You are on page 1of 3

SEJARHA PENGGAL 2

SUMBANGAN SALEHUDDIN AL-AYUYUBI DALAM POLITIK DAN


SOSIAL

PENGENALAN

Nama sebenarnya Salah al-Din Yusof bin Najmuddin Ayyubi dan nama gelarannya ialah Al-Malik
al-Nasir al-Sultan. Di Eropah, beliau digelar sebagai Saladin.

Dilahirkan pada tahun 1138 Masihi di Kota Tikrit dan berketurunan suku Kurdish. Bapanya
bernama Najmuddin Ayyubi, gabenor di Tikrit dan Balbek.

Sejak kecil lagi, beliau mendapat pendidikan Islam yang sempurna daripada ayahnya. Hasilnya,
beliau mahir dalam ilmu kalam dan perundangan Islam. Beliau juga mendapat pendidikan ilmu
ketenteraan dan pertahanan daripada bapa saudaranya, Asaddin Sirkuh (Asaddin Syirkuwah)
seorang panglima tentera.

Salehuddin al-Ayyubi merupakan seorang panglima tentera, pemimpin dan pentadbir negara yang
berbakat tinggi dan masyhur pada zaman Perang Salib. Mempunyai keperibadian yang tinggi,
mulia, tidak tamak harta dan kedudukan.

Beliau terkenal dalam kalangan sejarawan Barat sebagai seorang panglima yang baik hati, pemurah
kepada musuh, bertoleransi dan setia pada janji.

Beliau meninggal dunia pada 4 Mac 1193 Masihi di Damsyik pada usia 57 tahun dan meninggalkan
jasa dan sumbangan yang cukup besar dalam bidang politik dan sosial.
SUMBANGAN DALAM BIDANG POLITIK

1. Menentang tentera Salib

Mula menyertai peperangan pada tahun 1164 Masihi bersama bapa saudaranya, Sirkuh Ayyubi pada
zaman khalifah Nur al-Din. Berjaya menewaskan tentera Salib di bawah pimpinan Amaury I. Pada
tahun 1169 Masihi, beliau telah menewaskan tentera Salib di Mesir kerana tentera salib melanggar
perjanjian damai yang dimeterai. Dilantik sebagai panglima angkatan tentera Syria selepas kematian
Sirkuh Ayyubi. Perlantikan ini membawa kepada kegemilangan dan kemasyhurannya. Dari tahun
1189 hingga 1192 Masihi, beliau berjaya mengalahkan tentera Salib yang dipimpin oleh Raja
Richard, Raja Frederick dan Raja Philip. Beliau dianggap sebagai sultan yang mengembalikan
keagungan empayar Islam kerana dengan kekuatan tentera Islam, beliau berjaya menghadapi tentera
salib.

2. Membebaskan Kota Baitulmuqqadis

Perang bermula sebagai tindak balas terhadap tentera Perancis yang kejam terhadap pedagang
(kafilah) Islam. Berlaku pertempuran dengan tentera Salib di Hittin dan kemenangan berpihak
kepada tentera Islam. Seramai 10000 orang tentera Salib terbunuh. Beliau menyerang raja
Baitulmuqqadis yang hanya dikawal 150 orang pahlawan. Raja Baitulmuqqadis berjaya ditawan dan
dihantar ke Damsyik. Beliau mengarahkan Raja Baitulmuqqadis iaitu Guy of Lusignan dan
pemerintah Karak iaitu Raynald supaya mengadapnya. Beliau kemudian memancung kepala
Raynald kerana sikap biadapnya menghina Nabi Muhammad SAW dan umat Islam. Tentera Islam
menguasai wilayah tentera Salib seperti Akka, Tabnin, Saida, Beirut, Asqalan, al-Ramlah, al-
Darum, Ghazzah, Baitul Laham, al-Natrun dan Baitulmuqqadis. Akhirnya perjanjian damai
ditandatangani, tentera Salib dikehendaki keluar dari Baitulmuqqadis dalam tempoh 40 hari dan
beliau mendapat hak menduduki seluruh wilayah Palestin.

3. Membangun dan memulihkan Negara.

Sebagai pengasas Dinasti Ayyubiyyah, beliau memindahkan pusat pemerintahan ke Mesir yang
kekal selama 350 tahun. Memulih benteng kota Kaherah dengan diawasi oleh al-Tawasy Bahauddin
untuk mempertahankannya daripada serangan musuh. Kubu turut dibina di Sinai. Membangunkan
Pulau al-Raudah dan al-Gizah. Petempatan disediakan dengan kemudahan yang lengkap. Terdapat
pasar minggu pada setiap hari Ahad. Menubuhkan Diwan Armada untuk menyelia urusan
pembinaan kapal-kapal perang dan armada perang yang besar. Memperkukuhkan Kota Iskandariah
bagi mengelakkan serangan tentera Salib dari Perancis.
SUMBANGAN DALAM BIDANG SOSIAL

1. Kesihatan

Membina sebuah hospital iaitu Bimaristan al-Atiq yang diubah suai daripada dewan istana yang
dibina oleh Al-Aziz bin al-Muiz. Sebuah gedung ubatan disediakan bagi membolehkan ubat
diagihkan mengikut gred yang ditetapkan kepada para pesakit. Hospital tersebut juga mempunyai
ruang khas untuk pesakit wanita. Wad pesakit mental disediakan jaring besi bagi mengelakkan
pesakit lain terganggu.

2. Pendidikan

Membina banyak sekolah dan menjemput ulama/cerdik pandai. Memperkenalkan system


pendidikan pra-sekolah yang dikenali sebagai al-Khatib. Pelajar diajar al-Quran, seni khat, asas
matematik, syair dan solat. Mengutamakan pendidikan berasaskan mazhab Sunni dan
menghapuskan kepercayaan karut. Mewakafkan sebanyak 32 buah kedai untuk dijadikan sekolah.
Turut membiayai gaji guru.

3. Agama

Beliau banyak berusaha menyebarkan agama Islam. Oleh itu beliau mengambil berat tentang
keutuhan dan kesucian agama Islam. Beliau mendirikan masjid di merata-rata tempat. Masjid
dijadikan pusat pembelajaran khususnya ilmu keagamaan seperti ilmu tafsir. Contohnya masjid
Amru al- As. Beliau juga melaksanakan undang-undang Islam dan mengembalikan semula
pengaruh mazhab Sunni di Mesir.

KESIMPULAN

Jasa dan sumbangan Salehuddin al-Ayubbi dihargai oleh masyarakat Islam. Kejayaan beliau
membebaskan semula Baitulmuqqadis merupakan bukti paling ketara yang beliau sentiasa berusaha
untuk memartabatkan agama dan negara Islam. Rentetan daripada kejayaan tersebut, beliau telah
berjaya melaksanakan pelbagai perancangan yang meliputi bidang poltik dan sosial.

You might also like