Cadangan Tajuk LM

You might also like

You are on page 1of 2

CONTOH TUGASAN LITERASI MAKLUMAT SEKOLAH RENDAH/MENENGAH

Anda akan bercuti dengan rakan sekelas anda pada cuti pertengahan tahun akan datang.
Rancangkan satu percutian yang menyeronokkan dengan syarat-syarat berikut:
- MESTI menggunakan pengangkutan udara
- Percutian di dalam negara SAHAJA
- Kos percutian yang paling menjimatkan
- Penginapan yang selesa

Sekolah anda akan dikunjungi oleh salah sebuah sekolah dari Jepun. Anda dikehendaki
menyediakan maklumat-maklumat yang berguna kepada rakan-rakan anda dari negara
tersebut. Maklumat yang diperoleh boleh juga merupakan pekara-perkara yang berikut:
- Kebudayaan negara ini
- Makanan dan tempat-tempat menarik di negara ini
- Perkara yang unik mengenai Malaysia
Anda akan menyertai Minggu Alam Sekitar di sekolah anda tidak lama lagi. Anda telah
dipiih untuk membuat pameran mengenai tajuk kegemaran anda sempena program
tersebut. Anda diminta untuk membentangkan hasil perbincangan dengan menggunakan
model Literasi Maklumat yang anda tahu sebelum menyertai program tersebut.

Kelab Reka Cipta sekolah anda menganjurkan satu pertandingan untuk menghasilkan
ciptaan yang boleh diketengahkan sewaktu pertandingan itu nanti. Anda dikehendaki
berbincang mengenai maklumat-maklumat yang berkaitan untuk memastikan rekaan anda
itu unik dan ada potensi untuk memenangi pertandingan tersebut.

Anda diminta untuk mempersembahkan tajuk perbahasan anda sewaktu program Petah
Bicara di sekolah anda pada minggu hadapan. Anda mendapat giliran untuk berbicara
mengenai kepentingan teknologi kejuruteraan angkasa lepas. Dengan menggunakan
pendekatan Literasi Maklumat, bentangkan kemungkinan isi perbahasan anda mengenai
tajuk tersebut.

You might also like