You are on page 1of 1

1

TUGASAN 1: PENULISAN AKADEMIK 1 1.0 PENGENALAN


Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), guru cemerlang merupakan sebuah tema yang telah
diwujudkan bermula pada tahun 1994. Tujuan jawatan guru cemerlang ini diadakan adalah untuk
melahirkan guru yang mementingkan kualiti yang tinggi dalam menghasilkan sesuatu tugasan
dan meningkatkan kualiti perkhidmatan pendidikan demi menjaga martabat profesionalisme
keguruan. Oleh itu, maksud guru cemerlang ini boleh dilihat dengan lebih jelas menerusi definisi
perkataan guru dan cemerlang itu sendiri. Guru membawa banyak definisi berdasarkan kepada
pendapat masing-masing. Secara epitimologis (bahasa), guru berasal daripada perkataan India
yang bermaksud orang yang mengajarkan tentang kelepasan dari sengsara (Shambuan,republika,
25 November 1997). Sementara dari istilah bahasa Arab pula, perkataan guru juga dikenali
sebagai mudarris iaitu orang yang dipertanggungjawabkan untuk mengajar pelajar dengan tujuan
menyedia dan mendidik mereka dengan akhlak, budaya dan kemasyarakatan yang baik (Gerges
M.G, 2005). Definisi cemerlang menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat ialah bercahaya
dengan terang, berkilauan dan gilang-gemilang. Cemerlang juga bermaksud sangat baik. Maka,
dapatlah dirumuskan bahawa definisi guru cemerlang berdasarkan kepada pemahaman saya ialah
orang yang mengajar untuk menjadikan pelajar sebagai orang yang berilmu serta mempunyai
akhlak, budaya dan kemasyarakatan yang baik dengan menggunakan cara yang paling bagus dan
berkesan. Peranan sebagai guru juga terbahagi kepada penyampaian pengetahuan, pembinaan
kemahiran dan pembentukan sikap (Ibrahim Saad, 1982).
 

You might also like