You are on page 1of 1

Sejarah BBSM

PBSM di peringkat dunia lebih dikenali sebagai PALANG MERAH. Ianya telah
diasaskan oleh Jean Henry Dunant. Beliau dilahirkan pada 8 Mei 1828 di Geneva,
Switzerland dan dikenali sebagaiBAPA PALANG MERAH.

Idea menubuhkan Palang Merah dicetuskan oleh beliau ketika berada di kawasan
pertempuran di Solferino, Itali pada Jun 1869. Pada masa itu, masih belum ada
perkhidmatan perubatan untuk membantu dan merawat para tentera. Dengan bantuan
penduduk setempat, Henry Dunant mula menggerakkan bantuan pertolongan
cemas kepada mangsa yang cedera. Hasil daripada pengalaman tersebut,beliau telah
menerbitkan buku bertajuk " Kenangan Di Solferino". Dengan bantuan beberapa orang yang
berminat, Henry telah menubuhkan Jawatankuasa Antarabangsa bagi membantu merereka
yang cedera yang dikenali sebagai Jawatankuasa Palang Merah. Petugas-petugas bantuan
dan alat perubatan mereka akan dilindungi di bawah satu lambang, iaitu PALANG MERAH
yang berlatarkan warna putih. Lambang tersebut dipilih untuk memberi penghargaan kepada
Switzerland yang ada persamaan dengan bendera negara tersebut. Pada tahun 1876,
ketika berperang dengan Rusia, Turki telah menggunakan lambing Bulan Sabit Merah dan
langkah tersebut telah diikuti oleh kebanyakan Negara Islam. Pada tahun 1901 Henry
Dunant telah dianugerahi dengan Hadiah Keamanan ( Peace Prize) yang pertama. Tanggal
30 Oktober 1910 ,beliau telah meninggal dunia di Heidden, iaitu sebuah kawasan
pergunungan.

You might also like