You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PEMILIHAN PENERIMA BANTUAN KWAMP

BIL. 1/2020

Tarikh : 16 Januari 2020


Masa : 2.15 – 3.15 petang
Tempat : Makmal Sains

Kehadiran :
1. En. Mustafa Kamal bin Mohd Nor (Guru Besar)
2. Pn. Nurhuda binti Khalib (Guru Penolong Kanan Pentadbiran)
3. En. Ahmad Fariez bin Salleh ( Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
4. En. Afizal bin Abd Ghani ( Guru Penolong Kanan Kokurikulum)
5. En. Jaafar bin Atan ( YDP PIBG Sk Sungai Jernih)

1. Ucapan Pengerusi (GPK HEM)

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab. Pengerusi


mengucapkan terima kasih diatas kesanggupan semua AJK hadir ke
Mesyuarat Unit KWAPM Kali Pertama 2020.
1.2 Beliau memaklumkan bahawa tujuan mesyuarat kali ini adalah
untuk mengemaskinikan sistem fail Unit KWAPM .

1.3 Di samping itu juga, tujuan utama mesyuarat KWAPM pada kali ini ialah
untuk membuat pemilihan murid-murid yang layak memohon bantuan
KWAPM bagi tahun 2020

1.4 Pendapatan penjaga yang layak ialah RM 960 ke bawah atau


pendapatan perkapita RM244 ke bawah.

1.5 Sehubungan dengan itu, AJK mesyuarat mengucapkan berbanyak


terima kasih kepada semua guru yang terlibat melengkapkan data murid.

1.6 Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada YDP PIBG kerana sudi
meluangkan masa dan mewakili pihak ibubapa bagi mendengar
penjelasan dan maklumat tentang perjalan KWAPM 2020

2. Pengesahan minit mesyuarat yang lepas

2.1 Minit disahkan oleh : Pn. Nurhuda binti Khalib


Disokong oleh : En. Afizal bin Abd Ghani

3. Kelulusan Permohonan Bantuan Kwapm bagi tahun 2020

3.1 Senarai nama murid yang layak telah pun diterima oleh pihak sekolah.
Bilangannya ialah seramai 4 orang.

3.2 Pihak sekolah telah diminta melengkapkan borang rumusan yang telah
dikeluarkan itu dengan memasukkan nama dan nombor kad
pengenalan penjaga murid yang terlibat.

4. Mesyuarat memutuskan bahawa:

4.1 Seramai 4 orang murid diperakukan layak bagi memohon bantuan KWAPM
bagi tahun 2020. Senarai nama adalah seperti di Lampiran A.
5. Hal-hal lain

5.1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa pemilihan ini adalah dibuat berdasarkan


data APDM 2019 dan sebarang kemusykilan yang ditimbulkan oleh
penjaga bolehlah segera merujuk kepada GPK HEM.

6. Penutup

Pengerusi mengucapkan terima kasih sekali lagi kerana semua AJK telah dapat
membeeri kerjasama dan idea yang bernas sepanjang mesyuarat kali ini
berlangsung.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.35 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

.................................................. ...................................................
(EN. AHMAD FARIEZ BIN SALLEH) ( PN. NURHUDA BINTI KHALIB)
Guru Penolong Kanan HEM Guru Penolong Kanan 1
SK. Sungai Jernih SK Sungai Jernih

Disahkan oleh,

......................................................
(MUSTAFA KAMAL BIN MOHD NOR)
Guru Besar,
SK Sungai Jernih

You might also like