You are on page 1of 1

SURAT PEKELILING NO.

7I2O2O

KEPADA Semua Setiausaha Tetap Kementerian


Semua Ketua Jabatan Negeri
Semua Ketua Badan-Badan Berkanun
Semua Pegawai Daerah
Semua Setiausaha Majlis Perbandaran dan Daerah

PERKARA PENANGGUHAN PROGRAM/MAJLIS/ACARA DAN PERJALANAN KE


LUAR NEGARA EKORAN DARIPADA PENULARAN WABAK COVID.I9

RUJ. JKM/U P/1 0O-1 I1t 1 (JLD.1 (20) TARIKH : 13 Mac2O2O

1. Pekeliling ini bertujuan memaklumkan kepada semua Ketua Jabatan/Agensi/Badan-Badan


Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan Negeri agar MENANGGUHKAN program/majlis/acara
yang melibatkan 250 orang ke atas buat sementara waktu sehingga ke tarikh yang akan
dimaklumkan nanti.

2. Penangguhan ini dibuat setelah mengambilkira risiko kepada kesihatan awam dan risiko
penyebaran penularan wabak COVID-19 dalam perhimpunan awam.

3. Di samping itu, Penjawat Awam Negeri Sarawak juga TIDAK DIBENARKAN membuat
perjalanan ke Republik Rakyat China, Republik Rakyat Korea, Jepun, ltali, lran dan negara-
negara yang dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari semasa ke
semasa. Sementara itu, semua perjalanan Penjawat Awam Negeri Sarawak ke Brunei,
Sabah dan Semenanjung Malaysia, haruslah DITANGGUHKAN untuk sementara waktu
sekiranya tiada keperluan yang mendesak.

4. Semua Penjawat Awam Negeri Sarawak turut diingatkan agar mematuhi sepenuhnya
Standard Operating Prosedur (SOP) pengawalan penularan wabak COVID-19 yang
dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui laman web rasmi KKM iaitu
http://www.moh.gov.mv d an Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak.

5. Kerjasama dan perhatian daripada Ketua Jabatan/Agensi/Badan-Badan Berkanun/Pihak


Berkuasa Tempatan Negeridalam perkara ini amatlah dihargai.

6. Pekeliling ini berkuatkuasa dengan serta-merta.

..
BERSATU BERUSAHA BERBAKTI"

Setiausaha Kerajaan Negeri


Sarawak

You might also like