You are on page 1of 3

LAPORAN PROJEK

1.0 PENGENALAN KEPADA ISU PENGAJARAN DAN BAHAN RESOS

Matematik juga merupakan satu penyiasatan aksiomatik yang menerangkan struktur


abstrak menggunakan logik dan simbol matematik. Dalam matematik, pecahan merupakan
satu topik yang agak sukar bagi sekolah rendah. Biasanya murid-murid mempunyai masalah
dalam mengenal pasti pecahan setara dan perkara ini bukan sahaja berlaku secara sengaja
tetapi terdapat segelintir murid yang sememangnya tidak tahu untuk mengambarkan
pecahan wajar sebelum mencari pecahan wajar. Punca isu ini adalah amalan pengajaran
yang berasaskan keadah abstrak. Tujuan kajian kes ini dilaksanakan untuk menguji
kefahaman murid tentang pecahan setara mengikut DSKP tahun 3. Standard kandungan
yang dipilih adalah menyatakan pecahan setara bagi pecahan wajar yang penyebutnya
hingga 10.

Sepanjang proses pelaksanaan kajian ini, saya telah menggunakan lima instrument
untuk mengumpul data iaitu pemerhatian, temu bual, lembaran kerja, ujian pra dan ujian
pasca. Dalam kajian ini, dua buah bahan resos yang telah dihasilkan iaitu Kit M&M dan
aplikasi berkaitan topik pecahan. Bahan resos ini dihasilkan untuk mengajar murid-murid
tahun 3 tentang pecahan setara dalam topik pecahan. KIT M&M ini diperbuat daripada kotak
dan kad plastik berwarna warni dan aplikasi telah dihasilkan menggunakan perisian
Appsgyeser. Kajian kes ini dilakukan dengan lima orang murid tahun 3 di SJKT Gunung
Rapat. Lima orang murid tersebut merupakan murid yang lembab di kelas mereka. Hasil
daripada perbincangan dengan murid-murid tersebut saya mendapat tahu banyak masalah
yang dihadapi oleh murid-murid tersebut dalam topik pecahan.

2.0 METEDOLOGI

Sebelum memperkenalkan bahan resos, saya telah memberikan (ujian pra) iaitu satu
lembaran kerja (Lampiran 1) yang mengandungi soalan pecahan setara kepada murid.
Mereka membuat lembaran tersebut dengan menggunakan keadah yang diajar oleh guru
dan kefahaman mereka terhadap topik tersebut. Hasil daripada ujian pra, saya mendapati
kelima-lima murid tersebut kurang memahami konsep pecahan setara. Semasa memilih
pecahan setara murid-murid tidak membandingkan gambar rajah pecahan wajar dengan
pecahan setara. Selepas itu, saya memperkenalkan bahan resos dan mengajar
menggunakannya kepada murid. Saya memberikan peluang kepada murid secara rawak
untuk menceburi bahan resos dan membuat soalan menggunakan bahan resos. Selepas
murid-murid menguasai cara mencari pecahan setara dan mendapat satu kesimpulan
terhadap penyebut dengan pecahan setara saya telah pun memberi kuiz dalam aplikasi yang
dihasilkan yang mempunyai soalan yang sama seperti dalam ujian pra sebagai ujian pasca

1
kepada murid-murid yang dipilih tersebut. Selepas murid membuat kuiz dalam aplikasi saya
memberikan masa kepada murid untuk menceburi lagi kandungan dalam aplikasi tersebut.
Berdasarkan markah ujian pra dan ujian pasca, saya mendapati peningkatan pencapaian
markah murid dalam menyelesaikan soalan pecahan setara. Berdasarkan pemerhatian
penglibatan murid sepanjang pengajaran, murid-murid berasa seronok dan lebih aktif dalam
proses pdpc menggunakan bahan resos yang disediakan. Tambahan pula, sebelum
penggunaan bahan resos murid-murid telah melakukan kesilapan dalam lembaran kerja
yang diberikan. Namun, selepas bahan resos digunakan, perubahan positif telah ditunjukkan
dalam kuiz. Oleh itu, bahan resos ini dapat membantu dalam meningkatkan kemahiran
murid-murid dalam mengenal pasti pecahan setara. Selain itu, guru sekolah juga boleh
menyediakan bahan resos ini dengan sendiri kerana bahan resos ini mudah dibuat dan
diubahsuai.

3.0 KELEMAHAN DAN PENAMBAHBAIKAN

Hasil daripada kajian bahan resos, saya dapati beberapa kelemahan dalam Kit M&M
saya. Antaranya, kad plastik yang digunakan untuk mewakilkan penyebut-penyebut pecahan
terdapat warna yang sama bagi dua penyebut yang berbeza. Hal ini mengelirukan murid
untuk memilih bahagian pecahan mengikut penyebut. Tambahan pula, warna kad plastik
yang digunakan juga tidak terlalu menarik dan mengakibatkan kurang menarik minat murid.
Oleh itu, sebagai penambahbaikan saya Selain itu, kelemahan dalam aplikasi saya ialah
bilangan soalan dalam kuiz tersebut agak kurang iaitu 5 soalan sahaja. Gambar yang
digunakan dalam soalan kuiz kurang menarik. Sebagai penambahbaikan, saya perlu
menambahkan bilangan soalan dalam kuiz dengan menggunakan gambar yang berkait
dengan kehidupan harian murid. Akhirnya, dalam aplikasi saya terdapat satu lagi kelemahan
iaitu kekurangan nota. Oleh yang demikian, saya perlu tambahakan nota yang berkaitan
dengan topik pecahan setara dalam bentuk word, pdf dan slaid.

2
3

You might also like