Minit Mesyuarat KL

You might also like

You are on page 1of 3

Portal Jawatan Kosong Terkini Kerajaan Dan Swasta

HOME
JAWATAN KOSONG
MAJIKAN
ARTIKEL TERKINI
CONTACT US
CONTOH MINIT MESYUARAT (MUDAH DAN LENGKAP)
Cara buat minit mesyuarat
Minit Mesyuarat atau Minutes of Meeting (MoM) adalah penting dalam sesebuah
mesyuarat kerana ia akan menjadi panduan dan rujukan buat pekerja dan orang yang
hadir atau tidak untuk mengetahui hasil keputusan sesuatu mesyuarat. Berikut
disertakan cara buat dan contoh minit mesyuarat yang berkualiti, lengkap dan mudah
beserta maklumat format dan contoh.

Minit mesyuarat adalah satu laporan mengenai perkara yang dibincangkan atau
diputuskan dalam sesuatu mesyuarat. Ianya penting kerana minit merupakan sumber
rujukan masa hadapan dimana pada kelazimannya format minit disusun mengikut agenda
mesyuarat dan perlu kelihatan kemas dan teratur.

Contoh minit mesyuarat lengkap

CARA BUAT DAN CONTOH MINIT MESYUARAT BERKUALITI DAN LENGKAP BESERTA FORMAT
Minit mesyuarat yang lengkap hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut :
FORMAT MINIT MESYUARAT
1. TAJUK MINIT MESYUARAT (CATATKAN NAMA MESYUARAT)
2. BIL / TAHUN
3. TARIKH
4. MASA
5. TEMPAT
6. KEHADIRAN
6.1. Hadir Senaraikan nama ahli-ahli yang hadir mesyuarat bermula dengan nama
Pengerusi mesyuarat. Susunan nama ahli-ahli mesyuarat yang hadir hendaklah mengikut
ranking jawatan.
6.2. Hadir Bersama. Senaraikan nama pegawai yang bukan ahli tetapi diundang khas
untuk menghadiri mesyuarat berkenaan.
6.3. Tidak Hadir Bersebab. Senaraikan nama ahli-ahli mesyuarat yang tidak hadir
dengan sebab.
6.4. Tidak Hadir Tanpa Sebab. Senaraikan nama ahli-ahli mesyuarat yang tidak hadir
tanpa sebab.
6.5. Urus Setia. Senaraikan nama urus setia mesyuarat.
7. CATATAN MESYUARAT
7.1. Perutusan Pengerusi Mesyuarat.
7.1.1. Ruangan ini mengandungi catatan mengenai perkara-perkara penting atau
arahan-arahan kerja yang telah dibangkitkan oleh Pengerusi mesyuarat.
7.1.2. Semua catatan hendaklah diikuti dengan nota sama ada untuk makluman atau
untuk tindakan agensi atau pegawai yang berkenaan. Contoh: Tindakan: Untuk Makluman
atau Tindakan: KSPA, KSPS.
7.2. Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu. Catatan keputusan minit mesyuarat yang
lepas iaitu sama ada disahkan tanpa pindaan atau disahkan tertakluk kepada pindaan
tertentu. Jika ada pindaan, nyatakan pindaan berkenaan.
7.3. Perkara-Perkara Berbangkit.
7.3.1. Ruangan ini mengandungi catatan mengenai perkara-perkara yang dibangkitkan
di dalam mesyuarat yang lepas.
7.3.2. Tajuk utama perkara berbangkit yang dibincangkan hendaklah dicatatkan. Untuk
memudahkan rujukan dibuat, muka surat dan perenggan minit mesyuarat yang lepas yang
membincangkan perkara yang sama hendaklah dicatatkan.
7.3.3. Jika perkara berbangkit itu masih memerlukan tindakan, catatkan juga agensi
atau pegawai yang perlu mengambil tindakan.
7.4. Perbincangan Kertas Kerja / Laporan Bulanan
7.4.1. Sekiranya ada kertas kerja utama yang telah dibincangkan dalam mesyuarat
maka ruangan ini hendaklah merekodkan perkara berikut :
Tajuk kertas kerja
Agensi / Sektor / Unit yang menyediakan kertas kerja berkenaan.
Tujuan utama kertas kerja berkenaan disediakan.
Isu-isu penting yang dibangkitkan di dalam kertas kerja berkenaan.
Pandangan / komen ahli-ahli mesyuarat berkenaan isu-isu yang dibangkitkan.
Keputusan mesyuarat mengenai isu-isu berkenaan dan tindakan susulan yang perlu
diambil seterusnya.
7.4.2 Sekiranya ada laporan yang yang telah dibentangkan, maka ruangan ini
hendaklah merekodkan tajuk dan isi kandungan utama laporan tersebut mengikut apa
yang telah dibentangkan oleh ahli-ahli mesyuarat.
7.5. Hal-Hal Lain. Ruangan ini merekodkan perkara-perkara lain yang berkaitan
tetapi tidak termasuk dalam agenda mesyuarat.
7.6. Penutup. Ruangan ini merekodkan perkara-perkara seperti:
7.6.1 Ucapan penghargaan dan terima kasih Pengerusi mesyuarat.
7.6.2 Tarikh mesyuarat berikutnya
7.6.3 Catatan mengenai masa mesyuarat tamat atau ditangguhkan.
8. URUSETIA
Catatkan nama bahagian / unit yang bertanggungjawab dalam mengurusetiakan
mesyuarat.
9. TARIKH
Catatkan tarikh minit mesyuarat berkenaan disediakan.
CONTOH MINIT MESYUARAT
Contoh Minit Mesyuarat dapat dirujuk seperti dalam gambar berikut:

cara buat minit mesyuarat

Semoga perkongsian Contoh Minit Mesyuarat ini dapat membantu anda menghasilkan
minit mesyuarat yang lengkap. Selamat berjaya.

minit mesyuarat
Previous postNext post
LEAVE YOUR THOUGHTS
Name*

Email*

Website

Search
JAWATAN KOSONG TERKINI

PERMOHONAN JAWATAN KOSONG KEMAS 2019 SELURUH MALAYSIA


KEMAS
Contract
Perhatian buat lepasan SPM dan diploma di luar sana yang sedang mencari pekerjaan.
Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan ini mempelawa semua warga Malaysia yang
berkelayakan dan berminat serta berumur tidak kurang 18 tahun untuk memohon
ABOUT US
JK
Portal Panduan dan Informasi Jawatan Kosong Terkini Kerajaan SPA8i Dan Swasta di
Malaysia
ARCHIVES
Archives
CARIAN
Search
© 2019 jawatankosong.net

You might also like