You are on page 1of 1

Zullkifli Bin Muhammad

Kuarters MRSM Lenggong,


Changkat Berangan,
33400 Lenggong
Perak

Guru Kelas Darjah 6


SK Lenggong
No. 1, Jalan Alang Iskandar,
33400, Lenggong,
Perak 24 Ogos 2017

Tuan,

Saya, Zullkifli Bin Muhammad, ayah kepada Daniel Hakim Bin Zullkifli, pelajar darjah
enam, ingin memohon cuti dengan kebenaran untuk anak saya selama 2 hari bermula
daripada 4-5 September 2017. Ini kerana saya terpaksa menghadiri program
pendaftaran pengajian Doktor Falsafah secara PJJ di UTM Skudai, Johor. Saya
terpaksa membawa anak saya memandangkan saya di kawasan Lenggong ini tiada
saudara mara yang dapat menjaga anak saya sepanjang ketiadaan saya dan isteri.

2. Saya berharap agar permohonan ini mendapat pertimbangan daripada pihak tuan.
Kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Zullkifli Bin Muhammad


MRSM Lenggong.

You might also like