Minit Mesyuarat Persatuan Taman2 Perumahan

You might also like

You are on page 1of 2

Contoh minit mesyuarat

1. MINIT MESYUARAT MAJLIS PERMUAFAKATAN PENGARAH KV, ILP DAN PENGETUA SMT ZON
MELAKA / NEGERI SEMBILAN Bil 3 Tahun 2014 Tarikh : 27 Februari 2014 (Rabu) Masa :
Pukul 9.00 pagi Tempat : Bilik Mesyuarat, KV Melaka Tengah SENARAI KEHADIRAN 1. Tn
Hj Abdul Aziz bin Omar Pengarah KV Melaka Tengah (Pengerusi) 2. Tn Hj Abu Bakar bin
Md Jelas Pengarah KV Port Dickson (Naib Pengerusi) 3. Pn. Norashikin binti Md
Shazilli Pengarah KV Ampangan (Bendahari) 4. En. Zainudin bin Samad Pengetua SMT
Melaka 5. Tn Hj Alwi bin Hj Yunus Pengarah KV Datuk Seri Mohd Zin 6. Pn Hjh
Sharipah binti Mashud Pengarah KV Datuk Undang Hj Mohd Sharif 7. Pn Hjh Fatimah
binti Md Akhir Pengarah KV Juasseh 8. Tn Hj. Zulkifli bin Abdul Rahman Pengetua SMT
Tuanku Jaafar 9. En. Abdul Rahim bin Kassim Pengarah KV Kuala Klawang 10. En. Abdul
Fatah bin Tambi Pengarah ILP Bukit Katil 11. En. Abdul Rahman bin Mohd Said
Pengarah ILP Selandar 12. En. Noor Ariffin bin Mohd Ariff Pengarah ILP Pedas 13.
En. Hasni bin Dolmat Pengarah KV Jasin (Setiausaha) TURUT HADIR 1. Dr. Abdul Aziz
bin Sahat KPP Sektor Kejurulatihan BPTV 2. En. Abdul Rahman bin Makbol PP Sektor
Pengoperasian Sekolah BPTV 1. PERUTUSAN PENGERUSI 1.1. Pengerusi mengalu-alukan
kehadiran semua khususnya wakil dari ILP Selandar, ILP Bukit Katil dan ILP Pedas.
1.2. Karnival Voctech semakin hampir iaitu pada 3 hingga 6 Jun 2014. Oleh itu,
semua AJK perlu bergerak pantas. Untuk Makluman : Semua AJK pengelola peringkat zon
1.3. Pengerusi memaklumkan bahawa acara bahas BI mungkin ditiadakan dan acara
robotik dimasukkan. Ragbi pula dicadangkan secara Rugby sevens (also known as
seven-a-side or VIIs) dan mungkin juga acara bla tampar (P) menggantikan acara
bahas Bahasa Inggeris. 1.4. Majlis penutup dicadangkan oleh En Abd Rahman Makbul
untuk dijalankan di Stadium Tertutup Nilai 1.5. Pengerusi mengingatkan semua
pengelola supaya acara Karnival Voctech peringkat zon dilaksanakan pada bulan April
atau selewat-lewatnya awal Mei 2014.
2. Untuk Makluman : Semua AJK pengelola peringkat zon 1.6. Pengerusi mengingatkan
semua supaya prihatin terhadap keperluan guru dan staf sokongan yang kerap sakit
dan memastikan kebajikan mereka terjaga. 2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT 2.1. Minit
mesyuarat Bil 2 Tahun 2014 disahkan dengan sebulat suara dengan pindaan kepada
perkara berikut : Perkara Kesalahan Pindaan Kepada 3.1 Tn Hj Abu Baker Tn Hj Abu
Bakar 8.3 RM 2,500.00 RM 12,500.00 Nama Pencadang : Tn Hj Abu Bakar Md Jelas Nama
Penyokong : Tn Hj Alwi Hj Yunus 3. PERKARA BERBANGKIT 3.1. Perkara 9 Minit
Mesyuarat Bil 2/2014 - Semua AJK Karnival VocTech Kebangsaan diminta menyediakan
AJK kecil masing-masing yang terdiri daripada guru / staf sokongan sekolah masing-
masing dan menyerahkan senarai AJK kecil berkenaan kepada pihak urusetia sebelum 5
Mac 2014 Untuk Tindakan : Semua AJK pengelola peringkat zon 3.2. Perkara 6.3 Minit
Mesyuarat Bil 2/2014 - Pihak urusetia diminta untuk membuat tindakan susulan
berkaitan jemputan VVIP untuk perasmian penutupan karnival Untuk Tindakan : SMT
Tuanku Jaafar 4. PENGELOLAAN KARNIVAL VOCTECH PERINGKAT KEBANGSAAN 4.1. Mesyuarat
memutuskan ILP Pedas mengetuai AJK Gimmik perasmian perkampungan sukan dan cara
penutup dan ILP Selandar mengetuai AJK perubatan / bantu mula untuk majlis
pembukaan dan penutup kejohanan. Untuk Makluman : ILP Pedas dan ILP Selandar 4.2.
Jika acara baru iaitu bola tampar menggantikan bahas Bahasa Inggeris, mesyuarat
memutuskan SMT Melaka masih kekal sebagai AJK pengelola tetapi tempat pertandingan
ialah di SMTTJ dan termasuk penginapan. Untuk Makluman : SMT Melaka dan SMTTJ 4.3.
Mesyuarat juga memutuskan bahawa SMTTJ sebagai AJK Urusetia akan menguruskan
rundingan berkaitan sewaan stadium serta membuat tempahan untuk majlis penutup pada
malam 6 Jun 2014 nanti. Untuk Tindakan : SMTTJ 4.4. Mesyuarat dimaklumkan bahawa
secara kasar kos sewaan Stadium Tuanku Abdul Rahman ialah RM 4,000.00. Namun
kelebihannya ialah mudah melaksanakan kawalan serta tempat parkir yang banyak.
3. 4.5. Mesyuarat bersetuju untuk mengekalkan senarai pengerus teknik ialah seperti
berikut : PENGURUS TEKNIK NAMA PEGAWAI SEKOLAH Ketua Kontijen En. Mohd Amin Suriani
KV Ampangan Bola Sepak En. Zulkifli Abd Hamid KV Melaka Tengah Bola Jaring Faizah
Idris SMT Tuanku Jaafar Softball En. Azizul Izan Nohd Zaman SMT Tuanku Jaafar
Teknik Takraw YM. Raja Nurazanisya KV PD Pengerusi Teknik En. Yusmar Yusof KV
Ampangan Ragbi Bola Sepak En Haw Kim Chai KV Melaka Tengah 4.6. Mesyuarat
dimaklumkan mengenai pencapaian zon dalam Karnival Voctech yang lalu ialah : Bola
Sepak (Johan KV Ampangan), Bola Jaring (diwakili SMTTJ – Johan), Bahas BI (Diwakili
SMT Melaka - Naib Johan), Ragbi (diwakili oleh KV Ampangan), Softbal (diwakili oleh
KV DLM) dan Takraw (diwakili KVKK dan KV PD tempat ke 4). 4.7. Mesyuarat
mengekalkan keputusan bahawa pada tahun ini KV/SMT/ILP yang menang peringkat zon
akan mewakili zon ke peringkat kebangsaan. 4.8. Bayaran penginapan ialah kepada
KV /SMT yang mana asramanya digunakan untuk penginapan dan bayaran untuk makan
minum pula ialah kepada kontraktor pembekal makanan asrama KV / SMT yang berkaitan.
Ada enam tempat penginapan dan sepuluh buah kontijen seluruh negara. Untuk Makluman
: Semua SMT/KV dan ILP Zon Melaka / NS 4.9. Bilangan peserta dan pegawai bagi
setiap pasukan pula ialah Bola Sepak (18/8), Bola Jaring (12/3), Softball (15/3),
Ragbi (20/8), Takraw (8/3) Bahas BI (4/3) dan Bola Tampar (12/3) Untuk Makluman :
Semua AJK Pengelola 5. PENGELOLAAN KARNIVAL VOCTECH PERINGKAT ZON 5.1. Peruntukan
kebangsaan adalah mengikut PCG misalnya bagi acara Bola Sepak (RM80.00), Bola
Jaring (RM 30.00) Softball (RM 30.00), Ragbi (RM30.00) dan Bahas (RM30.00).
Maksudnya jika Bahas ada 100 peserta maka peruntukan yang akan diterima oleh
pengelola ialah RM30 @ 100 = RM 3,000.00 yang akan digunakan untuk semua perkara
berkaitan pengelolaan seperti bayaran pengadil, sewa padang dll. 5.2. Pengelola
peringkat zon boleh menjadikan perkara 8.1 sebagai panduan untuk membuat bajet
masing-masing. Untuk Makluman : Semua SMT/KV dan ILP Zon Melaka /NS 5.3. Mesyuarat
bersetuju dengan tentatif tarikh perlaksanaan acara berikut diperingkat zon
Melaka / Negeri Sembilan : 5.3.1. Bola Sepak 9,10 dan 11 April 5.3.2. Softball 7
dan 8 April 5.3.3. Ragbi 12 dan 13 April 5.3.4. Takraw 15 dan 16 April
4. 5.4. Pengelola dikehendaki menggunakan peraturan perlawanan yang tahun
sebelumnya kecuali jika ada perubahan yang akan dimaklumkan. 5.5. Maklum balas
penyertaan semua acara perlu dihantar kepada urusetia (SMTTJ) sebelum 7 Mac 2014
melalui telefon : 0192203595 (En Nazri) secara Wahatsapp / sms atau melalui email
smtj06@yahoo.com Untuk Tindakan : Semua SMT/KV dan ILP Zon Melaka / NS 5.6. Semua
KV/SMT dan ILP perlu bayar RM 5.00 @ bilangan murid kepada zon dan RM 5.00 kepada
PKPSMT Kebangsaan. Surat kelulusan arahan pembayaran ini telahpun dihantar oleh
pihak BPTV. Untuk Tindakan : Semua SMT/KV dan ILP Zon Melaka / NS 5.7. Semua AJK
Karnival VocTech peringkat zon diminta menyediakan bajet dan membawanya dalam
mesyuarat akan datang. Untuk Tindakan : Semua SMT/KV dan ILP Zon Melaka / NS 6.
HAL-HAL LAIN 6.1. Tiada 7. PENUTUP 7.1. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.00 pagi
7.2. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada KV Melaka Tengah selaku tuan rumah
mesyuarat kali ini. 7.3. Mesyuarat yang akan datang akan diadakan di ILP Pedas pada
tarikh dan masa yang akan dimaklumkan kemudian. SETIAUSAHA Majlis Permuafakatan
Pengarah KV, ILP dan Pengetua SMT Zon Melaka / Negeri Sembilan 2 Mac 2014

You might also like