You are on page 1of 5

\

SMK Bandar Sungai Buaya

2020
Kertas Kerja Permohonan

PERSEDIAAN
AWAL
TAHUN

Disediakan oleh
ROSLAN BIN JELANI
PENYELARAS
JAWATANKUASA FIZIKAL & INFRASTRUKTUR SEKOLAH
1
MB2020/-
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR SUNGAI BUAYA
40810 RAWANG , SELANGOR

KERTAS KERJA PERMOHONAN

PERSEDIAAN AWAL TAHUN 2020


SATU KERUSI & SATU MEJA
DAN
PENYELENGGARAAN KEROSAKAN INFRASTRUKTUR

6.0 PENDAHULUAN

Salah satu Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) adalah
memastikan setiap murid mempunyai sebuah kerusi dan sebuah meja untuk sesi pembelajaran
dan pengajaran (PdP) di sekolah pada setiap awal tahun. Menjadi tanggungjawab pihak sekolah
bersama Persatuan Ibu Bapa Guru/Komuniti (PIBG/PIBK) berusaha mengadakan kemudahan
tersebut pada persediaan awal tahun persekolahan.

Begitu juga melalui Dasar Program Sekolah Selamat KPM, pihak sekolah memastikan dan
mengekalkan iklim sekolah selamat kepada murid sekolah dari semua aspek persekitaran
sekolah bagi membendung masalah disiplin dan menjaga keselamatan para pelajar.

Instrumen Pemantauan Pesediaan Awal Tahun 2020 telah pun diedarkan dan diisi oleh semua
sekolah meliputi keperluan kerusi dan meja murid serta infrastruktur fizikal sekolah dari aspek
keselamatan sebelum berakhir tahun 2019. Umum amat mengetahui menyelenggara,
mengubahsuai dan menaik taraf infrastruktur sekolah memerlukan peruntukan kewangan yang
tinggi demi kelangsungan nyawa khususnya dan kondusif amnya.

Lantas sumbangan dan dana dari semua pihak yang amat perihatin dengan keperluan asas PdP
murid dan isu keselamatan infrastruktur amat diperlukan bagi membantu pihak sekolah dalam
memastikan keperluan asas murid serta keselamatan mencukupi. Murid berhak memperolehi
kemudahan asas dan persekitaran yang selamat dan kondusif bagi merealisasikan hasrat
Negara mencapai Pembelajaran Kelas Pertama di peringkat global.

2.0 RASIONAL

SMK Bandar Sungai Buaya sebagai sebuah sekolah yang telah ditubuhkan pada tahun 2002
dengan infrastruktur yang lengkap dan sesuai pada tahun tersebut juga mengalami
kemerosotan sebahagian infrastruktur prasarana sekolah terutama dalam konteks bangunan
sekolah.

2
MB2020/-
Pihak sekolah sebagai institusi bertanggungjawab terhadap Kementerian pelajaran Malaysia
berharap dengan kerjasama PIBG/PIBK untuk menyediakan keperluan kerusi meja murid
dengan lengkap untuk murid mengikuti Sesi pembelajaran 2019 tanpa tekanan emosi dan
dalam keadaan selamat.

Pemeriksaan asset dan inventori akhir tahun 2019 telah mendapati kekurangan kerusi meja
murid untuk persediaan 2020 dan berlaku kerosakan kritikal pada infrastruktur sekolah yang
akan menganggu proses Pdp berlaku dengan kondusif (Lampiran : Instrumen Pemantauan
Persediaan Awal Tahun 2020).

3.0 OBJEKTIF
1.1 Memastikan semua murid memiliki SATU KERUSI, SATU MEJA.
1.2 Membaiki kerosakan kelas dan infrastruktur sekolah yang menganggu proses
pembelajaran dan pengajaran murid awal tahun persekolahan
1.3 Memastikan infrastruktur asas PdPc berada dalam status baik dan bolehguna.

4.0 TEMPOH PELAKSANAAN

Januari 2020 - April 2020 (berperingkat)

5.0 SASARAN

Semua Kelas Murid

6.0 TEMPAT

38 Kelas PdPc di SMK Bandar Sungai Buaya

7.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : Pn Alimah binti Abu Noh (Pengetua)

Timbalan Pengerusi : Pn Norlia binti Abu Bakar

Naib Pengerusi 1 : Pn Madznah binti Bachok

Naib Pengerusi 11 : Pn Norazma binti Mat Zin

Setiausaha : En Roslan bin Jelani (Penyelaras JK Fizikal & infrastruktur)

AJK : Semua Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP)


: Pn Normawati binti Abdul Rahman (Setiausaha JK Fizikal)
: Pn Puziah binti Sabari (Pegawai Aset dan Inventori)
: En Mohd Kazarude Haris bin Mohd Kharis (Setiausaha PPKS)
: Pn Weidawati binti Ismail (Guru Data)

3
MB2020/-
8.0 ANGGARAN BELANJAWAN DAN SUMBER PENDAPATAN

BIL PERKARA HARGA JUMLAH JUMLAH SUMBER


SE UNIT UNIT RM KEWANGAN
(RM)
1. KERUSI MURID 60.00 150 9,000 PIBG
(Jenis Plastik tebal)

2. KERUSI STOOL 70.00 50 3,500 PIBG


(MAKMAL SAINS)

3. SET KUNCI, MANGGA 20.00 100 2,000 LPBT


& TAPAK KUNCI

4. LABEL KELAS 18.00 38 684 LPBT


(merah & putih : 4”
X 15”)

5. PINTU KELAS 300.00/ 40 daun 12,000 PIBG


(berdaun dua) : Daun pintu pintu
Purata Saiz daun (siap cat, (10 kelas)
pintu 27.5” X 80.0” hard wood
(selisih daun pintu & tapak
0.5 – 1.5”) kunci)

6. PORTABLE WHITE RM288.00 2 1,236 PIBG


BOARD 4’ X 6’ + + stand
Stand white board RM330.00
(kegunaan kelas ting 3
di dewan peperiksaan)
JUMLAH KECIL 25,736 PIBG
2,684 LPBT

JUMLAH BESAR 28,420

4
MB2020/-
9.0 PENUTUP
Di harap kerjasama semua pihak dalam perkara ini dapat memberikan kemudahan asas
PdPc murid dan persekitaran yang selamat untuk menghadapi proses pembelajaran dan
pengajaran Sesi 2020 serta mencapai matlamat Kementerian pelajaran Malaysia dalam
Petunjuk Prestasi Utama Persediaan Awal Tahun 2020 dan Program Sekolah Selamat.

Disediakan oleh

ROSLAN BIN JELANI


Penyelaras JK Infrastruktur dan Pembangunan
SMK Bandar Sungai Buaya

Disemak oleh

MADZNAH BINTI BACHOK


Penolong Kanan HEM
SMK Bandar Sungai Buaya

Diluluskan oleh (Sumber LPBT)

ALIMAH BINTI ABU NOH


Pengetua
SMK Bandar Sungai Buaya

Diluluskan oleh (Sumber PIBG)

DATO’ HJ RUSLEE BIN HJ HASHIM


Yang DiPertua PIBG
SMK Bandar Sungai Buaya

5
MB2020/-

You might also like