You are on page 1of 4

1.1.1   Apa Itu Didik Hibur ?

Didik Hibur bemaksud mendidik sambil menghibur. Kamus Dewan (2000) mentakrifkan
didik sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar, manakala hibur bermaksud
menyenangkan atau menggirangkan hati. Rumusannya didik hibur merupakan satu
pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat santai dan
berhibur dengan penekanan pelaksanaannya terhadap empat komponen asas iaitu
nyanyian, bercerita, lakonan, puisi dan lain-lain aktiviti sokongan. Oleh itu, keseronokan
murid secara total dalam mempelajari sesuatu subjek itu akan dapat direalisasikan
secara terancang dan bersistematik.

1.1.2       Ciri-Ciri Didik Hibur

i) Sesi pembelajaran yang menyeronokkan kerana terkandung unsur kelakar,


kecindan, ada unsur estetik, permainan muzik, lakonan dan sebagainya.
ii) Mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan murid kepada guru.
Seperti yang dijelaskan sebelum ini didik hibur berkonsepkan santai dan
berhibur. Justeru murid-murid sentiasa berada dalam keadaan pembelajaran
yang positif dan tertunggu - tunggu untuk melalui sesi pembelajaran pada hari
berikutnya.
iii) Sesi pembelajaran yang penuh dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan
pelbagai. Menerusi aktiviti nyanyian dan lakonan umpamanya, murid-murid
boleh main peranan dengan menyertai aktiviti tersebut sambil berhibur. Yang
penting, arahan guru perlu jelas dan ringkas di samping penggunaan ICT dan
BBM untuk menarik penglibatan murid terhadap pengajaran dan pembelajaran.
iv) Objektif aktiviti cenderung kepada pelbagai cara penyelesaian masalah dan
kepelbagaian cara persembahan yang tiada unsur kalah atau menang, tiada
ganjaran atau dendaan serta latihan dan penggunaannya menjurus kepada
aktiviti berbahasa.
v) Salah atau tidak bukan matlamat aktiviti didik hibur, tetapi yang penting berjaya
melibatkan seramai mungkin murid dan aktivitinya bersahaja dan santai.
vi) Aktiviti yang dipilih lebih menjurus kepada aktiviti berkumpulan atau
berpasangan supaya wujud semangat kerja berpasukan, kerjasama dan
toleransi.
vii) Murid bebas bersuara, mengeluarkan pendapat dan idea secara logik tetapi
terkawal untuk memberikan satu persembahan yang menarik.
viii) Murid bebas untuk bergerak, berlakon, menyanyi dan sebagainya tetapi
terkawal.
ix) Aktiviti didik hibur banyak menggunakan komunikasi melalui bahasa tubuh.

1.1.3   Bagaimana Pelaksanaannya ?

Didik hibur dilaksanakan secara penyerapan dalam pengajaran sesuatu subjek


dengan berfokuskan kepada aktiviti mengguna dan memahami penyerapan sesuatu
keadaan.  Penyerapan ialah proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu, nilai, murni,
dan kemahiran bernilai tambah yang dipelajari semasa pengajaran dan pembelajaran
(Kementerian Pendidikan Malaysia 2001). Terdapat empat unsur penyerapan sedia ada
dalam pengajaran dan pembelajaran, iaitu:

i)              Pelbagai bidang ilmu serta tema,

ii)             Semangat kewarganegaraan dan nilai murni masyarakat Malaysia,

iii)            Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, dan kemahiran bernilai tambah.

Didik hibur termasuk dalam penyerapan jenis pertama iaitu penyerapan pelbagai bidang
ilmu serta tema. Dalam modul ini, penyerapan bermaksud proses menyerapkan ilmu
melalui pelbagai aktiviti secara santai dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu
subjek di sekolah rendah dan menengah.

1.1.4       Objektif Didik Hibur

Terdapat tiga objektif pelaksanaan pendekatan didik hibur dalam pengajaran di sekolah
rendah dan menengah, iaitu:

i) Mengguna dan memahami sesuatu pelajaran secara didik hibur;


ii) Mengguna dan memahami bahasa yang indah atau bahasa badan
dalam aktiviti; dan
iii) Mengguna dan memahami sesuatu kemahiran yang ditunjukkan
secara didik hibur.

1.1.5       Apa Itu Bahasa Badan ?

Bahasa badan juga dikenali bahasa gerak badan merupakan sebahagian daripada
proses komunikasi dan ia berperanan menunjukkan sebarang reaksi dalam
menunjukkan sesuatu aktiviti sama ada positif ataupun negatif. Ia boleh membabitkan
apa jua anggota badan seperti mata, kening, bibir, tangan ataupun lengan.
Walaubagaimanapun pengguna perlu beringat ketika melakukan gerak badan bagi
mengelakkan reaksi tidak selesa. Dalam konteks didik hibur bahasa badan merupakan
‘bahasa gerak badan’ yang digunakan untuk meningkatkan keberkesanan penyampaian
ketika menjalankan aktiviti.

1.1.6       Faktor Kejayaan Pelaksanaan Didik Hibur

a.     Guru

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah guru adalah segala-
galanya (Pullias & Young 1982), yang akan menjalankan pelbagai peranan dalam bilik
darjah (Syed Lutfi 1994). Ini bermakna kejayaan sesuatu sesi pengajaran dan
pembelajaran itu adalah terletak kepada kebijaksanaan guru sebagai pengurus dan
perancang pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Sebagai guru, beberapa
perkara berikut perlu dipatuhi, iaitu:

i) Perwatakan guru yang menarik, kecindan, tidak menakut atau menggerunkan


murid-murid.
ii) Bahasa yang digunakan sesuai dengan tahap murid.
iii) Guru tidak menjatuhkan air muka atau memalukan murid di khalayak.
iv) Guru seorang pengurus atau penganjur aktiviti yang baik.
v) Sepatutnya guru boleh melakonkan pelbagai watak dalam pelbagai aktiviti.
vi) Guru boleh membuat pelbagai suara.
vii) Boleh memberi arahan dengan tepat dan menarik.
viii) Seorang yang prihatin dan peka serta tajam daya pemerhatian.
ix) Guru berkebolehan menukar atau melakukan penyesuaian mendadak, dan
x) Guru atau fasilitator seorang yang fleksibel.

b.    Aktiviti

Kejayaan didik hibur secara kerkesan bergantung kepada aktiviti yang dirancang.
Walau bagaimanapun terdapat beberapa ciri yang perlu diambil kira oleh guru semasa
merancang aktiviti didik hibur dalam bilik darjah, iaitu:

i) Aktiviti perlu disesuaikan dengan tahap murid yang hendak diajar.


ii) Jalankan aktiviti yang murid-murid sedia ketahui berdasarkan silang budaya
yang sama.
iii) Penyerapan didik hibur memerlukan tempoh pelaksanaan dan peruntukan
masa pembelajaran yang sesuai atau waktu yang fleksibel.
iv) Aktiviti didik hibur boleh dilaksana, dijalan dan diselesai bersama murid-murid
tanpa ada banyak masalah atau halangan.
v) Aktiviti yang dipilih tidak menjurus ke arah permusuhan atau konflik antara
murid.
vi) Sediakan peraturan yang jelas, senang, mudah difahami atau diikuti oleh
murid.
vii) Aktiviti didik hibur yang dirancang juga perlu memberikan kepuasan kepada
mereka yang menyertainya, serta boleh disertai seramai mungkin murid.

You might also like