You are on page 1of 3

Minit Mesyuarat Guru Kali Kedua Tahun 2015

Bidang Kurikulum

Tarikh : 29 Disember 2014 (Isnin)


Masa : 1.00 petang
Tempat : Bilik Komputer
Kehadiran : Rujuk Lampiran

1. Perutusan Pengerusi Mesyuarat


Guru Besar mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru-guru.

2. Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu


Minit mesyuarat lepas disahkan tanpa pindaan oleh Cik Lee See Eng. Disokong oleh Cik Yeo
Siew Ping.
3. Perkara Berbangkit
Tiada

4. Perkara Yang Dibincang


4.1 VLE Frog
4.1.1 Guru besar mengalakkan para guru supaya kerap log in laman sesawang VLE
Frog
4.1.2 Semua guru wajib mengaktif semula VLE Frog

4.2 Bidang HEM


4.2.1 Program Guru Penyayang mesti dimantapkan.
4.2.2 Kehadiran murid amat memuaskan
4.2.3 Mulai dari 15 Jun, waktu balik sekolah dari Isnin hingga Khamis ialah 3.20
p.m.,Jumaat ialah 12.50 pm

4.3 Bidang Akademik


4.3.1 Pencapaian murid pada PKBS 1 amat memuaskan.
4.3.2 PPD meminta sekolah agar lebih mementingkan akademik
4.3.3 PKBS 2 akan bermula pada 12 Mei
4.3.4 Hari Terbuka sekolah telah ditentukan, iaitu pada 22 Mei.
4.3.5 Para guru harus mengalakkan murid supaya lebih kerap menggunakan kamus
4.3.6 Pihak sekolah telah memohon untuk menubuhkan kelas pra sekolah untuk
menambahkan bilangan murid
4.3.7 Guru pemulihan harus lebih berusaha untuk mengurangkan bilangan murid
LINUS
4.3.8 LADAP KSSR Tahun 6 untuk mata pelajaran Matematik, Pendidikan
Kesihatan,Pendidikan Seni Visual dan Reka Bentuk akan dijalankan pada 10
April
4.3.9 Pada cuti bulan Jun, kelas tuisyen akan dijalankan selama dua minggu. Kelas
tuisyen akan bermula dari 8.00 am hingga 12.20 pm.

Tindakan: Semua guru

4.4 Bidang Ko-Kurikulum


4.4.1 Hari sukan sekolah akan dijalankan seperti yang telah dirancangkan,iaitu pada
9 Ogos.
4.4.2 Kem motivasi akan dijalankan pada 30 Oktober
4.4.3 Pertandingan Bercerita Moral peringkat daerah akan diadakan di sekolah pada
6 November.
Tindakan: Semua guru

4.5 Aktiviti Tahunan


4.5.1 Guru bertugas bertanggungjawab untuk menguruskan aktiviti tahunan yang
akan dijalankan pada tahun 2014.
4.5.2 Setiap aktiviti yang dijalankan perlu menyediakan kertas kerja yang disah
oleh Guru Besar dan disimpan dalam fail panitia.
4.5.3 Laporan aktiviti perlu disediakan selepas aktiviti dijalankan.
Tindakan: Semua guru

5. Hal-hal Lain
5.1 Ucapan guru dalam kelas / di perhimpunan perlu berhati-hati.
5.2 Guru tidak dibenarkan membaca surat khabar / majalah semasa waktu ganti. Pada
waktu ganti harus menjalankan aktiviti P&P.
5.3 Guru perlu berdiri semasa mengajar.
5.4 Jika guru tidak masuk kelas dan murid berlaku sebarang kejadian, guru tersebut
perlu bertanggungjawab.
5.5 Ujian Aptitud bagi murid Tahun 3 pada bulan Mac. Sebelum menjalani, guru B&K
perlu member taklimat kepada murid.

6. Penutup
Mesyuarat ditangguhkan pada 4.30 petang.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,

______________ ______________
(Cik Ew Swee Ting) (En. Wong See Lee)
Setiausaha Guru Besar

You might also like