You are on page 1of 1

4.

2 Senarai Semak
Saya telah membuat peninjaunan terhadap prasarana yang terdapat di sekolah

ini semasa saya menjalankan program PBS. Senarai semak menenai kesempurnaan

prasarana di sekolah ini telah saya sediakan sebelum menjalani program ini.
Melalui peninjauan yang telah saya jalankan, saya mendapati bahawa prasanara

di sekolah ini adalah lengkap. Sekolah ini dilengkapi dengan pejabat Guru Besar,

pejabat kerani, pejabat penolong kanan, pejabat guru, pejabat am, bilik rehat,

koperasi, kantin sekolah, tandas guru, tandas murid, bilik mesyuarat, bilik darjah,

makmal komputer, makmal sains, pusat sumber, bengkel kemahiran hidup, bilik

pemulihan khas, mural sekolah bilik SPBT, gelanggang, bilik alat sukan, sistem

siaraya, tempat letak kenderaan, pondok keselamatan, carta organisasi sekolah,

kata-kata hikmah, visi & misi sekolah, rukun negara, falsafah pendidikan

kebangsaan, papan notis sekolah, klinik pergigian sekolah, bilik bimbingan dan

kaunseling, kecerian sekolah, televisyen, pembesaran suara, mesin water cooler,

sudut komputer dalam pejabat guru, peti keselamatan, dan bilik Muzik.
Kelengkapan kemudahan sesebuah sekolah amat penting bagi mewujudkan

keadaan yang selsesa dan kondusif untuk pembelajaran. Dengan ini, prestasi guru

dan murid dapat ditingkatkan. Melalui peninjauan, saya juga mendapati bahawa

peralatan ICT yang canggih dan lengkap telah disediakan di beberapa kelas.

Peralatan ini termasuk LCD, screen LCD, komputer, dan sebagainya. Para guru telah

menggunakan peralatan ICT ini semasa proses P&P mereka dijalankan. Dengan ini,

murid akan lebih memahami dan tertarik dengan proses P&P kerana terdapat aksi-

aksi dan video-video yang menarik. Peralatan ICT memang mendatangkan banyak

faedah kepada guru untuk menjalankan proses P&P.

You might also like