You are on page 1of 16

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI KOB

KERTAS KERJA

“PENUBUHAN KELAB TEKNOLOGI MAKLUMAT”

PEMOHON:

MOHAMMAD ARIF AIZAT BIN MOHD TARMIZI

GURU PENASIHAT KELAB TEKNOLOGI MAKLUMAT


1.0 NAMA PERSATUAN
Kelab Teknologi Maklumat

2.0 PENDAHULUAN
Pada zaman abad ke-21, di mana Teknologi Maklumat memainkan peranan
yang amat penting untuk kejayaan masa depan dalam dunia tanpa sempadan.
Selaras dengan hasrat negara kita, Malaysia berhasrat menjadi sebuah negara yang
berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara yang telah maju
dalam bidang Teknologi Maklumat. Justeru, sistem pendidikan di negara kita
haruslah mengoptimumkan penggunaan Teknologi Maklumat untuk tujuan
pengurusan serta pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Demi
mencapai hasrat tersebut, murid-murid yang masih berada di bangku sekolah perlu
disemaikan dengan perasaan ingin tahu terhadap kemajuan dan pembangunan.
Murid-murid sebagai generasi muda harus dilatih untuk menyumbangkan tenaga dan
pemikiran bagi menghasilkan rekacipta yang boleh memberi manfaat kepada
manusia selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan
murid yang kreatif dan inovatif.
Sehubungan dengan itu, Kelab Teknologi Maklumat bagi Sekolah Kebangsaan
Sungai Kob dapat ditubuhkan bertujuan untuk menambahkan kegiatan dalam bidang
ICT di sekolah. Menerusi penubuhuhan kelab ini, perkembangan sosial, minat dan
bakat dapat diseimbangkan dengan perkembangan mental murid-murid.

3.0 MATLAMAT

Dalam usaha negara mempertingkatkan kebolehan rakyat dalam bidang


Teknologi Maklumat, matlamat Kelab Teknologi Maklumat di sekolah berhasrat
untuk menjadi sebuah sekolah yang setaraf dengan sekolah bestari, iaitu tempat
pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan murid. Melalui pertubuhan kelab
ini, murid-murid boleh mempelajari pengetahuan dan menguasai kemahiran asas
Teknologi Maklumat. Selain itu, murid-murid juga berpeluang untuk meningkatkan
keupayaan dalam bidang pengkomputeran untuk pembangunan diri sesuai dengan
perkembangan arus moden berlandaskan nilai-nilai murni yang terkandung dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
4.0 IDENTITI PERSATUAN

LOGO

Motto
“Peneraju dan Perintis Teknologi Maklumat”

5.0 OBJEKTIF PENUBUHAN

Matlamat Kelab Teknologi Maklumat dapat direalisasikan melalui objektif-objektif


yang berikut:

5.1 Pengetahuan

(i) Mendedahkan murid kepada pengetahuan asas yang berkaitan dengan


sistem komputer.
(ii) Membimbing murid mengetahui dan mengenali sistem pengoperasian
komputer.
(iii) Memberi peluang kepada murid untuk meneroka perkembangan
terbaharu dalam pelbagai disiplin ilmu Teknologi Maklumat.
(iv) Mendedahkan murid kepada peluang-peluang kerjaya yang berkaitan
dengan pengkomputeran dan Teknologi Maklumat

5.2 Kemahiran
(i) Menguasai kemahiran mencari dan mengurus maklumat yang diperlukan
melalui penggunaan Teknologi Maklumat.
(ii) Menguasai kemahiran berinteraksi antara individu atau kumpulan melalui
kemudahan Teknologi Maklumat dan sistem rangkaian komunikasi.
5.3 Nilai
(i) Memupuk sikap positif terhadap penggunaan Teknologi Maklumat.
(ii) Menggalakkan perkongsian idea dan maklumat di kalangan kelab, antara
kelab dan antara institusi atau individu dalam masyarakat.

6.0 PERSEDIAAN DALAM PENUBUHAN KELAB TEKNOLOGI MAKLUMAT

Untuk menjayakan penubuhan Kelab Teknologi Maklumat, beberapa langkah


yang penting sebagai persediaan akan dilaksanakan seperti berikut:

6.1 Melakukan permohonan untuk Kelab Teknologi Maklumat secara bertulis dan
mendapat kelulusan daripada pihak pentadbir sekolah.
6.2 Menubuhkan Kelab Teknologi Maklumat.
6.3 Memilih dan mengaktifkan Jawatankuasa Kelab Teknologi Maklumat.
6.4 Memberi pendedahan dan kesedaran kepada murid-murid dan ibu bapa
mengenai peranan mereka dalam Kelab Teknologi Maklumat.
6.5 Membentuk dan merangka Sukatan Pelajaran bagi Kelab Teknologi Maklumat
yang tidak bercanggahan dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia.
6.6 Menyediakan Kurikurilum Kelab Teknologi Maklumat dengan objektif
termasuklah pengetahuan, kemahiran dan penerapan nilai yang hendak
dicapai.
6.7 Menyediakan jadual waktu Kelab Teknologi Maklumat yang sesuai mengikut
situasi di sekolah.
6.8 Mewujudkan sebuah Makmal Komputer yang dilengkapi dengan kemudahan
dan peralatan komputer.
6.9 Menetapkan tenaga pengajar dan pengawas Makmal Komputer.
6.10 Mendapatkan kebenaran pengakuan ibu bapa atau penjaga sebagai kesediaan
murid menjadi ahli Kelab Teknologi Maklumat.
7.0 PERLEMBAGAAN

7.1 Keahlian
7.1.1 Dibuka kepada semua murid sekolah ini.
7.1.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang
yang disediakan *rujuk Lampiran 2 – Borang Permohonan
7.1.3 Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada
Perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan cergas
bagi menjayakan tujuan persatuan ini.

7.2 Guru Penasihat


7.2.1 Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.
7.2.2 Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan
dan pelaksanaan sesuatu aktiviti.
7.2.3 Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli
semasa aktiviti dijalankan.

7.3 Ahli Jawatankuasa


7.3.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung.
7.3.2 Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa
manakala ahli yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat
tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa.
7.3.3 Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.
7.3.4 Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru
Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat.
7.3.5 Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan
hendaklah menghantar surat perletakan jawatan kepada Guru
Penasihat.
7.3.6 Ahli Jawatankuasa kelab hendaklah terdiri:-

7.3.6.1 Pengerusi
7.3.6.2 Naib Pengerusi
7.3.6.3 Setiausaha
7.3.6.4 Bendahari
7.3.6.5 Ahli Jawatankuasa(bilangan bergantung keperluan)
7.4 Tugas Dan Tanggungjawab Jawatankuasa

7.4.1 Pengerusi
7.4.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat dan
bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat
7.4.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala
keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang
sewajarnya.
7.4.1.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru
Penasihat dari masa ke semasa.
7.4.2 Naib Pengerusi
7.4.2.1 Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan
tanggung jawab yang diberi.
7.4.2.2 Mempengurusikan mesyuarat semasa ketiadaan
pengerusi.
7.4.2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru
Penasihat dari masa ke semasa.
7.4.3 Setiausaha
7.4.3.1 Menguruskan hal-hal surat menyurat.
7.4.3.2 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan
kegiatan-kegiatan.
7.4.3.3 Mencatat kehadiran ahli
7.4.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.
7.4.3.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru
Penasihat dari masa ke semasa.

7.4.4 Bendahari
7.4.4.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan
Persatuan
7.4.4.2 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua
perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas
kesahihannya.

7.4.4.3 Menyebdiakan Penyata Kira-Kira bulanan dan


tahunan serta menandatanganinya.
7.4.4.4 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di
dalam mesyuarat ahli jawatankuasa.
7.4.4.5 Menyediakan Laporan Kewangan untuk diaudit dan
dibentang dalam Mesyuarat Agung.
7.4.4.6 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru
Penasihat dari masa ke semasa.
7.4.5 Ahli Jawatankuasa
7.4.5.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan
aktiviti yang dilaksanakan.
7.4.5.2 Mempengerusikan biro sekiranya dilantik.
7.4.5.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru
Penasihat dari masa ke semasa

7.5 Kewangan
7.5.1 Sumber utama kewangan kelab adalah melalui derma yang
diputuskan semasa Mesyuarat Agung dan telah diputuskan
sebanyak RM 25.00 seorang.
7.5.2 Kelab juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti.
7.5.3 Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang
memerlukan perbelanjaan besar boleh dikenakan derma khas
bagi membiayai aktiviti tersebut.
7.5.4 Semua pungutan/penyimpanan boleh dimasukkan ke dalam
Akaun SUWA sekolah, sekiranya mendapat kebenaran
Pengetua/Guru Besar.

7.6 Kehadiran/Penyertaan
7.6.1 Ahli kelab dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang
dijalankan oleh kelab sepanjang tahun.
7.6.2 Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut
dikehendaki menulis surat tunjuk sebab. Tindakan memotong
markah kehadiran dalam penilaian kokurikulum boleh diambil
sekiranya gagal berbuat demikian.

7.7 Aktiviti
7.7.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau
mesyuarat ahli jawatankuasa.
7.7.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan
diumumkan kepada pengetahuan ahli.

7.8 Peraturan-Peraturan
7.8.1 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.
7.8.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua
ahli.
7.8.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan
tatatertib.

7.9 Tindakan Disiplin


7.9.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan
persatuan dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.
7.9.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:
7.9.2.1 Amaran lisan

7.9.2.2 Amaran bertulis


7.9.3 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh
membuat rayuan kepada Guru Penasihat persatuan secara
bertulis dan keputusan Guru Penasihat adalah muktamad.

7.10 Pindaan Perlembagaan


7.10.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah
sehingga ia dipinda.
7.10.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli
jawatankuasa, Guru Penasihat atau pentadbir sekolah
secara bertulis.
7.10.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan
Ahli Jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut
dan meluluskannya jika perlu.
7.10.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamirkan dan
disahkan oleh Pengetua/Guru Besar.

7.11 Pembubaran Kelab

7.11.1 Pengetua diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika


didapati melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan
Negara.
7.11.2 Segala hutang wajib dijelaskan.

7.11.3 Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tergempar.

7.12 Hal-Hal Lain


7.12.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri
terhadap aktiviti yang dijalankan.
7.12.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti
dengan penuh minat.

8.0 CADANGAN AHLI JAWATANKUASA KELAB TEKNOLOGI MAKLUMAT

Penaung
(Guru Besar)

Pengerusi
(Penolong Kanan Kokurikulum)

Naib Pengerusi I
(Guru Penasihat)

Naib Pengerusi II
(Guru Penasihat)

Setiausaha
(Murid)

Bendahari
(Murid)

Ahli Jawatankuasa
(Murid)
(Murid)
(Murid)

*rujuk Lampiran 1 – Bidang Tugas Jawatankuasa

9.0 SUMBER KEWANGAN KELAB TEKNOLOGI MAKLUMAT

Sumber kewangan untuk Kelab Teknologi Maklumat boleh diperolehi melalui:

9.1 Semua kutipan yuran keahlian Kelab Teknologi Maklumat.


9.2 Peruntukan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
9.3 Tajaan daripada syarikat komputer swasta.
9.4 Sumbangan luar Kementerian Pendidikan Malaysia seperti orang
perseorangan dan badan korporat.
10.0 SENARAI AKTIVITI UTAMA KELAB TEKNOLOGI MAKLUMAT

BULAN AKTIVITI
Januari
Februari Latihan untuk mengembangkan kemahiran menggunakan komputer
Ceramah yang disampaikan oleh agensi kerajaan atau swasta yang
Mac berakitan dengan penggunaan Teknologi Maklumat dalam
kehidupan.
April
Mei
Lawatan sambil belajar ke tempat-tempat seperti Cyberjaya untuk
Jun
menambahkan ilmu pengetahuan ahli-ahli kelab.
Pertunjukan filem atau video yang berkenaan dengan perihal
Julai komputer dan penggunaan Teknologi Maklumat dalam kehidupan
seharian.
Ogos
Septembe
r
Oktober
November Pameran atau Hari Terbuka bagi Kelab Teknologi Maklumat.
Disember

10.1 Perjumpaan mingguan di luar waktu rasmi sekolah.


10.2 Latihan untuk mengembangkan kemahiran menggunakan komputer.
10.3 Ceramah yang disampaikan oleh agensi kerajaan atau swasta yang
berakitan dengan penggunaan Teknologi Maklumat dalam kehidupan.
10.4 Lawatan sambil belajar ke tempat-tempat seperti Cyberjaya untuk
menambahkan ilmu pengetahuan ahli-ahli kelab.
10.5 Pertunjukan filem atau video yang berkenaan dengan perihal komputer
dan penggunaan Teknologi Maklumat dalam kehidupan seharian.
10.6 Edaran risalah atau brosur kepada ahli-ahli kelab.
10.7 Pameran atau Hari Terbuka bagi Kelab Teknologi Maklumat.
10.8 Penilaian dan ujian terhadap tahap penguasaan murid terhadap bidang
Teknologi Maklumat.
11.0 PENUTUP
Kesimpulannya, cadangan untuk menubuhkan Kelab Teknologi Maklumat dilihat
sebagai satu keperluan bagi murid-murid di sekolah. Dengan penubuhan Kelab
Teknologi Maklumat ini, murid-murid yang berminat boleh mendaftar menjadi ahli kelab
dan mengembangkan pengetahuan dan kemahiran diri mengenai Teknologi Maklumat.
Seterusnya, murid-murid yang merupakan generasi muda dapat membina penampilan
diri yang yakin supaya dapat muncul sebagai pemimpin negara yang tidak ketinggalan
dalam arus moden ini. Semoga cadangan penubuhan kelab diluluskan oleh pihak
pentadbir dan akan terlaksana dengan jayanya.

Disediakan oleh,

………………
(MOHAMMAD ARIF AIZAT BIN MOHD TARMIZI)
Guru Akademik
Sekolah Kebangsaan Sungai Kob,
Kedah Darul Aman.

Disokong oleh,

............………….
( )
Penolong Kanan Kokurikulum
Sekolah Kebangsaan Sungai Kob,
Kedah Darul Aman.

BAHAGIAN A : GURU BESAR

DILULUSKAN

TIDAK DILULUSKAN

Ulasan : .........................................................................................................................

..........................................................................................................................

...........................................................................................................................

............................................. ......................................................

(Tarikh) (Tandatangan & Cop)

Lampiran 1 – Borang permohonan

Bidang Tugas Jawatankuasa


Kelab Teknologi Maklumat

Jawatan Personalia Bidang Tugas


1. Penaung Guru Besar  Menjadi rujukan utama dalam
pengurusan kelab.
 Memantau perkembangan kelab
dari semasa ke semasa.
2. Pengerusi Penolong  Memastikan segala perancangan
Kanan aktiviti dan program kelab berjalan
Kokurikulum dengan teratur.
 Memastikan matlamat dan objektif
kelab tercapai.
 Bertindak sebagai pihak
perantaraan di antara sekolah
dengan ibu bapa serta masyarakat.
 Membimbing dan memberi galakan
kepada pelaksana bagi
meningkatkan lagi kecekapan guru.
3. Naib Pengerusi I & Guru  Bertugas sebagai ketua penyelaras
II Penasihat dan penyelia bagi semua kegiatan
kelab.
 Bertanggungjawab dalam
pengagihan tugas dalam kalangan
guru penasihat.
 Membantu pengerusi dalam memilih
dan menentukan perancangan dan
pelaksanaan aktiviti yang
bersesuaian dengan kelab di
sekolah.
4. Setiausaha Murid  Merekodkan dan
mendokumentasikan semua aktiviti
yang telah dijalankan oleh kelab.
 Mencatatkan minit mesyuarat dalam
kelab setiap kali bermesyuarat.
5. Bendahari Murid  Mengutip yuran dan menyimpan
rekod kutipan yuran.
 Menyimpan rekod perbelanjaan
yang digunakan oleh kelab.
6. Ahli Jawatankuasa Murid  Bertindak sebagai ketua kumpulan
yang menghubungkan guru
penasihat dan ahli-ahli kelab yang
lain.
Lampiran 2 – Bidang Tugas Jawatank

Borang Permohonan Keahlian


Kelab Teknologi Maklumat

Gambar
Nama: Berukuran
Pasport

No. KP:
Umur: tahun Tarikh Lahir:

Bangsa: Melayu Cina

India Lain-lain __________(sila nyatakan)

Agama: Islam Kristian

Buddha Lain-lain
Kelas: _____________ (sila nyatakan)

Alamat Surat Menyurat:

No. Tel:

Emel:

Nota
*Sila sertakan bayaran pendaftaran sebanyak RM25
Segala maklumat yang diisi
beserta 2 keping gambar berukuran passport.
*Sila isikan maklumat diri diruang yang disediakan menggunakan
adalah benar.
huruf besar.
__________________

Guru Besar, (Tandatangan Pemohon)


Sekolah Kebangsaan Sungai Kob,
09700 Karangan,
Kedah Darul Aman. Tarikh: ____________

Melalui:
Guru Penasihat/Pemimpin Jawatankuasa Kelab Teknologi Maklumat
Tuan,
Permohonan Menubuhkan Kelab Teknologi Maklumat Sekolah Kebangsaan Kepala
Batas

Saya dengan segala hormat dan takzimnya merujuk perkara di atas.

2. Dengan hormatnnya dimaklumkan bahawa saya, Mohammad Arif Aizat Bin Mohd
Tarmizi berdasarkan Peraturan (4) dalam Warta Kerajaan bertarikh 21 hb. Mei 1998
P.U.(A) 196 , yang berkait dengan Seksyen 130, Akta Pendidikan 1996 dengan ini
memohon untuk menubuhkan KELAB TEKNOLOGI MAKLUMAT mulai 1 April 2018.

3. Bersama-sama ini disertakan dengan kertas kerja mengenai penubuhan Kelab


Teknologi Maklumat.

4. Kerjasama daripada pihak tuan meluluskan permohonan ini amat dihargai dan
diucapkan terima kasih
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan tugas,

…………………………..
(Qamratul Ain Binti Qalish)
Setiausaha,
Jawatankuasa Kelab Teknologi Maklumat,
Sekolah Kebangsaan Sungai Kob.

You might also like