You are on page 1of 1

LAMPIRAN A:

GARISPANDU LAWATAN KE INSTITUSI PENDIDIKAN DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

1. Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan menyelaras lawatan ke sekolah-sekolah rendah dan


menengah, maktab dan pusat tingkatan enam kerajaan sahaja.

2. Pihak pelawat hendaklah menghadapkan surat permohonan lawatan kepada:

Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras)


Blok A, Tingkat 5, Pejabat Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras)
Kementerian Pendidikan,
Jalan Lapangan Terbang Lama Berakas, BB3510
Negara Brunei Darussalam

3. Surat permohonan hendaklah dihadapkan sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sebelum lawatan.

4. Surat permohonan hendaklah meyertakan kertas kerja yang menyatakan perkara-perkara berikut:

4.1 Tujuan / objektif lawatan

4.2 Nama ketua rombongan

4.3 Nama, nombor telefon dan alamat e-mel pegawai penghubung lawatan

4.4 Senarai penuh ahli rombongan (guru dan pelajar)

4.5 Aturcara penuh lawatan di Negara Brunei Darussalam termasuk tarikh lawatan ke institusi pendidikan

4.6 Nama dan nombor perhubungan agensi pelancongan tempatan yang dipilih untuk mengurus lawatan

4.7 Lain-lain keterangan yang berkaitan

5. Tempat penginapan, pengangkutan dan lawatan ke tempat-tempat menarik di Negara Brunei Darussalam
adalah disarankan untuk diuruskan oleh agensi pelancongan tempatan atau pihak kedutaan masing-masing
di Negara Brunei Darussalam.

Pihak Jabatan Sekolah-Sekolah tidak menguruskan penginapan dan pengangkutan delegasi pelawat. Ia
adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak pelawat.

6. Surat kebenaran akan dikeluarkan untuk ketetapan lawatan dan tindakan pihak pelawat.

You might also like