You are on page 1of 3

Ruj. Kami : IPGKRM 100/.........

Tarikh: 29 Julai 2019

Encik Zainal Alias,


Nestle Products Sdn Bhd,
No.41, Jalan Angklung 33/20,
Shah Alam Industrial Park, Section 33,
40460 Shah Alam, Selangor.

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN TAJAAN PERKHIDMATAN MINUMAN MILO DAN


BIJIRIN NESTLE SEMPENA MINGGU GAYA HIDUP SIHAT PERINGKAT
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan IPG Kampus Raja Melewar akan mengadakan Minggu


Gaya Hidup Sihat seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 17 – 19 September 2019
Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat : Balai Kerapatan, IPG Kampus Raja Melewar

3. Untuk makluman tuan, minggu Gaya Hidup Sihat adalah untuk memenuhi
keperluan subjek Gaya Hidup Sihat (GHSS3033) oleh siswa guru. Selain itu, minggu
Gaya Hidup Sihat ini diharapkan dapat memupuk siswa guru kearah lebih berdisiplin
dalam penjagaan kesihatan serta dapat memberi kesedaran tentang pentingnya
mempunyai gaya hidup yang sihat.

4. Sehubungan itu, walaupun program ini berlangsung selama 3 hari, namun


pihak kami ingin memohon tajaan selama sehari sahaja iaitu pada 18 September
2019, bersamaan hari Rabu, bermula jam 8.00 – 11 pagi. Sebarang pertanyaan
berhubung perkara di atas, sila hubungi Puan Erana Bt Abd Seman di talian
0193020261. Kerjasama tuan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului
dengan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,


___________________________
(Dr. NIZAM BIN ABD LATIB)
Pengarah
Institut Pendidikan Guru
Kampus Raja Melewar

You might also like