You are on page 1of 10

Pengenalan

Awal Matematik ialah membekalkan pengalaman awal matematik kepada kanak-kanak taska
dan murid prasekolah. Pengalaman ini termasuk konsep pranombor, nombor, operasi nombor
yang mudah, nilai wang, konsep waktu, bentuk dan ruang. Konsep matematik ini dipelajari pada
masa yang khas dan juga disepadukan ke dalam semua aktiviti pembelajaran bertema
menggunakan kaedah yang menyeronokkan. Kemahiran yang paling awal perlu diperkenalkan
sebelum memperkenalkan murid dengan konsep nombor. Ia melibatkan pengkelasan,
turutan/seriasi, perbandingan kuantiti dan konservasi.

Umur kanak-kanak

5 hingga 6 tahun

Mengikut Jean Piaget,kanak-kanak akan melalui peringkat-peringkat perkembangan kognitif


kanak-kanak memberi penekanan terhadap pembinaan pemikiran kanak-kanak.Ia berpusat
kepada perubahan pemikiran kanak-kanak yang berlaku dalam satu peringkat perkembangan
kepada yang seterusnya.Perkembangan kemahiran adalah berasaskan perubahan stuktur
mental kanak-kanak yang melibatkan bahasa, imaginasi, mental, fikiran, penaakulan dan
penyelesaian masalah kemahiran mengingat. Antara pencapaian kognitif kanak-kanak bagi
umur 5 hingga tahun ialah

 kanak-kanak Ketahui nombor apa yang akan datang bersebelahan nombor 9.


 Mengetahui bahawa jarak antara dua objek tidak berubah kecuali objek dipindahkan.
 Kanak-kanak boleh belajar mengira ke belakang dari 20.
 Kanak-kanak memahami dan menggunakan istilah ordinal "pertama," "kedua," ...
sehingga "kesepuluh."
 Menulis angka dua digit
 Membaca nombor kata sehingga 10, contohnya, boleh membaca "satu," "dua," dan
sebagainya.
 Boleh membahagikan sehingga 100 item sama rata antara sepuluh kanak-kanak.
 Boleh belajar untuk memulakan urutan menghitung dari mana-mana nombor antara 2
dan 18, sebagai contoh,
"13, 14, 15, 16, 17, ...".
Konsep matematik buku cerita kanak-kanak “Ibu Buaya Dengan Serigala”

Berdasarkan cerita Ibu Buaya Dengan Serigala, terdapat beberapa konsep matematik
yang saya dapati dalam cerita tersebut, antaranya ialah,

Operasi nombor yang mudah


 Kemahiran yang paling awal perlu diperkenalkan sebelum memperkenalkan
kanak-kanak dengan konsep nombor.
 Bilangan anak buaya 1 hingga 6 ekor.

Konsep waktu

 Konsep masa berkait rapat dengan tuntutan atau seriasi.


 Turutan peristiwa sepertisiang,malam,hari ini,esok.

Perbandingan

 Proses mengaitkan antara dua benda menggunakan ciri tertentu sebagai asas
perbandingan.
 Bilangan anak buaya semakin berkurangan.
 Besar (serigala), kecil (anak buaya)

Pengelasan

 Memerlukan kebolehan memerhati benda yang mempunyai kesamaa dan


perbezaan.
 Buaya dan serigala tidak sama
 Warna buaya dengan serigala tidak sama.
Contoh aktiviti yang berkaitan dengan konsep sebelah.

You might also like