You are on page 1of 5

KERTAS 3:

BAB 3 KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA.

Soalan Umum:

Negara dan bangsa Malaysia telah bermula sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi.

Soalan Khusus:

Bincangkan tanggungjawab generasi kini dalam memastikan proses pembinaan negara dan bangsa
Malaysia yang lebih bersatu padu.

1. Pengenalan (5 markah)

Jelaskan latar belakang pembinaan negara dan bangsa.

· Pelajar perlu menerangkan konsep negara dan bangsa.

· Rujuk Buku Teks Sejarah tingkatan 5 (muka surat 65-67)

2. Memahami(30 markah)

Jelaskan pembentukan negara Eropah dan Malaysia

· Pelajar mengemukakan jawapan tentang latar belakang pembentukan negara dan bangsa moden
di Eropah(10 markah),Itali(10 markah),Jerman( 5 markah) dan Malaysia(5 markah)

· Rujuk Buku Teks Sejarah tingkatan 5 (Muka Surat 67-71)

3. Menganalisis(15 markah)

Terangkan ciri-ciri negara dan bangsa Malaysia

· Pelajar mengemukan jawapan dengan menjelaskan tentang sistem politik masyarakat Melayu
tradisional dan proses pembentukan negara dan bangsa Malaysia.

· Rujuk Buku Teks Sejarah Tingkatan 5(Muka Surat 65-71)

4. Mengaplikasi(15 markah)

Perpaduan sangat penting dalam sesebuah negara.Nyatakan usaha yang dilakukan untuk mengeratkan
perpaduan bangsa

· Mengamalkan prinsip Rukun Negara Malaysia

· Menghormati bendera Malaysia


· Taat setia kepada raja dan negara

· Mengamalkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan

· Menghormati adat dan budaya setiap kaum

· Menghormati kebebasan beragama

· Menghormati prinsip demokrasi

· Mengamalkan konsep satu Malaysia

· Bersemangat menyanyikan Lagu Negaraku

· Menyahut cabaran “Malaysia Boleh”

· Menghormati bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan

· Menghormati suara ramai

· Mewujudkan hubungan harmoni antara kaum contoh mengunjungi “rumah terbuka” sewaktu
perayaan.

· Membudayakan aktiviti gotong-royong contoh di kawasan tempat tinggal( taman perumahan)

· Semangat kejiranan contoh menziarahi dan menolong jiran sewaktu sakit

· Aktif dalam aktiviti kemasyarakatan

· Melibatkan diri dalam program perpaduan

5. Menilai ( 10 markah)

Nyatakan kejayaan negara dan bangsa Malaysia yang membanggakan kita?

· Kejayaan Malaysia menghasilkan jenama buatan sendiri seperti terciptanya kereta


nasional(PROTON),kini kita ada proton Saga,Wira,Iswara dan sebagainya.

· Rakyat Malaysia hidup dalam keadaan aman dan damai

· Kejayaan Malaysia membina Menara Berkembar Petronas

· Malaysia berjaya membina sebuah Pusat Pentadbiran Persekutuan Putrajaya, Malaysia

· Malaysia berjaya membina Menara Kuala Lumpur yang merupakan bangunan komunikasi ketujuh
tertinggi di dunia(421 meter)

· Malaysia berjaya membina KLIA yang diiktiraf antara sepuluh lapangan terbang terbaik di dunia.

· Malaysia berjaya melahirkan dua orang angkasawan negara yang amat membanggakan iaitu datuk
Sheik Muszaphar Shukor dan Mejar Dr Faiz Khaleed.
· Malaysia berjaya membina Litar Antarabangsa Sepang untuk Formula Satu, Grand Prix A1, Grand
Prix Motosikal dan sukan permotoran yang lain.

· Malaysia mampu melahirkan tokoh sukan yang bertaraf dunia seperti Datuk Lee Chong Wei, Nicol
Ann David, Azizul Hasni Awang dan lain lagi.

· Membina lebih banyak Pusat pengajian tinggi dan melahirkan lebih ramai intelektual bijak pandai

6. Menjana Idea(10 markah)

Berikan beberapa cadangan anda untuk menjadikan bangsa Malaysia bangsa yang maju.

· Melahirkan insan yang seimbang dalam pendidikan

· Melahirkan pemimpin yang berwawasan seperti Dato Seri Dr Mahadir Mohammad

· Melahirkan pemimpin yang cemerlang

· Bangsa malaysia haruslah sentiasa bersedia untuk bekerjasama

· Menambah bilangan penuntut PHD

· Menghargai sistem pendidikan negara

· Membudayakan pendidikan sepanjang hayat

· Menghargai para ilmuan

· Meluaskan capaian internet

· Meningkatkan perpaduan kaum

· Bersemangat kekitaan

· Menyokong dasar-dasar negara

7. Ikhtibar ( 10 markah)

Apakah cara untuk melahirkan generasi yang patriotik?

· Cintakan negara

· Setia kepada negara

· Berani berjuang

· Bersemangat kental
· Menghormati keluhuran perlembagaan

· Menghormati raja dan pemimpin negara

· Menghormati lambang-lambang negara

· Menyanjung warisan bangsa

· Bersyukur dengan kemerdekaan negara

· Mengibarkan bendera Malaysia sempena kemerdekaan negara

· Sangup mempertahankan maruah negara

· Mempertahankan hak bangsa

· Menghargai pejuangan tokoh tanah air

8. Merumus( 5 markah)

Merumus isi yang telah dibincangkan.

* Pengetahuan yang diperoleh

* Iktibar kepada bangsa,diri dan negara

* Harapan untuk masa hadapan Malaysia yang lebih cemerlang

Pembinaan negara dan bangsa Malaysia adalah hasil daripada kebijaksanaan pemimpin kita dan
dibentuk melalui prinsip rukun negara, penggunaan satu bahasa kebangsaan dan pengamalan dasar
kebudayaan kebangsaan.

Menjadi tanggungjawab kita sebagai warganegara Malaysia untuk cintakan negara,


mempertahankan negara serta menjaga kedaulatan negara.

Harapan untuk masa hadapan malaysia yang lebih gemilang adalah dengan melahirkan warga
negara yang setia kepada negara dan berkorban apa sahaja untuk negara.

You might also like