You are on page 1of 1

Kepentingan Stastik Asas

Era teknologi maklumat tiba begitu pantas mencelahi tamadun manusia sehinggakan
sebahagian besar di antara kita terasa begitu ketinggalan jauh dalam bidang ini.
Walaubagaimanapun, bidang statisik merupakan satu cabang ilmu yang penting dalam kehidupan
manusia. Teknologi maklumat atau bidang-bidang generiknya tidak mungkin mengambil alih cabang
tersebut. Statistik menjadikan data bercakap, dan teknologi maklumat merupakan satu penimbal
yang bertenaga.

Asas dalam statistic adalah data. Daripada data dikeluarkan maklmat yang membolehkan
kita mencari penyelesaian atau membuat keputusan. Maklumat adalah tentang bentuk, sifat atau
ciri dan sebagainya. Cuba kita perhatikan kepada masalah bagi pemerihalan sesuatu set ukuran
seperti pendapatan, dalam ringgit Malaysia, seluruh ketua keluarga di sebuah Bandar. Set ukuran
atau data ini boleh didapati tanpa sebarang kerumitan besar. Tetapi jika data ini digunakan sebegitu
rupa ia tidak mungkin menunjukkan beberapa sifat yang ada atau dipunyai oleh data tersebut.

Selain itu, Statistik memainkan peranan penting dalam bidang sains, sama ada sains tabii
ataupun sain sosial. Jambatan yang dibina terdedah kepada ancaman dan keadaan alam yang
berubah-ubah mengikut masa, suhu sekitar, berat dan kekerapan kenderaan yang lalu dan
sebagainya. Imej sinar-x juga bergantung kepada faktor yang berubah-ubah. Keadaan juga sama
dalam kajian ekonomi dan sains pertanian.

Seorang penyelidik ingin mengkaji sama ada makanan ayam yang didedarkan oleh empat
buah syarikat di sekitar Kuala Lumpur berbeza antara satu dengan yang lain, berasaskan kadar
penambahan berat kesan daripada penggunaan produk masing-masing. Masalah yang perlu diatasi
memang banyak sekali, bermula daripada menentukan bilangan anak ayam yang patut digunakan
dalam uji kaji, sehinggalah kepada kumpulan umur unit-unit dan seterusnya kesimpulan yang haris
diambi. Kesimpulan yang tidak tepat boleh menyebabkan kerugian tinggi kepada pihak.

Ramalan tentang keputusan pilihan raya umum pula, misalnya, amat penting bukan sahaja
kepada pemerintah dan ahli-ahli politik bahkan juga kepada ahli-ahli ekonomi dan pihak perancang
pembangunan. Ahli-ahli statistic yang berpengalaman boleh memainkan peranan yang membina ke
arah mendapat ramalan yang tepat dan cepat.

Di samping itu, statisik juga melihat tentang masalah ramalan atau anggaran untuk masa
hadapan. Hasil pengeluaran beras negara perlu diramalkan awal-awal supaya sesuatu langkah positif
dapat dilaksanakan. Banyak faktor ketika penanaman padi dan ketika pokok-pokok membesar yang
berkait rapat dengan hasil yang akan diperolehi nanti. Hubungan seumpama ini boleh dibentuk
dengan memerhatikan perhatian antara faktor-faktor tadi buat beberapi jangka masa yang sesuai.
Daripada data yang dikutip kita boleh membina satu persamaan ramalan yang menunjukkan
pertalian hasil pengeluaran berasaskan faktor-faktor tersebut tadi.

Seterusnya stastik memainkan peranan penting dalam pengawasan kualiti barangan yang
dikeluarkan dari sesebuah kilang atau sebagainya. Di sini pengeluaran tertentu perlu dipastikan
memenuhi sesuatu spesifikasi dengan menguji dari semasa ke semasa sebilangan unit daripada
setiap kumpulan. Bilangan unit perlu dipastikan pada tahap optimum untuk mencapai kesimpukan
yang meyakinkan dan tidak menyebabkan kerugian kepada firma berkenaan.

Akhirnya,

You might also like