You are on page 1of 26

KERTAS KERJA CADANGAN KERJASAMA

Pelaksanaan
Platform Pembangunan Oleh Komuniti
Untuk Komuniti (POKOK)
Bersama
Dagang NeXchange Berhad

Cadangan Oleh

Kertas Kerja Cadangan Kerjasama Pelaksanaan Program Pembangunan Masyarakat Di Bawah


i
Platform POKOK Bersama Dagang NeXchange Berhad
KANDUNGAN
1 PENGENALAN ................................................................................................................... 1

2 RINGKASAN EKSEKUTIF .................................................................................................. 3

3 PROGRAM BIMBING UNTUK KOMUNITI .......................................................................... 4

3.1 Pengenalan Program BIMBING ................................................................................... 4

3.1.1 Objektif Program ................................................................................................... 4

3.1.2 Modul Pembelajaran Program Bimbing ................................................................. 5

3.1.3 Proses Pemilihan Peserta ..................................................................................... 5

3.1.3.1 Mendapatkan Senarai Cadangan Dari Sekolah Sekitar ................................. 5

3.1.3.2 Membuat Senarai Pendek ............................................................................. 5

3.1.3.3 Melakukan Pengesahan Dengan Berjumpa Penjaga ..................................... 5

3.1.3.4 Mendaftarkan Pelajar ..................................................................................... 6

3.1.4 Pendekatan Pengajaran Dan Pembelajaran ........................................................ 7

3.1.5 Struktur Modul Program BIMBING ........................................................................ 7

3.1.6 Ciri-ciri Dan Tugasan Tutor .................................................................................. 8

3.1.7 Kaedah Pentaksiran.............................................................................................10

3.1.8 Sistem Capaian Perkembangan Pelajar BIMBING Atas Talian ............................11

3.1.9 Manfaat Pelaksanaan Program ............................................................................11

3.1.10 Impak Program ....................................................................................................12

4 CADANGAN KERJASAMA DENGAN PIHAK DAGANG NEXCHANGE BERHAD .............13

4.1 Plan Pelaksanaan Program ........................................................................................13

4.1.1 Negeri Selangor ...................................................................................................13

4.1.2 Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur ...................................................................14

4.1.3 Aspek Kewangan .................................................................................................14

4.1.4 Kos Pengurusan Operasi Pusat BIMBING ..........................................................15

4.2 Output Dari Program ...................................................................................................16

5 PEMBAYARAN TAJAAN ...................................................................................................17


Kertas Kerja Cadangan Kerjasama Pelaksanaan Program Pembangunan Masyarakat Di Bawah
ii
Platform POKOK Bersama Dagang NeXchange Berhad
6 PENUTUP..........................................................................................................................18

7 LAMPIRAN DOKUMEN .....................................................................................................19

7.1 Program BIMBING ......................................................................................................19

7.1.1 Taklimat BIMBING Bersama Ibu Bapa .................................................................19

7.1.2 Perjumpaan Dengan Pegawai JPN Dan Pentadbiran Sekolah.............................20

7.1.3 Bengkel Tutor ......................................................................................................20

7.1.4 Seminar Ibu Bapa Cemerlang ..............................................................................21

Kertas Kerja Cadangan Kerjasama Pelaksanaan Program Pembangunan Masyarakat Di Bawah


iii
Platform POKOK Bersama Dagang NeXchange Berhad
SENARAI JADUAL
Jadual 1 : Komponen Platform POKOK 1

Jadual 2 : Proses Pengambilan Pelajar Program BIMBING 6

Jadual 3 : Perjalanan Kelas Program BIMBING 7

Jadual 4 : Struktur Program BIMBING 7

Jadual 5 : Sinopsis Program BIMBING 8

Jadual 6 : Fungsi dan Ciri-Ciri Tutor BIMBING 9

Jadual 7 : Struktur Pentaksiran BIMBING 10

Jadual 8 : Komponen Sistem Berkomputer Program BIMBING 11

Jadual 9 : Senarai Pusat BIMBING 13

Jadual 10 : Kos Operasi Pusat Program BIMBING 15

Kertas Kerja Cadangan Kerjasama Pelaksanaan Program Pembangunan Masyarakat Di Bawah


iv
Platform POKOK Bersama Dagang NeXchange Berhad
1 PENGENALAN

Platform Pembangunan Oleh Komuniti Untuk Komuniti (POKOK) diwujudkan sebagai


satu pemudahcara untuk meningkatkan perkembangan sosio-ekonomi komuniti secara
menyeluruh, sejajar dengan keperluan dan kehendak semasa. Selain itu, POKOK juga
diwujudkan bagi tujuan untuk mendekati komuniti B40 iaitu isirumah yang berpendapatan
kurang dari RM3,050 sebulan. Antara kaedah yang digunakan adalah dengan mengambil
profil komuniti dan memahami isu-isu yang dihadapi oleh komuniti dan seterusnya
melibatkan pihak-pihak berkepentingan daripada sektor awam, swasta serta NGO bagi
usaha-usaha mencari penyelesaian atau menambahbaik tahap sosio-ekonomi golongan
B40.

Platform POKOK dibangunkan oleh Cypress Diversified Sdn Bhd. Cypress Diversified
Sdn Bhd adalah sebuah syarikat swasta yang menjalankan satu program di bawah Digital
Malaysia yang dijalankan oleh Multimedia Development Corporation (MDeC), ia adalah
agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang bekerjasama
dengan Kerajaan Negeri. Dari segi pelaksanaannya, program ini telah dirintiskan di negeri
Pahang bermula Februari 2013 dan diperluaskan ke negeri-negeri lain iaitu Perlis,
Terengganu, Perak dan Johor.

Pada umumnya platform POKOK ini menyediakan satu rangka kerja yang kondusif yang
membolehkan program-program permbangunan masyarakat dapat dijalankan secara
berkesan dan mencapai impak yang diharapkan. Ianya dibentuk dari komponen-komponen
seperti di bawah ini:

Maklumat Masyarakat Sukarelawan Pekerja Mikro


•Maklumat Ahli Masyarakat •Mendaftar •Berdaftar
•Maklumat Kampung/Kawasan •Dilatih •Terlatih untuk menjalankan
•Isu-isu masyarakat •Dikenalpasti skill dan minat kerja-kerja outsourcing
•Maklumat Landskap Sosial

Rangkaian Fasiliti Awam NGO dan Syarikat Swasta Pasukan Penggerak


•Diaudit •Menyediakan Kepakaran Masyarakat
•Sedia digunakan untuk •Servis dan produk •Pegawai POKOK
program masyarakat •Local Champion

Jadual 1 : Komponen Platform POKOK

Kertas Kerja Cadangan Kerjasama Pelaksanaan Program Pembangunan Masyarakat Di Bawah


1
Platform POKOK Bersama Dagang NeXchange Berhad
POKOK sebagai platform yang berteraskan pembangunan komuniti adalah untuk
membangunkan dan meningkatkan sosio-ekonomi serta menghasilkan perkhidmatan yang
berasaskan keperluan yang bersesuaian dengan kehendak komuniti. Oleh itu, Program
Bimbing telah dikenalpasti untuk manfaat komuniti.

Kertas Kerja Cadangan Kerjasama Pelaksanaan Program Pembangunan Masyarakat Di Bawah


2
Platform POKOK Bersama Dagang NeXchange Berhad
2 RINGKASAN EKSEKUTIF

Kertas kerja ini bertujuan untuk mendapatkan sokongan dan penglibatan pihak swasta
dalam membangun dan menjalankan pusat bimbingan komuniti BIMBING dalam kawasan
penduduk yang berpendapatan rendah, memberi peluang kepada golongan Orang Kurang
Upaya (OKU) menceburi dalam sektor pekerjaan dan Program Motivasi Dan Kerjaya Sukan
bagi pelajar-pelajar yang terlibat dalam kegiatan sukan diperingkat negeri dan kebangsaan

Program BIMBING adalah satu pusat yang memberi penumpuan kepada pembangunan
sahsiah (yang meliputi keyakinan diri, disiplin dan keterampilan) dan akademik
(Bahasa Inggeris dan Matematik). Program BIMBING adalah untuk menggembleng
seluruh masyarakat setempat dalam membangunkan anak-anak dari keluarga yang kurang
berkemampuan. Operasi pusat ini akan dijalankan oleh pihak Akademi Gading dan dibantu
oleh sukarelawan dari kalangan pelajar IPT dan Universiti tempatan. Kelas BIMBING
dijalankan setiap hujung minggu (Sabtu dan Ahad atau Jumaat dan Sabtu) yang mengambil
masa 3 jam bagi setiap sesi.

Pelaksanaan Program BIMBING yang dicadangkan dinegeri Selangor dan Kuala Lumpur.
Setiap negeri ini dicadangkan dua buat Pusat BIMBING. Bagi negeri Selangor iaitu di
Balairaya Kampung Chempedak Kuang dan Dewan Komuniti PPR Kota Damansara.
Manakala Kuala Lumpur adalah di Dewan Komuniti PPR Pantai Dalam dan Dewan
Komuniti Pekan Batu.

Kertas kerja ini adalah kertas kerja cadangan awal untuk memberikan gambaran tentang
program-program pembangunan masyarakat yang sedang dijalankan melalui platform
POKOK. Namun begitu pihak POKOK amat terbuka dan bersedia sekiranya ada keperluan
untuk mengubah suai program-program ini mengikut keperluan bakal rakan pelaksana
(penaja). Kertas kerja lengkap tentang program-program yang dicadangkan akan
dikeluarkan selepas perbincangan dijalankan dengan semua pihak terlibat.

Kertas Kerja Cadangan Kerjasama Pelaksanaan Program Pembangunan Masyarakat Di Bawah


3
Platform POKOK Bersama Dagang NeXchange Berhad
3 PROGRAM BIMBING UNTUK KOMUNITI

3.1 Pengenalan Program BIMBING

Program BIMBING adalah sebuah program Tuisyen Komuniti yang dijalankan di bawah
Platform POKOK. Program BIMBING merupakan program pembangunan insaniah dan
akademik untuk murid-murid tahun 4 dan 5 dari kalangan keluarga B40 (iaitu pendapatan isi
rumah RM 3050 ke bawah sebulan). Kelas Bimbing memberi fokus kepada pemantapan
nilai-nilai jati diri serta penetapan matlamat dan wawasan selain akademik bagi
matapelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik.

Inisiatif ini bagi membantu murid-murid membina keyakinan diri dalam penguasaan
matapelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik khususnya dan memberi motivasi akan
kepentingan ilmu selain membina serta membangun sahsiah pelajar sebagai asas
pembinaan generasi muda. Program ini juga memberi peluang kepada sukarelawan terdiri
daripada para pelajar yang sedang menuntut di IPT dan Kolej tempatan selain
mengembalikan fungsi balai raya sebagai pusat komuniti dan penggerak.

3.1.1 Objektif Program

Objektif program ini adalah seperti berikut:

a) Membangun dan menjalankan pusat bimbingan komuniti BIMBING dalam kawasan


yang dipilih.

b) Membantu anak-anak yang tercicir dalam akademik dan keluar dari masalah keciciran
mereka.

c) Memberi kesedaran kepada komuniti setempat tentang potensi yang ada dalam anak-
anak mereka dan bagaimana potensi ini boleh dibangunkan demi memberi masa
hadapan yang lebih cemerlang kepada anak-anak mereka.

Kertas Kerja Cadangan Kerjasama Pelaksanaan Program Pembangunan Masyarakat Di Bawah


4
Platform POKOK Bersama Dagang NeXchange Berhad
d) Menggembleng tenaga masyarakat dan semua pihak yang berkepentingan untuk
sama-sama membangunkan anak-anak ini untuk menjadikan mereka bersedia untuk
menghadapi masa hadapan yang lebih mencabar.

3.1.2 Modul Pembelajaran Program Bimbing

Modul Bimbing disusun berdasarkan pengalaman dan penglibatan kami dalam dunia
pendidikan, pembangunan insaniah dan dunia keremajaan.

3.1.3 Proses Pemilihan Peserta

Proses pemilihan pelajar terdiri daripada beberapa peringkat seperti berikut;

3.1.3.1 Mendapatkan Senarai Cadangan Dari Sekolah Sekitar

Pada peringkat ini, sekolah sekitar pusat akan dihubungi. Sekolah diminta untuk
memberikan senarai pelajar yang akan menyertai program ini. Biasanya sekolah akan
memberikan nama-nama pelajar mereka yang paling lemah dalam pelajaran.

3.1.3.2 Membuat Senarai Pendek

Dari senarai yang telah diberikan sekolah, pihak pelaksana akan menyenarai pendekkan
nama-nama pelajar yang memenuhi kriteria yang ditetapkan.

3.1.3.3 Melakukan Pengesahan Dengan Berjumpa Penjaga

Pihak POKOK akan melakukan lawatan ke rumah pelajar yang telah disenarai pendek untuk
membuat beberapa pengesahan. Antara pengesahan yang dilakukan adalah;

a) Tahap sosio-ekonomi keluarga.


b) Tahap komitmen keluarga untuk menyokong anak mereka.

Kertas Kerja Cadangan Kerjasama Pelaksanaan Program Pembangunan Masyarakat Di Bawah


5
Platform POKOK Bersama Dagang NeXchange Berhad
3.1.3.4 Mendaftarkan Pelajar

Pelajar yang tercalon akan diberikan surat tawaran dan surat persetujuan penjaga untuk
membenarkan anak mereka menyertai program.

Semua proses diringkaskan dalam carta di bawah ini;

Pelajar akan mengikuti


kelas 2 kali seminggu
bagi matapelajaran
Bahasa Inggeris pada
Matematik hari Sabtu
dan Ahad.
Komponen BIMBING
Pelajar terpilih akan:
1. Tuisyen - Math / BI
1) Lawatan ke rumah
untuk mengenal pasti 2. Motivasi
layak atau tidak. 3. Games dan Fun
Pelajar dipilih daripada 2) Mengisi Borang Activity
pencapaian persetujuan dan 4. Pertandingan
peperiksaan akhir iaitu pendaftaran KDS
60-75 paling rendah (Komuniti
dan paling bawah. Development System)
Juga dari kalangan
keluarga bawah B40

Jadual 2 : Proses Pengambilan Pelajar Program BIMBING

Kertas Kerja Cadangan Kerjasama Pelaksanaan Program Pembangunan Masyarakat Di Bawah


6
Platform POKOK Bersama Dagang NeXchange Berhad
3.1.4 Pendekatan Pengajaran Dan Pembelajaran

60 % Modul
Pelajar hadir ke Pencapaian
menekankan
Kelas 2 hari diakses oleh
motivasi dan
seminggu. 3 guru, ibu bapa
perubahan
jam sehari dan tutor.
sikap

Jadual 3 : Perjalanan Kelas Program BIMBING

3.1.5 Struktur Modul Program BIMBING

Modul yang dibangunkan untuk program ini terdiri dari 3 modul utama iaitu;
1) Modul Sahsiah
2) Modul Akademik
3) Modul Fun Learning

AKADEMIK MODUL SIKAP "FUN PROGRAM"

• Bahasa Inggeris • Menetap • Fun Activity


• Matematik matlamat • Games
• Tujuan belajar • English
• Penting pelajaran Competition
• Hargai ibubapa • Quiz Math
dan keluarga

Jadual 4 : Struktur Program BIMBING

Kertas Kerja Cadangan Kerjasama Pelaksanaan Program Pembangunan Masyarakat Di Bawah


7
Platform POKOK Bersama Dagang NeXchange Berhad
Berikut adalah contoh 1 bulan pertama Program Bimbing:
Bulan 1 dan berikutnya;

Minggu Jam 1 Jam 2


M1 H1 Tema: Tetap Matlamat Math is Easy

M1 H2 English is Fun English Games

M2 H1 Tema: Math is Easy


Kenali Diri
M2 H2 English is Fun Math Games

M3 H1 Tema: Math is Easy


T.jawab Diri
M3 H2 English is Fun Math Test /
Competition
M4 H1 Tema: Math is Easy
Total Actions
M4 H2 English is Fun English Test /
Competition

Jadual 5 : Sinopsis Program BIMBING

3.1.6 Ciri-ciri Dan Tugasan Tutor

Untuk menjayakan program ini, para tutor yang terdiri daripada sukarelawan dan kalangan
pelajar Institut Pengajian Tinggi dan universiti awam dan swasta tempatan yang dipilih dan
dilatih. Antara sebab utama mengapa tutor dipilih dari kalangan mereka ini adalah kerana
para pelajar ini masih tinggi idealisma mereka dan mempunyai semangat yang tinggi untuk
membantu golongan yang memerlukan.

Pada masa yang sama, berdasarkan pengalaman melaksanakan program-program


sebegini, golongan ini lebih mudah memainkan peranan mendekati kanak-kanak kerana

Kertas Kerja Cadangan Kerjasama Pelaksanaan Program Pembangunan Masyarakat Di Bawah


8
Platform POKOK Bersama Dagang NeXchange Berhad
hubungan adik dengan abang atau kakak dapat menjadikan komunikasi lebih berkesan
antara peserta dan tutor.
Rajah di bawah menunjukkan peranan dan sikap yang harus dimainkan oleh para tutor
dalam menjayakan program ini.

Role Model kepada Komitmen tinggi dan Memberikan tunjuk


pelajar menepati masa ajar sepenuhnya

Sedia membantu
Bimbing jika ada Boleh beri perhatian
program tambahan kepada pelajar-pelajar
dan seminar

Jadual 6 : Fungsi dan Ciri-Ciri Tutor BIMBING

Tutor yang dilantik berperanan menjadi role model kepada adik-adik mereka yang dibimbing.
Ini dapat dilaksanakan disebabkan para tutor merupakan mereka yang telah berjaya
menjejakkan kaki mereka ke menara gading dan telah melalui peringkat pembelajaran
rendah dan menengah.

Para tutor harus mempunyai komitmen yang tinggi terhadap amanah yang diletakkan di
bahu mereka. Mereka juga harus memberikan tunjuk ajar yang sepenuhnya demi membantu
para pelajar meningkatkan diri mereka.

Para tutor juga dituntut untuk memberikan sepenuh perhatian kepada adik-adik di bawah
tanggungjawab mereka. Tugas ini bukanlah tugas hujung minggu semata-mata tetapi
merupakan amanah yang harus dipikul sepanjang masa.

Kertas Kerja Cadangan Kerjasama Pelaksanaan Program Pembangunan Masyarakat Di Bawah


9
Platform POKOK Bersama Dagang NeXchange Berhad
3.1.7 Kaedah Pentaksiran

Untuk memastikan pembangunan peserta merangkumi semua komponen utama satu


kaedah pentaksiran (Pentaksiran Bersepadu Bimbing) telah dibangunkan untuk menjadi
kayu ukur dalam melaksanakan program ini. Secara amnya struktur pentaksiran adalah
seperti di bawah ini:

Pentaksiran Bersepadu
BIMBING PBB

Konstruk Sahsiah Akademik

Keyakinan Bahasa
Elemen Diri
Disiplin Keterampilan
Inggeris
Matematik

Aspek-aspek Aspek-aspek Aspek-aspek Aspek-aspek Aspek-aspek


di bawah di bawah di bawah di bawah di bawah
Aspek keyakinan Disiplin keterampilan Bahasa Matematik
diri Inggeris

Jadual 7 : Struktur Pentaksiran BIMBING

Tujuan pentaksiran dilakukan adalah bukan untuk menggredkan pelajar tetapi sebagai
instrument pemantauan yang akan memastikan peningkatan dapat diukur dalam setiap
komponen yang dibangunkan dalam program ini.

Kertas Kerja Cadangan Kerjasama Pelaksanaan Program Pembangunan Masyarakat Di Bawah


10
Platform POKOK Bersama Dagang NeXchange Berhad
3.1.8 Sistem Capaian Perkembangan Pelajar BIMBING Atas Talian

Untuk memastikan utusan pentaksiran dapat dijalankan dengan cekap dan berkesan, satu
sistem automasi berkomputer sedang dibangunkan. Sistem ini adalah sistem berkomputer
yang berasaskan web dan telefon pintar (Smart Phone).

Komponen sistem ini adalah seperti berikut;

Modul Rekod Skor Taksiran


• Sahsiah
• Akademik

Modul Pembangunan Potensi


• Plan Pembangunan
• Akitiviti

Modul Pengurusan Program Dan Aktiviti


• Sumber Manusia
• Kewangan

Jadual 8 : Komponen Sistem Berkomputer Program BIMBING

3.1.9 Manfaat Pelaksanaan Program

i. Meningkatkan sahsiah pelajar seperti keyakinan diri, penampilan diri dan disiplin
dalam kalangan para pelajar.

ii. Para pelajar dapat menguasai matapelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik
dengan lebih baik.

iii. Meningkatkan kesedaran kepada ibu bapa dan penjaga tentang peranan serta
tanggungjawab mereka dalam membantu anak-anak untuk berjaya dan
cemerlang dalam matapelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik.

Kertas Kerja Cadangan Kerjasama Pelaksanaan Program Pembangunan Masyarakat Di Bawah


11
Platform POKOK Bersama Dagang NeXchange Berhad
iv. Memberikan peluang kepada pelajar-pelajar IPT yang menjadi tutor untuk
menyumbangkan tenaga serta buah fikiran dalam membantu para pelajar
melalui program ini.

v. Memanfaatkan fasiliti awam yang sedia ada untuk digunakan sebagai pusat
BIMBING dan aktiviti-aktiviti lain yang bermanfaat untuk komuniti.

3.1.10 Impak Program

Berikut adalah impak daripada Program BIMBING;

i. Program ini akan membantu membina generasi kanak-kanak yang menguasai


Bahasa Inggeris, Matematik dan kemahiran berfikir secara kreatif serta kritis.

ii. Program ini akan meningkatkan sahsiah dalam diri pelajar yang terlibat seterusnya
menyumbang kepada peningkatan prestasi akademik pelajar berkenaan.

iii. Melahirkan pelajar yang mempunyai akhlak yang tinggi dan mempunyai jati diri yang
membolehkan mereka berhadapan dengan cabaran semasa dan masa depan.

Kertas Kerja Cadangan Kerjasama Pelaksanaan Program Pembangunan Masyarakat Di Bawah


12
Platform POKOK Bersama Dagang NeXchange Berhad
4 CADANGAN KERJASAMA DENGAN PIHAK DAGANG NEXCHANGE
BERHAD

Pihat Dagang NeXchange dimohon untuk menjadi rakan kerjasama pelaksanaan Program
BIMNING di komuniti sekitar kawasan negeri Selangor atau Kuala Lumpur. Kawasan yang
dicadangkan di negeri Selangor adalah kawasan Kuang, Sungai Buluh dan PPR Kota
Damansara.

4.1 Plan Pelaksanaan Program

Berikut empat kawasan Pusat BIMBING yang dicadangkan bagi negeri Selangor dan Kuala
Lumpur;

Negeri & Wilayah


Bil Pusat BIMBING Kawasan
Persekutuan
i. Balairaya Kampung
Kuang, Sungai Buluh
Chempedak Kuang,
1 Selangor
ii. Dewan Komuniti PPR Kota
PPR Kota Damansara
Damansara
i. Dewan Komuniti PPR
PPR Pantai Dalam
Pantai Dalam
2 Kuala Lumpur
ii. Dewan Komuniti PPR PPR Pekan Batu, Jalan
Pekan Batu Ipoh

Jadual 9 : Senarai Pusat BIMBING

4.1.1 Negeri Selangor

i. Di Balairaya Kampung Chempedak Kuang


Pelaksanaan Program BIMBING di sini akan memberi manfaat kepada pelajar-
pelajar dari Sekolah Kebangsaan Kuang, Sekolah Kebangsaan Sungai Serai,
Sekolah Kebangsaan Sungai plong, Sekolah Kebangsaan Seri Kundang dan
Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak. Pelajar-pelajar di kawasan ini adalah terdiri
daripada golongan pelajar miskin, Asnaf dan anak yatim.

Kertas Kerja Cadangan Kerjasama Pelaksanaan Program Pembangunan Masyarakat Di Bawah


13
Platform POKOK Bersama Dagang NeXchange Berhad
ii. Di Dewan Komuniti PPR Kota Damansara
Pelaksanaan Program BIMBING di sini akan memberi manfaat kepada pelajar-
pelajar dari Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 Kota Damansara, Sekolah
Kebangsaan 6 Kota Damansara, Sekolah Kebangsaan Seksyen 9 Kota
Damansara dan Sekolah Kebangsaan Seksyen 11 Kota Damansara. Walau
bagaimanapun pilihan dewan dan sekolah-sekolah yang terlibat bergantung kepada
cadangan daripada masyarakat setempat serta pihak-pihak yang terlibat.

4.1.2 Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur

i. Di Dewan Komuniti PPR Pantai Dalam


Pelaksanaan Program BIMBING di sini akan memberi manfaat kepada pelajar-
pelajar dari Sekolah Kebangsaan Bukit Pantai, Sekolah Rendah Agama Sri
Pantai dan sekolah-sekolah yang berhampiran dengan pusat tersebut. Walau
bagaimanapun pilihan dewan dan sekolah-sekolah yang terlibat bergantung kepada
cadangan daripada masyarakat setempat serta pihak-pihak yang terlibat.

ii. Di Dewan Komuniti PPR Pekan Batu


Pelaksanaan Program BIMBING di sini akan memberi manfaat kepada pelajar-
pelajar dari Sekolah Kebangsaan (1) Batu 4, Sekolah Kebangsaan (2) Batu 4,
Sekolah Kebangsaan Batu Muda dan sekolah-sekolah lain yang berhampiran
dengan pusat tersebut. Walau bagaimanapun pilihan dewan dan sekolah-sekolah
yang terlibat bergantung kepada cadangan daripada masyarakat setempat serta
pihak-pihak yang terlibat.

4.1.3 Aspek Kewangan

Terdapat dua pilihan yang dicadangkan untuk pusat BIMBING ini. Satu pusat BIMBING
menempatkan seramai 40-50 orang pelajar atau seramai 60-70 orang pelajar.

Berikut adalah kos pengurusan bagi setiap pusat BIMBING;

Kertas Kerja Cadangan Kerjasama Pelaksanaan Program Pembangunan Masyarakat Di Bawah


14
Platform POKOK Bersama Dagang NeXchange Berhad
4.1.4 Kos Pengurusan Operasi Pusat BIMBING

Kos untuk menjalankan operasi satu-satu pusat BIMBING adlah seperti dalam rajah di bawah:

Kos
Bil Item Penerangan Seunit Unit Kos (RM)
(RM)

Bahan-bahan pengajaran seperti modul, buku latihan,


1 Bahan pengajaran 100.00 70 7,000.00
bahan bantuan mengajar dan sebagainya

2 Tenaga Kerja Kos untuk membayar saguhati kepada tenaga 7,200.00 12 86,400.00
pengajar yang terdiri dari sukarelawan pelajar IPT
3 Sewaan tempat Bayaran saguhati untuk penggunaan fasiliti awam 400.00 12 4,800.00

4 Program untuk penjaga Kos untuk menjalankan program kesedaran untuk ibu- 1,500.00
bapa/penjaga 4 6,000.00
Latihan untuk tenaga
5 300.00
pengajar 12 3,600.00
Akses untuk pengurusan
6 60.00 70 4,200.00
pelajar dan rekod atas talian
7 Pengurusan Projek 2,000.00 12 24,000.00
JUMLAH 136,000.00

Jadual 10 : Kos Operasi Pusat Program BIMBING

Kertas Kerja Cadangan Kerjasama Pelaksanaan Program Pembangunan Masyarakat Di Bawah


15
Platform POKOK Bersama Dagang NeXchange Berhad
4.2 Output Dari Program

i. Perubahan sikap dan sahsiah yang positif para pelajar yang menyertai program
BIMBING.

ii. Para pelajar yang menyertai program ini akan mencapai peningkatan dalam
penguasaan dalam bidang Bahasa Inggeris dan Matematik dari segi kefahaman,
keyakinan diri dan minat.

iii. Para pelajar dijangka akan mencapai peningkatan dalam prestasi akademik mereka di
sekolah.

iv. Dengan peningkatan dalam penguasaan dalam Bahasa Inggeris dan Matematik akan
meningkatkan peluang para pelajar dalam mengejar kejayaan masa hadapan mereka.

v. Memberikan kesedaran dan pengetahuan tambahan kepada para penjaga pelajar yang
terlibat dengan program ini.

vi. Memberikan kesedaran kepada masyarakat umumnya tentang peranan mereka dalam
membantu anak-anak dalam komuniti mencapai keputusan cemerlang dalam pelajaran.

vii. Mendedahkan para pelajar IPT awam dan swasta dengan aktiviti kemasyarakatan dan
dalam masa yang sama memupuk semangat kesukalewanan dalam diri mereka.

Kertas Kerja Cadangan Kerjasama Pelaksanaan Program Pembangunan Masyarakat Di Bawah


16
Platform POKOK Bersama Dagang NeXchange Berhad
5 PEMBAYARAN TAJAAN

Pembayaran tajaan boleh dibuat secara penuh atau berkala atas nama PERTUBUHAN
PEMBANGUNAN OLEH KOMUNITI UNTUK KOMUNITI dengan no. akaun 8602352618
(CIMB).

Kertas Kerja Cadangan Kerjasama Pelaksanaan Program Pembangunan Masyarakat Di Bawah


17
Platform POKOK Bersama Dagang NeXchange Berhad
6 PENUTUP

Program BIMBING merupakan program yang sedang dibangunkan dengan menggunakan


platform POKOK sebagai tunjang utama yang menggerakkan semua pihak untuk memainkan
peranan masing-masing dengan lebih berkesan. Walaupun program-program ini telah
dirancang dengan begitu teliti dan mengambil kira semua aspek, ianya tentu tidak akan dapat
dijalankan dengan berjaya tanpa sokongan dari semua pihak yang terlibat.

Di pihak ibu bapa dan masyarakat, ianya merupakan satu usaha untuk meningkatkan
kefahaman kemahiran akademik dan membantu dalam pembangunan sahsiah serta keyakinan
diri anak-anak mereka. Program ini juga secara tidak langsung memberi peluang kepada anak-
anak daripada keluarga B40 untuk lebih semangat belajar dan cemerlang dalam pengajian
mereka.

Di pihak POKOK pula, ianya merupakan satu sumbangan platform ini kepada masyarakat.
Sumbangan ini bukan semata-mata dalam tenaga dan wang ringgit, tetapi juga dalam
membentuk minda masyarakat supaya lebih terbuka dan bersedia untuk menghadapi
kehidupan harian yang semakin mencabar. Pihak kami amat-amat berharap dengan
penglibatan dari pihak Dagang NeXchange Berhad dalam program ini akan menjadikan
pelaksanaan program ini dapat diperluaskan ke kawasan-kawasan lain dari yang telah kami
laksanakan selama ini. Ianya juga akan memantapkan lagi program ini dan akan memberikan
manfaat kepada masyarakat dan para pelajar. Sesungguhnya ini adalah sumbangan yang amat
bermakna bagi mereka.

Semoga projek ini akan mendapat sokongan yang tidak berbelah bagi dari semua pihak.

Kertas Kerja Cadangan Kerjasama Pelaksanaan Program Pembangunan Masyarakat Di Bawah


18
Platform POKOK Bersama Dagang NeXchange Berhad
7 LAMPIRAN DOKUMEN

7.1 Program BIMBING

7.1.1 Taklimat BIMBING Bersama Ibu Bapa

Kertas Kerja Cadangan Kerjasama Pelaksanaan Program Pembangunan Masyarakat Di Bawah


19
Platform POKOK Bersama Dagang NeXchange Berhad
7.1.2 Perjumpaan Dengan Pegawai JPN Dan Pentadbiran Sekolah

7.1.3 Bengkel Tutor

Kertas Kerja Cadangan Kerjasama Pelaksanaan Program Pembangunan Masyarakat Di Bawah


20
Platform POKOK Bersama Dagang NeXchange Berhad
7.1.4 Seminar Ibu Bapa Cemerlang

Kertas Kerja Cadangan Kerjasama Pelaksanaan Program Pembangunan Masyarakat Di Bawah


21
Platform POKOK Bersama Dagang NeXchange Berhad
Kertas Kerja Cadangan Kerjasama Pelaksanaan Program Pembangunan Masyarakat Di Bawah
22
Platform POKOK Bersama Dagang NeXchange Berhad

You might also like