You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI ISKANDAR,

32600 SERI ISKANDAR,

PERAK.

KERTAS KERJA

PROJEK MENCERIAKAN PUSAT SUMBER SK SERI ISKANDAR

TARIKH:

2 Julai 2012

TEMPAT:

PUSAT SUMBER SEKOLAH KEBANGSAAN SERI ISKANDAR

PENGANJUR:

JAWATANKUASA

PUSAT SUMBER SEKOLAH KEBANGSAAN SERI ISKANDAR

DENGAN KERJASAMA:

GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN SERI ISKANDAR


PROJEK MENCERIAKAN PUSAT SUMBER SK SERI ISKANDAR.

1. Pengenalan

Projek menceriakan pusat sumber ini bertujuan menceriakan dan memberi


keselesaan seterusnya menarik minat warga Sekolah Kebangsaan Seri iskandar
untuk berkunjung ke pusat sumber sekolah, terutamanya murid-murid. Pusat
sumber sekolah merupakan salah satu tempat yang penting bagi murid sekolah
untuk menimba ilmu. Aspek keceriaan dan keselesaan pusat sumber perlu
dititikberatkan supaya murid dan guru sentiasa berasa tenang dan gembira
semasa membuat rujukan, program dan sebagainya di pusat sumber sekolah.

Diharapkan projeki ini dapat memberi manfaat kepada warga sekolah untuk
menggunakan pusat sumber dengan lebih baik dan memupuk sikap
bertanggungjawab semasa menggunakan pusat sumber sekolah. Semoga projek
ini dapat memberi impak yang baik dalam menambahkan keceriaan sekolah.

2. Rasional

Projek ini mendedahkan pelatih kepada pengurusan pusat sumber sekolah


secara langsung. Projek ini diharap dapat meningkatkan lagi keceriaan pusat
sumber seterusnya memberi keselesaan kepada warga sekolah semasa
menggunakan pusat sumber.

3. Objektif
3.1. Menceriakan pusat sumber dengan tambahan hiasan.
3.2. Mengecat semula rak-rak buku.
3.3. Menyusun semula buku-buku mengikut kod.
3.4. Mengamalkan semangat berpasukan, kerjasama dan tanggungjwab.
3.5. Menunjukkan kepekaan dan bertindak balas secara positif kepada realiti
persekitaran.

4. Tarikh
2 Julai 2012
5. Masa
7.30 pagi hingga 12 tengah hari.

6. Sasaran
6.1 Murid-murid Sekolah Kebangsaan Seri Iskandar.

6.2 Guru-guru Sekolah Kebangsaan Seri Iskandar.

7. Penganjur

Program ini adalah di bawah Jawatankuasa Projek Keceriaan Pusat Sumber


dengan kerjasama daripada guru-guru Sekolah Kebangsaan Seri Iskandar.

8. Alamat Surat-Menyurat

Rosliza binti Salleh,


Setiausaha Pengendalian Perhimpunan Mingguan,
Sekolah Kebangsaan Seri Iskandar,
32600 Seri Iskandar, Perak.
Tel: 019-5508084

9. Ahli Jawatankuasa Program

Jawatankuasa Projek Menceriakan Pusat Sumber

Penaung : Tn. Hj. Mohd Noor bin Harun

Penasihat : Puan Nurishah binti Mat Taib

Mentor : Puan Halimah binti Md Ali

Pengerusi : Nur Amirul Azima binti Shamsuddin

Setiausaha : Rosliza binti Salleh


Ahli jawatankuasa : Guru-guru SK Seri Iskandar

10. Penutup

Adalah diharapkan projek ini dapat memberikan manfaat yang banyak kepada
semua warga sekolah. Semoga segala aktiviti yang telah dirancang dapat dijayakan
dengan sokongan dan kerjasama daripada semua pihak. Segala kerjasama
daripada pihak tuan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh, Disemak oleh,


.................................................... ....................................................
(ROSLIZA BINTI SALLEH) (HALIMAH BINTI MD ALI )
Setiausaha Projek Menceriakan Mentor,
Pusat Sumber,
Sekolah Kebangsaan Seri Iskandar,
Sekolah Kebangsaan Seri Iskandar,
32600 Seri Iskandar, Perak
32600 Seri Iskandar, Perak.
.

Disahkan oleh,
Diluluskan oleh,
....................................................
....................................................
(NURISHAH BINTI MAT TAIB)
(TN. HJ. MOHD NOOR BIN HARUN)
Penolong Kanan Pentadbiran,
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Seri Iskandar,
Sekolah Kebangsaan Seri Iskandar,
32600 Seri Iskandar, Perak.
32600 Seri Iskandar, Perak.

You might also like