You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN BATU MUDA

PPR Batu Muda, 51200 Kuala Lumpur


Tel :03-62595642 Fax : 03-62595644
___________________________________________________________________________________
Ruj. Kami : SKBM/09/03/01/003 (02)
Tarikh : 18 OGOS 2013

IBU PEJABAT JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT


WILAYAH PERSEKUTUAN
JALAN MAHAJALELA
(u.p : Bahagian Keselamatan Kebakaran )

Tuan,

PERMOHONAN MENGADAKAN CERAMAH DAN PAMERAN KESELAMATAN KEBAKARAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan pihak sekolah ingin memohon kerjasama pihak tuan untuk
mengadakan ceramah dan pameran keselamatan kebakaran seperti ketetapan di bawah :

Hari : Jumaat
Tarikh : 26 September 2014
Masa : 9.00 pagi hingga 12.00 tgh

3. Sehubungan itu, pihak sekolah memohon kerjasama pihak tuan untuk menyampaikan
ceramah berhubung isu-isu kebakaran terkini kepada warga sekolah sebagai pendedahan
ketika berhadapan dengan situasi kebakaran.

4. Pihak kami juga berharap agar pihak tuan dapat membenarkan warga sekolah untuk
melihat jentera pasukan bomba sebagai satu pameran dan pendedahan kepada murid-murid
tentang kerjaya ahli bomba.

5. Pihak kami amat berharap agar pihak tuan dapat memberi pertimbangan sewajarnya
atas permohonan kami ini demi merealisasikan sifar kebakaran di sekolah. Kerjasama dan
keprihatinan pihak tuan amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

…………………………………………………
(NOR AISHAH BT. ASADUR RAHMAN)
Guru Besar
SK Batu Muda
PPR Batu Muda, 51200 Kuala Lumpur
TENTATIF PROGRAM

8.30 pagi : Taklimat ringkas kepada AJK Program

8.55 pagi : Loceng kecemasan akan dibunyikan

9.00 pagi : Warga SKBM akan berkumpul di Dewan Utama

9.05 pagi : Pasukan bomba tiba

9.10 pagi : Ucapan guru besar SKBM ( Pn. Nor Aishah Bt. Asadur Rahman)

Ceramah Keselamatan

10.30 pagi : Rehat

11.00 pagi : Pameran alatan dan jentera pasukan bomba

Taklimat tentang pameran

12.00 pagi : Majlis bersurai


UNIT KESELAMATAN
SEKOLAH KEBANGSAAN BATU MUDA
PPR BATU MUDA, KUALA LUMPUR
___________________________________________________________________________________
Ruj. Kami : SKBM 02/500/08/01 (03)
Tarikh : 18. 08. 2014

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Batu Muda
PPR Batu Muda,
68100 Kuala Lumpur.

Puan,

PERMOHONAN UNTUK PROGRAM LATIHAN KEBAKARAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman pihak Puan, unit keselamatan telah bermesyuarat pada 14 Julai 2014
dan telah bersetuju untuk mengadakan program latihan kebakaran dalam bentuk ceramah dan
pameran daripada pihak bomba seperti ketetapan berikut :

Hari : Jumaat
Tarikh : 26 September 2014
Masa : 9.00 pagi hingga 12.00 tgh

3. Sehubungan dengan itu, unit keselamatan telah memohon kebenaran menggunakan


Dewan Utama untuk mengadakan ceramah berkaitan kebakaran. Selain itu, pihak kami turut
memohon untuk menyediakan jamuan ringan kepada pihak bomba yang dianggarkan seramai
10 orang.

4. Justeru, pihak keselamatan berharap agar permohonan kami ini mendapat


pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak Puan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK SEKOLAH”

Saya yang menurut perintah,

……………………………………..
( ZAKARIA AHMAD HARUN)
Setiausaha
Unit Keselamatan SKBM 2014

You might also like