak terjejas teruk. Dasar dan strategi DPN telah menyumbang ke arah
pengukuhan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian yang mampu
menghasilkan kemajuan ekonomi dan sosial yang pesat. Ketidakberkesanan DPN dapat dilihat
apabila kaum bumiputera menjadi terlalu manja dengan sokongan yang terlalu banyak dari
kerajaan. Keadaan ini menyebabkan kaum bumiputera tidak mampu untuk berdikari kerana
terlalu mengharapkan bantuan dari kerajaan sahaja. Meskipun berlakunya peningkatan taraf
hidup, ekonomi Malaysia masih dipelopori oleh kaum bukan bumiputera dan kaum bumiputera
hanya menjadi tenaga penggerak sahaja. Hasil daripada DPN telah melahirkan ramai tokoh
ekonomi terkemuka tetapi tokoh ekonomi bumiputera ini tidak mampu bertahan lama.

You might also like