You are on page 1of 2

TUGASAN KUMPULAN

Tugasan kumpulan bagi kursus ini mengandungi dua (2) bahagian seperti ketetapan di bawah:

Bil. Perkara Wajaran


1 Laporan Kajian 30%

2 Pembentangan Kajian 15%

1. Arahan Laporan Kajian

 Setiap kumpulan dikehendaki menyiapkan tugasan Laporan Kajian yang panjangnya tidak
kurang daripada 25 halaman bercetak tidak termasuk kulit muka, isi kandungan, bibliografi dan
lampiran.

 Penulisan Laporan Kajian mestilah bertaip dengan menggunakan kertas ukuran A4 langkau 1.5
baris dengan menggunakan jenis aksara sama ada Times New Roman (bersaiz 12) atau Arial
(bersaiz 10). Penulisan Laporan Kajian hendaklah berpandukan kepada buku ‘Panduan Menulis
Tesis’ dan sebarang plagiatrisme adalah dilarang.

 Tugasan Laporan Kajian yang dibuat ini mesti mempunyai elemen-elemen seperti ketetapan di
seperti mempunyai kulit muka, isi kandungan, abstrak, pengenalan, pernyataan masalah,
objektif, kaedah kajian, soalan kajian, sorotan literatur, dapatan, cadangan penambahbaikan,
rumusan, bibliografi dan lampiran (sekiranya ada). Selain itu, sertakan juga biodata ahli
kumpulan (termasuk gambar ahli) dan hendaklah diletakkan pada helaian selepas kulit muka.

 Penggunaan gambar, gambar rajah, jadual dan graf bagi menyokong fakta adalah digalakkan.

 Laporan Kajian yang dihasilkan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 10 bahan rujukan


campuran seperti jurnal, kertas prosiding, buku dan bahan-bahan rujukan lain.

 Tiga tema utama kan disediakan. Setiap kumpulan boleh memilih tema yang bersesuaian dan
seterusnya mencipta tajuk setelah berbincang dengan ahli kumpulan. Tema-tema yang
ditetapkan ialah:

a) 1Malaysia
b) Konflik
c) Perlembagaan

- Setiap kumpulan perlu menyerahkan tajuk dan draf awal tugasan pada minggu ke 5
kuliah.

 Laporan Kajian ini mesti dihantar selewat-lewatnya pada atau sebelum jam 5.00 petang
(seminggu selepas pembentangan) kepada pensyarah dalam bentuk hardcopy dan softcopy.
Penghantaran lewat akan menyebabkan markah ditolak.
TUGASAN INDIVIDU

Tugasan individu bagi kursus ini mengandungi satu (1) bahagian seperti ketetapan di bawah:

Bil. Perkara Wajaran


1 Laporan Kajian 15%

1. Arahan Tugasan Individu

 Setiap pelajar dikehendaki memilih satu artikel bertemakan KONFLIK. Pelajar perlu
menganalisa artikel tersebut yang panjangnya tidak kurang daripada 5 hingga 7 halaman
bercetak.

 Penulisan analisa artikel mestilah bertaip dengan menggunakan kertas ukuran A4 langkau 1.5
baris dengan menggunakan jenis aksara sama ada Times New Roman (bersaiz 12) atau Arial
(bersaiz 10). Penulisan Laporan Kajian hendaklah berpandukan kepada buku ‘Panduan Menulis
Tesis’ dan sebarang plagiatrisme adalah dilarang.

 Pelajar perlu mengenalpasti dua isu daripada artikel tersebut. Beberapa persoalan perlu dijawab
iaitu:

1) Apakah faktor yang menyebabkan isu tersebut timbul?


2) Apakah implikasi/ kesan daripada isu itu?
3) Apakah langkah mengatasi isu tersebut?

 Penggunaan gambar, gambar rajah, jadual dan graf bagi menyokong fakta adalah digalakkan.
Artikel yang digunakan perlu dilampirkan sebagai rujukan.

 Laporan Kajian yang dihasilkan mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 3-5 bahan rujukan
campuran seperti jurnal, kertas prosiding, buku dan bahan-bahan rujukan lain.

 Laporan Kajian ini mesti dihantar selewat-lewatnya pada atau sebelum jam 5.00 petang minggu
ke-7 kuliah kepada pensyarah dalam bentuk hardcopy. Penghantaran lewat akan menyebabkan
markah ditolak.

You might also like