You are on page 1of 5

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PENCINTA ALAM SEKITAR

SEKOLAH KEBANGSAAN AIR MERAH

1. MATLAMAT
1.1. Membangkitkan kesedaran dan kepekaan murid-murid terhadap alam sekitar .
1.2. Mewujudkan kerjasama yang erat antara pihak sekolah dengan masyarakat setempat
bagi menjaga alam sekitar.
1.3. Membentuk komuniti murid yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap kepentingan
menjaga alam sekitar.

2. OBJEKTIF
2.1. Ahli Kelab Pencinta Alam Sekitar dapat menanam nilai moral yang tinggi
dalam diri mereka.
2.2. Melahirkan kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar demi kebaikan dan
kesejahteraan berpanjangan.
2.3. Melahirkan kesedaran dan rasa tanggungjawab pada setiap murid dalam memastikan
alam sekitar terpelihara dengan baik.
2.4 Memastikan keadaan alam sekitar terpelihara.

3. KEAHLIAN
3.1. Dibuka kepada semua murid sekolah ini.
3.2. Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan.
3.3. Ahli boleh dikenakan tindakan disiplin jika tidak hadir setiap kali perjumpaan melainkan
atas alasan yang boleh diterima.

4. GURU PENASIHAT
4.1. Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.
4.2. Guru Penasihat mempunyai kuasa mutlak untuk merancang, melaksana atau
membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu.

5. AHLI JAWATANKUASA DAN PERANAN


5.1. Dilantik semasa Mesyuarat Agung.
5.2. Ahli yang hadir dan ahli yang tidak hadir tetapi menulis surat layak dicalonkan sebagai
Ahli Jawatankuasa.
5.3. Pemilihan Ahli Jawatankuasa adalah secara undian.
5.4. Ahli Jawatankuasa kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan
mesyuarat.
5.5. Ahli Jawatankuasa yang hendak meletak jawatan hendaklah menghantar surat
perletakan jawatan kepada Guru Penasihat.
5.6. Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri daripada:
PENGERUSI
NAIB PENGERUSI
SETIAUSAHA
PENOLONG SETIAUSAHA
BENDAHARI
AJK KELAS
PEMERIKSA KIRA-KIRA
5.7. Guru Penasihat boleh menambah bilangan Ahli Jawatankuasa jika perlu.

6. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA


6.1 PENGERUSI
6.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas
kesempurnaan semua mesyuarat
6.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang
diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.
6.1.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa ke semasa.
6.2 NAIB PENGERUSI
6.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab
yang diberi.
6.2.2 Mempengurusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.
6.2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa ke semasa.
6.3 SETIAUSAHA
6.3.1 Menguruskan hal-hal surat menyurat.
6.3.2 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan-
kegiatan.
6.3.3 Mencatat kehadiran ahli
6.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.
6.3.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa ke semasa.
6.4 NAIB SETIAUSAHA
6.4.1 Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan
tanggungjawabnya.
6.4.2 Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan Setiausaha.
6.4.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa ke semasa.
6.5 BENDAHARI
6.5.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan.
6.5.2 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan
dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.
6.5.3 Menyediakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta
menandatanganinya.
6.5.4 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam
mesyuarat ahli jawatankuasa.
6.5.5 Menyediakan Laporan Kewangan untuk di audit dan dibentangkan dalam
Mesyuarat Agung.
6.5.6 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa ke semasa.
6.6 NAIB BENDAHARI
6.6.1 Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaan Bendahari.
6.6.2 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa ke semasa.
6.7 AHLI JAWATANKUASA
6.7.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang
dilaksanakan.
6.7.2 Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.
6.7.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari
masa ke semasa.

7. DERMA
7.1. Sumber utama kewangan kelab adalah melalui derma yang ditetapkan.
7.2. Kelab juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti.
7.3. Ahli yang menyertai aktiviti yang memerlukan belanja besar boleh dikenakan derma
khas bagi membiayai projek tersebut.
8.KEHADIRAN / PENYERTAAN
8.1. Ahli kelab dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh kelab sepanjang
tahun.
8.2. Kegagalan berbuat demikian boleh dikenakan tindakan disiplin dan kehilangan hak-hak
keahlian kelab.

9. AKTIVITI
9.1. Aktiviti dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli
jawatankuasa.
9.2. Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh guru penasihat dan diumumkan kepada
pengetahuan ahli.

10. PERATURAN-PERATURAN
10.1. Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.
10.2. Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh ahli.
10.3. Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

11. TINDAKAN DISIPLIN


11.1. Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan kelab dan tidak mematuhi
peraturan yang ditetapkan.
11.2. Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:
11.2.1. Amaran lisan
11.2.2 Amaran bertulis
11.2.3 Gantung keahlian
11.2.4 Pecat keahlian
11.3. Ahli yang dikenakan tindakan disiplin, akan hilang semua hak keahlian.
11.4. Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan
kepada guru penasihat unit kokurikulum persatuan / kelab dan kelab sukan secara
bertulis serta keputusan guru penasihat adalah muktamat.

12. PINDAAN PERLEMBAGAAN


12.1. Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.
12.2. Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa, guru
penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.
12.3. Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh guru penasihat dan ahli jawatankuasa akan
membincangkan cadangan tersebut dan meluluskan jika perlu.
12.4. Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh Guru
Besar.

13. HAL-HAL LAIN


13.1. Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan.
13.2. Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.

You might also like