You are on page 1of 12

TAJUK 7 BAHASA KANAK-KANAK MASALAH SENSORI

7.0 SINOPSIS

Tajuk ini memberi fokus terhadap kanak-kanak masalah sensori iaitu kanakkanak
bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. Perbincangan topik adalah
berkaiatan ciri-ciri kanak-kanak bermasalah pendengaran dan bermasalah
penglihatan dalam aspek psiko-motor, aspek kognitif dan aspek afektif. Topik ini
jugamenghuraikan mengenai masalah bahasa yang dihadapi serta implikasi
terhadap intervensi bahasa kepada kanak-kanak masalah sensori .

7.1 HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini, anda dapat:


1. Menjelaskan ciri-ciri kanak-kanak bermasalah pendengaran dan bermasalah
penglihatan dalam aspek psiko-motor, aspek kognitif dan aspek afektif.

2. Membincangkan masalah bahasa yang dari segi bentuk , kandungan dan


penggunaan bahasa.

3. Menghuraikan implikasi terhadap intervensi bahasa kepada kanak-kanak


masalah sensori.

7.2 KERANGKA TAJUK-

BAHASA KANAK-KANAK
MASALAH SENSORI

1
Ciri-ciri Masalah Bhs Implikasi
Knk-knk Knk-knk Terhdp
M.SENSORI M.SENSORI Intervensi Bhs
- Aspek psiko-motor - Bentuk bahasa - Kaedah penilaian bahasa
- Aspek kogniti - Kandungan bahasa - Strategi / teknik intervensi
- Aspek afektif - Penggunaan bahasa yang spesifik

- Keberkesanan komunikasi

 KANDUNGAN ISI

7.3 Pendahuluan

Bahasa merupakan campuran kebolehan yang diperlukan untuk berkomunikasi


berbahasa atau pengeluaran perkataan. Manakala komunikasi pula ialah proses
penyampaian dan penerimaan maklumat antara individu. Justeru itu, masalah
bahasa di kalangan kanak-kanak pendengaran dan penglihatan agak berbeza.
Ketidakupayaan mereka untuk berkomunikasi amat berbeza dan masalah bahasa
yang dihadapi oleh kanak-kanak bermasalah pendengaran lebih ketara berbanding
kanak-kanak bermasalah penglihatan.

7.3.1 Definisi
Secara umumnya, terdapat pelbagai definisi yang digunakan bagi menjelaskan
kategori kanak-kanak bermasalah penglihatan dan pendengaran.

Menurut Baldwin (1901) dalam Adeline (1997) menyatakan istilah cacat


penglihatan atau “blindness” sebagai ;

“ketidakupayaan untuk bertindak atau memberi respon kepada rangsangan yang


menghasilkan penglihatan. Ianya terbahagi kepada separuh buta (partial
blindness) atau buta (total blindness). Kecacatan ini mungkin disebabkan oleh
kecederaan atau kerosakan dibahagian-

bahagian “optical mechanism”, retina, saraf optik, “cortical” atau dipusat “sub-
cortical” untuk penglihatan atau bahagian-bahagian yang berkaitan
dengannya”.

2
Manakala bagi cacat pendengaran pula ianya merujuk kepada kehilangan
pendengaran konduktif, di mana terdapat kerosakan pada bahagian luar dan tengah
telinga dan kehilangan pendengaran sensori-neural, di mana kerosakan wujud pada
bahagian dalam telinga. Sekiranya berlaku kehilangan pendengaran, isyarat bunyi
walaupun dihantar ke otak oleh saraf auditori tidak dapat diterima dengan betul atau
didengar sebagai bunyi (William, 1991).

Menurut Howard (1996) menyatakan bahawa masalah pendengaran boleh


dibahagikan kepada dua iaitu :

a. Pekak (deaf) iaitu kanak-kanak ini tidak boleh menggunakan


pendengaran untuk memahami pertuturan walaupun boleh mendengar
bunyi atau menggunakan alat bantu dengar.

b. Kehilangan pendengaran (hard of hearing) iaitu kanak-kanak


masih boleh menggunakan pendengaran untuk memahami pertuturan
dan kebiasannya dengan bantuan alat bantu dengar.

Justeru itu, kanak-kanak bermasalah pendengaran dan penglihatan akan mengalami


masalah penguasaan kemahiran berbahasa dan komunikasi disebabkan oleh
masalah yang dihadapinya.

7.4 Ciri-ciri Kanak-kanak Bermasalah Pendengaran dan Bermasalah


Penglihatan

Kanak-kanak bermasalah penglihatan dan pendengaran boleh dikenalpasti masalah


penguasaan bahasa dan komunikasi berdasarkan kepada keterukan kecacatan
yang dialaminya. Secara umumnya kanak-kanak bermasalah penglihatan
mempunyai ciri-ciri yang berikut yang boleh dikenalpasti, antaranya iaitu :

i. Ketidakbolehan untuk memberi tumpuan semasa melihat ii.


Memegang kepala dengan kuat iii. Menyengetkan kepala iv.
Mengerutkan dahi semasa melihat objek yang jauh v. Menggosok
mata secara melampau vi. Mengedip mata secara berterusan vii.
Mengadu kepeningan viii. Sakit kepala

3
ix. Rasa mual selepas menumpukan penglihatan kepada sesuatu objek x.
Menutup sebelah mata dengan tangan xi. Memasukkan jari ke dalam
mata xii. Keengganan untuk bermain xiii. Ketidakbolehan mengambil
bahagian untuk bermain xiv. Gelisah

Namun begitu, ciri-ciri yang nyata penguasaan bahasa dan komunikasi kanakkanak
bermasalah penglihatan dan pendengaran adalah dari segi ;

7.4.1 Aspek Psikomotor


Secara umumnya, kanak-kanak bermasalah penglihatan pada dasarnya tidak
mempunyai masalah dari segi psikomotor. Kanak-kanak ini biasanya boleh
melakukan yang perlu dibantu atau tunjukajar. Ia hanya melibatkan masalah dari
segi pertuturan untuk berkomunikasi.

Manakala seseorang yang bermasalah pendengaran sejak lahir biasanya


mempunyai tahap kematangan dan keupayaan di abwah paras sederhana pada
pergerakanr-pergerakan psikomotor. Kanak-kanak ini biasanya akan mudah terjatuh
ketika berjalan kerana kurang keseimbangan pada deria pendengaran. Selain itu,
mereka juga mengalami kesukaran pada pergerakan serentak psikomotor,
koordinasi lokomotor, kurang keseimbangan, kepantasan motor terhad, penggunaan
motor yang kompleks serta berbagai kesukaran lain.

Pergerakan-pergerakan yang lebih kompleks seperti pergerakan serentak,


penggunaan koordinasi lokomotor dan kepantasan motor adalah
pergerakanpergerakan yang sukar dilaksanakan oleh individu bermasalah
pendengaran. Pergerakan-pergerakan tersebut perlu diterapkan dan pemulihan
yang perlu dilakukan ke atas individu bermasalah pendengaran melalui aktiviti
pendidikan jasmani yang melibatkan pergerakan motor kasar.

7.4.2 Aspek Kognitif


Kanak-kanak buta mempunyai kebolehan intelek/kognitif yang sama seperti kanak-
kanak normal ketika mereka dilahirkan. Perkembangan intelek dan kognitif sama
seperti kanak-kanak normal yang lain. untuk menentukan masalah dari segi
kongnitif maka ujian kecerdasan yang biasa digunakan mengikut Standardized
4
Intelligence Tests yang diasaskan oleh Samuel, P. Hayes (Kauffman, 1978).
Kebiasaannya The Sandford-Binet Tests akan digunakan kerana ia tidak terlalu
banyak menggunakan item yang memerlukan penglihatan. Manakala McGrinnis
(1981) dalam Hallahan (1978) menyatakan bahawa banyak kajian yang dilakukan
dalam menilai pencapaian bahasa antara kanak-kanak normal dan buta
menunjukkan tiada perbezaan. Biasanya kanak-kanak buta akan peka dalam
berbahasa kerana mereka hanya ada satu sahaja cara untuk berkomunikasi
dengan orang lain.

Manakala menurut Kirk Gallegher (1986) dalam kajiannya menyimpulkan bahawa


kanak-kanak pekak mempunyai IQ yang rendah iaitu purata biasa retadasi pada 10
poin. Keadaan ini membawa makna kanak-kanak pekak memunyai kebolehan
kognitif yang jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan kanak-kanak normal.
Kepekakan yang berlaku adalah satu halangan kepada kanak-kanak untuk
berfungsi dalam dunia objek yang memerlukan pemikiran yang konkrit.

7.4.3 Aspek Afektif


Biasanya kanak-kanak bermasalah penglihatan mempunyai sikap dan sifat yang
lebih baik dari segi perasaan.

REHAT SEBENTAR , SETERUSNYA

BUAT SENARAI SEMAK BERDASARKAN MENGENAI


ASPEK PSIKOMOTOR, KOGNITIF, DAN AFEKTIF
MENGENAI MASALAH BAHASA KANAK-KANAK
BERMASALAH PENDENGARAN.

5
7.5 Masalah Bahasa Kanak-kanak Bermasalah Pendengaran dan Bermasalah
Penglihatan

Secara umumnya, masalah komunikasi bagi kanak-kanak bermasalah pendengaran


memberi kesan besar terhadap emosi, sosial dan peribadi seseorang. Mereka
mempunyai perasaan rendah diri serta mengasing diri daripada rakan yang normal.
Antara implikasi masalah yang timbul antaranya : a. Malu untuk bercakap dengan
suara yang kuat

b. Perbendaharaan yang sedikit


c. Struktur bahasa yang ringkas, meninggalkan atau menukar perkataan

Masalah bahasa di kalangan murid bermasalah pendengaran sering kali akan


melakukan kesalahan struktur ayat kerana mereka kesukaran menyusun ayat
berdasarkan pemerolehan bahasanya. Ini menimbulkan implikasi dan
perkembangan bahasa terhadap mereka di dalam menguasai bahasa (Abdullah
Yusuf, 1993). Kajian menunjukkan individu yang bermasalah pendengaran dari
peringkat bayi, mempunyai banyak halangan dan kesukaran di dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran di sekolah serta kehidupan bersama masyarakat
sekeliling yang normal setelah tamat persekolahannya.

Justeru itu, bahasa pertuturan mesti dipantau melalui rangkaian verbal selain
daripada yang normal. Ia digunakan untuk memantau bahasa reseptif. Keperluan
untuk kembali dari satu sistem bermoniter (pemantauan) kepada yang lain dalam
pembelajaran bahasa adalah unik kepada mereka yang mempunyai kepekakan
yang sangat teruk dan ini juga mungkin cara paling susah dalam pembelajaran
bahasa oleh manusia.

Modulasi dan moniter tepat pertuturan seseorang dapat dilakukan apabila


seseorang boleh mendengar secara normal. Walaupun kehilangan pendengaran
sederhana serta dibantu oleh alat bantu dengar, namun terdapat juga kesulitan
untuk moniter secara normal.

7.6 Implikasi terhadap Intervensi Bahasa

6
Secara kasarnya, masalah pendengaran yang dialami oleh kanak-kanak
bermasalah pendengaran akan memberikan implikasi dalam proses P&P. Di antara
implikasi yang boleh menggangu pelajar atau individu yang bermasalah
pendengaran ialah :

i. Penggunaan perbendaharaan kata yang sangat terhad.


ii. Tumpuan dan perhatian terhadap sesi P&P yang terhad kerana
pelajar bermasalah pendengaran bergantung sepenuhnya kepada
deria penglihatan untuk mendapatkan maklumat, ole yang demikian
mereka akan cepat merasa penat.

iii. Gangguan emsoi dan kurang faham dengan apa yang


disampaikan oleh guru ditambah pula dengan tumpuan deria
penglihatan yang telah penat, maka perolehan isi pelajaran akan
terputus-putus seterusnya sukar faham.

iv. Seringkali mengharapkan bantuan rakan sebaya ketika berada


di dalam kelas kerana faktor di atas.

v. Berhadapan dengan masalah untuk berkomunikasi dengan


pelajar normal seandainya pelajar bermasalah pendengaran ini
ditempatkan di sekolah percantuman atau inklusif dan ini
menyebabkan faktor salah faham, merasa rendah diri dan sebagainya.

vi. Kadang kala boleh menjadi bahan ejekan rakan-rakan dari


kalangan pelajar normal dan ini akan menyebabkan gangguan emosi
dan seterusnya menggangu tumpuan kepada pelajaran.

7.6.1 Kaedah Penilaian Bahasa


Untuk menilai bahasa kanak-kanak bermasalah pendengaran dan bermasalah
penglihatan biasanya menggunakan 5 elemen bahasa iaitu fonologi, morfologi,
sintaksis, semantik dan pragmatik. Biasanya kanak-kanak bermasalah pendengaran
mengalami kesukaran dalam kesemua elemen bahasa tersebut berbanding kanak-
kanak bermasalah penglihatan yang hanya mempunyai kekurangan dari segi
semantik

7.6.2 Strategi/teknik intervensi yang spesifik

7
Untuk mengatasi masalah dalam penguasaan kemahiran berbahasa dan
berkomunikasi kanak-kanak bermasalah penglihatan, antara lain peralatan yang
boleh diguna untuk membantu kanak-kanak tersebut adalah seperti berikut :

i. Braille
Braille adalah literasi yang pertama bagi individu bermasalah penglihatan
(Schroeder 1989). Braille adalah sistem bacaan dan tulisan yang mana perkataan,
huruf, nombor daripada susunan titik-titik yang timbul. Sistem ini dibina oleh Louis
Braille tahun 1830 seorang pemuda Peranchis yang buta. Kependekan perkataan
banyak membantu meningkatkan kecekapan membaca dan menulis Braille
(Schroeder 1989).

ii. Low Vision Devices (LVD)


Penggunaan cetakan besar sebagai medium bagi kanak-kanak bermasalah
penglihatan. Pelajar rabun menggunakan 3 pendekatan asas untuk membaca
cetakan :

pembesaran mengurangkan jarak antara mata dan kertas dari 40cm ke 5 cm lensa
tulisan yang besar

iii. CCTV
Penggunaan TV menggunakan skrin yang boleh dikawal menggunakan alat bagi
membesarkan huruf / tulisan. Skrin akan memaparkan tulisan samada hitamputih,
putih-hitam dan terkini adalah tulisan berwarna.

iv. Bahan Sentuhan (Tactile)


Penggunaan bahan timbul sebagai bahan untuk berkomunikasi. Contoh peta timbul
menggunakan kertas tebal, kertas pasir, lidi dsb. Tujuannya untuk memudahkan
pelajar mempelajari sesuatu topik yang berkaitan dengan lebih mudah dan
berkesan.

v. Peralatan Audio

8
Penggunaan alat seperti radio keset, TV dan komputer sebagai alat bantuan
semasa belajar.

vi. Perisian dan Aksesori Komputer


Penggunaan media terkini berdasarkan perisian dan aksesori komputer yang
diubahsuai bagi memudahkan orang buta menggunakan alat tersebut. Komputer
boleh menterjemahkan ke dalam bentuk braille atau bentuk suara bagi
memudahkan pengguna.

Penggunaan Computer Sythernizer (Komputer Bersuara) yang menggunakan


perisian “duxburry” yang boleh menterjemahkan tulisan dalam bentuk suara. Ini
akan memudahkan pengguna membaca sesuatu teks atau perkataan yang bertulis.

Mesin pencetak Beryl sejenis peralatan bersuara digunakan untuk


menterjemahkan atau mengimbas bahan bercetak dengan menggunakan mesin
pengimbas yang diimbas dan disimpan dalam cakra keras atau cakra liut.

vii. Latihan Mobiliti


Keupayaan untuk bergerak adalah terhad maka latihan mobiliti adalah perlu bagi
menggelakkan pergantungan berlebihan kepada orang lain untuk bergerak. Ada 4
cara untuk memudahkan mobiliti iaitu :

 Panduan manusia
 Panduan anjing
 Penggunaan tongkat
 Alatan elektronik

viii. Bantuan Untuk Melihat o Kanta Pembesar

Kanta yang terdapat dalam pelbagai bentuk dan pelbagai kuasa


pembesar seperti Calmp Magnifier, Bar Magnifier, Tweezer, Finger
Magnifier dan Setero Binocular Magnifier.

o Kanta Teleskopik

9
Untuk membesarkan jarak objek dan biasanya hanya diperlukan untuk
jangkamasa pendek. Ia selamat dan berkesan terutamanya mengawal
penggunaan penglihatan tengah. Dipakai secara berterusan kerana ia
mengurangkan keluasan pandangan dan mudah menilai jarak. Ia
digunkan untuk penglihatan jangka masa pendek seperti melihat
nombor bas.

o Kanta Mikroskopik (untuk pandangan dekat sahaja)


Didapati dalam 2 atau lebih kanta penambah dan digunakan untuk
pandangan dekat sahaja. Ia digunakan dengan diletakkan di hadapan
mata sahaja kerana ia mempunyai pembesaran yang tinggi dan
lengkap. Digunakan semasa membaca.

o Kanta Sesentuh
Digunakan untuk membetulkan masalah rabun, masalah kornea dan
rabun dekat. Ia biasa dan mudah didapati serta merupakan salah satu
daripada alat pembesar.

o Cermin mata
Kanta yang biasanya digunakan untuk membaca adalah cermin mata
yang mempunyai saiz yang tertentu yang boleh ditambah.
Cermin mata mempunyai unifokal, difokal dan trifokal. Unifokal
digunakan untuk melihat satu tujuan sahaja seperti membaca. Difokal
digunakan untuk membaca tetapi juga digunakan untuk pandangan
terus. Trifokal digunakan untuk mengukur jarak pertengahan.

Berdasarkan pengalaman anda, nyatakan implikasi yang


berlaku berkaitan dengan masalah bahasa bagi kanak-kanak
bermasalah penglihatan?

10
Manakala bagi strategi/intervensi yang boleh digunapakai bagai membantu kanak-
kanak bermasalah pendengaran dalam berkomunikasi boleh diguna pelbagai cara.
Menurut Ward, Marjorie (1985) menyatakan bahawa kaedah komunikasi dalam
pengajaran bermasalah pendengaran adalah seperti berikut :

i. Bahasa isyarat
- American Sign Language (ASL)
- Ejaan jari
ii. Komunikasi Lisan
- Bacaan bibir
- “Cue speech”
- Pertuturan (speech) iii. Komunikasi Seluruh (Total
communication)

Gabungan manual, oral dan gerakan

7.7 Keberkesanan komunikasi


Secara umumnya, keberkesanan komunikasi bagi kanak-kanak bermasalah
pendengaran bergantung kepada tahap keterukan kecacatan pendengaran yang
dialaminya. Antara masalah komunikasi dan cara mengatasinya di kalangan kanak-
kanak bermasalah pendengaran merujuk kepada ciri-ciri bahasa dan pertuturan
seperti berikut :

i. Auditory Deprivation
Kanak-kanak yang mengalami ciri-ciri ini mengalami gangguan secara fizikal.
Perkembangan bahasa kanak-kanak ini adalah ketinggalan berbanding dengan
rakan sebaya mereka. Mereka akan mengalami masalah bertutur dan kelewatan
berbahasa (speech and langugae delayed).

ii. Sintaks dan morfologi


Biasanya kanak-kanak ini mengalami kefahaman yang kurang tentang ayat-ayat
aktif dan pasif. Mereka juga kurang menggunakan kata kerja dengan baik. Kanak-
kanak bermasalah pendengaran juga tidak boleh membezakan aspek morfologi
dengan tepat, contohnya penggunaan “ing” pada sesetengah perkataan seperti di
bawah :

11
walk walking jump
jumping

Malah ciri-ciri bahasa dan pertuturan kanak-kanak ini di mana mereka tidak dapat
memahami antara singular dan plural, contohnya :

mouse mice
one pig two pigs

Anda dikehendaki mencari maklumat berkaitan dengan


kaedah komunikasi bagi kanak-kanak bermasalah
pendengaran yang dinyatakan di atas. Jelaskan secara
terperinci kaedah yang dinyatakan

Kesimpulan
Masalah bahasa bagi kanak-kanak bermasalah pendengaran dan penglihatan agak
berbeza, namun begitu pendekatan yang berbeza boleh digunakan untuk
membantu mereka cara berkomunikasi. Malah Radziewicz dan Antonellis (1993),
menyatakan faktor bila berlaku kecacatan, jangkamasa kecacatan dikesan dan
darjah kecacatan memainkan peranan penting di dalam memilih kaedah pengajaran
kepada kanak-kanak bermasalah pendengaran. Selain itu, pendekatan yang
bersesuaian juga perlu bagi membantu kanak-kanak yang mempunyai masalah
bahasa dan komunikasi.

12

You might also like