You are on page 1of 3

PENGENALAN

Kem kaji iklim telah dijalankan pada hari selasa 15 oktober 2019 di SK Tanjong Malim.
Tarikh tersebut telah dipilih atas persetujuan penolong kanan sekolah tersebut. Seramai 66
orang pelajar darjah enam telah dikumpulkan untuk diberikan pendedahan tentang topik suhu
dan iklim. Program ini dijalankan bertujuan untuk memberi lebih pendedahan subjek geografi
menjadi lebih menarik selari dengan Visi UPSI kepada pelajar-pelajar kursus Kaji Iklim.
Kem ini mengkhusus kepada aspek iklim dalam memberi teknik pembelajaran dan
pengajaran di sekolah lebih menarik dengan pelbagai pendekatan dan kaedah serta model.
Program ini memberi pendedahan kepada pelajar kursus kaji iklim dengan menggunakan alat
bantu mengajar dan diterapkan bersama pelajar di sekolah di kaedaan sebenar dan
mewujudkan pembelajaran dan pengajaran yang menarik. Di samping itu, dengan program
ini hubungan baik antara pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Tanjung Malim dengan
mahasiswa dan mahasiswi upsi juga dapat diwujudkan.

AKTIVITI YANG DIJALANKAN

HARI DAN MASA AKTIVITI


TARIKH
7.30 – 8.00 AM Bertolak ke sekolah
8.00 – 8.30 AM Berkumpul dan berikan taklimat ringkas
program
8.30 – 10.45 AM Demontrasi penggunaan alatan cerap suhu
bersama pelajar
10.45 – 11.15 AM Rehat
11.15 – 12.30 PM Eksperimen dan pameran projek iklim
15 Oktober daripada pelajar upsi
2019
Refleksi dan maklum balas pelajar
12.30 – 1.30 PM Majlis penutup
1.30 – 2.45 PM Solat
2.45 – 4.00 PM Pembersihan kawasan program
4.00 PM Bersurai dan kembali ke upsi

Aktiviti yang dijalankan adalah berupa demontrasi penggunaan tiga alatan pencerap
suhu iaitu multifunctional Anemometer, Multifunctional GPS (Trimble Juno 3B) dan
Whirling Hygrometer. Murid-murid telah dipecahkan kepada enam kumpulan. Setiap
kumpulan mempunyai dua orang fasilitator yang akan membawa mereka ke stesen-stesen
demontrasi penggunaan alatan pencerapan suhu. Terdapat tiga stesen. Setiap stesen akan
ditunjukkan penggunaan alatan cerap suhu yang berbeza. Murid-murid berpeluang melihat
sendiri bagaimana alatan tersebut berfungsi. Lantas membuka minda dan menambah
pengetahuan mereka dalam memahami kaedah catatan suhu.

Seterusnya, aktiviti pameran. Sebanyak enam kumpulan telah mempersembahkan


pameran yang bertajuk Suhu dan Iklim. Kami telah menjalankan pameran berkaitan “Kincir
Angin” daripada bahan-bahan yang mudah didapati di daerah Tanjong Malim. Setiap
kumpulan bersama fasilitator akan ke setiap meja pameran untuk melihat dan mendengar
penerangan yang diberikan berkaitan pameran yang telah dijalankan. Pelajar yang
bertanyakan soalan akan mendapat hadiah. Bagi kumpulan kami, kami membuat pameran
berkaitan kincir angin yang mana kami menjelaskan kepada pelajar bagaimana kincir angin
tersebut dapat menjana kuasa elektrik. Pameran berjalan dengan baik dan murid-murid dapat
memahami apa yang kami sampaikan. Hampir 1 jam murid-murid mengikuti pameran yang
dibuat.

Acara penutupan dijalankan. Penyerahan sijil dan cenderahati diberikan kepada pihak
sekolah kerana sudi menerima kunjungan kami. Acara fotografi beramai-ramai sebagai
kenang-kenangan sebelum semua bersurai.
LAMPIRAN

You might also like