You are on page 1of 12

TUGASAN 2: PENULISAN LAPORAN

Laporan 1: Pemilihan pinjaman

Puan Rohani bekerja sebagai kerani di sebuah Syarikat XYZ Sdn. Bhd yang berpendapatan
RM3000 sebulan dan menggunakan 40% daripada wang gajinya untuk perbelanjaan dirinya
setiap bulan.

Nilai wang untuk perbelanjaan dirinya:

40
x RM3000 = RM1200
100

Bermaksud, Puan Rohani telah membelanjakan sebanyak RM1200 untuk keperluan dirinya
sahaja. Oleh itu, Puan Rohani masih lagi mempunyai baki wang daripada gajinya tersebut
sebanyak RM 1800 setiap bulan. Justeru itu, Puan Rohani hanya mempunyai sejumlah
wang tersebut bagi menampung perbelanjaan kos sepanjang pengajiannya.

Berdasarkan dua bank tempatan yang dipilih antara Bank Islam dengan Bank Rakyat, saya
telah membuat analisis secara empirkal serta terperinci bagi memudahkan Puan Rohani
untuk membuat perbandingan dan perbezaan antara bank yang dipilih tersebut bagi
membuat pemilihan pinjaman yang terbaik.

1.1 Bank Rakyat

Berdasarkan maklumat yang terdapat pada risalah (Rujuk Lampiran 1.1) Bank Rakyat
tersebut, Puan Rohani layak membuat pinjaman peribadi dengan Pembiayaan Peribadi-I
Awam Rakan Pintar dengan takaful (pakej pindah baki). Hal ini disebabkan beliau
merupakan pekerja kerani di bahagian sektor kerajaan. Merujuk kepada jadual pembayaran
yang terdapat pada risalah tersebut juga, beliau layak untuk memohon pinjaman peribadi
dengan jumlah RM105,000 selama enam tahun dengan kadar rata yang ditetapkan
sebanyak 3.72% serta apungan 6.50% melalui bayaran balik sebanyak RM1,766 secara
bulanan. Pada masa yang sama, pemilihan tempoh pembayaran ini juga dipilih berdasarkan
kemampuan beliau dalam menyelesaikan bayaran bulanan tersebut dengan baki wang yang
beliau ada pada setiap bulan.

Kadar faedah mudah:

I=Prt

I=105,000(0.0372)(6)

=23,436

1
*RM23,436 jumlah faedah yang perlu dibayar pada pinjaman tersebut

Amaun mudah:

S=P+I @ S=P(1+rt)

=105,000+105,000(0.0372)(6)

=128,436

*RM128,436 jumlah yang perlu dibayar pada pinjaman tersebut

Kadar faedah kompaun bagi premium yang carumkan:

Nilai faedah kompaun merupakan nilai pada masa hadapan bagi sejumlah wang selepas
dikenakan pada kadar dan dalam tempoh tertentu akan datang.

S= P ¿

a) setiap tahun S=105,000 ¿

S=105,000 ¿ =RM131,212.10

=RM130,726.71 e) setiap hari

b) setiap setengah tahun S=105,000 ¿

S=105,000 ¿ =RM131,255.90

=RM130,988.56 f) berterusan

c) setiap suku tahun S=Pe k bt

S=105,000 ¿ = 105,000(e 0.0372 x 6)

=RM131,122.09 =RM131,257.41

d) setiap bulan

Kadar faedah efektif:

Kadar tahunan efektif atau kadar efektif ialah kadar faedah yang dikompaunkan setiap tahun
yang akan menghasilkan amaun yang sangat banyak dalam satu tahun seperti kadar
nominal k m dikompaunkan setahun. Kadar efektif juga boleh dihuraikan seperti kadar faedah
ringkas yang diperoleh dalam setahun atau kadar sebenar diperoleh dalam setahun.

Anggaran dikompaun setiap bulan:

2
r m
EIR= (1+ ¿ -1
m

0.0372 12
= (1+ ¿ -1
12

= 0.0378 @ 3.78%

1.2 Bank Islam

Merujuk kepada jadual pembiayaan yang terdapat pada risalah (Rujuk Lampiran 1.2)
tersebut juga, beliau layak untuk memohon pinjaman peribadi dengan jumlah RM105,000
selama enam tahun dengan kadar faedah yang ditetapkan sebanyak 3.80% melalui bayaran
balik sebanyak RM1,780.08 secara bulanan. Pada masa yang sama, pemilihan tempoh
pembayaran ini juga dipilih berdasarkan kemampuan beliau dalam menyelesaikan bayaran
bulanan tersebut dengan baki wang yang beliau ada pada setiap bulan.

Kadar faedah mudah:

I=Prt

I=105,000(0.038)(6)

=23,940

*RM23,940 jumlah faedah yang perlu dibayar pada pinjaman tersebut

Amaun mudah:

S=P+I @ S=P(1+rt)

=105,000+105,000(0.038)(6)

=128,940

*RM128,940 jumlah yang perlu dibayar pada pinjaman tersebut

Kadar faedah kompaun bagi premium yang carumkan:

Nilai faedah kompaun merupakan nilai pada masa hadapan bagi sejumlah wang selepas
dikenakan pada kadar dan dalam tempoh tertentu akan datang.

S= P ¿

a) setiap tahun S=105,000 ¿

3
=RM131,332.87 =RM131,841.46

b) setiap setengah tahun e) setiap hari

S=105,000 ¿ S=105,000 ¿

=RM131,607.16 =RM131,887.37

c) setiap suku tahun f) berterusan

S=105,000 ¿ S=Pe k bt

=RM131,747.10 = 105,000(e 0.038 x 6)

d) setiap bulan =RM131,888.96

S=105,000 ¿

Kadar faedah efektif:

Anggaran dikompaun setiap bulan:

r m
EIR= (1+ ¿ -1
m

0.038 12
= (1+ ¿ -1
12

= 0.0387 @ 3.87%

Berdasarkan pengiraan yang telah dibuat antara dua buah bank tersebut, jika pinjaman di
Bank Rakyat beliau perlu membayar amaun sebanyak RM128,436 manakala jika di Bank
Islam beliau perlu membayar amaun RM128,940. Hal ini kerana kadar faedah yang
dikenakan oleh Bank Islam lebih tinggi berbanding Bank Rakyat. Selain itu, kadar faedah
mudah di Bank Rakyat lebih rendah berbanding di Bank Islam iaitu antara RM23,436
dengan RM23,940. Perbezaan kadar faedah mudah tersebut adalah RM504.

Natijahnya, Bank Rakyat merupakan bank yang terbaik untuk Puan Rohani membuat
pinjaman. Hal ini bukan sahaja dibuktikan pada kadar faedah yang dikenakan bahkan kadar
faedah efektif bagi Bank Rakyat jauh lebih rendah berbanding Bank Islam antara 3.78%
dengan 3.87%. Justeru itu, jika beliau mengambil pinjaman di Bank Rakyat, beliau perlu
membayar pinjaman dengan jumlah yang lebih sedikit. Tempoh pinjaman juga kekal dan
masih sama berbanding pinjaman di Bank Islam selama enam tahun. Selain itu, bayaran
bulanan yang dikenakan juga lebih rendah berbanding di Bank Islam.

4
Tambahan itu, Bank Rakyat juga memproses permohonan pemohon sehabis ringkas dan
mudah di samping, dengan syarat pendapatan serendah RM1,000, pinjaman ini boleh
dimohon oleh mereka yang mungkin memerlukan bantuan kewangan dengan kadar segera.
Pada masa yang sama, bank tersebut juga menyediakan perlindungan takaful di mana
perlindungan tersebut akan membantu dan melindungi urusan pinjaman pemohon jika
berlaku sebarang permasalahan.

Namun yang demikian, Bank Islam juga terdapat kelebihan tersendiri dan juga kelemahan
yang mampu dinilai. Pinjaman tersebut juga menawarkan antara kadar faedah terendah
berbanding bank lain di pasaran. Pinjaman tersebut juga memberi tempoh pinjaman
maksimum selama 10 tahun. Oleh itu pemohon mempunyai banyak masa untuk
mewujudkan strategi kewangan bagi pembayaran ansuran pinjaman mereka. Antara
kekurangan yang dapat dilihat pada bank tersebut adalah proses pinjaman ini memerlukan
masa yang lama sehingga lima hari bekerja justeru, memberi masalah bagi mereka yang
ingin mendapatkan wang dengan kadar yang segera. Pinjaman ini juga meletakkan syarat
pendapatan minimum sebanyak RM3,500 sebulan yang boleh dianggap agak tinggi jika
dibandingkan dengan perkhidmatan pinjaman lain yang ditawarkan di pasaran. Kemudian,
caj sebanyak 1% daripada jumlah baki pinjaman dikenakan untuk pembayaran ansuran
yang lewat.

5
Laporan 2: Penilaian Pelaburan

En Ali menerima imbuhan graduiti sebanyak RM200,000 dan berhasrat untuk membuat
pelaburan dalam bidang penternakan. Terdapat dua tawaran yang berbeza untuk diberikan
pilihan kepada beliau bagi membuat pelaburan yang lebih menguntungkan.

2.1 Projek Penternakan Puyuh:

Syarikat “Usahasama Puyuh Enterprise” ditubuhkan adalah berasaskan kepada permintaan


yang tinggi daripada pengguna terhadap barangan berasaskan makanan daging dan telur
puyuh. Syarikat Usahasama Puyuh Enterprise membekalkan produk makanan berasaskan
daging dan telur puyuh. Melalui penternakan tersebut, daging burung puyuh yang telah
diproses dijual pada harga RM9.50 sekilogram. Selain itu, tahi burung puyuh dijual pada
harga RM 2.40 sebeg. Andaian kadar kematian burung puyuh tersebut adalah sebanyak
10% setahun, maka sebanyak 270,000 ekor burung puyuh yang dapat dijual dalam tempoh
setahun. Berat seekor burung puyuh dijual adalah 190g. Setahun boleh dijual linkungan
sebanyak 51,300 kg dan menghasilkan pendapatan sebanyak RM 487,350 setahun. Hasil
penjualan tahi puyuh pula dijangkakan pendapatan sebanyak RM 6,000 setahun. Aliran
tunai termasuk kos modal pelaburan tersebut diringkaskan seperti Jadual 1.1. (Rujuk
Lampiran 2.1)

Aliran tunai:

Kos permulaan pelaburan bagi penternakan puyuh tersebut memperuntukan RM200,000


dengan kos kapital sebanyak 7% dalam tempoh 10 tahun.

Tahun Aliran Tunai Bersih (RM) Nilai Bersih Kini (RM)


0 -200,000 -200,000
1 65,506 61,221
2 63,201 55,202
3 60,896 49,709
4 58,590 44,698
5 23,085 16,459
6 53,980 35,969
7 51,675 32,180
8 49,370 28,734
9 47,064 25,600
10 56,129 28,533
Nilai Kini Aliran Tunai 178,305

Kaedah pengiraan nilai kini bersih (NPV) dan kadar pulangan dalaman (IRR):

6
65506 63201 60896 58590 23085 53980 51675
NPV 7 % = -200,000 + + 2 + 3 + 4 + 5 + 6 + +
1.07 1.07 1.07 1.07 1.07 1.07 1.077

49370 47064 56129


+ +
1.07 8 1.07 9 1.0710
= -200,000 +
(61,221+55,202+49,709+44,698+16,459+35,969+32,180+28,734+25,600+28,533)
= -200,000 + (378,305)
= RM178,305
65506 63201 60896 58590 23085 53980 51675
NPV 10 %= -200,000 + + 2 + 3 + 4 + 5 + 6 + +
1.10 1.10 1.10 1.10 1.10 1.10 1.107

49370 47064 56129


+ +
1.10 8 1.10 9 1.1010
= -200,000 + (59,551+52,232+45,752+40,018+14,334+30,470+26,517+23,031+19,960+21,640)
= -200,000 + (333,505)
= RM133,505
178,305
IRR = 0.07 + x (0.10-0.07)
(178,305−133,505)
= 0.1894 @ 18.94%
Indeks keberuntungan:
178,305
Indeks keberuntungan =
200,000
= 0.89
Indeks ini menunjukkan bagi setiap RM 1 pelaburan, projek penternakan puyuh ini akan
menghasilkan pulangan RM 0.89 bagi projek yang tidak bersandar, terima projek tersebut
jika indeks keberuntungan > 1. Bagi projek saling menyingkir, pilih projek yang mempunyai
indeks keberuntungan yang lebih tinggi.

2.2 Projek Ladang Ternakan Kambing:

Projek pelaburan ternakan yang ingin dijalankan adalah projek penternakan kambing iaitu
Ladang Kambing, Emas Merah, Putih Dan Hitam. Tujuan nama ‘EMAS’ ini diambil adalah
berkaitan dengan hasil yang bernilai yang akan diperolehi daripada menternak kambing iaitu
Emas Merah bermaksud daging kambing yang akan diusahakan. Manakala Emas Putih
bermaksud susu kambing yang akan diproses dan diniagakan. Seterusnya Emas Hitam
diberi nama berdasarkan produk baja yang akan diproses daripada najis kambing itu sendiri.
Antara produk dan perkhidmatan yang ditawarkan termasuklah membekalkan ternakan
hidup untuk tujuan aqiqah, korban dan kenduri-kendara. Selain itu, memproses susu

7
kambing yang berkualiti (yang diproses dengan cara atau kaedah Islam). Kemudian,
menjual daging segar terus dari ladang ke pasar tani, pasar malam dan peruncit. Akhir
sekali, membekal baja kompos dari najis kambing kepada pembeli runcit dan borong. Aliran
tunai termasuk kos modal pelaburan tersebut diringkaskan seperti Jadual 1.2. (Rujuk
Lampiran 2.2)

Aliran tunai:

Kos permulaan pelaburan bagi ladang ternakan kambing tersebut memperuntukan


RM150,000 dengan kos kapital sebanyak 10% dalam tempoh 10 tahun.

Tahun Aliran Tunai Bersih (RM) Nilai Bersih Kini (RM)


0 -150,000 -150,000
1 20,523 20,522
2 30,513 25,217
3 32,439 24,372
4 36,434 24,885
5 46,143 28,651
6 43,526 24,569
7 43,080 22,107
8 40,151 18,731
9 44,927 19,053
10 43,725 16,858
Nilai Kini Aliran Tunai 74,965

Kaedah pengiraan nilai kini bersih (NPV) dan kadar pulangan dalaman (IRR):
20523 30513 32439 36434 46143 43526 43080
NPV 10 %= -150,000 + + 2 + 3 + 4 + 5 + 6 + +
1.10 1.10 1.10 1.10 1.10 1.10 1.107

40151 44927 43725


+ +
1.108 1.10 9 1.1010
= -150,000 +
(20,522+25,217+24,372+24,885+28,651+24,569+22,107+18,731+19,053+16,858)
= -150,000 + (224,965)
= RM74,965
20523 30513 32439 36434 46143 43526 43080
NPV 15 %= -150,000 + + 2 + 3 + 4 + 5 + 6 + +
1.15 1.15 1.15 1.15 1.15 1.15 1.157

40151 44927 43725


+ +
1.158 1.15 9 1.1510
= -150,000 + (20,522+23,072+21,329+20,831+22,941+18,817+16,195+13,125+12,771+10,808)
= -150,000 + (180,411)
= RM30,411

8
74,965
IRR = 0.10 + x (0.15-0.10)
(74,965−30,411)
= 0.1841 @ 18.41%
Indeks keberuntungan:
74,965
Indeks keberuntungan =
15 0,000
= 0.50
Indeks ini menunjukkan bagi setiap RM 1 pelaburan, projek ladang ternakan kambing ini
akan menghasilkan pulangan RM 0.50 bagi projek yang tidak bersandar, terima projek
tersebut jika indeks keberuntungan > 1. Bagi projek saling menyingkir, pilih projek yang
mempunyai indeks keberuntungan yang lebih tinggi.

Berdasarkan aliran tunai (Lampiran) dan juga pengiraan nilai kini bersih (NPV) dan kadar
pulangan dalaman (IRR) yang telah dibuat bagi kedua-dua projek pelaburan ternakan
tersebut, terdapat perbezaan antara kedua-dua projek tersebut. Perbezaan antara dua
projek tersebut dapat dibandingkan melalui jadual di bawah.

Projek Penternakan Puyuh Projek Ladang Ternakan


Kambing
Pelaburan Awal RM200,000 RM150,000
Kos Kapital 7% 10%
Tempoh Pelaburan 10 Tahun 10 Tahun
Nilai Kini Bersih (NPV) RM178,305 RM74,965
Kadar Pulangan Dalaman
0.1894 @ 18.94% 0.1841 @ 18.41%
(IRR)
Jumlah Keuntungan RM2,356,500 RM750,640
Nisbah Keuntungan 117825 37532
Indeks Keberuntungan RM0.89 RM0.50

Jika dilihat pada modal permulaan pelaburan berdasarkan kedua-dua projek di atas, Projek
Ladang Ternakan Kambing jauh lebih rendah berbanding Projek Penternakan Puyuh iaitu
RM150,000 dan perbezaan kos awal pelaburan antara dua projek tersebut sebanyak
RM50,000. Kedua-dua projek pelaburan ternakan tersebut membawa keuntungan yang
tersendiri, namun yang demikian jika diteliti dan diselidik dengan penuh terperinci, Projek
Penternakan Puyuh jauh lebih menguntungkan berbanding Projek Ladang Ternakan
Kambing. Hal ini kerana nilai kini bersih (NPV) projek tersebut lebih tinggi >0 dan nilai NPV
tersebut jauh lebih tinggi berbanding projek ternakan kambing. Pada masa yang sama,
kadar pulangan dalaman bagi (IRR) bagi projek ternakan puyuh juga lebih tinggi 0.1894
berbanding projek ladang ternakan kambing hanya pada 0.1841. Di samping itu, projek

9
tersebut juga membawa jumlah keuntungan yang cukup besar sehingga menjangkau jutaan
ringgit dengan nisbah 117,825:37532. Justeru itu, jika En Ali memilih Projek Penternakan
Puyuh, projek tersebut bakal membawa nilai keuntungan yang tinggi kepada beliau dengan
bermodalkan RM200,000 yang beliau miliki mampu menjana hasil pulangan yang lebih
menguntungkan.
Natijahnya, bagi membuat keputusan terhadap projek yang mendatangkan pulangan yang
tinggi, kita perlu mengira nilai kini bersih (NPV) dan juga kadar pulangan dalaman (IRR)
dengan lebih tepat bagi memudahkan kita membuat perbandingan dari segi pengiraan sekali
gus membawa kita untuk lebih mudah memilih projek yang lebih menguntungkan.

REFLEKSI
Bersyukur saya ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat saya
menyiapkan tugasan kerja kursus matematik kewangan ini tepat pada tempoh masa yang
ditetapkan. Terdapat pelbagai cabaran dan dugaan sepanjang saya menyiapkan tugasan
kerja kursus ini. Namun yang demikian, cabaran yang datang tersebut saya ambil iktibar
sebagai dorongan serta semangat untuk saya cuba buat yang terbaik dan mampu perbaiki
segala kelemahan yang saya miliki. Paling penting, sepanjang saya menyiapkan tugasan
kerja kursus ini, saya juga mendapat ilmu serta input yang berguna terutamanya ilmu serba
sedikit berkaitan matematik kewangan.

Dalam tugasan 1, saya telah pelajari pelbagai teknik pengiraan faedah yang
dikenakan dalam pinjaman. Di samping itu, saya juga pelajari teknik pengiraan yang
terkandung dalam jadual pinjaman yang disediakan bagi setiap bank yang kita pergi. Melalui
pembelajaran subjek tersebut dan juga tugasan kerja kursus ini, saya mula mengenali dan
memahami teknik pengiraan yang biasa digunakan oleh pihak dalam mengurus kewangan
rakyat Malaysia. Pada pendapat saya, ilmu tersebut amat berguna bukan sahaja dalam
membuat pemilihan unit pinjaman yang dikehendaki bahkan juga kita akan pelajari ilmu
supaya diri kita tidak ketinggalan dan juga tidak tertipu pada suatu hari nanti tertutamanya
ilmu berkaitan kewangan dan juga perbankan. Input ini lebih baik jika diajar pada orang
awam dan juga golongan akademik yang mengambil bidang selain bidang Matematik. Hal ini
mampu memberi input yang berguna kepada mereka.

Dalam tugasan 2, saya telah pelajari teknik pengiraan dan juga kegunaan nilai kini
bersih (NPV) dan juga kadar pulangan dalaman (IRR) dalam kehidupan seharian

10
terutamanya kehidupan berkaitan pelaburan kewangan, ternakan, emas dan banyak lagi.
Teknik pengiraan ini bukan sahaja membantu kita dalam membuat perbandingan pelaburan
yang lebih baik dan menguntungkan bahkan juga mampu memberi hujah kepada kita
berkaitan sebab-sebab pelaburan tersebut mampu memberi pulangan yang lumayan.
Kemudian, saya juga mula mengenali kaedah untuk membuat analisis terhadap pengiklanan
pelaburan yang ada selama ini.

Natijahnya, tugasan kerja kursus ini amat membantu saya dalam menggunakan apa
yang dipelajari dalam kursus matematik kewangan untuk kegunaan kehidupan seharian.
Pengetahuan berkaitan matematik kewangan ini bukan sahaja tertumpu kepada urusan
yang terdapat pada ekonomi, perbankan, akaun dan banyak lagi berkaitan kewangan sahaja
tetapi pengetahuan ini juga amat berguna untuk digunakan dalam mendidik generasi kini
agar celik dalam bidang kewangan. Hal ini dapat dijelaskan kepada mereka yang pelajari
kursus ini bahawa kewangan bukan sahaja tertumpu kepada konsep jual beli dalam
kewangan sahaja tetapi juga termasuk dalam pengurusan dan proses yang berlaku dalam
kehidupan yang melibatkan urusan wang tersebut digunakan.

11
RUJUKAN

Ali, M. H. (1992). Panduan pengurusan perniagaan. Maxten Management.

Covello, J. S. & Hazelgren, B. (2nded) (1995). Your first business plan. Sourcebook, Inc.

Hornady, J. A. (1982). Englewoode cliffs. Encyclopedia of Entrepreneurship. Prentice Hall.

Kirzner, I. M. (1979). Perception, opportunity and profit. University of Chicago Press.

Osteryoung, J. S. & Denslow, D. L. (2003). So you need to write a business plan. Thompson
South Western.

Mior Muhammad Saiful Nizan et .al. (2011 Ogos 31). Rancangan perniagaan: Usahasama
Puyuh Enterprise. Kuala Kangsar, Perak

Peterson, R. A., & Kerin, R. A. (4thed.) (1987). Strategic marketing problem: Cases and
comments. Voston: Allyn & Bacon.

Pinjaman peribadi terbaik di Malaysia untuk 2016. (2016 Ogos 08). Diakses pada Februari
15 http://www.astroawani.com/gaya-hidup/pinjaman-peribadi-terbaik-di-malaysia-
untuk-2016-113354

Sab, J. C. (1991). Proses-proses dalam perniagaan. Institut Teknologi Mara.

Wiken, P. H. (1979). Entrepreneurship – A comparative and historical study. New Jersey:


Abex Publishing Corporation.

12

You might also like