You are on page 1of 14

2015

BAHAGIAN A

(60 markah)

Jawab semua soalan.

1. a Falsafah berasal daripada beberapa perkataan asing iaitu phila/philos (cinta) daripada istilah
Yunani dan Sophos/Sophia (pengetahuan, hikmah kebijaksanaan). Falsafah boleh dibahagi
kepada empat cabang.

Nyatakan pemahaman anda tentang cabang-cabang falsafah tersebut secara ringkas.

[ 5 markah ]

B Bincangkan ciri-ciri insan guru yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Guru terhadap
perkembangan pendidikan di Malaysia.

[ 10 markah ]

2. a Falsafah Pendidikan Timur bertujuan mencapai kebijaksanaan, mengekalkan struktur


kekeluargaan, menggubal undang-undang dan memenuhi kehendak sosial dan ekonomi.

Kemukakan prinsip-prinsip yang diutarakan oleh Falsafah Pendidikan Timur.

[ 5 markah ]

B Profesion Keguruan merupakan pekerjaan yang berkaitan dengan peranan, tugas,


tanggungjawab, sifat dan kualiti guru.

Buat analisis tentang ciri-ciri yang terkandung dalam konsep profesion yang dianggap
sebagai professional.

[ 10 markah ]

3. a Perkembangan sistem pendidikan di Malaysia selepas merdeka berfokuskan kepada


beberapa pernyataan dan laporan pendidikan yang bertujuan untuk memantapkan lagi
sistem pendidikan di negara ini.

Nyatakan laporan pendidikan yang dihasilkan dalam sistem pendidikan selepas negara
Malaysia mencapai kemerdekaan.

[ 5 markah ]

B Peranan guru penting dalam mmastikan kejayaan pelaksanaan kurikulum.

Perincikan peranan guru tersebut.

[ 10 markah ]
2016
2017

You might also like