You are on page 1of 3

PERTUDUHAN

Bahawa kamu, pada 6.3.2019 jam lebih kurang 11.00 pagi di Seksyen
13, Shah Alam dalam daerah Petaling, di dalam Negeri Selangor,
melakukan pecah amanah dengan menandatangani 34 keping cek
berjumlah keseluruhan RM23 juta dan oleh itu, kamu telah melakukan
satu kesalahan bawah s406 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum tidak
melebihi 10 tahun penjara dan denda dan sebatan.

Pendakwaan tidak menawarkan apa-apa jaminan terhadap Tertuduh.

Pendakwaan menghujahkan bahawa Tertuduh pada hari ini tergolong


dalam kriteria yang tidak berhak mendapat jaminan berdasarkan
beberapa alasan kukuh.

Pertamanya, kesalahan yang dilakukan oleh Tertuduh adalah suatu


kesalahan yang tidak boleh diikat jamin melainkan atas budi bicara
mahkamah.
LIM KIAP KHEE V. PP [1987] 2 CLJ 442; [1987] CLJ (REP) 717

Keduanya, Pendakwaan mengambil maklum akan kedudukan Tertuduh


yang merupakan seorang bekas menteri besar. Namun begitu,
Pembelaan menghujahkan bahawa status atau kedudukan tertuduh
tersebut tidak mencukupi untuk mahkamah yang mulia ini memberikan
ikat jamin. Pendakwaan merujuk kepada kes SHAIKH KARIM & ORS V
EMPEROR AIR [1926] Nag. 279; STATE V MEHBOOB ALI KHAN AIR
[1956] Bom. 54 dan turut diikuti oleh kes tempatan iaitu PP v DSAI
[1998] 4 CLJ 387 dimana mahkamah memutuskan “the fact that the
status of an accused is not a sufficient ground for granting an application
for bail”.

Ketiganya, Pembelaan merujuk kes PP V. WEE SWEE SIANG [1948] 1


LNS 49 bagi faktor-faktor untuk pertimbangan di dalam membenarkan
jaminan atau tidak. Antara faktor-faktor tersebut adalah mengenai
samada terdapat risiko bahawa Tertuduh akan melarikan diri.

Berdasarkan kes NG CHONG HWA v. PP [2019] 1 CLJ 823, Tertuduh


menghadapi “extradition proceedings” di mana beliau telah melakukan
suatu kesalahan CBT dan ianya suatu kesalahan yang tidak boleh diikat
jamin. Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa terdapat risiko
Tertuduh untuk melarikan diri atau “flight risk” kerana :
(a) The very nature of extradition proceedings itself dimana
keberangkalian Tertuduh untuk melarikan diri adalah melebihi tahap
normal
(b) Fakta bahawa dia dilarang untuk meninggalkan negara and rela
menyerahkan passport and memakai alat pengesan bukan suatu
jaminan tiada risiko melarikan diri “given the ingenious means and
modes of flyring under the radar” yang wujud pada hari ini.

Justeru, berdasarkan kes ini, Pendakwaan menghujahkan bahawa


Tertuduh pada hari ini tidak berhak untuk diikat jamin atas alasan
bahawa terdapat “flight risk” memandangkan beliau kerap keluar negara,
memiliki passport, berpengaruh di arena antarabangsa dan mempunyai
rakan karib di Singapura.

Bagi alasan yang pertama adalah berkenaan bahawa Tertuduh sentiasa


ke luar negara dan justeru, beliau sudah biasa dengan prosedur
berkenaan sesuatu negara dari aspek syarikat penerbangan,
“immigration”, “custom check” dan visa.

Bagi alasan kedua iaitu pemilikan passport oleh Tertuduh. Pendakwaan


menghujahkan bahawa jika Mahkamah masih bertegas untuk
membenarkan ikat jamin terhadap Tertuduh, Pendakwaan merayu
kepada Mahkamah untuk merampas passport Tertuduh. Hal ini kerana
dengan adanya passport ditangan Tertuduh, peluang untuk beliau
melarikan diri ke luar negara adalah sangat tinggi dan seterusnya beliau
gagal menghadirkan diri di Mahkamah dan gagal memberikan
kerjasama kepada polis dan Mahkamah.

Ketiganya, Tetuduh pada hari ini bukanlah calang-calang orang tetapi


seseorang yang berpengaruh di arena antarabangsa. Justeru,
Pendakwaan menghujahkan bahawa pengaruh dan kedudukan
Tertuduh adalah sangat besar bukan sahaja di dalam negara tetapi di
luar negara. Beliau boleh mendapatkan bantuan luar untuk melarikan diri
sebelum keputusan kes diputuskan. Dengan izin, “in those
circumstances the applicant would have no difficulty in finding persons of
good character with sufficient funds to stand bail for him.”

Keempat, Tertuduh juga mempunyai rakan karib di Singapura.


Pembelaan merujuk kepada kes LOW CHIT BAH v. PUBLIC
PROSECUTOR [1985] 1 LNS 82 dimana Mahkamah walaupun telah
membenarkan Tertuduh untuk diikat jamin tetapi jumlah jaminan adalah
sebanyak $1Million kerana terdapat risiko Tertuduh akan melarikan diri
ke Singapura.

Menurut Pembelaan, Tertuduh pada hari ini mempunyai empat (4) isteri
dan lima (5) orang anak. Dalam erti kata yang lain, Tertuduh mempunyai
banyak tanggungan dan justeru ia menjadi alasan untuk mahkamah
membenarkan ikat jamin. Namun begitu, Pendakwaan menghujahkan di
bawah kes PP v LETCHEMY [1967] dimana seorang ibu yang
mempunyai 10 orang anak dan telah dituduh dibawah kesalahan
membunuh. Permohonan ikat jamin telah ditolak oleh Mahkamah “due to
the fact that the application fall far short of being exceptional and very
special reasons”.

Menurut pembelaan juga, Tertuduh berumur 54 tahun dan mempunyai


alahan makanan. Dalam erti kata yang lain, Pembelaan ingin
mengutarakan bahawa Tertuduh berumur dan mempunyai masalah
kesihatan. Pendakwaan menghujahkan faktor umur dan kesihatan tidak
semestinya menjadi sebab untuk mahkamah membenarkan ikat jamin
berdasarkan kes LEOW NYOK CHIN v PP [1999] dimana Tertuduh
berumur 58 tahun dan mempunyai masalah kesihatan. Mahkamah di
dalam kes ini telah menolak permohonan ikat jamin kerana keadaan
Tertuduh tidak melibatkan “risk to life”.

You might also like