You are on page 1of 6

Bahagian A

[30 markah]
(Masa dicadangkan : 45 minit)

Gambar di bawah menunjukkan suasana di sebuah pusat sumber sekolah. Huraikan


pendapat anda tentang usaha-usaha meningkatkan penggunaan kemudahan Pusat
Sumber Sekolah. Panjangya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan. 
         
PUSAT SUMBER SEKOLAH

LOKASI PUSAT SUMBER PERLULAH STRATEGIK

MENGHEBAHKAN KEMUDAHAN PUSAT SUMBER KEPADA PELAJAR

MENGADAKAN PROGRAM MEMBACA

GALAKAN TEMPAT PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Pusat sumber bertindak sebagai bank atau gedung ilmu pengetahuan kepada pelajar.
Banyak bahan bacaan dikumpulkan dan disimpan di sana. Antaranya termasuklah bahan
rujukan, buku cerita, majalah, surat khabar dan sebagainya daripada pelbagai negara.
Kesemua bahan ini adalah untuk bacaan dan rujukan murid dan warga sekolah. Terdapat
pelbagai kemudahan yang disediakan di pusat sumber, contohnya kemudahan ASTRO
kampus, ICT, makmal bahasa, bilik audio visual, dan sebagainya. Pelajar yang bijak dan tahu
erti kepentingan ilmu akan memperoleh  pelbagai manfaat  jika memaksimum penggunaan 
kemudahan pusat sumber sekolah. Persoalannya, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan
untuk meningkatkan penggunaan  kemudahan Pusat Sumber Sekolah?

Antara usaha untuk meningkatkan penggunaan kemudahan Pusat Sumber Sekolah


(PSS) adalah dengan  memastikan lokasi pusat sumber sekolah perlulah strategik agar mudah
dikunjungi oleh pelajar kerana prasarana berkenaan merupakan gedung ilmu. Misalnya,
lokasi pusat sumber perlu terletak di bahagian bawah atau paras paling rendah sesebuah
bangunan agar memudahkan pengunjung. Lokasi PSS juga perlu jauh daripada suasana
kebisingan untuk membolehkan pengunjung memberi tumpuan terhadap bahan yang dibaca.
PSS juga perlu terletak di tempat yang menjadi tumpuan semua orang.  Selain itu,  suasana di
dalam pusat sumber perlulah kondusif seperti terdapat penyaman udara, dan ruang membaca
dan membuat rujukan yang selesa. Suasana di pusat sumber juga perlu ceria, bersih dan
senyap agar pengunjung dapat memperoleh ketenangan dan memberi tumpuan terhadap
bahan yang dibaca. Sekiranya PPS kondusif serta mesra pelajar sudah pasti pelajar di
sekolah berkenaan akan membudayakan membaca sebagai amalan mereka, malah
bilangan pelajar cemerlang dalam ujian malah peperiksaan akan meningkat. Tegasnya,
lokasi pusat sumber sekolah perlulah strategik dan kondusif untuk kemudahan dan keselesaan
pelajar.

Usaha seterusnya ialah guru Pusat Sumber Sekolah  perlu menghebahkan


perkhidmatan dan kemudahan yang terbaharu yang disediakan di pusat sumber. Hebahan
tersebut boleh dilakukan semasa perhimpunan mingguan atau melalui iklan di kawasan
tumpuan pelajar seperti di laluan utama, di papan kenyataan dan juga melalui guru mata
pelajar. Melalui saluran ini, murid-murid dapat mengetahui maklumat terkini tentang
kemudahan terbaharu yang terdapat di pusat sumber seperti e-pusat sumber iaitu kemudahan
pusat sumber yang menggunakan rangkaian internet dan komputer dan sistem automasi. Di
samping itu, bahan rujukan dan koleksi buku cerita pelbagai bahasa juga dihebahkan untuk
menarik minat pelajar mengunjungi pusat sumber.. Jikalau, uasaha ini dijalankan
berterusan sudah pasti bilangan pelajar mengunjungi pusat sumber sekolah akan
meningkat, minat membaca dalam kalangan pelajar akan disemai dan kadar buta huru
dapat disifarkan. Jelasnya, melalui hebahan tersebut, murid-murid dapat maklumat tentang
penggunaan perkhidmatan pusat sumber dan berminat untuk mengunjungi Pusat Sumber
Sekolah.

Selain itu, untuk menggalakkan murid-murid mengunjungi PSS, pihak PSS perlu
mengadakan Program Membaca. Program banyak membaca atau program NILAM harus
digiatkan lagi agar murid  akan sentiasa mengunjungi pusat sumber untuk meminjam dan
membuat bacaan di pusat sumber. Di bawah program NILAM, setiap murid perlu
merekodkan buku yang dibaca dalam Buku Rekod Membaca Nilam. Guru pula akan
mengesahkan rekod bacaan murid. Pengiktirafan diberi kepada murid berdasarkan bilangan
buku yang dibaca. Di samping itu, PSS perlu menambahkan bilangan bahan bacaan yang
dibaca agar murid juga dapat menambahkan pengetahuan dan pengalaman melalui bahan
yang dibaca bak kata pepatah ’jauh berjalan luas pandangan, banyak membaca, menambah
pengetahuan’. Hal ini secara tidak langsung meningkatkan penggunaan kemudahan pusat
sumber sekolah dalam kalangan pelajar serta akan dapat meningkatkan bilangan pelajar yang
mendapat penghargaan pogram NILAM di peringkat sekolah, daerah, negeri dalam program
NILAM akan meningkat. Jika usaha murni ini berkekalan bilangan pelajar cemerlang
turut meingkat. Tegasnya, menggalakkan murid-murid mengunjungi PSS amat penting agar
fungsi PPS menyerlah di peringkat sekolah sterusnya melahirkan pelajar cemerlang,
gemilang dan terbilang.

Bahkan juga, galakan kepada guru menggunakan PSS sebagai tempat pengajaran dan
pembelajaran sebagai alternatif penggunaan bilik darjah amat bijak. Pengurusan PSS Sekolah
dan pentadbir sekolah perlu menjadikan PPS sebagai tempat guru untuk menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran kerana PPS kondusif untuk tujuan berkenaan. Sebagai sebuah
gedung ilmu serta kemudahan untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran lebih
kondusif sudah pasti penyebaran dan pengaliran ilmu daripada guru kepada pelajar akan lebih
mudah. Hal ini kerana proses pengajaran guru akan lebih mudah dengan peralatan yang
disediakan di PPS seperti peralatan paparan hablur cecair (LCD), persekitaran bilik seperti
bilik multimedia yang kondusif  kepada pelajar, serta bahan rujukan seperti kamus rujukan
serta buku melibatkan pelbagai mata pelajaran, serta adanya pendingin hawa, kemudahan
’wireless fidelity’ ( wifi) memudahkan guru melaksanakan Pengajaran Abad Ke-21 yang
menyeronokkan pelajar kerana usaha tangga kejayaan. Sekiranya, proses pengajaran dan
pembelajaran cemerlang, pelajar mudah menerima ilmu yang ingin disampaikan oleh
guru dan melahirkan pengajaran dan pembelajaran berkesan. Sudah terang lagi
bersuluh, galakan kepada guru menggunakan PSS sebagai tempat pengajaran dan
pembelajaran sebagai alternatif penggunaan bilik darjah amat bijak untuk melahirkan proses
pengajaran dan pembelajaran berkesan.

Kesimpulannya, pusat sumber sekolah perlu menyediakan kemudahan yang terkini


dan mengikut peredaran zaman agar pelajar tertarik dengan fungsi PPS sebagai penyebar
ilmu. Kemudahan yang disediakan perlu memenuhi keperluan pelajar  dan menarik mereka
untuk menggunakan kemudahan yang disediakan. Pusat sumber harus menjadi nadi utama
murid dalam proses pembelajaran mereka di sekolah. Sebenarnya, ilmu yang kita miliki
hanyalah setitik air jika dibandingkan dengan lautan yang luas. Oleh itu, banyak
manfaatkan masa dengan membaca kerana hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih
tambahan pula masa itu emas.
Bahagian A
[30 markah]

(Masa dicadangkan : 45 minit)

Gambar menunjukkan iklan pelancongan di Malasyia. Huraikan pendapat anda


tentang  kepentingan sektor industri pelancongan kepada rakysat dan negara . Panjangya
huraian hendaklah antara  200 hingga 250 patah perkataan


Apabila kerajaan mula mengisytiharkan Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990,
usaha ini menunjukkan bahawa kerajaan semakin memberikan perhatian yang serius kepada
industri pelancongan kerana langkah ini berpotensi memajukan ekonomi negara. Setiap tahun
bilangan pelancong yang datang ke Malaysia semakin meningkat. Malaysia merupakan
sebuah negara yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Ramai pelancong sama ada dari
luar ataupun dalam memilih negara kita sebagai destinasi pelancongan. Kedatangan
pelancong ke negara membawa seribu rahmat dapat meningkatkan ekonomi negara dari segi
pengaliran wang asing masuk ke negara kita. Pelancong yang datang dari negara luar harus
menukar mata wang negara mereka kepada mata wang Ringgit Malaysia sebelum boleh
berbelanja di sini Persoalannya, apakah kepentingan sektor pelancongan kepada rakyat dan
negara kita?

Antara kepentingan sektor pelancongan ialah kita dapat mempromosikan tempat


pelancongan yang menarik di Malaysia kepada para pelancong. Malaysia mempunyai banyak
tempat bersejarah yang boleh dilawati seperti Bandar Bersejarah yang terletak di negeri
Melaka. Tempat – tempat bersejarah ini dapat mengembangkan ilmu pengetahuan seseorang.
Di negara kita pelancong juga boleh bermain sambil melawat tempat – tempat  bersejarah ini
kerana kita mengetahui bahawa sekiranya cuma melihat barangan bersejarah amat membosan
bagi sesetengah pelancong. Jadi, bagi memanfaatkan pelbagai pihak, selain barangan
bersejarah persembahan turut diadakan seperti di Kota A – Famosa bertempat di Melaka
Negeri Bersejarah. Di Kota A – Famosa pelancong bukan sahaja dapat menambahkan ilmu
sejarah tetapi juga beriadah pada masa yang sama kerana tempat beriadah seperti Bandar
Cowboy, Dunia Binatang Safari dan Dunia Air turut disediakan. Tempat – tempat ini sesuai
untuk semua golongan masyarakat sama ada kanak – kanak ataupun dewasa. Sekiranya
sektor pelancongan menambat hati dan kedatangan para pelancong secara langsung negara
mendapat sumber pendapatan tambahan tanpa bergantung kepada sektor perindustrian,
pertanian, dan pembalakan sahaja.  Jelasnya, sektor pelancongan dapat mempromosikan
tempat pelancongan yang menarik di negara kita serta meningkatkan ekonomi negara.

 Selain itu, sektor pelancongan dapat mempromosikan makanan setempat di negara


kita. Malaysia mempunyai beraneka jenis makanan yang digemari oleh pelancong. Negara
kita yang mempunyai pelbagai kaum yang berlainan dan masakan yang berbeza seperti
masakan Melayu, masakan Cina dan masakan India. Negara – negara Barat seperti England
cuma mempunyai satu jenis kaedah masakan seperti kentang goreng, stik dan salad. Negara
Itali pula mempunyai masakan seperti spageti, pizza dan telur dadar. Negara kita tidak seperti
negara lain yang cuma mempunyai satu kaedah masakan sahaja. Masyarakat berbilang kaum
di Malaysia mempunyai kepelbagaian makanan berdasarkan kaum seperti yu sang, bau dan
char kuey teow daripada kaum Cina, rendang, ketupat dan nasi lemak daripada kaum Melayu,
capati, tosai dan idli daripada kaum India serta tidak kurangnya masakan barat dan masakan
enak daripada kaum yang berlainan. Masakan yang tidak pernah dirasai oleh pelancong asing
ini akan memberikan mereka kelainan rasa makanan yang mustahil dijumpai di negara asal
mereka dan ini akan menarik minat mereka untuk mengunjungi semula Malaysia selepas
lawatan pertama mereka. Sekiranya, masyarakat Malaysia cakna dengan kepelbagaian
masakan dan makanan tempatan serta mengambil kesempatan dengan kelebihan berkenaan
dengan menyajikan menu berkenaan di premis mereka untuk dinikmati pelancong asing,
sama ada di gerai-gerai makanan, restoran, dan hotel sudah pasti mereka dapat meningkatkan
pendapatan sambil memperkasa sektor pelancongan. Tegasnya, makanan setempat dapat
dipromosikan melalui sektor pelancongan untuk menggamit kehadiran pelancong asing.
   
Di samping itu, sektor pelancongan dapat memperkenalkan dan mengembangkan
industri kraf tangan di Malaysia. Barangan kraf tangan buatan rakyat tempatan bukan sahaja
bermutu bahkan harga yang ditawarkan amat berpatutan. Barangan kraf tangan buatan rakyat
Malaysia yang diperbuat daripada kain batik, seramik, kayu, perak, kaca dan kulit amat
cantik dari segi reka bentuk dan sesuai dijadikan cenderahati kepada pelancong. Pelancong
pasti membeli – belah barangan kraf tangan buatan Malaysia seperti batik, kain songket, wau
dan lain – lain sebagai buah tangan atau ole-ole buat keluarga atau rakan mereka. Kedatangan
pelancong asing ke Malaysia bukan sahaja memajukan industri kraf tangan ke luar negara
kita bahkan menjadi periuk nasi kepada pengusaha kraf tangan tempatan.  Sekiranya, promosi
yang hebat dilakukan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia di samping  promosi agen-
agen pelancongan yang terdapat di negara kita, sudah pasti bukan sahaja pengusaha
pelancongan sahaja yang menerima kesan dari segi pertambahan pendapatan mereka tetapi
juga penduduk tempatan yang menjalankan perusahaan kecil dan kraftangan juga menerima
tempiasnya. Jelasnya, industri kraf tangan dapat dimajukan melalui sektor pelancongan.

            Akhir sekali, sektor pelancongan dapat memperkenalkan budaya Malaysia


yang unik lagi istimewa kepada dunia luar. Hal ini demikian kerana Malaysia mempunyai
penduduk yang berbilang kaum dan etnik seperti Melayu, Cina, India, Kadazan, Murut, Iban
dan lain-lain. Kaum-kaum di negara kita yang mempunyai adat, budaya dan cara pemakanan
yang berbeza dan istimewa mampu menarik minat pelancong asing. Sektor pelancongan
dapat mempromosikan warisan budaya yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas ke
serata dunia. Pelancong yang datang ke suatu destinasi pelancongan boleh dihidangkan
dengan persembahan kesenian tradisional misalnya wayang kulit, makyung, dikir barat,
ronggeng dan kuda kepang. Mereka juga diberi peluang untuk mencuba permainan
tradisional seperti sepak raga, galah panjang, congkak, batu seremban dan lain-lain. Pakaian
tradisional seperti baju kurung yang diperbuat daripada kain batik dan sari yang diperbuat
daripada kain sutera boleh cuba dipakai oleh pelancong asing. Keseronokan pengalaman
melancong di Malaysia serta keunikan cenderamata yang dibawa pulang ke negara asal
pelancong akan menjadi memori indah yang akan menggamit mereka untuk datang semula ke
negara kita. Tegasnya, keunikan budaya masyarakat Malaysia yang berjaya dipromosi
melalui sektor pelancongan sebenarnya memberi imej yang sangat baik kepada negara
Malaysia.

            Kesimpulannya, sektor pelancongan merupakan salah satu sumber ekonomi


yang amat penting dalam negara kita. Oleh itu, kita harus menggunakan kelebihan yang ada
pada negara kita dengan sepenuhnya supaya negara kita dapat menjadi pusat pelancongan
yang terkenal di dunia dan seterusnya membangunkan ekonomi negara kita. Walaupun
masyararakat kita terdiri daripada berbilang kaum, kita harus bersatu padu demi menjaga
kepentingan tanah air tecinta kita. Tegasnya, kita perlulah bersatu padu bak kata pepatah,
bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.

You might also like