Professional Documents
Culture Documents
K.Kerja Hari Kanak2
K.Kerja Hari Kanak2
KERTAS KERJA
HARI KANAK -KANAK
ANJURAN BERSAMA
SK SUNGAI RAMAI & SJKT LADANG AYER
TAWAR
TARIKH:
12 NOVEMBER 2019
(SELASA)
MASA:
7.45-12.00 tengah hari
TEMPAT:
PADANG, SK SUNGAI RAMAI
1. PENDAHULUAN
Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia telah disambut di Malaysia sejak tahun 1959,
setelah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan Hari Kanak-
kanak Sedunia dan meminta semua negara meraikannya setiap tahun sebagai
“Satu Hari Bersaudara Dunia dan Persefahaman dalam Kalangan Kanak-kanak”.
Malaysia adalah di antara 150 buah negara yang menyambut Hari Kanak-kanak
Sedunia pada bulan Oktober setiap tahun. Sebagai membuktikan keprihatinan
masyarakat terhadap kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak, pihak sekolah
turut serta meraikan Hari Kanak-kanak Sedunia setiap tahun.
Pada tahun ini, pihak sekolah meraikan hari kanak-kanak bersama SK Sungai
Ramai untuk memeriahkan lagi sambutan dan mengeratkan hubungan silahturahim
antara murid dan guru.
Ia juga merupakan salah satu program yang dikhaskan untuk meraikan peranan
dan sumbangan kanak-kanak di sekolah.
Bagi mencapai maksud objektif Hari Kanak-kanak Sedunia yang diisytiharkan oleh
UNESCO dan PBB iaitu sebagai ‘hari untuk persaudaraan sejagat dan kefahaman
dalam kalangan kanak-kanak seluruh dunia’, beberapa aktiviti telah dianjurkan oleh
kedua-dua buah sekolah bagi memeriahkan Program Sambutan Hari Kanak-Kanak
pada tahun ini.
2. MATLAMAT
Memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada kanak-kanak dan mencetuskan
kesedaran kepada kita semua bahawa masyarakat mempunyai tanggungjawab
untuk menentukan perlindungan, kebajikan, kesejahteraan serta hak-hak mereka
sentiasa terpelihara.
3. OBJEKTIF
3.1 Meraikan kanak-kanak sempena sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia dengan
menghiburkan mereka dengan beberapa aktiviti yang dirancang.
3.2 Menghargai sumbangan dan peranan kanak-kanak di sekolah.
3.3 Mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat untuk memelihara hak dan masa
depan kanak-kanak.
3.4 Memastikan perkembangan kanak-kanak secara holistic dari segi fizikal, kognitif,
bahasa, sosio-emosi, sahsiah dan rohani.
3.5 Melahirkan generasi dinamik, progresif, aktif, berdisiplin dan berinovasi.
3.6 Pembentukan nilai peribadi yang mulia, sahsiah terpuji, cemerlang, berbakat serta
berwibawa.
4. SASARAN DAN PENGLIBATAN
4.1 Semua murid SJKT LADANG AYER TAWAR dan SK SUNGAI RAMAI.
4.2 Semua guru dan kakitangan SJKT Ladang Ayer Tawar dan SK Sungai Ramai
5. TARIKH
6. TEMPAT
7. JAWATANKUASA PROGRAM
NaibPengerusi : Puan Sulosna Subramaniam (GPK Hal Ehwal Murid SJKT Ladang
Ayer Tawar)
: Puan Norazimah binti Adli (GPK HEM SK Sungai Ramai)
JAWATANKUASA KERJA :
PENGACARA MAJLIS : Puan Nur Azelin binti Abd Aziz (SK Sungai Ramai)
LAPORAN & DOKUMENTASI : Puan Nur Azelin binti Abd Aziz (SK Sungai Ramai)
PENYELIA PESERTA
(SUKANEKA) : Puan Nalani (SJKT LAT)
9. TENTATIF PROGRAM
10. PENUTUP
Diharapkan aktiviti Program Hari Kanak-kanak ini akan dapat dilaksanakan dengan
jayanya dan dapat mencapai objektif yang diingini. Adalah diharapkan program seperti ini
akan dapat diteruskan. Semoga usaha murni ini mendapat sokongan dari semua pihak
dan memberi manfaat sepenuhnya kepada warga Sekolah bagi mengeratkan hubungan di
kalangan warga SK Sungai Ramai & SJKT Ladang Ayer Tawar.
………………………………… …………………………………………..
(NUR AZELIN BINTI ABD AZIZ) (KASIMAWATI BINTI MOHAMED KASIM)
Penyelaras Hari Kanak-kanak, GPK Hal Ehwal Murid,
SK Sungai Ramai. SK Sungai Ramai.
Disahkan oleh,
……………………………
(RAIHAN BINTI HARUN)
Guru Besar,
SK Sungai Ramai.