You are on page 1of 5

Analisis dan Tafsiran Nisbah

Jenis Nisbah Pengiraan Tafsiran


Nisbah
Nisbah 1. Pulangan atas modal
Keberuntunga
n Untung bersih Untung bersih Bagi setiap RM1 yang
= ×100 % = ×100 %
Modal awal Modal awal dilaburkankan, untung
bersih yang diperoleh
= ialah sen.
Nisbah 2. Nisbah Semasa
Kecairan
Aset Semasa Aset Semasa Bagi setiap RM1
= 100 % = 100 %
Liabiliti Semasa Liabiliti Semasa liabiliti semasa,
perniagaan mempunyai
= aset semasa RM untuk
menjelaskannya.
Nisbah 3. Tempoh Kutipan Hutang
Kecekapan
= = Perniagaan mengambil
Akaun Belum Terima Akaun Belum Terima masa hari untuk
×365 hari ×365 hari
Jualan Kredit Jualan Kredit mengutip hutang
= daripada pelanggannya.
Cadangan meningkatkan prestasi jangka pendek dan jangka panjang
1. Cadangan untuk meningkatkan prestasi jangka pendek

 Mengadakan promosi. Perniagaan dobi boleh mengadakan promosi penggunaan dobi


menerusi promosi potongan harga pada setiap hari Khamis. Penjimatan sebanyak RM 2
dapat ditawarkan kepada setiap penggunaan untuk pelanggan yang menggunakan
perkhidmatan dobi.

 Mengadakan cabutan bertuah. Perniagaan dobi kami akan menyediakan hadiah cabutan
bertuah kepada pelanggan bertuah yang menggunakan perkhidmatan di dobi kami melalui
pilihan secara rawak. Hadiah yang ditawarkan ialah cucian percuma sekiranya terpilih.

 Meningkatkan peratus diskaun tunai. Perniagaan akan meingkatkan % diskaun tunai 5


hari 13% dan 10 hari 8%. Dengan cara ini, penghutang perniagaan akan digalakkan untuk
membayar hutang lebih cepat. Lantasnya, hutang lapuk boleh diminimumkan.

2. Cadangan untuk meningkatkan prestasi jangka panjang

 Penggunaan Kad My. Bagi pelanggan yang menggunakan perkhidmatan dobi dengan Kad
My akan menikmati penjimatan semasa menggunakan perkhidmatan dobi di premis
perniagaan berbanding dengan penggunaan secara tunai.

 Mengubahsuai premis dobi. Premis perniagaan akan diubahsuai dengan suasana yang
mesra pengguna. Penyediaan kemudahan wifi, dendangan muzik, sudut bacaan dan
tambahan mesin cuci akan dilakukan secara berperingkat. Ini bertujuan untuk memberi
keselesaan pelanggan yang melanggan dobi kami.

 Membuka cawangan baru. Perniagaan akan membuka cawangan baru pada akhir tahun
2019. Ini sejajar dengan sasaran perniagaan perkongsian untuk membuka pasaran baru di
tempat yang strategik.
RUMUSAN :

Tugasan Projek Kertas 3 ini telah saya sempurnakan dalam tempoh masa 12 minggu. Semasa
melaksanakan tugasan ini, saya telah menguasai kemahiran seperti mengorganisasi,
menganalisis, mentaksir dan mengaplikasi serta merekod urus niaga ke dalam buku catatan
pertama dan akhirnya saya dapat menyediakan Imbangan Duga dan Penyata Kewangan
dengan betul.

Saya juga dapat memahami dan menghayati proses kitaran perakaunan yang lengkap bermula
dengan penyediaan Dokumen Sumber , Buku Catatan Pertama , Pengeposan ke lejar
,Imbangan Duga dan seterusnya Penyata Kewangan untuk tempoh perakaunan setahun
bermula dari 1 Mac 2019 ke 29 Februari 2020. Tempoh rekod urus niaga ialah sebulan iaitu
dari 1 Mac 2019 sehingga ke 31 Mac 2019.

Perniagaan saya telah mengamalkan konsep, prinsip dan andaian perakaunan berikut dalam
merekod urus niaga dalam buku-buku perakaunan: 

1. Wang Sebagai Ukuran


 Semua urus niaga perniagaan dobi saya akan direkodkan dalam nilai Ringgit Malaysia
(RM) dan dibundarkan kepada ringgit terdekat.
 Misalnya, setiap orang pekerja saya dibayar gaji RM1000 sebulan.

2. Tempoh Perakaunan
 Operasi dan aktiviti perniagaan akan dibahagikan kepada tempoh masa yang
ditetapkan oleh pemilik perniagaan untuk tujuan pelaporan.
 Perniagaan saya menetapkan bahawa tempoh perakaunan ialah satu tahun dan tempoh
rekod yang terlibat ialan satu bulan( 1 Mac – 31 Mac 2019).

3. Catatan Bergu
 Semua perekodan urus niaga ke dalam lejar menggunakan prinsip sistem
catatan bergu
 Misalnya apabila berlakunya kutipan hasil dobi sebanyak RM1500 yang kemudiannya
dibankkan, ini akan melibatkan catatan bergu seperti berikut:
Debit Ak Bank RM1500
Kredit Ak Hasil Dobi RM1500

4. Inventori Akhir
 Inventori akhir dinilaikan mengikut nilai terendah antara harga kos dan harga pasaran
 Perniagaan saya akan mengira kedudukan inventori akhir berdasarkan konsep first in
first out. Mengikut kiraan dan catatan kad inventori, harga kos inventori kami ialah
RM25 masing-masing untuk sabun cecair 10 liter dan pelembut 10 liter.
Elemen Merentas Kurikulum (EMK) ialah unsur nilai tambah yang ditetapkan dalam proses
PdP selain yang diterapkan dalam standard kandungan Prisip Perakaunan. Elemen-elemen ini
diterapkan bertujuan untuk mencungkir kemahiran dan ketrampilan modal insan yang
dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Antara elemen yang
telah saya belajar semasa saya membuat tugasan ini adalah seperti berikut:

1. Keusahawanan

 Penerapan elemen keusahawanan bertujuan mendedahkan ciri-ciri keusahawanan


yang patut diamalkan oleh seseorang usahawan yang berjaya

 Perniagaan kami telah berjaya menjadikan saya seseorang yang rajin dan
bertanggungjawab di samping membangunkan minda kreatif dan inovatif untuk
memacu idea bagi mengembangkan perniagaan kami di dunia pasaran yang penuh
dengan cabaran.

2. Kewangan

 Penerapan elemen kewangan bertujuan untuk membentuk generasi akan datang untuk
membuat keputusan kewangan dengan lebih bijak, pengurusan kewangan yang
beretika dan berkemahiran menguruskan hal-ehwal kewangan dengan lebih
bertanggungjawab

 Perniagaan kami ini telah mendedahkan saya kepada sistem pengurusan hal-ehwal
kewangan dengan bertanggungjawab yang mampu diaplikasikan dalam kehidupan
sebenar dengan berkesan dan bermakna pada masa hadapan

3. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)


 Penerapan elemen teknologi maklumat dan komunikasi ini bertujuan untuk
menyediakan kerja kursus prinsip perakaunan dengan lebih licin dan lancar.

 Urusniaga yang berlaku telah melatih saya menyediakan penyatakan kewangan


dengan kemudahan excel dan juga microsoft words yang mampu memudahkan
pengurusan sistem kewangan.

4. Nilai Murni
 Penerapan elemen nilai murni bertujuan untuk mendidik semua pelajar agar dapat
menjadi insan yang bermoral.
 Perniagaan kami ini telah berjaya mendidik saya agar menjadi seseorang yang
berdisplin, rajin, dan bertanggungjawab dalam menguruskan perniagaan yang baru
kami tubuhkan.
ELEMENS MERENTAS KURIKULUM EMK:
1. Bahasa
2. Kelestarian alam sekitar
3. Nilai murni
4. Sains dan teknologi – prisip/konsep/ketepatan/alatan teknologi
5. Patriotisme
6. Kreativiti dan inovasi- mengumpul dan mencerna maklumat/pengaplikasian kreativiti
dalam mempraktikkan/
7. Keusahawanan- membentuk ciri-ciri keusahawanan/rajin dan
bertanggungjawab/membangunkan minda kreatif dan inovatif untuk memacu idea ke
pasaran
8. Teknologi maklumat dan komunikasi-pengaplikasi TMK mendorong saya untuk
menintergrasikan TMK dengan PdPuntuk menjadi lebih menarik
9. Kelestarian global
10. Kewangan-membentuk generasi akan dating untuk membuat keputusan kewangan
dengan lebih bijak/pengurusan kewangan yang beretika/berkemahiran menguruskan
hal-ehwal kewangan dengan lebih bertanggungjawab/pendedahan pengurusan
kewangan dalam kehidupan sebenarmenyediakan murid dengan
pengetahuan,kemahiran, dan nilai yang dapat diaplikasikan dengan berkesan dan
bermakna

You might also like