You are on page 1of 17

1.

0 PENGENALAN

Islam merupakan agama anutan ummah seluruh dunia. Ia menjadi pegangan serta asas
budaya hidup berbagai bangsa. Agama Islam ialah agama yang akhir diturunkan untuk
membimbing manusia ke jalan yang benar. Firman Allah s.w.t dalam al-Quran yang bermaksud:
“Sesungguhnya agama yang benar di sisi Allah ialah Islam” ( ayat 19 surah Al-Imran ).
Islam dikenali sebagai agama yang menyusun cara hidup yang meliputi aspek keimanan,
ibadah, muamala, sosial dan ekonomi. Seluruh kehidupan dan keperluan manusia disusun
secara lengkap oleh ajaran Islam.

Agama Islam ialah agama yang syumul (sempurna) berbanding agama lain yang pernah
diturunkan oleh Allah s.w.t. Apa beza agama Islam dengan agama lain? Tentu ada bezanya.
Dalam sekian banyak agama ada tiga agama yang disebut sebagai Agama Langit, iaitu Agama
Yahudi, Nasrani dan Islam. Ketiga-tiga agama ini ada kitab dan ada Rasulnya. Agama Islam
ialah agama yang akhir diturunkan kepada Nabi yang akhir iaitu Muhammad s.a.w dan kitab
terakhir iaitu al-Quran yang lebih sempurna daripada kitab-kitab sebelumnya. Menurut al-Quran,
Nabi Muhammad s.a.w diutuskan untuk semua manusia di akhir zaman, termasuklah umat
yang sebelum ini seperti agama Yahudi dan Nasrani walaupun mereka mempunyai kitab dan
rasul. Dalam surah Al-Maidah ayat 3 pula Allah telah berfirman, maksudnya :

“Dan Aku redha agama Islam itu menjadi agama kamu”.

Dan dalam surah Al-Imran ayat 85, Allah telah memberi amaran dengan firmanNya
bermaksud : “Dan barang siapa yang menganut agama lain dari agama Islam, tidaklah
sekali-kali akan diterima olah Allah daripadanya dan adalah ia pada hari qiamat termasuk
golongan orang yang rugi”

2.0 KONSEP ISLAM SEBAGAI AD-DIN

Untuk mengembalikan umat kepada Islam secara menyeluruh, ialah dengan cara
mengembalikan keseluruhan cantuman dasar yang dirakamkan dalam al-Quran dan dihuraikan
melalui sunnah Nabi Muhammad s.a.w ke dalam wadah landasan hidup ini iaitu menerusi
hakikat Islam sebagai ad-din wa ad-Daulah. Ia bukanlah semudah memperkatakannya. Kita
perlu menghayati wasilah dan perancangan yang terperinci serta memahami syariat Islam dari
segenap sudut. Kita perlu tabah dan patuh terhadap segala perintah Allah s.w.t. Oleh itu,
mengembalikan kefahaman umat tentang tasawwur Islam secara jelas, terperinci, berdasarkan

1
al-Quran dan sunnah merupakan wasilah yang paling baik untuk mengembalikan semula umat
kepada Islam.

2.1 PENGERTIAN ISLAM

Islam dari perkataan Arab bermula huruf alif, sin, lam, alif, mim, yang membawa
makna dari menurut bahasa ialah selamat, sejahtera atau kedamaian. Dari sudut istilah,
bermaksud taat, patuh, sejahtera dan kedamaian. Makna secara umumnya, Islam
merupakan satu prilaku atau tindakan dan amalan taat dan patuh kepada seluruh
perintah Allah melalui ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Secara
khususnya, Nabi Muhammad s.a.w pernah menjelaskan makna ‘Islam’ semasa
menjawab pertanyaan malaikat Jibrail. Sebagaimana maksud hadis tersebut seperti
berikut:

Sabda Nabi s.a.w : “Islam ialah mengucap kalimah syahadah; Aku bersaksi tiada
Tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya Nabi Muhammad itu Rasulullah ,mendirikan
solat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan ramadhan dan menunaikan haji jika
berkemampuan”.

Makna Islam dala istilah syarak pula ialah, pertama: Islam seperti dijelaskan oleh
Allah s.w.t sendiri dalam kitab al-Quran ialah ‘agama Allah’ iaitu agama dari sisi Allah
s.w.t. Kedua: Islam adalah satu cara hidup, peraturan yang mengatur hidup dan
kehidupan umat manusia dan menjadi dasar akhlak yang mulia yang dibawa oleh Nabi
Muhammad s.a.w untuk disampaikan kepada umat manusia dan bagi orang yang
mentaatinya diberikan pahala dan bagi orang yang mengingkarinya dikenakan seksa.
Ketiga : Islam bermakna mentauhidkan Allah s.w.t, patuh, tunduk dan jujur hati
kepadaNya serta beriman dengan pengajaran-pengajaran agama yang dibawa oleh
Nabi Muhammad s.a.w. Keempat : Agama Islam merupakan kumpulan peraturan yang
diturunkan oleh Allah s.w.t kepada RasulNya iaitu peraturan yang berbentuk
kepercayaan, akhlak, ibadat, muamalat dan sejarah yang terkandung dalam Al-Quran
dan Sunah RasulNya, serta diperintahkan Rasul itu untuk menyampaikan kepada umat
manusia. Kelima : Pengertian Islam secara umum dan menyeluruh seperti yang
digariskan oleh Islam sendiri ialah al-istislam lillah atau al Islam iaitu penyerahan diri
kepada Allah s.w.t.

2
2.2 PENGERTIAN AD-DIN

Pengertian Din Islam seringkali diterjemahkan sama dengan agama. Apabila


diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris pula, din selalu ditakrifkan sama dengan
perkataan religion. Hakikatnya, pengertian dan kandungan din bukan sama dengan
makna agama atau religion sebagaimana yang difahami oleh sejarah agama Barat. Din
ialah suatu perkataan yang khusus untuk Islam sahaja. Sebab itu, bila kita bercakap
berkenaan Islam, sebenarnya kita memahaminya sebagai din. jika kita memanggil
‘agama’ Islam, sebenarnya kita memahami agama itu dengan maksud din Islam yang
hakikatnya bukan seperti maksud ‘agama’ mengikut kamus Barat. Sebab itu, hakikat din
adalah segala ajaran daripada yang sekecil-kecilnya sehingga yang sebesar-besarnya,
meliputi semua aspek kehidupan manusia yang terkandung dalam al-Quran dan
Sunnah.

Din juga boleh ditakrifkan sebagai suatu cara hidup atau suatu suatu peraturan yang
bersifat integral. Din Islam adalah suatu peraturan yang mengatur hidup dan kehidupan
umat manusia dan menjadi dasar akhlak yang mulia, berdasarkan apa yang dibawa oleh
Nabi Muhammad s.a.w. bagi yang mentaati din ini diberikan oahala dan bagi orang yang
mengingkarinya dikenakan seksa. Hal ini bersesuaian degan firman Allah dalam surah
Al-Imran ayat 83 yang bermaksud :

“Dan barang siapa yang menjadikan selain Islam sebagai din maka tidaklah
akan diterima din itu daripadanya dan di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”.

Jika diperincikan asal usul perkataan din ini, terdapat empat maksud utama yang
dapat dikaitkan dengannya iaitu, keadaan terhutang, ketundukan, kecenderungan
semula jadi, dan kuasa kehakiman dan kebijaksanaan. Keempat-empat penampilan
konsep utama tersebut sebenarnya mempunyai makna yang cukup lengkap bagi
menterjemahkan maksud din daripada sudut akidah, syariah dan kandungan ajaran
Islam yang wujud di kalangan individu dan masyarakat Islam.

3
2.3 ISLAM SEBAGAI AD-DIN

Allah telah memberi pengakuan bahawa Islam adalah agama yang diredhaiNya dan
amat sesuai dijadikan panduan dan ikutan kepada manusia. Islam adalah agama yang
berbeza dengan agama-agama lain. Islam merupakan al-Din iaitu suatu cara hidup
manusia. Apabila Islam itu dinobatkan suatu cara hidup manusia, ini bermakna Islam
meletakkan beberapa garis panduan dan peraturan hidup dalam memandu kehidupan
manusia. Jadi, manusia hendaklah mengikuti budaya hidup Islam. Mana-mana budaya
atau cara hidup yang tidak diakui oleh Islam, maka cara hidup sedemikian adalah batil
dan tidak boleh menjamin kesejahteraan manusia di dunia dan akhirat. Begitu juga
dengan adat-adat yang diguna pakai oleh sebilangan masyarakat hari ini. Kalau adat-
adat yang diamalkan sejak nenek moyang kita itu menyeleweng dari landasan Islam,
maka adat-adat tersebut tidak boleh dipakai dan dilarang oleh Islam.

Bila Islam itu dijadikan cara hidup, adakah hidup kita ini mengikut Islam? Cuba kita
renung sejenak, adakah cara kita menguruskan diri kita, rumahtangga kita mengikut
Islam? Adakah hubungan sosial kita hari ini berpakaian Islam? Ini semua perlu kita kaji
balik untuk mendapat jawapan yang baik kerana jika berlaku kepincangan dalam
pengurusan kita ini bermakna cara yang kita gunakan adalah salah dan lari daripada
kehendak Islam.

Kita sudah Nampak mana-mana masyarakat yang ada di dunia hari ini yang tidak
meletakkan Islam sebagai cara hidup pastinya akan kucar-kacir, porak peranda,
terjerumus dalam kehancuran dan gagal meletakkan manusia dalam kesejahteraan.
Oleh yang demikian, sebagai muslim mukmin kepada Allah s.w.t, sewajarnya menerima
cara hidup Islam dalam mengatur corak hidup manusia. Alah s.w.t telah menegaskan
bahawa Dialah telah sempurnakan kepada umat manusia agama Islam sebagai cara
hidup manusia. FirmanNya yang bermaksud :

“Hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu iaitu Islam dan Aku
kurniakan nikmat kepada kamu dan Aku redha Islam itu agama kamu”. Surah al-
Maidah ayat 3

Sehubungan dengan itu, cara kita menguruskan diri kita, anak-anak kita serta
masyarakat dan sebagainya mestilah berjalan sejajar dengan prinsip hidup Islam.
Sebagai contoh, seorang suami yang juga ketua keluarga wajib memelihara ahli
keluarga dan mengajar agama Islam dan cara hidup Islam agar kita semua selamat di

4
akhirat nanti sebagaimana firman Allah s.w.t dalam Surah al-Tahrim ayat 6 yang
bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman peliharalah diri kamu dan ahli keluarga
kamu dari seksaan api neraka”.

Dalam pada itu, Islam telah memberitahu manusia bahawa suatu hari nanti mereka
akan dibangkitkan selepas mati untuk menerima pembalasan dari apa yang mereka
lakukan di dunia. Oleh yang demikian, Islam telah memberi pengakuan dan jaminan
bahawa manusia yang beragama Islam dan beriman dengan segala Rukun Islam dan
Rukun Iman akan mendapat nikmat syurga yang Allah s.w.t janjikan kepada manusia.
Pengikut-pengikut agama lain selain agama Islam tidak mendapat nikmat kebahagiaan
malah mendapat azab seksaan api neraka. Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat
25 yang bermaksud:

“Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan


beramal soleh sesungguhnya bagi mereka syurga yang mengalir di bawahnya
sungai-sungai………”

Justeru itu, Allah s.w.t mengutuskan Rasulullah s.a.w dengan bimbingan al-Quran
untuk menjadi panduan hidup manusia di mana Allah s.w.t tidak menzalimi manusia dan
makhlukNya tetapimanusia sendiri yang menzalimi diri sendiri. Dalam hubungan sosial
kita, Islam meletakkan asas-asas kukuh dalam pergaulan hidup manusia seharian.
Batasan-batasan pergaulan antara lelaki dengan perempuan telah digariskan oleh Islam
agar manusia tidak melakukan dosa dan melanggar syariat hukum Allah s.w.t. Sudah
jelas kepada kita, sekiranya pergaulan hidup kita dipengaruhi oleh budaya dan cara
hidup yang bertentangan dengan Islam contohnya cara hidup barat yang sesat , pasti
masyarakat yang mengikutnya menjadi macam mereka yang diikuti baik cara
berpakaian, cara bercakap, adab dan tingkah laku, muamalat, sosial dan
seumpamanya. Inilah yang terjadi kepada generasi kita hari ini yang terpengaruh
dengan cara hidup barat yang liar yang tidak dharuskan oleh Islam. Masalah gejala
sosial seperti zina, budaya lepak, anak luar nikah, maslah dadah, arak judi dan
sebagainya adalah berpunca daripada sikap tidak ingin menjadikan Islam sebagai cara
hidup serta tiada bimbingan hidup Islam.

Cuba kita lihat corak hidup Islam yang dipraktikkan oleh baginda s.a.w di Madinah.
Apabila masyarakat Madinah pada masa itu hidup dalam lingkukngan roh Islam dan

5
menjadikan Islam cara hidup manusia, maka kita dapati masyarakat itu hidup aman
damai, mentauhidkan Allah s.w.t, hidup bekerjasama, tidak wujud perkara-perkara yang
menyalahi peraturan Islam. Bahkan kalau ada perkara yang mungkar terus ditegah dan
dijatuhkan hukuman dengan tujuan mendapat keredhaan Allah s.w.t supaya di akhirat
kelak mendapat keampunan dan rahmat Allah s.w.t kerana kebahagiaan yang hakiki
ialah hidup manusia di akhirat.

Sebagai agama yang menjadi tunjang asas kehidupan manusia dan yang mencorak
kehidupan manusia, Islam telah menyatakan dan menerangkan sesuatu itu sama ada
halal atau haram. Ini bertujuan untuk mengelakkan manusia terjerumus dalam kehinaan.
Sabda Rasulullah s.a.w : “Sesungguhnya yang halal itu nyata dan haram itu nyata….”.
Kalau dibandingkan dengan ajaran-ajaran agama lain, ternyata jauh berbeza dengan
ajaran agama Islam dari segi hokum hakam, soal pergaulan hidup masyarakat. Ajaran
agama yang lain tidak menekankan soal halal dan haram. Sebagai contooh, riba,
rasuah, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, soal makan minum dan
sebagainya tidak ada undang-undang yang boleh memberi manfaat kepada manusia.
Islam menetapkan sesuatu itu halal atau haram kerana Islam ingin menyelamatkan
akidah manusia daripada terjerumus ke lembah kehinaan dan dosa yang tidak dapat
membawa manusia mencari jalan yang benar.

Maka jelaslah apa yang disyariatkan oleh Islam adalah semata-mata untuk
membawa manusia hidup sejahtera dan kita selalu berdoa siang dan malam untuk
kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

“Dan di antara mereka yang berkata, wahai Tuhanku, kurniakanlah kami


kebaikan di dunia dan di akhirat dan lindungilah kami dari seksaan api neraka”.
Surah al-Baqarah ayat 201.

Cara hidup yang dianjurkan oleh Islam adalah yang tebaik dan terindah yang tiada
tolok bandingnya dengan ajaran-ajaran agama lain.

Semasa zaman jahiliyyah dahulu, kita dapati masyarakat hidup dengan tiada nilai-
nilai murni, tiada kesejahteraan hidup, tiada jaminan untuk mengecap kebahagiaan,
hidup dalam ketakutan, huru hara, maksiat berleluasa dan sebagainya. Ini berlaku
adalah kerana tidak ada panduan hidup yang hakiki dan setiap puak ada undang-
undang tersendiri yang boleh dipinda-pinda mengikut hawa nafsu mereka. Apabila
datang agama Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w, Islam mengubah corak hidup

6
manusia kepada cara hidup berasaskan agama Islam yang meletakkan asas akidah
kepada Allah s.w.t dan akhlak Islam sebagai pakaian hidup orang Islam.

Islam menyatakan bahawa semua manusia sama sahaja kecuali orang yang beriman
dan bertakwa kepada Allah s.w.t sebagaimana firmanNya dalam surah al-Hujurat ayat
13 yang bermaksud :

“Sesungguhnya yang paling mulia antara kamu di sisi Allah s.w.t ialah yang
bertakwa”.

Islam mengatur hidup manusia dengan penuh bijaksana dan penuh keadilan,
mengajar manusia nilai-nilai mulia, mengharamkan penindasan, mengharamkan
maksiat, mengharamkan syirik kepada Allah s.w.t, menyarankan hidup bersatu padu,
tolong menolong dan mewujudkan masyarakat madani yang murni yang mendapat
hidayah Allah s.w.t.

2.4 KEISTIMEWAAN DIN ISLAM

Agama Islam mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dan tidak terdapat pada agama
lain kerana:

2.4.1 Agama Islam daripada Allah s.w.t.


Agama Islam datangnya daripada Allah s.w.t. Allah sendiri yang membuat
peraturan hokum hakam supaya manusia hidup selamat di dunia dan di akhirat.
Agama Islam diturunkan Allah s.w.t melalui malaikat Jibril kepada Nabi
Muhammad s.a.w untuk umat manusia seluruhnya.

2.4.2 Ajaran Islam sempurna dan adil


Ajaran Islam yang datangnya daripada Allah s.w.t sudah pasti lengkap meliputi
segala urusan duniawi dan ukhrawi. Tiada suatu pun yang tertinggal daripada
ajaran Islam. Islam juga menitikberatkan aspek keadilan. Keadilan Islam tidak
terpengaruh dengan keluarga, sahabat handai, kawan, lawan dan yang
seumpamanya kerana keadilan Islam adalah menyeluruh. Firman Allah s.w.t
dalam surah al-Maidah ayat 8 yang bermaksud :
“Wahai orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa
menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan

7
kebenaran dan jangan sekali-kalikebencian kamu terhadap sesuatu kaum
mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu
berlaku adil kerana sikap adil itu, lebih hamper kepada takwa. Dan
bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan
mendalam akan apa yang kamu lakukan”.

2.4.3 Hukum Islam lengkap dan sempurna


Kelengkapan hukum Islam ini adalah kerana segala hokum dan peraturannya
datang daripada Allah s.w.t. Hukum hakamnya bukan merupakan hokum
ciptaan manusia yang banyak mempunyai kekurangan sebagaimana sifat
manusia juga.

2.4.4 Agama Islam adalah agama yang ‘alamiah (sejagat)


Islam diturunkan oleh Allah s.w.t kepada semua jenis manusia sama ada umat
yang berbangsa Arab atau umat yang tidak berbangsa Arab. Islam diturunkan
tidak terbatas kepada waktu tertentu, generasi tertentu, batasan geografi
tertentu malah ia diturunkan kepada semua manusia sehingga ke hari kiamat.
Ajaran Islam tidak akan berubah sekalipun berlaku perubahan masa dan
tempat, ajarannya tetap sesuai untuk dipraktikkan bagi semua masa dan
tempat.

2.4.5 Ajaran Islam berkesinambungan


Ajaran Islam mempunyai kesinambungan antara seorang Rasul dengan Rasul
yang lain, mengajak manusia menyembah Allah s.w.t, mentauhidkan Allah s.w.t
dan menyeru manusia supaya menjauhkan diri daripada melakukan perbuatan
syirik dan menjauhkan diri daripada taghut.

2.4.6 Ajarannya senang dan tidak payah


Ajaran yang disampaikan oleh Rasul semuanya sesuai dengan fitrah kehidupan
manusia dan tidak ada sesuatu yang tidak ssesuai. Mengenai ibadat, ia boleh
dilakukan di mana-mana sahaja. Peraturan pakaian yang diwajibkan kepada
lelaki dan perempuan bertujuan untuk melindungi maruah dan batang tubuh
manusia daripada dipertontonkan oleh orang yang bukan muhrimnya.

8
2.5 KEISTIMEWAAN ISLAM
Islam merupakan agama yang paling istimewa dan praktikal dengan kehidupan
manusia dan menepatikehendak naluri sifat semulajadi manusia. Keindahan dan
keistimewaan Islam dapat dilihat pada beberapa aspek menjadikan Islam itu sebagai
ad-Din yang menjadi dasar kehidupan umat manusia.

2.5.1 Rabbaniyah ( ketuhanan )


Rabbaniyah bermakna Islam yang merangkumi hokum hakam, konsep, prinsip
dan nilai-nilai peraturan hidup manusia adalah mutlak milik Allah s.w.t. Islam
agama Allah s.w.t dan agama-agama yang lain tidak diterima oleh Allah s.w.t
sebagaimana firmanNya yang bermaksud :
“Sesungguhnya agama yang diredhai Allah s.w.t adalah agama Islam”
(Surah Al-Imran ayat 19)
FirmanNya lagi yang bermaksud :
“Sesiapa yang mencari agama selain daripada agama Islam maka dia
termasuk dalam golongan mereka yang rugi di akhirat nanti” (Surah al-
Imran ayat 85)
Islam dicipta oleh Allah s.w.t manakala agama –agama lain adalah hasil ciptaan
idea dan falsafah serta pandangan manusia. Sesiapa yang menganut agama
lain adalah sesat.

2.5.2 Waqi’iyyah ( realiti dan praktikal )


Waqi’iyyah bermaksud ajaran Islam adalah bersifat praktikal dan sesuai
diamalkan dalam kehidupan manusia. Apa-apa persoalan yang ditimbulkan
oleh manusia yang bersangkut paut dengan kehidupan mereka dapat
diselesaikan oleh Islam melalui ajaran-ajarannya yang benar lagi tepat.
Misalnya, bagi menyelamatkan nasab dan keturunan manusia Islam
menyarankan berumah tangga dan mengharamkan zina serta meletakkan
hokum rejam atau sebat bagi penzina dengan tujuan menjaga kehormatan
manusia. Ajaran Islam tidak ada kesangsian dan syak wasangka pada
kebenaran dan pelaksanaannya. Segala peraturan yang dibuat oleh Islam
sama ada ibadat, sosial, pentadbiran dan seumpamanya adalah begitu indah
dan menepati kehendak manusia.

9
2.5.3 Syumuliyyah ( lengkap )
Syumuliyyah bermakna bahawa Islam itu lengkap dan sempurna malah tiada
cacat celanya yang merangkumi segala aspek kehidupan manusia. Segala apa
yang diterangkan oleh Islam adalah benar dan nyata belaka. Segala apa yang
dihadapi oleh manusia semuanya terdapat penyelesaian dalam al-Quran sedikit
pun tidak ditinggalkan. Allah s.w.t mengetahui kehendak dan kekurangan
manusia, maka dengan sebab itulah manusia diberi peraturan hidup yang
mampu memenuhi keperluan manusia.

2.5.4 Alamiyyah ( universal )


Alamiyyah bermaksud ajaran Islam adalah sesuai untuk semua manusia
tanpa mengira bangsa, keturunan, warna kulit, tempat dan zaman. Alamiyyah
Islam membawa keadilan sejagat kepada seluruh alam terutamanya manusia.
Keadilan Islam bukan hanya terbatas kepada individu, puak, keturunan, warna
kulit dan sempadan , malah keadilan Islam adalah alamiyyah iaitu menyeluruh.
Ini terbukti apabila Rasulullah s.a.w telah menolak diringankan hukuman potong
tangan ke atas Fatimah binti al-Aswah seorang wanita golongan bangsawan
Bani Makhzum yang telah mencuri. Demikian juga diriwayatkan bahawa
baginda sendiri akan memotong tangan anaknya Fatimah sekiranya dia
mencuri. Sudah jelas dan amat nyata sekali kepada kita bahawa Islam itu
adalah agama yang indah dan memenuhi kehendak manusia.

2.5.5 Tawazun dan wasatiyyah ( seimbang dan sederhana )


Tawazun merujuk kepada mengambil sesuatu keputusan atau tindakan
secara di tengah-tengah di antara dua aspek tanpa ada pengaruh atau
kecenderungan kepada mana-mana aspek tersebut di samping tidak melanggar
hak aspek yang bertentangan dengannya. Sebagai contoh aspek-aspek yang
bertentangan ialah rabbaniyyah dan insaniyyah, kerohanian dan kebendaan,
akhirat dan dunia, wahyu dan akal, masa lalu dan masa kini serta seumpama
dengannya. Justeru, keseimbangan tersebut boleh dilihat apabila memberi
kepada setiap aspek tersebut serta menyerahkan haknya dengan saksama dan

10
al-Qistas al-Mustaqim ( timbangan yang lurus ), tanpa kurang dan lebih, tanpa
melampaui batas dan kurang dari yang sewajarnya.
Wasatiyyah atau sikap bersederhana merupakan salah satu daripada
ajaran yang diterapkan oleh Islam kepada umat Islam seluruhnya yang
merangkumi segenap aspek kehidupan kita. Tidak terlalu melampau dan tidak
pula terlalu mengambil mudah akan sesuatu perkara atau urusan. Oleh itu,
Islam merupakan satu agama yang sederhana dan memerintahkan agar umat
Islam pun turut besederhana dalam kehidupan seharian mereka.

3.0 CONTOH AKTIVITI KEHIDUPAN HARIAN YANG SESUAI DENGAN KONSEP AD-DIN

Antara contoh aktiviti kehidupan harian yang sesuai dengan konsep ad-Din ialah dengan
sentiasa mengamalkan amal makruf nahi mungkar dalam kehidupan sehari-hari iaitu dengan
mengerjakan suruhan Allah s.w.t dan meninggalkan laranganNya. Seseorang yang hidup
dengan konsep ad-Din akan sentiasa istiqamah dalam menunaikan rukun Islam dan rukun
Iman. Dia juga akan sentiasa menjauhi diri daripada melakukan kemungkaran seperti mencuri,
berzina, berjudi, mengumpat dan seumpamanya. Umat Islam yang mengamalkan konsep ad-
Din dalam kehidupan seharian akan sentiasa mengajak orang yang mereka sayangi untuk
sentiasa melakukan suruhan Allah s.w.t dan meninggalkan laranganNya. Mereka akan sentiasa
nasihat-menasihati untuk sentiasa beringat dalam mengejar hidup di dunia ini.

Selain daripada itu, anak-anak sentiasa melakukan kebaikan dan berjasa kepada dua ibu
bapa. Lebih utama lagi ketika mereka telah tua, uzur dan lemah. Mereka tidak mengeluarkan
tutur kata yang kasar dan menyinggung perasaaan kedua-dua ibu bapa mereka. Anak-anak
juga sentiasa menunjukkan kasih sayang, lemah lembut, kesabaran, syukur dan mesra kepada
keduanya. Dengan berteraskan Islam sebagai ad-Din, anak-anak sentiasa berusaha mengatasi
segala kerumitan dan kesusahan ibu bapa mereka dan tidak melakukan sesuatu yang boleh
menambahkan kekusutan mereka. Keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan ibu bapa.

Pandai menguruskan masa dalam kehidupan sehari-hari merupakan ciri-ciri umat Islam
yang hidup berkonsepkan ad-Din. Islam adalah agama yang meletakkan pengurusan masa
sebagai teras kecemerlangan. Ibadat dalam Islam amat berkait rapat dengan masa. Orang
cemerlang di dunia dan terbilang di akhirat adalah orang yang mencontohi baginda dalam
menguruskan masa seharian. Rasulullah s.a.w tidak akan membiarkan masa berlalu begitu
sahaja tanpa peningkatan mutu pekerjaan. Baginda mengingatkan bahawa masa adalah

11
amanah yang akan dipersoal kelak pada hari kiamat. Individu yang pandai menguruskan
masanya akan sentiasa melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan secara automatiknya
akan sentiasa meninggalkan larangan Allah s.w.t seperti melakukan solat wajib tepat pada
masanya, membaca buku-buku ilmiah, menghadirkan diri ke majlis ilmu dan seumpamanya.

Seterusnya, sentiasa mengimarahkan masjid juga merupakan aktiviti kehidupan harian


yang berkonsepkan ad-Din. Dengan berteraskan Islam sebagai cara hidup, umat Islam sentiasa
membina dan memelihara masjid di kawasan mereka, malah sentiasa mengimarahkan masjid
sebagai tempat yang suci dan penuh baraqah bagi umat Islam. Antara contohnya, dengan
menunaikan solat berjemaah di masjid, mengadakan ceramah agama di masjid, melakukan
aktiviti yang berfaedah di masjid. Dengan adanya aktiviti-aktiviti tersebut, masyarakat setempat
juga dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara mereka dan membentuk perpaduan yang
kukuh antara mereka. Bukan sahaja tempat untuk beribadat, masjid juga dapat dijadikan
sebagai madrasah untuk menuntut ilmu. Dengan itu, masjid akan sentiasa bercahaya dan
sekaligus dapat menarik lebih ramai umat Islam untuk pergi ke masjid.

Masyarakat yang hidup dengan konsep ad-Din sentiasa bantu membantu dalam kehidupan
seharian mereka. Tiada unsur penindasan golongan yang kaya menindas golongan yang
miskin. Malah, mereka akan sentiasa membantu golongan yang serba kekurangan dan
menghadapi kesusahan. Masyarakat tersebut juga akan sentiasa menunaikan fardhu kifayah
sebagaimana yang diseru oleh Nabi Muhammad s.a.w kepada umatnya. Masyarakat yang
mempunyai cita-cita yang tinggi dan berjiwa besar, masyarakat yang teguh dan kukh dengan
nilai moralnya yang tinggi, juga dengan ideology dan akidah yang baik, masyarakat yang aman
dan makmur, bahagia dan sejahtera akan tercapai sebagai konsep fardhu kifayah yang
mencerminkan hidup bermasyarakat dalam Islam jika masyarakat sentiasa melakukan aktiviti
harian mereka berkonsepka ad-Din.

Dengan berkonsepkan Islam sebagai ad-Din, umat Islam juga sentiasa menjaga batas-
batas dalam perniagaan. Seorang peniaga Islam akan sentiasa jujur dalam urusan jual beli
setiap hari. Allah Maha Melihat apa yang mereka sedang lakukan. Tiada unsur rasuah dan riba
dalam perniagaan mereka. Para peniaga juga sentiasa mengamalkan kebersihan dalam
perniagaan mereka iaitu dengan sentiasa menjaga kebersihan premis tempat mereka berniaga
dan menjaga barang-barang jualan mereka serta sentiasa memastikan halal haram barang
jualan mereka. Contohnya seperti seorang peniaga ayam akan sentiasa menjaga kebersihan
tempat penyembelihan, tempat mencuci ayam, serta premis tempatnya berniaga, dan yang

12
paling penting ayam disembelih dengan cara Islam untuk memastikan ayam itu halal untuk
dimakan.

4.0 IMPLIKASI AKTIVITI KEHIDUPAN YANG TIDAK SESUAI DENGAN KONSEP AD-DIN
Terdapat implikasi yang berlaku jika aktiviti kehidupan tidak sesuai dengan konsep ad-
Din. Ianya memberi kesan kepada individu, keluarga, masyarakat dan negara. Antara
implikasi yang akan berlaku jika kehidupan yang tidak berkonsepkan ad-Din ialah :

4.1 Individu
Seseorang insan yang dilahirkan di dunia yang fana ini ibarat sesuci kain putih
yang tiada kotorannya, ianya terpulang pada seseorang individu itu bagaimana dia
hendak mencorakkan kehidupannya. Jika dia memiih untuk hidup dengan konsep
Islam sebagai ad-Din, maka kehidupannya akan selamat serta diberkati hingga ke
akhir hayatnya. Namun, jika dia tidak memilih Islam sebagai ad-Din, maka rugilah
kehidupannya. Individu yang mempunyai aktiviti kehidupan yang tidak sesuai
dengan konsep ad-Din akan sentiasa melakukan perkara yang dilarang oleh Allah
s.w.t. Contohnya, melakukan maksiat, mencuri, mengumpat, membunuh dan
seumpamanya. Individu yang mencorakkan dirinya dengan akhlak yang tidak baik
dan perkara-perkara negatif akan dipandang hina dan dicemuh oleh masyarakat
sekeliling malah Allah s.w.t dengan sesiapa sahaja yang melakukan laranganNya.
Selain itu, individu yang hidup dengan tidak berkonsepkan ad-Din juga tidak
dapat menguruskan masanya dengan baik. Kata pujangga, masa adalah emas
kerana terlalu berharga. Masa tiada galang ganti yang setara malah masa tidak
boleh dibeli dan dijual. Andai seseorang gagal untuk merancang dan memikirkan
pengurusan masa, pedang masa itu akan memancung dan memotong serta
menghancurkan lumatnya kehidupan seseorang itu. Seseorang yang tidak pandai
menguruskan masa akan sentiasa melengah-lengahkan masanya dalam beribadat
dan sentiasa melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah. Individu itu akan
sentiasa meluangkan masanya dengan aktiviti yang tidak bermanfaat dan tidak
disukai oleh Allah s.w.t. Contohnya seperti, mengumpat seseorang, lepak di pusat-
pusat hiburan, meninggalkan majlis-majlis ilmu dan sebagainya. Seseorang individu
akan sentiasa dalam keadaan rugi kerana sering melakukan perkara yang dilarang
oleh Allah s.w.t dan meninggalkan suruhanNya.

13
Seterusnya, individu tersebut juga tidak mempunyai cara dan gaya hidup
tersendiri dan istimewa yang membezakannya dengan individu yang lain. Seorang
individu itu juga tergamak untuk membiarkan dirinya tidak kemas, tidak terurus,
gaya yang buruk, keadaan yang kotor, tidak mempedulikan aspek lahiriah dan
memakai pakaian yang busuk dan kotor. Semua ini sangat dibenci dan dilarang
dalam Islam. Ini kerana, bentuk, gaya, fesyen yang teratur kemas dan indah
melayakkan dirinya memegang amanah Allah s.w.t. Dia juga tidak mengendahkan
soal halal haram makanan yang dimakannya malah pakaiannya sekalipun. Individu
yang hidup tidak berkonsepkan ad-Din akan tidak mempedulikan sumber
makanannya haram atau halal, cara pengendalian makanan, malah hanya sekadar
makan apa sahaja yang dihidangkan. Selain itu, dia juga tidak menjaga kesihatan
tubuh badannya dengan mengamalkan pemakanan yang tidak sihat dan bersih
malah tamak dan pelahap ketika makan.
Kesan aktiviti yang tidak sesuai dengan konsep ad-Din juga menyebabkan
seseorang individu itu akan dibenci oleh Allah dan masyarakat sekeliling. Ini kerana
dia sentiasa melakukan perkara yang dilarang oleh Allah s.w.t. Derhaka kepada ibu
bapa adalah perkara yang paling dibenci oleh Allah s.w.t. Sepertimana seruan Allah
yang menuruh kita berbuat baik kepada kedu-dua ibu bapa kita. Redha Allah
terletak dengan adanya redha ibu dan ayah. Individu yang tidak mengamalkan
konsep ad-Din dalam hidupnya akan menganggap ibu bapa sebagai beban. Mereka
juga tidak menghormati ibu bapa serta melawan kata-kata nasihat daripada
keduanya. Ada sebilangannya yang menghantar ibu bapa mereka ke rumah-rumah
orang tua kerana tidak mampu menjaga mereka disebabkan sentiasa sibuk dalam
mengejar kemewahan dunia.

4.2 Keluarga
Keluarga memainkan peranan yang sangat penting kerana dari institusi
kekeluargaanlah kebahagiaan dan keharmonian sesuatu masyarakat itu terbentuk.
Dengan tiada ad-Din sebagai konsep hidup, institusi kekeluargaan akan runtuh
menyebabkan hilangnya kebahagiaan dan keharmonian yang dialami oleh sesuatu
masyarakat. Ibu bapa yang sering mengutamakan kerjaya akan mengabaikan anak-
anak mereka. Ini akan menyebabkan anak-anak mereka akan sering terpengaruh
dengan perkara-perkara yyang tidak baik di luar sana. Puncanya adalah kerana
tiada perhatian mahupun pantauan daripada ibu bapa. Anak-anak remaja akan

14
sering terpengaruh dengan rakan-rakan mereka untuk melakukan benda yang tidak
berfaedah. Cntohnya seperti lepak, ponteng sekolah, pergaulan bebas antara lelaki
dan perempuan dan seumpanya.
Selain itu juga, keluarga juga akan dipandang hina oleh masyarakat sekeliling.
Ibu bapa yang alpha dalam mengejar duniawi akan gagal dalam mendidik anak-
anak mereka. pergaulan bebas yang berlaku dalam remaja sekarang ini akan
meningkatkan kes-kes pembuangan bayi, anak luar nikah dan sebagainya.
Sekaligus, perkara-perkara seperti ini akan menyebabkan sesebuah keluarga itu
akan dipandang serong oleh masyarakat sekeliling malah kehidupan mereka akan
sentiasa kucar kacir.
Seterusnya, sesebuah keluarga itu akan menjadi porak poranda jika tidak
mengamalkan konsep ad-Din dalam kehidupan sehari-hari. Pelbagai masalah akan
timbul jika tidak bersandarkan Islam sebagai cara hidup. Kecurangan dalam rumah
tangga juga akan berlaku. Ketiadaan masa bersama keluarga akan sedikit demi
sedikit menghilangkan rasa kasih sayang dalam hubungan suami isteri. Suami isteri
sentiasa sibuk dengan kerja masing-masing tanpa ada masa berkualiti dan ini
sekaligus akan menyebabkan berlaku curang dalam rumah tangga serta berlakunya
kemaksiatan. Akibat daripada kewujudan ketidakharmonian dalam rumah tangga
dalam kekeluargaan, sesebuah keluarga pastinya akan berlaku penceraian. Ini akan
menjadikan masa depan anak-anak akan terbiardan tidak terpelihara, seterusnya
hilang tempat bergantung dan bermanja. Kesannya, berlakunya masalah-masalah
sosial yang lain seperti budaya lepak, ketagihan dadah, pelacuran, perjudian dan
sebagainya.

4.3 Masyarakat

Jatuh bangunnya sesuatu negara, agama dan bangsa pada masa kini ialah
dengan bagaimana kehidupan masyarakat di dalamnya. Kehidupan yang tidak
sesuai dengan konsep ad-Din akan menyebabkan sesuatu masyarakat itu akan
porak peranda, berpecah belah dan tidak bersatu padu. Ini adalah kerana perasaan
buruk dan prasangka yang wujud dalam masyarakat serta sifat saling curiga
mencurigai yang sentiasa bertahta di hati mereka. Masyarakat yang tidak bersatu
padu juga akan menyebabkan tempat tinggal mereka sentiasa mundur dari tempat-
tempat lain. Sebagai contoh, penduduk kampung yang tidak menghormati ketua

15
kampung serta tidak suka dengan apa-apa yang dibuat oleh ketua kampung akan
menyebabkan kampung tempat mereka tinggal akan lebih mundur dari kampung-
kampung yang lain.

Selain itu juga, sesuatu masyarakat itu akan dipandang hina oleh masyarakat
lain kerana kemundurannya. Masyarakat yang tidak mengamalkan nilai kerjasama,
tolong menolong, bantu membantu akan menyebabkan masyarakat lain
memandang serong dengan masyarakat itu serta tidak mahu bekerjasama dengan
mereka dalam apa jua perkara yang berkaitan dengan aktiviti kemasyarakatan.
Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan juga akan berlaku jika tiada sifat
peduli dalam diri mereka. Sikap yang tidak mengendahkan hal-hal masyarakat
sekeliling akan menyebabkan perkara-perkara mungkar berlaku. Contohnya seperti,
maksiat, perjudian, kecurian dan sebagainya.

4.4 Negara

Akhir sekali, aktiviti kehidupan yang tidak sesuai dengan konsep ad-Din juga
akan memberikan impak yang negative kepada negara. Keadaan negara akan
menjadi kucar kacir sekaligus dipandang hina oleh negara-negara lain. Hal ini
disebabkan oleh wujudnya masyarakat yang tidak bersatu padu dalam sesebuah
negara itu. Selain daripada itu, pelbagai perkara-perkara yang tidak baik berlaku
dalam negara, contohnya rasuah yang berleluasa mengakibatkan negara
mengalami kemunduran dalam aspek ekonomi mahupun politik. Dengan berlakunya
amalan rasuah, negara akan sentiasa dibelenggu dengan pelbagai masalah.

5.0 PENUTUP

Kesimpulannya, Islam sahajalah agama yang sah, agama yang sebenarnya di sisi Allah
s.w.t dan agama yang Allah s.w.t redha. Oleh itu,tidak seharusnya kita mencari agama selain
daripada Islam. Ianya wajar kita pelajari dan fahami secara mendalam agar segala kekeliruan
dapat dibendung. Islam menghendaki supaya seluruh ummah di dunia ini selamat dan
sejahtera. Oleh itu, marilah kita menhayati dan beramal dengan ajaran Islam. Semoga
kehidupan kita mendapat keredhaan di sisi Allah s.w.t.

16
6.0 BIBLIOGRAFI / RUJUKAN

Buku

Ahmad Mohd Salleh, Mohd Farid Hafidz Ahmad (2008), Islam Agama Rabbani Dasar
Pendidikan Islam Teras, Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Mardzelah Makkhsin (2003), Pendidikan Islam,PTS Publications & Distributor Sdn Bhd.

Ahmad b. Mohd Salleh (2001), Pendidikan Islam Asas Dinamika Guru Jilid I, Penerbit Fajar
Bakti Sdn Bhd.

Shopuan Anuar Ahmad (2004), Apa Perlunya Tuhan & Agama, PTS Publications &
Distributors Sdn Bhd.

Ramli Awang (2008), Dialog Antara Agama dari Perspektif Al-Quran, Universiti Teknologi
Malaysia.

Dr. Yusuf Al-Qardawi (1985), Iman Dan Kehidupan, Dewan Pustaka Fajar.

Dr. Haron Din (2002), Manusia Dan Islam Jilid Satu, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dr. Haron Din (2003), Manusia Dan Islam Jilid Dua, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sjafruddin Prawiranegara (2009), Islam Sebagai Pedoman Hidup, Pustaka Jaya.

Ahmad B. Mohd Salleh(2002), Pendidikan Islam Asas Dinamika Guru Jilid 2, Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd

Internet
http://www.ipislam.edu.my/index.php/artikel/read/1114/CARA-HIDUP-ISLAM-P1
http://ww1.kktk.edu.my/v4/images/pi/nota/TOPIK%201-%20TASAWWUR%20ISLAM.pdf

17

You might also like