You are on page 1of 3

LAPORAN PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

PERINGKAT SEKOLAH SJKT KAMPAR


JALAN ISKANDAR, 31900 KAMPAR.

SJKT Kampar telah mengadakan pelancaran sambutan bulan Kemerdekaan pada 16


Ogos 2018. Sambutan dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian lagu rasmi iaitu lagu
Negaraku, lagu Negeri Perak, lagu Sekolah dan lafaz Rukun Negara oleh semua murid.
Majlis sambutan Kemerdekaan diteruskan dengan perasmian pelancaran bulan kemerdekaan
oleh Guru Besar dengan menyayikan lagu-lagu patriotik dan lagu Sayangi Malaysiaku.
Setelah itu, Guru Besar memberi ucapan.

Selepas pelancaran tersebut, semua murid bersama guru-guru menyanyikan lagu-lagu


Patriotik dan lagu Sayangi Malaysiaku dengan menghibarkan Jalur Gemilang. Seterusnya,
dua orang murid daripada kelas 6 Barathi mendeklamasikan dua rangkap sajak berkaitan
kemerdekaan.

Semasa minggu pertama, murid-murid diberi peluang menyertai pertandingan


mewarna bagi gambar-gambar berkaitan Kemerdekaan bagi semua kelas. Selain itu, pada
minggu tersebut juga murid menghiaskan kelas mereka untuk pertandingan hiasan kelas
sepanjang bulan Kemerdekaan.

Pada minggu kedua, murid-murid tahap 2 menyertai pertandingan melukis logo


Kemerdekaan semasa waktu pendidikan seni visual. Pada hari 22 ogos 2016 iaitu pada hari
Rabu, murid-murid tahap 1 telah menyertai pertandingan menyanyi lagu patriotik semasa
perhimpunan mingguan.

Pada Ambang Kemerdekaan iaitu 30 Ogos 2018, perhimpunan khas hari


Kemerdekaan diadakan. Ambang Kemerdekaan dimulakan dengan menyanyikan lagu
Negaraku, lagu Negeri Perak serta lagu-lagu Patriotik Malaysia dengan mengkibarkan Jalur
Gemilang. Murid-murid berasa gembira dan bangga apabila menyanyikan lagu-lagu Patriotik.
Kemudian itu, murid-murid diiringi guru-guru berarak melaungkan Kemerdekaan di sekitar
kawasan sekolah sambil menyanyi lagu-lagu Patriotik.
Selepas itu, murid-murid tahap 1 mereka slogan Sayangi Malaysiaku di pagar sekolah
menggunakan cawan plastik. Justeru itu, sebuah pertandingan menghias koalam diadakan
bagi murid tahap 2.

Sambutan Ambang Kemerdekaan diakhiri dengan laungan “MERDEKA” oleh Guru


Besar dan diikuti oleh semua warga sekolah.

Laporan disediakan oleh,

…………………………………….
( )
Setiausaha Bulan Kemerdekaan 2018,
SJKT Kampar, Perak.

You might also like