You are on page 1of 2

Statistik adalah ilmu pengetahuan yang merangkumi aktiviti pengumpulan,

pengorganisasian, pemaparan, dan penganalisaan data, serta membuat kesimpulan


berdasarkan penulisan akademik yang dikaji. Terdapat dua jenis statistik iaitu Statistik
Pentadbiran dan Statistik Perihalan. Statistik Pentadbiran ialah bahagian statistik yang
meliputi kaedah membuat pentafsiran nilai untuk membuat kesimpulan. Statistik Perihalan
pula meliputi semua kaedah pengutipan atau pemungutan, penyajian, analisis,
persembahan dan pentafsiran data. Justeru, ilmu statistik perlu dikuasai oleh semua pelajar
terutama apabila melaksanakan suatu penulisan akademik.

Terdapat pelbagai kelebihan dan kepentingan menguasai ilmu statistik. Antaranya,


ialah statistik dapat digunakan dan diaplikasikan dalam pelbagai bidang. Sebagai contoh,
dalam bidang pendidikan, sains sosial, ekonomi, perubatan, politik dan lain-lain-lagi.
Memetik kata-kata Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin selaku Ketua Perangkawan Malaysia,
Jabatan Perangkaan Malaysia, beliau berkata;

“Statistik penting dalam pengurusan kehidupan kita seharian kerana kehidupan


masa kini jauh berbeza berbanding Malaysia sebelum merdeka. Selama ini
statistik bertindak di barisan belakang sahaja, tetapi kini statistik perlu berada di
barisan hadapan. Pada Perang Dunia Kedua, statistik dijadikan bahan rujukan
dalam membuat keputusan, hingga pihak berkaitan mencapai kemenangan.
Tanpa disedari dulu dan kini, statistik yang terkini dan berkualiti menjadi
instrumen bagi menentukan sesuatu keputusan yang diambil”.

(Berita Harian, 2018)

Seterusnya, statistik membantu dalam membuat keputusan dan ramalan tentang


kejadian-kejadian yang akan berlaku pada masa hadapan. Sebagai contoh, statistik
dapat menganggar kadar inflasi dan pertumbuhan ekonomi negara, keperluan tenaga
kerja di bidang-bidang tertentu, dan ramalan tentang kemudahan-kemudahan yang
perlu disediakan pada dekad yang akan datang dapat dimungkinkan dengan adanya
statistik. Justeru itu, dalam bidang perindustrian pula statistik tentang pasaran banyak
mempengaruhi polisi pengeluaran sesebuah kilang.

Selain itu, penggunaan statistik juga mempunyai beberapa kelemahan. Contohnya,


nilai min kurang sesuai digunakan apabila terdapat sebilangan kecil skor ekstrim wujud
dalam data kajian. Skor ekstrim ialah skor yang terlalu besar atau terlalu kecil. Skor-skor ini
akan menyebabkan skor min bagi data kajian terpesong jauh daripada skor-skor yang
normal. Di samping itu, sukatan julat turut mempunyai kelemahan. Contohnya, julat hanya
menunjukkan perbezaan antara dua nilai yang ekstrem dan tidak dapat memperihalkan
serakan bagi nilai-nilai yang lain dalam data itu. Tambahan lagi, jika terdapat satu nilai yang
terlalu besar atau terlalu kecil berbanding dengan nilai-nilai lain, julat akan dipengaruhi dan
tidak memberi maklumat yang betul, walaupun nilai yang lain dalam data itu agak dekat
antara satu sama lain. Kelemahan statistik ialah varians mempunyai suatu matra yang lebih
tinggi daripada kuantiti asalnya kerana varians adalah hasil kuasa dua bagi kuantiti asal.

Antara penambahbaikan yang boleh dilakukan dalam statistik ialah pertama apabila
terdapat nilai yang ekstrim wujud dalam data kajian, penggunaan median adalah amat
sesuai berbanding dengan min. Hal ini kerana nilai median tidak dipengaruhi oleh skor-skor
ekstrim ini. Seterusnya, bagi mengelakkan data yang diperoleh tidak tepat, pelajar perlu
mengelakkan daripada membuat andaian semasa merekodkan data. Hal ini akan
menyebabkan analisis yang dilakukan tidak begitu jitu.

Kesimpulannya, didapati sukatan-sukatan yang tidak sesuai akan memberikan


gambaran atau maklumat yang salah kepada orang ramai. Kini, sering terdapat individu
yang menyalahgunakan statistik untuk kepentingan peribadi dan menyebabkan orang ramai
mengalami kerugian. Oleh itu sikap jujur dan amanah amat diperlukan semasa
mengendalikan data statistik supaya kepentingan orang ramai dapat dilindungi melalui
pemilihan sukatan yang sesuai dan tepat.

You might also like