You are on page 1of 3

SEKOLAH MENENGAH RENDAH AGAMA RANTAU

KUALA SAWAH
71200 RANTAU
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS, MALAYSIA
Tel: 06-6943626 / Faks: 06-6946277

Tarikh : 3 November 2009


Rujukan kami : SMRAR 03/02/002/02

Kepada,

Jabatan Bomba dan Penyelamat,


(Cawangan Seremban),
70400 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus,
Malaysia.

Tuan,

PROGRAM KESELAMATAN BERSAMA DENGAN JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT

Berhubung dengan perkara di atas, pihak Sekolah Menengah Rendah Agama Rantau akan mengadakan program
tersebut seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 16-11-2009 (Isnin)


Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dataran Marwazi,
Sek. Men. Ren. Agama Rantau,
Kuala Sawah, 71200 Rantau, Negeri Sembilan Darul Khusus.

2. Antara agenda program ialah seperti berikut:


2.1 Ceramah keselamatan dan kebakaran
2.2 Taklimat dan demonstrasi memadam kebakaran
2.3 Taklimat dan latihan kebakaran

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah ingin menjemput pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat (Cawangan
Seremban) untuk membantu kami menjayakan program ini.

4. Berserta dengan surat ini dilampirkan tentatif program pada hari tersebut.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

................................................................
(NOORMAAH BINTI HJ. MANSOR)
Pengetua,
Sekolah Menengah Rendah Agama Rantau,
Kuala Sawah, 71200 Rantau,
Negeri Sembilan Darul Khusus,
Malaysia.
SEKOLAH MENENGAH RENDAH AGAMA RANTAU
KUALA SAWAH, 71200 RANTAU
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
MALAYSIA

PROGRAM KESELAMATAN BERSAMA DENGAN


JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT
16 NOVEMBER 2009 (ISNIN)

TENTATIF PROGRAM

8.00 pagi ~ 10.00 pagi Ceramah keselamatan dan kebakaran

10.00 pagi ~ 10.30 pagi Rehat

10.30 pagi ~ 11.00 t.hari Taklimat demonstrasi memadam kebakaran

11.00 pagi ~ 12.30 t.hari Demonstrasi memadam kebakaran

12.30 t.hari ~ 1.00 t.hari Taklimat latihan kebakaran

1.00 t.hari ~ 1.45 t.hari Latihan kebakaran

1.45 t.hari Bersurai

You might also like