You are on page 1of 15

<KOD KURSUS>

IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DENGAN


KEPUJIAN

SEPTEMBER / 2019

MPU 3412

KHIDMAT MASYARAKAT

NO. MATRIKULASI : 901013085954001


NO. KAD PENGNEALAN : 901013-08-5954
NO. TELEFON : 013-3432372
E-MEL : nuruladibah90@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN JOHOR

0
MPU 3412

AKTIVITI 1

Dokumentasi

LAPORAN PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT DI


TABIKA KEMAS KEMAJUAN 2 ( SKUDAI , JOHOR)

1. PENGENALAN
Tujuan program Majlis Akhir Tahun bagi memenuhi elemen kerja kursus mata
pelajaran Khidmat Masyarakat (MPU3412). Di samping dapat memberikan
khidmat sosial terhadap komuniti dan masyarakat setempat. Selain itu dapat
menimbulkan rasa tanggungjawab terhadap diri sendiri kepada pusat
pembelajaran anak-anak. Secara amnya, program ini dirancang khas bagi murid-
murid tabika KEMAS 2019. Program ini merupakan program tahunan yang
dianjurkan oleh pihak sekolah bertujuan memberi semangat dan galakan kepada
murid untuk terus belajar serta melahirkan rakyat Cerdas , Cergas dan Pintar .

2. LATAR BELAKANG
2.1 Program ini adalah satu usaha untuk memberi peluang kepada pelajar
menzahirkan penghayatan kemahiran insaniah berbentuk kerja-kerja
kebajikan kepada pihak yang terlibat.
2.2 Program khidmat masyarakat ini diadakan di Pentas Utama Mydin Mall
Mutiara Rini
2.3 Program khidmat masyarakat juga dapat diperkenalkan dan
mempromosikan Tabika KEMAS kepada masyarakat luar khususnya
masyarakat sekitar daerah Iskandar Puteri , Johor .

3. OBJEKTIF PROGRAM
3.1 Melengkapkan komponen kerja kursus iaitu 100% markah projek bagi
mata pelajaran Khidmat Masyarakat (MPU3412);

1
MPU 3412

3.2 Meraikan kanak-kanak diatas kejayaan mereka mengharungi dan berjaya


menamatkan sesi prasekolah.
3.3 Menyuntik semangat baru dalam kalangan kanak-kanak khususnya kanak-
kanak 6 tahun yang akan ke Sekolah Kebangsaan pada tahun hadapan
3.4 Meningkatkan keyakinan dan keberanian kanak-kanak untuk berhadapan
dengan orang ramai.
3.5 Menjalin dan mengeratkan hubungan kanak-kanak dengan Pemaju
Masyarakat walaupun telah tamat sesi persekolahan di TABIKA

4. TEMA
“Jungle” – Ceria . Cerdas dan Pintar

5. TARIKH DAN MASA


Program ini diadakan seperti butiran berikut :
Tarikh : 17 November 2019 (Ahad)
Masa : 10.00 pagi – 1.00 petang

6. TEMPAT PROGRAM
Program diadakan di Pentas Utama Mydin Mall Mutiara Rini

7.0 AHLI JAWATANKUASA

Penasihat : Pn Hjh Jamiah Binti Hj Jabbar


Pengerusi Program : Puan Nurul Adibah Binti Mohd Nasir

Setiausaha : Salimiah Bt Abdul Rahim

Bendahari : Puan Ramizah Binti Abdul Rahim

AJK Multimedia : Nurul Filzah Binti Ramli

AJK Jamuan : Norul Fathiah Bt Mustapha

AJK Hadiah Cenderahati : Puan Zuraidah Binti Pandi

2
MPU 3412

AJK Jemputan dan Publisiti : Puan Nurul Adibah Binti Mohd Nasir

8.0 ORGANISASI YANG TERLIBAT


i. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)
ii. Tabika Kemas Jalan Kemajuan 1 & 2
iii. Tabika Kemas Iltizam 1 & 2
iv. Tabika Kemas Makmur
v. Pembantu Sukarelawan Guru
vi. Pengerusi-pengerusi Tabika
vii. Ahli Parlimen Iskandar Puteri

9.0 OBJEKTIF AKTIVITI KHIDMAT MASYARAKAT INI

9.1 Meraikan kanak-kanak atas kejayaan menamatkan sesi persekolahan


tabika
9.2 Menyuntik semangat baru kanak-kanak untuk melalui fasa persekolahan
9.3 Mengeratkan hubungan silaturrahim antara komuniti, masyarakat dan
ibubapa
9.4 Menggalakan penglibatan masyarakat dan pemimpin setempat , pendidik ,
pembantu guru , ibu bapa dan kanak-kanak untuk meningkatkan
kecemerlangan tabika
10.0 TENTATIF PROGRAM

9:00 Pagi : Pendaftaran ibubapa/penjaga


10 : 00 Pagi : Pergerakan graduan masuk ke dalam dewan
9:20 Pagi Nyanyian Lagu Bangsa Johor , Negaraku , Tabika Kita
Bacaan Doa
Ucapan Aluan Penyelia ( Puan Salina )
Ucapan Perasmian oleh Wakil Yb
(Yang Dihormati Madam Ang )
Tayangan Video
3
MPU 3412

Penyampaian Kanak-kanak cemerlang


Penyampaian Sijil
Sesi bergambar
1:00 Tengahari: Bersurai

11.0 ANGGARAN PEMBELAJARAN

BIL PERKARA PENGLIBATAN JUMLAH JUMLAH


KECIL
1. SEWA (HALL & KANAK-KANAK TABIKA : - RM
PENTAS) 200 ORANG 1000.00
PEMAJU MASYARAKAT : 15
ORANG
IBUBAPA : 400
ORANG

2. PA SISTEM (MYDIN SEWAAN - RM 600.00


MALL)
3. KERUSI SEWAAN LUAR RM 1 X RM 100.00
TAMBAHAN 100
BUAH
4. CENDERAHATI KANAK-KANAK RM 30 X RM 810.00
KANAK-KANAK CEMERLANG 27
ORANG
5. CENDERAHATI SEMUA KANAK-KANAK RM 10 X RM
KANAK-KANAK 200 2000.00
ORANG
JUMLAH KESELURUHAN RM
4510.00

12.0 PENJELASAN PELAKSANAAN

4
MPU 3412

Majlis Akhir Tahun merupakan hari bersejarah bagi setiap individu yang menamatkan
sesi persekolahan pada masa yang ditetapkan. Sehubungan dengan itu, amatlah wajar
agar kanak-kanak yang menamatkan pengajian di peringkat tabika diraikan di majlis yang
gilang gemilang. Perkara seperti ini dapat memupuk semangat untuk meneruskan
pengajian di peringkat seterusnya. Secara keseluruhannya, program khidmat masyarakat
ini berjalan dengan lancar dan teratur. Matlamat program dapat dicapai hasil dari
kerjasama yang diberikan oleh kumpulan sasaran.

13.0 PENGHARGAAN

 Ucapan setinggi penghargaan kepada :

 Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)

 Ahli Parlimen Iskandar Puteri

 Pembantu Sukarelawan Guru

 Pengerusi-pengerusi Tabika

AKTIVITI 2

Pemeriksa tugasan yang saya hormati, maka dengan ini saya sertakan pautan aktiviti 2
untuk tujuan semakan.

Sekian, terima kasih

Pautan:

https://www.youtube.com/watch?v=Ors84Us-Utg&feature=youtu.be

5
MPU 3412

AKTIVITI 3 ( PENULISAN JURNAL REFLEKTIF )

Sebelum Pelaksanaan

Tugasan Khidmat Masyarakat yang telah saya pilih ialah Majlis akir tahun tabika . Saya
memilih tugasan ini kerana merasakan tanggungjawab yang harus saya berikan untuk
memberi penghargaan kepada kanak-kanak sepanjang setahun persekolahan di jalankan .
Saya juga sebagai guru kelas bertanggujawab menjalankan Majlis Akhir Tahun ini
dengan gabungan dari 4 buah tabika kemas yang lain juga.

Pada mulanya perbincangan bersama penyelia dan guru kelas 4 tabika yang lain
telah telah diadakan sebulan sebelum program ingin dijalankan. Setelah mendapat
kelulusan daripada penyelia Pendidikan Awal Kanak-kanak , mesyuarat bersama
beberapa orang guru dan persetujuan bersama pengerusi tabika masing-masingtelah
diadakan untuk membincangkan kos-kos yang terlibat, pembahagian tugas serta aktiviti-
aktiviti yang akan dijalankan. Kami juga telah berbincang dan memohon bantuan
kewangan daripada Ahli Parlimen Iskandar Puteri dan mendapat kelulusan daripada pihak
beliau .

Perbincangan mengenai bajet dan tempat yang ingin di jalankan memainkan


peranan penting untuk majlis ini . Untuk memberi kesan dan kenangan yang indah
kepada kanak-kanak dan ibu bapa terhadap majlis ini. Kami berbincang tentang semua
aspek dari segi hadiah , penyampaian , video , makanan semasa majlis di jalankan .
Pelbagai pihak yang terlibat di antara tempat yang di jalankan iaitu Mydin Mall Mutiara
Rini dan makanan untuk kanak-kanak .

Seterusnya semasa merancang ahli jawatankuasa, saya secara peribadi


mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua guru kelas yang terlibat kerana telah
menyokong aktiviti yang dianjurkan dan menjadikan ia sebagai salah satu aktiviti
sekolah. Selain daripada itu, daripada perancangan yang di tentukan pada awal-awal lagi
memberikan satu persediaan yang rapi daripada aspek persediaan tempatdan ahli
jawatankuasa yang terlibat untuk mengendalikan Majlis Akhir Tahun ini. Secara
keseluruhannya sebarang masalah dalam proses persediaan program ini dijalankan.

6
MPU 3412

Semasa Pelaksanaan

Semasa menjalankan aktiviti saya sebagai penyambut tetamu telah memulakan kerja
menyambut ibu bapa dan merekod kedatangan ibu bapa atau penjaga bermula dari pukul
9 pagi lagi di pintu hadapan . Ibu bapa telah hadir bersama anak. Saya juga bersyukur
kedatangan ibu bapa yang memberi komitmen kepada program tersebut hampit kesemua
ibu bapa dari 5 buah tabika Kemas telah hadir untuk meraikan anak-anak mereka .

Sepanjang program di jalan kan semua rakan setugas telah menjalankan tugasa
dengan baik . Kami telah membahagikan tugasan masing-masing untuk hari kejadian .
Pembantu guru telah membantu mengawal kanak-kanak di tempat yang telah disediakan .
Melalui program khidmat masyarakat ini saya telah mendapat pendedahan tentang
pengurusan, perancangan dan pengelolaan sesuatu tugas. Saya juga dapat membina
hubungan yang baik di antara rakan-rakan dan ibubapa yang terlibat. Selain daripada itu
juga, turut didedahkan dengan cara dan prosedur berkaitan pengurusan apabila bekerja di
dalam sesebuah kumpulan.

Selain itu juga , melalui program ini telah membimbing saya untuk merancang
program bersama dengan pemimpin setempat . Bagaimana cara untuk berhubung dengan
pemimpin setempat telah membantu saya untuk membentuk atau membina kertas kerja
yang lebih baik dan tersusun . Program di jalankan mengikut masa yang telah di rancang ,
Malah program tersebut habis sebelum tamat waktu sewa tapak tersebut . Selain itu juga ,
ibu bapa dan ajk tabika juga memberi kerjasama yang sangat baik , apabila membantu
guru untuk mengemas kawasan program di jalankan .

Secara kesimpulannya, telah dapat dirumuskan bahawa banyak faedah telah dapat
diperolehi daripada rogram yang dijalankan ini. Merasa lebih yakin semasa berurusan
dengan organisasi lain dan memupuk semangat kerjasama dan toleransi di kalangan guru
dan ibu bapa. Terdapat banyak kekuatan yang dapat diperolehi daripada ini, antaranya
ialah unsur-unsur seperti kerjasama, tolong menolong dan juga keikhlasan dan kelihatan
dalam setiap aktiviti yang dianjurkan

7
MPU 3412

Selepas Perlaksanaan

Selepas tamat program ini dijalankan, saya mendapati terdapat beberapa kelemahan yang
timbul. Kelemahan yang paling jelas di pandangan mata saya adalah guru yang
ditugaskan untuk mengelola atau mengawasi kanak-kanak tidak dapat mengawal situasi
ketika beratur untuk naik ke pentas . Saya yang bertugas di bahagian tepi pentas untuk
mengambil kanak-kanak selepas menerima anugerah terpaksa berlari ke bahagian kanak-
kanak naik ke penats untuk membantu dan mengawal situasi yang berlaku.

Berdasarkan kepada kelemahan-kelemahan yang dinyatakan di atas, saya


mengariskan beberapa cadangan penambahbaikan. Bilangan guru dan murid boleh
dibahagikan kepada kumpulan yang lebih kecil lagi semasa program dijalankan.
Pembantu guru boleh membantu kelas yang berlangsung dahulu untuk meyusun kanak-
kanak menerima anugerah , setelah tamat kelas yang lain pembantu guru boleh
membantu kelas yang lain pula . Ini boleh mengurangkan daripada berlaku nya masalah
kanak-kanak tidak beratur dengan betul dan bermain di tepi tangga pentas .

Selain itu juga, ibu bapa pulang awal sebelum tamat program di jalankan .
Keadaan tempat nampak berkurangan . Apabila kanak-kanak kelas terawal telah
menerima anugerah . Mereka telah mengambil anak dan meminta untuk pulang sebelum
tamat program . Ini menunjukkan sikap yang tidak menghormati majlis yang di jalankan .
Walaupun sudah di beritahu untuk menunggu sehingga tamat majlis kerana pihak
program telah merancnag kejutan di akhir program untuk kanak-kanak .

Kami telah memberi makluman dan peringatan kepada ibu bapa tetapi tidak di
endah kan oleh sesetengah pihak ibu bapa . Sebagai ibu bapa hendaklah membentuk
kanak-kanak dan menunjukkan contoh yang baik kepada kanak-kanak untuk
menghormati majlis yang dijalankan .

8
MPU 3412

AKTIVITI 4

4.1 Khidmat Masyarakat di Balai Raya Kampung

Kampung dan masyarakat dewan adalah bangunan yang paling kecil yang boleh
memuatkan program sukan di samping usaha-usaha sosial dan seni adat. Terdapat
pelbagai jenis dan saiz, bersama-sama aktiviti utama dan pemasangan ruang bersama-
sama dengan penginapan sampingan yang mungkin termasuk dewan kecil tambahan. Apa
sahaja kandungan, reka bentuk perlu memastikan pelbagai aktiviti dapat dijalankan tanpa
menjejaskan satu sama lain.

Ia adalah penting untuk membolehkan masa yang mencukupi untuk mendapatkan


bangunan ringkas tepat dan untuk memilih yang sesuai dan laman web yang boleh
diakses di tengah-tengah masyarakat. Bangunan harus estetika menyenangkan dan
mencerminkan penjagaan yang diambil untuk menghasilkan kemudahan berkualiti
mampu memenuhi perubahan keperluan masyarakat dan perkhidmatan yang diperlukan.
Sebuah bangunan berdiri sendiri baru sering penyelesaian pilihan tetapi ada pilihan lain
yang mungkin lebih menjimatkan:

i. Perluasan dan menaik taraf dewan komuniti sedia ada untuk meningkatkan
piawaian alam sekitar dan membenarkan lebih banyak aktiviti.

ii. Penambahan dewan, menyimpan dan peredaran disemak semula kepada pavilion
sukan diperbaharui.

iii. Kemasukan dewan komuniti di sebuah pusat sukan dan rekreasi.

iv. Perancangan untuk kegunaan komuniti sekolah-sekolah yang baru (rendah atau

menengah) dengan menaik taraf sebahagian daripada penginapan.

4.2 Khidmat Masyarakat di Rumah Anak Yatim

Sukarela di rumah anak yatim adalah cara yang baik untuk mengalami budaya sementara
membuat sumbangan dan mendapat pengalaman yang sukar dilupakan. Sukarelawan
membantu dalam menjalankan harian rumah anak yatim. Di beberapa penempatan,

9
MPU 3412

sukarelawan di rumah anak yatim dengan kanak-kanak dan untuk orang lain . Peranan
sebagai sukarelawan adalah untuk bertindak sebagai seorang abang atau kakak kepada
anak-anak. Butir-butir peranan boleh berbeza-beza bergantung kepada rumah anak
yatim. Pada umumnya anda akan dapat membantu kanak-kanak untuk mendapatkan
persediaan untuk ke sekolah, membantu mereka dengan kerja rumah, bermain permainan
mereka dan mengatur aktiviti dan membantu mereka mengamalkan bahasa .

4.3 Khidmat masyarakat di sekolah / tadika

Walaupun ia bergantung kepada masyarakat menyokong, penjagaan kanak-kanak sering


mendapat permintaan. Sama ada penjagaan gaya formal atau permainan tidak rasmi di
sebuah pusat komuniti tempatan. Jika menjadi sukarelawan di luar negara beberapa tugas
diperlukan sukarelawan bekerja di pusat penjagaan kanak-kanak adalah berstruktur dan
diperlukan pada setiap hari, seperti mengajar, pembersihan dan memasak. Walau
bagaimanapun, terdapat banyak keadaan di mana keperluan untuk inisiatif persembahan
untuk memastikan anak-anak diduduki dan pembelajaran.

Pengajaran adalah satu projek khidmat masyarakat yang benar-benar membuka


peluang untuk mereka yang menerima sokongan sukarelawan. Kadang-kadang boleh
menjadi kekurangan guru dalam komuniti sebabnya untuk mengajar bahasa asing begitu
popular dan permintaan yang tinggi. Projek-projek komuniti yang sempurna untuk pelajar
kolej latihan dan orang dewasa yang guru-guru yang berkelayakan

5.0 KESIMPULAN

Melalui program yang dijalankan ini, pelbagai yang telah saya pelajari.
Sebagai contoh ialah kemahiran komunikasi yang merupakan aspek penting
untuk dipupuk dalam diri. Kemahiran komunikasi yang baik dapat membantu
interaksi dua hala diantara saya dan orang luar yang diikuti dengan perbuatan. Sikap
tanggungjawab turut tersemai dalam diri saya ini yang sangatpenting ketika
melakukan sesuatu perkara. Secara tidak langsung, program ini membantu saya

10
MPU 3412

dalammeningkatkan keyakinan diri dalam menjadi lebih berani sewaktu berhadapan


dengan khalayak orang ramai .

RAJAH 5.1 GAMBAR BERSAMA KANAK-KANAK

RAJAH 5.2 GAMBAR BERSAMA AJK YANG TERLIBAT

11
MPU 3412

APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI

Open University Malaysia (OUM), April 2018, MPU3412

Faizah Yunus ( 2006 ) , Khidmat sosial di Malaysia , Universiti Malaya

Maureen Kenny, Laura A. Gallagher, Daniel D. Arreola ( 2003 ) , Teenagers and

Community Service , Greenwood Publishing Group

Khaled Nordin (2011, September 29). Mahasiswa: Gerak untuk Malaysia. Utusan

Malaysia.

Mardhiyyah Sahri, Khairudin Murad, Asmidar Alias & Mohd Dasuqkhi Sirajudin.

(2013). Empowering youth volunteerism: The importance and global motivating

factors. Journal of Educational and Social Research, 3(7), 502-507.

12
MPU 3412

13
MPU 3412

14

You might also like