You are on page 1of 5

Terima kasih saudari pengacara majlis,

Yang berusaha Puan Rohlaizatul Akmal binti Mohamad Sanusi Guru

Besar SK Taman Jasmin,

Yang dihormati Puan Rohaya binti Md wazir GPK Kurikulum

Yang dihormati Encik Sabri bin Marican GPK Hal Ehwal Murid,

Yang dihormati Encik Rosli bin Md Zin GPK Kokurikulum

Yang dihormati Encik Abdul Manab bin Alwi GPK Petang

Ahli Jawatankuasa PIBG, ibu bapa, guru-guru seterusnya penerima-

penerima anugerah, serta hadirin yang dihormati sekalian.

Beras kunyit saya taburi,

Air mawar direnjis wangi,

Berkembang kasih menabur budi,

Undangan tuan saya sanjungi.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana menjemput

saya untuk merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan SK Taman

Jasmin bagi tahun 2019. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada

pihak sekolah kerana berjaya mengadakan satu program tahunan demi


kepentingan murid-murid kerana mjlis ini merupakan majlis yang

mengiktiraf keupayaan anak-anak yang telah membuktikan kesungguhan

mereka dalam bidang akademik dan bukan akademik. Mudah-mudahan

anugerah yang mereka terima akan terus membugarkan semangat untuk

mencapai kejayaan demi kejayaan pada tahun-tahun akan datang.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Pada hari ini kita mendapati peranan pendidikan telah berubah daripada

fungsi tradisionalnya. Para pelajar bukan sahaja belajar tetepi dididik

sebagai pewaris negara agar menjadi seorang insan yang berilmu dan

berakhlak mulia. Hal ini selari dengan Agenda Keberhasilan Utama

Negara (NKRA) iaitu mewujudkan pendidikan berkualiti dan

berkemampuan. Dalam konteks ini merupakan satu inovasi dasar dan

strategi yang ampuh selaras dengan hasrat untu memantapkan kualiti

pendidikan negara melalui beberapa pembaharuan dan pembugaran

melalui inovasi dasar dan strategi berterusan.

Cendekiawan ada menyatakan tiada kejayaan semanis madu dan tiada

kegagalan sepahit hempedu. Oleh itu pelbagai usaha perlu dilakukan oleh

pelajar bagi meneroka ilmu dan bukan sekadar menunggu peluang datang

melayang begitu sahaja. Pelajar perlu merebut peluang yang ada di

sekeliling kita, baik dalam bidang akademik mahupun bidang kemahiran.


Hadirin sekalian,

Sebenarnya kehadiran ibu bapa pada majlis ini membuktikan bahawa ibu

bapa mempunyai sikap responsif dan sensitiviti yang tinggi terhadap isu-

isu yang melibatkan anak-anak mereka . Kepekaan dan keprihatinan

inilah yang menjadikan aspirasi dan pendorong yang paling bermakna

buat anak-anak kita agar berusaha lebih giat bagi mencapai prestasi tinggi

dan cemerlang dalam semua bidang.

Sidang hadirin yang dihormati,

Kejayaan murid-murid tidak akan dicapai tanpa usaha gigih dan komitmen

yang tinggi dalam kalangan pentadbir, guru-guru dan ibu bapa serta yang

utama sikap murid itu sendiri. Justeru, permuafakatan sangat penting

antara ibu bapa dan guru menerusi PIBG. Hubungan yang erat dan mesra,

diiringi kerjasama yang padu antara ibu bapa dan guru diibaratkan seperti

aur dengan tebing, saling memerlukan antara satu sama lain. Kerjasama

ini sudah pasti menjadi pendorong dan pemudah cara dalam setiap usaha

ke arah kemajuan anak-anak kita sebagai tonggak masa hadapan


Tuan-tuan dan puan-puan,

Peranan PIBG tidak dapat dinafikan dalam usaha membantu

meningkatkan pencapaian sekolah dalam pelbagai bidang sama ada

bidang akademik, kokurikulum, pembangunan fizikal dan pembentukan

modal insan. Ibu bapa haruslah peka dengan membantu kepimpinan

PIBG supaya dapat mewujudkan satu pasukan yang mantap untuk

menghadapi cabaran era globalisasi. Ini kerana PIBG merupakan wahana

yang amat berkesan bagi ibu bapa memberikan pandangan serta

berbincang demi kecemerlangan akademik anak-anak. Juga tidak

dilupakan peranan dan pengorbanan guru amat besar dalam memainkan

peranan membentuk manusia yang mampu berfikir, bertindak serta

mewarnai dunia.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah kepada murid-murid

yang menerima anugerah hari ini. Teruskanlah kecemerlangan. Segala

kecemerlangan ini tidak seharusnya melekakan malahan seharusnya

menjadi pemangkin kejayaan demi kejayaan pada masa akan datang.

Buat murid yang kurang berjaya, usah putus asa dan berpeluk tubuh saja.

Sahutlah cabaran untuk berjaya dengan melakukan inovasi melangkaui

sempadan kecemerlangan.
Hadirin sekalian,

Sebelum saya mengakhiri ucapan saya ingin saya sampaikan gurindam

buat renungan kita bersama,

Jika murid mendengar kata,

Tidak guru berkata cela,

Jika ibu bapa bekerjasama,

Tidaklah anak berdukacita.

Jika kita seia sekata,

Tiada timbul sengketa,

Jika seiring kita berusaha,

Pasti semua akan berjaya.

Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum

warahmatullahiwabarakatuh.

Sekian, terima kasih.

You might also like