You are on page 1of 3

SK BANDAR UDA 2

SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI, KPM

KERTAS KERJA
PERUNTUKAN ALATAN SURAU
KERTAS KERJA PERUNTUKAN VACUUM SURAU
SK BANDAR UDA 2

1. PENDAHULUAN
Surau adalah satu tempat yang terpenting di sesuatu kawasan atau
tempat dan pembinaannya bertujuan untuk umat Islam mendirikan
solat ,beribadah dan menjalankan aktiviti kerohanian yang lain. Di
SK SK Bandar Uda 2 juga terdapat sebuah surau, namun perlu diberi
penambahbaikan. Oleh itu, pihak Panitia Pendidikan Islam dan
Bahasa Arab memberi cadangan kepada pihak sekolah & PIBG
menambahbaik peralatan surau yang sedia ada kepada keadaan
yang selesa kepada semua murid khususnya melibatkan mata
pelajaran dan aktiviti kerohanian Pendidikan Islam di sekolah.

2. OBJEKTIF
1. Memberikan keselesaan kepada murid, guru serta kakitangan
sekolah untuk mengerjakan solat.
2. Memberikan keselesaan kepada murid untuk menjalani amali
solat serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran semasa Kelas KAFA
dan amali Kem Bestari Solat.
3. Menambah baik prasarana dan kemudahan sekolah iaitu surau
sekolah yang telah sedia ada kepada yang lebih baik.
4. Menjadikan surau sekolah lebih bersih, ceria dan selamat serta
selesa untuk digunakan.

3. TUJUAN PENAMBAHBAIKAN
a) Memberi keselesaan kepada murid dan guru untuk mengerjakan
solat zohor berjemaah dan aktiviti usrah.
b) Memberi keselesaan kepada murid dan guru untuk menjalani
amali solat yang terdapat dalam silibus Kelas Agama Fardu Ain
(KAFA) dan Kem Bestari Solat.
c) Memberi keselesaan kepada murid dan guru untuk mengikuti sesi
pengajaran dan pembelajaran (P&P) di surau serta aktiviti
kerohanian yang lain.

4. ANGGARAN PERBELANJAAN

a) pembersih habuk (vacuum) 1 set PANASONIC TANK mc-yl631


RM 350.00
PENUTUP
Semoga penambahbaikan dan peruntukan surau sekolah ini dapat
memberikan keselesaan yang lebih baik kepada semua murid, guru
dan kakitangan sekolah ini. Diharapkan juga perlaksanaan projek ini
dapat menjadikan kemudahan surau sekolah lebih bersih,ceria dan
selamat untuk digunakan. Sokongan dan pandangan daripada
semua pihak amat diharapkan dalam melancarkan lagi kerja-
kerja penambahbaikan surau.

Sekian, terima kasih.


Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.................................… ………………………………
(AHMAD ZAID ZAKI B. ABDUL HIR) (NOORAYU BINTI JAYUS)
Penyelaras Surau Guru Besar
SK BANDAR UDA 2 SK BANDAR UDA 2

You might also like