You are on page 1of 9

KURSUS

PENGURUSAN KUALITI

MODEL PENGURUSAN KUALITI (PPP3013)

ORGANISASI PERKHIDMATAN

Modul Pembelajaran Kendiri


Edisi 1
Jabatan Pengurusan Pendidikan
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tanjong Malim
Tujuan
Mempertingkatkan pengetahuan pelajar berkaitan dengan konsep serta istilah yang dikaitkan
dengan pengurusan kualiti secara khusus berdasarkan kepada usaha kendiri dalam meneroka
serta membuat sorotan berkaitan dengan dimensi kualiti dan pengurusan kualiti dalam
organisasi pendidikan yang membolehkan para pelajar menguasai, mengadaptasi dan
mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran pengurusan kualiti dalam pelaksanaan operasi
proses, sistem dan struktur organisasi pendidikan.
Objektif
Pelaksanaan reka bentuk modul ini, secara khusus memerlukan para pelajar membuat aktiviti
kajian secara kendiri dan pada akhirnya para pelajar;
1. Membolehkan pelajar menguasai konsep serta terminologi pengurusan kualiti organisasi
berdasarkan penulisan tokoh-tokoh pengurusan kualiti.
2. Memahami akan kepentingan pelaksanaan pengurusan kualiti organisasi dalam konteks
proses penyampaian perkhidmatan.
3. Menjelaskan kaedah pelaksanaan model pengurusan kualiti organisasi perkhidmatan
berasaskan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam.
Prosedur pelaksanaan
1. Pelaksanaan aktiviti modul perlu dilakukan oleh pelajar berdasarkan kepada arahan-arahan
yang dinyatakan pada setiap aktiviti yang terdapat dalam modul ini. Pelajar mempunyai
kebebasan untuk melaksana mana-mana aktiviti tanpa menurut turutan bilangan yang
ditetapkan.
2. Sekiranya pelajar memerlukan surat pengesahan serta perakuan daripada pihak fakulti,
pelajar perlu memaklumkan kepada Pensyarah sekurang-kurangnya satu (1) minggu lebih
awal.
3. Pelajar perlu menyiapkan segala aktiviti yang ditetapkan dalam tempoh waktu yang
diperuntukkan bagi membolehkan aktiviti-aktiviti dalam modul selanjutnya dapat
dilaksanakan tanpa gangguan.
4. Pelajar perlu menyiapkan kesemua aktiviti yang terdapat dalam modul ini bagi
membolehkan penilaian dilakukan secara lebih konkrit untuk diambil kira dalam markah
keseluruhan penilaian kursus sepanjang semester.
5. Pelajar perlu menulis semula setiap jawapan secara lengkap. Jika merupakan satu
keperluan, pelajar perlu menyertakan sekali rujukan-rujukan yang digunakan dengan
berpandukan format standard American Psychological Association.
6. Jawapan dan perbincangan setiap aktiviti perlu ditulis di atas helaian berasingan daripada
modul ini, bagaimana pun pelajar perlu melampirkan sekali modul ini di dalam helaian
jawapan yang dihantar kepada Pensyarah.
7. Helaian jawapan hendaklah dihantar dalam keadaan kemas dan tersusun sebagaimana
yang tertera dalam modul dengan menulis menggunakan font Arial, 11 point. Langkau 1.5.
Konsepsi Pengurusan Kualiti Dan Model Pengurusan Kualiti Perkhidmatan
Langkah aktiviti
1. Anda dikehendaki membuat tinjuan perpustakaan, sila senaraikan nama sekurang-
kurangnya sepuluh (10) buah buku dan Jurnal yang berkait dengan kualiti dan pengurusan
kualiti dalam organisasi yang boleh dijadikan rujukan akademik. Buku-buku atau Jurnal
yang dirujuk untuk disenaraikan mestilah terbitan terkini, iaitu terbitan dalam lingkungan
lima (5) tahun bermula daripada 2013 hingga 2018. Penyenaraian mestilah berdasarkan
format rujukan sebagaimana standard American Psychological Association.

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

2. Berdasarkan kepada buku-buku yang anda senaraikan nyatakan sekurang-kurannya tiga


(3) definisi kualiti yang telah kemukakan oleh penulis/pengarang berkaitan. Sila berikan
ulasan anda terhadap definisi kualiti yang dikemukakan oleh setiap penulis/pengarang
berkaitan.
3. Berpandukan pemahaman anda terhadap definisi-definisi yang dikemukakan, sila nyatakan
kata kunci-kata kunci berkaitan dengan kualiti dan pengurusan kualiti dalam organisasi.

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

4. Berdasarkan pemahaman anda berkaitan dengan definisi pengurusan kualiti, sila


kemukakan definisi pegangan anda berhubung dengan pengurusan kualiti organisasi
pendidikan dan kualiti pendidikan.
5. Sila rujuk kepada laman http://www.mampu.gov.my/ms/#pekeliling, tumpukan perhatian
anda dengan mengkaji pekeliling, khususnya Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam yang
telah dikeluarkan oleh pihak Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan
Malaysia (MAMPU)
a. Berdasarkan analisis anda, sejauhmanakah pekeliling yang telah dikeluarkan oleh
MAMPU telah menjadi asas kepada usaha peningkatkan dan penambahbaikan
pengurusan kualiti sektor awam.

b. Merujuk kepada pengurusan dan pentadbiran organisasi anda, nilaikan sejauhmanakah


pekeliling-pekeliling yang terdapat dalam Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam,
dijadikan asas kepada pengurusan proses penyampaian perkhidmatan.
6. Sila kaji secara teliti pekeliling Garis Panduan mengenai Strategi-Strategi Peningkatan
Kualiti Dalam Perkhidmatan Awam (http://www.mampu.gov.my/ms/pekeliling/category/52-
1991).

a. Berdasarkan penelitian anda, lakarkan model proses peningkatan kualiti yang menjadi
fokus pelaksanaan dalam perkhidmatan awam.
b. Nyatakan aspek-aspek utama yang menjadi teras kepada model proses peningkatan
kualiti sektor awam.
7. Jelaskan apakah yang dimaksudkan sistem pemeriksaan kualiti, bagaimanakah dikatakan
sistem pemeriksaan kualiti dapat memantapkan pelaksanaan proses perkhidmatan
organisasi, khususnya dalam aspek;
a. Penghasilan standard output perkhidmatan
b. Pengurangan kos operasi organisasi
c. Pengawalan proses pekhidmatan

You might also like