You are on page 1of 7

1.

0 KONSEP, DASAR DAN MATLAMAT PENDIDIKAN INKLUSIF DI MALAYSIA

Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Murid Berkeperluan Khas dalam Pelan


Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2015 adalah termaktub dalam Peraturan-
Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013, Akta Pendidikan 1996 yang membolehkan
murid berkeperluan khas (MBK) menghadiri kelas yang sama di sekolah kerajaan atau
sekolah bantuan kerajaan. Program Pendidikan Inklusif (PPI) merupakan satu program
yang ditawarkan kepada murid berkeperluan khas (MBK) untuk belajar bersama-sama
rakan mereka yang tipikal di dalam bilik darjah yang sama dan sekolah yang sama untuk
menikmati semua kemudahan belajar dalam keadaan normal tanpa mengira kaum, latar
belakang, status ekonomi dan ketidakupayaan.

Dalam dasar kebangsaan, melalui Akta 685 di bawah seksyen 28 (1), kanak-kanak
kurang upaya tidak boleh dikecualikan daripada sistem pendidikan atas alasan
ketidakupayaan. Penyataan dasar yang menjadi asas prosedur dan amalan pendidikan khas
di Malaysia masa kini telah termaktub dalam Akta Pendidikan 1996 (1998) dan Akta OKU
(2007). Dasar tersebut adalah diasaskan kepada segala pengisytiharan antarabangsa yang
dinyatakan di atas. Adalah penting dinyatakan bahawa pengisytiharan dan dasar yang
dibentuk mengenainya memerlukan kita menerima hakikat bahawa pendidikan adalah satu
hak asasi manusia dan bukan sekadar peluang. Dasar Pendidikan Inklusif adalah berkaitan
dengan “pendemokrasian” pendidikan dan konsep keadilan kepada semua. Contohnya,
kanak-kanak mempunyai banyak persamaan dalam diri mereka, agen seperti guru yang baik
boleh mengajar semua jenis kanak-kanak tidak mengira tahap kenormalan mereka, semua
kanak-kanak boleh dibekalkan dengan kualiti pendidikan yang tinggi dan proses pengajaran
dan pembelajaran yang berpusatkan murid supaya mereka dapat meneroka sendiri aktiviti
yang dilakukan untuk membina kefahaman tentang pembelajaran itu sendiri.

Program Pendidikan Inklusif (PPI) ini dilaksanakan di negara kita bertujuan untuk
menyedarkan dan membaiki sikap masyarakat yang masih kerap silap dan mempunyai
stigma negatif terhadap MBK sehingga melabel mereka dengan berbagai istilah negatif yang
akhirnya membawa kesan kurang memberangsangkan di kalangan mereka. Ini dibuktikan
melalui dapatan kajian Shifrer dan Callaha (2012) yang membuat kenyataan, kedua-dua
pihak samada guru mahupun ibu bapa memandang rendah terhadap pencapaian
pendidikan bagi pelajar yang dilabel sebagai bermasalah pembelajaran berbanding dengan
pelajar yang tidak dilabel sedemikian. Selain itu, PPI membolehkan pelajar pendidikan khas
mendapat tempat yang sama dalam pendidikan seperti murid normal dan belajar dalam
persekitaran yang seakan normal mengikut kesesuaian pendidikan untuk mereka.

1
MBK ini kerap dipandang rendah dari segi keupayaan untuk mengikuti sesuatu sesi
pembelajaran. Namun begitu, dengan adanya PPI, mereka ini boleh dididik agar menjadi
lebih bersedia jika menerima layanan, tunjuk ajar dan bantuan yang bersesuai dan
memenuhi keperluannya. Murugiah (1997) berpendapat bahawa faktor motivasi, tekanan
emosi, pemilihan mata pelajaran yang sesuai, keyakinan diri dan sikap guru terhadap murid
juga mempengaruhi kesediaan seseorang untuk belajar. Melalui PPI, Murid Berkeperluan
Khas (MBK) ini dapat membuktikan bahawa mereka juga mempunyai kemahiran dan
kebolehan yang setanding dengan rakan-rakan yang normal. Matlamat lain untuk PPI
adalah membolehkan mereka hidup berdikari mengikut kelaziman orang normal kerana di
sekolah, mereka perlu melalui aktiviti yang sama seperti murid normal iaitu membeli sendiri
makanan di kantin, bersukan dan lain-lain.

2
2.0 PELAKSANAAN DAN FAKTOR KRITIKAL YANG MEMPENGARUHI
PENDIDIKAN INKLUSIF DI SEKOLAH

Program Pendidikan Khas (PPI) dapat dilaksanakan dengan jayanya apabila guru
melaksanakan tugasnya dengan baik. Guru arus perdana (GAP) sememangnya perlu
memainkan peranan yang penting untuk memastikan kejayaan PPI di sekolah. GAP adalah
terdiri daripada guru akademik biasa dan guru bimbingan dan kaunseling (GBK). Jika
difokuskan dengan GBK, banyak peranan yang boleh dilakukan. Pertama sekali, GBK perlu
menerima MBK dengan hati yang terbuka. Hal ini adalah penting supaya GBK boleh
mengenali MBK dari aspek cara pembelajaran, rutin harian dan sebagainya supaya boleh
membantu MBK untuk meningkatkan motivasi belajar mereka. Sebagai contoh, GBK boleh
menjadi guru pendamping semasa PdP PPI berlangsung dan memerhati gaya pembelajaran
MBK. Setelah mengetahui gaya pembelajaran seseorang MBK di dalam kelas, maka GBK
boleh berkongsi idea dengan guru matapelajaran dengan mengadakan perbincangan
mengenai penyediaan Rancangan Pengajaran Individu (RPI), bahan bantu mengajar (BBM)
yang sesuai untuk membantu MBK lebih mudah menyerap ilmu yang disampaikan oleh guru
matapelajaran. Ahmad Zailani (2011) menyatakan GBK dan GAP perlu menggunakan
kaedah koperatif dan kolaboratif dalam mengendalikan kelas inklusif supaya mereka murid
dapat menerima pembelajaran dengan lebih berkesan. Selain itu, pihak sekolah juga
memainkan peranan penting dalam pelaksanaan PPI ini. Mereka perlu menerima MBK ini
dengan hati terbuka dan positif bahawa semua murid mampu mencapai kejayaan walaupun
mereka terdiri daripada MBK.

Faktor kritikal yang mempengaruhi kejayaan program pendidikan inklusif ini adalah
khidmat sokongan daripada aspek peralatan dapat menjamin keberkesanan PPI. Masalah
kekurangan alat bantu mengajar yang bersesuaian dan memenuhi keperluan pengajaran
dan pembelajaran pelajar inklusif juga menjadi salah satu masalah dalam perlaksanaan
program inklusif ini. Perkara ini turut dipersetujui oleh Mohd. Rizal dan Muallimah (2008),
yang menyatakan perkara ini mungkin disebabkan kebanyakkan guru-guru ini tidak
mempunyai pendedahan yang cukup untuk membuat alat bantu mengajar bagi pelajar
pendidikan khas. Oleh sebab itu, pihak sekolah boleh menyediakan bahan bantu mengajar
yang bersesuaian dengan murid bekeperluan khas ini. Contohnya, penyediaan mesin braille
dan kanta pembesar membantu dalam pelaksanaan aktiviti PdP murid bermasalah
penglihatan. Begitu juga dengan infrastruktur dan prasarana di mana adanya kemudahan
asas seperti kerusi, rak buku, almari dan meja yang mencukupi serta susun atur yang
memudahkan pergerakan MBK.

3
Faktor kritikal kedua adalah pentadbir dan guru. Mereka ini merupakan pelaksana
kepada dasar kerajaan. Tanpa bantuan mereka, maka dasar yang ditetapkan hanya menjadi
perancangan semata-mata. Mohd. Hanafi, Hasnah, Shahruddin (2008) menyatakan bahawa
guru-guru sanggup menerima cabaran untuk mendidik pelajar-pelajar tersebut tetapi
masalah utamanya ialah mereka tidak mempunyai pengalaman dan kemahiran untuk
mendidik pelajar pelajar sedemikian. Ini menyebabkan salah faham dan rasa kurang senang
di kalangan guru-guru perdana terhadap penyertaan MBK melalui program inklusif ini. Oleh
sebab itu, murid program inklusif sangat memerlukan khidmat guru damping untuk
membantu mereka dari berbagai segi memandangkan guru-guru damping ini biasanya
terdiri daripada mereka yang berpengalaman dan berpengetahuan mengenai keperluan dan
cara mengajar MBK dengan lebih tepat dan bersesuaian. Pentadbir juga perlu mewujudkan
suasana pendidikan inklusif di sekolah dengan cara memahami dan memprakikkan nilai
menghormati perbezaan melalui rutin (Lee dan Sailajah, 2018). Pentadbir perlu memberi
sokongan seperti struktur pengkongsian maklumat , peruntukan sumber dan staf.

4
3.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, sokongan daripada semua pihak khususnya pihak


pentadbir, guru, masyarakat, ibu bapa dan murid memainkan peranan penting dalam
kejayaan pelaksanaan program pendidikan inklusif di sekolah.

5
4.0 RUJUKAN

Akta Pendidikan. (1996). Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013. Undang


Undang Malaysia.

Akta OKU. (2007). Undang-Undang Malaysia.Undang-Undang Malaysia, Akta Pendidikan


1996. (Akta 550).

Lee, K. C & Sailajah Nair Sukumaran. (2018). Pendidikan Inklusif Selangor: Oxford Fajar
Sdn Bhd

Mohd. Hanafi Mohd. Yasin, Hasnah Toran dan Shaharuddin Shaari (2008). Perlaksanaan
Program Inklusif di Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Harian.
Educationist Vol. 11 No. 1. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia

Mohd. Rizal Mohd. Said dan Muallimah Arshad (2008). Masalah Guru Pendidikan Khas
Intergrasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Hidup di Sekolah
Menengah, Daerah kota Tinggi, Johor. Kertas Projek Universiti Teknologi Malaysia.
Skudai.

Murugiah Velayutham (1997). Psikologi Pendidikan : Psikologi Perkembangan . Kuala


Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Shifrer D. and Callahan R. (2012). Stigma of a Label : Educational Expectations for High
School Students Labeled With a Learning Disability. Austin : The University of Texas.

6
ISI KANDUNGAN

1.0 KONSEP, DASAR DAN MATLAMAT PENDIDIKAN 1


INKLUSIF DI MALAYSIA

2.0 PELAKSANAAN DAN FAKTOR KRITIKAL YANG 3


MEMPENGARUHI PENDIDIKAN INKLUSIF DI SEKOLAH

3.0 KESIMPULAN 5

4.0 RUJUKAN 6

You might also like