You are on page 1of 14

SULIT PKSR 1Tahun 4 / 2019

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT RAMBAI,


KM 11, BUKIT RAMBAI,
75250 MELAKA

PENTAKSIRAN KENDALIAN SEKOLAH RENDAH 1


TAHUN 4 / 2019
SAINS 018/1
Kertas 1
1 jam Satu jam

NAMA:________________________________ TAHUN: 4____________

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan dwibahasa.

2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Bagi
setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja.

4. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan,

5. Serahkan kertas jawapan objektif kepada pengawas peperiksaan pada akhir


peperiksaan.

Kertas soalan ini mengandungi 13 halaman bercetak

1
SULIT PKSR 1Tahun 4 / 2019

1. Rajah menunjukkan satu penyiasatan

Apakah deria yang terlibat dalam penyiasatan ini ?


A Deria bau
B Deria sentuh
C Deria pendengaran
D Deria penglihatan

2. Rajah menunjukkan dua objek yang dikelaskan bersama.

gabus gelang getah

Antara yang berikut, ciri-ciri yang manakan digunakan untuk mengelaskan objek itu ?
A Objek yang boleh ditarik oleh magnet
B Objek yang dibuat daripada bahan yang sama
C Objek yang timbul di permukaan air
D Objek yang mempunyai bentuk yang sama

3. Antara yang berikut, yang manakah menggunakan kemahiran proses sains "mengukur dan
menggunakan nombor" ?
A Keadaan cuaca sepanjang minggu ialah hujan
B Kitaran hidup katak terdiri daripada empat peringkat
C Kucing berkaki empat manakala ular tidak berkaki
D Jarak yang dilalui oleh guli pada saat kesepuluh ialah 112 cm

4. Rajah menunjukkan seorang murid membuang sisa cecair ke dalam bakul sampah.

2
SULIT PKSR 1Tahun 4 / 2019

Apakah tindakan yang betul yang sepatutnya dia lakukan ke atas sisa cecair itu?
A Membuang sisa cecair itu ke dalam longkang
B Memasukkan semula sisa cecair itu ke dalam bekas asalnya
C Membuang sisa cecair itu ke dalam singki
D Memasukkan sisa cecair itu ke dalam beg plastik

5. Rajah menunjukkan satu situasi di bilik Sains

Apakah akibat yang mungkin berlaku kepada murid-murid itu ?


A Mereka akan dipuji oleh guru
B Mereka akan tercedera
C Mereka akan lebih berhati-hati untuk menjalankan eksperimen
D Mereka akan lebih berminat menjalankan eksperimen

6. Rajah dibawah menunjukkan seorang murid sedang menyalakan penunu Bunsen dengan
menggunakan sehelai kertas.

3
SULIT PKSR 1Tahun 4 / 2019

Mengapakah perbuatan ini dilarang ?


A Boleh menyebabkan keracunan
B Boleh menyebabkan kebakaran
C Boleh menggangu murid lain
D Boleh menyebabkan kerosakan kepada alat itu

7. Rajah dibawah menunjukkan satu situasi di bilik Sains.

Apakah yang sepatutnya dilakukan oleh murid itu ?


A Meminta bantuan rakan untuk mengutip peralatan yang pecah
B Membuang peralatan yang pecah ke dalam singki
C Membiarkan sahaja peralatan yang pecah di atas meja
D Melaporkan kepada guru dengan segera

8. Gambar- gambar di bawah merupakan organ yang terdapat dalam badan manusia. Antara berikut,
organ yang manakah mengeluarkan peluh?

A B C D

9. Rajah di bawah menunjukkan sejenis organ manusia.

4
SULIT PKSR 1Tahun 4 / 2019

Bahan buangan yang manakah disingkirkan oleh organ ini?

A Urea
B Najis
C Peluh
D Karbon dioksida.

10. Rajah di bawah menunjukkan keratan rentas bagi sebuah organ.

Apakah fungsi organ tersebut?


A Mengeluarkan tinja
B Menyingkirkan peluh
C Memproses air kencing
D Membebaskan gas karbon dioksida

11. Apakah kesan kepada manusia jika mereka tidak menyingkirkan bahan buangan melalui proses
perkumuhan?

A Menjadi semakin sihat


B Berat badan semakin meningkat
C Kesihatan manusia akan terjejas
D Kehidupan manusia menjadi lebih aman dan bahagia.

12. Antara penyakit berikut yang manakah boleh dihidapi jika proses penyahtinjaan tidak berlaku?
A Batu karang
B Kanser usus
C Kencing berdarah
D Serangan jantung

13. Rajah dibawah menunjukkan satu organ dalam


badan manusia.

5
SULIT PKSR 1Tahun 4 / 2019

Apakah fungsi organ P ?


A Menghadamkan makanan
B Mengumuhkan bahan buangan
C Menarik dan menghembus nafas
D Menghalang abu memasuki badan

14. Antara yang berikut, pasangan yang manakah betul ?


Rangsangan Organ deria
A Tersentuh cerek panas Telinga
B Makan limau yang masam Lidah
C Mengangkat dan menarik kaki apabila terpijak benda tajam Mata
D Menggunakan cermin mata gelap semasa cahaya matahari terik Hidung

15. Antara yang berikut, situasi yang manakah menunjukkan gerak balas terhadap rangsangan?

16. Berikut adalah kesan tabiat buruk.

 Gigi kuning
 Batuk
6
 Kanser peparu
SULIT PKSR 1Tahun 4 / 2019

Apakah tabiat buruk tersebut ?


A Merokok
B Menghidu gam
C Penyalahgunaan dadah
D Makanan tidak seimbang

17. Antara yang berikut, pernyataan yang manakah adalah betul tentang kesan tabiat buruk?
A Memudaratkan kesihatan
B Menyebabkan badan rasa sihat dan segar
C Mempercepatkan gerak balas terhadap rangsangan
D Menjalani kehidupan dengan gembira dan bahagia

18. Antara yang berikut, yang manakah bukan amalan hidup sihat ?
A Rehat yang cukup
B Bersenam setiap petang
C Minum air sebanyak 8 gelas sehari
D Makan lewat malam

19. Antara yang berikut, ciri manakah tidak diwarisi oleh anak daripada kedua-dua ibu bapanya?
A Warna kulit
B Rupa paras
C Keadaan rambut
D Kecantikan

20. Rajah di bawah menunjukkan sebuah poster.

Apakah yang poster itu tidak galakkan?

A Minum arak dan memandu


B Mengambil dadah
C Merokok
D Menyalakan api

7
SULIT PKSR 1Tahun 4 / 2019

22. Salim berjalan berdekatan tempat pembuangan sampah. Apakah gerak balas yang mungkin
dilakukan oleh Salim berdasarkan situasi tersebut?

A Dia akan berlalu pergi.


B Membuat aduan kepada pihak berkuasa.
C Menutup hidung dengan serta-merta dan berlalu pergi.
D Membersihkan kawasan tempat pembuangan sampah.

23. Antara yang berikut yang manakah menerangkan istilah gerak balas?
A Tindakan untuk mengundang bahaya.
B Proses hidup yang dijalani oleh manusia sahaja.
C Tindakan yang diambil terhadap rangsangan.
D Perubahan bersekitaran yang dikesan oleh manusia.

24. Rajah menunjukkan ahli keluarga Mei Ling.

Apakah ciri yang diwarisi oleh Mei Ling daripada bapanya?


A Usia
B Ketinggian
C Jenis rambut
D Bermata sepet

25. Antara berikut yang manakah merupakan ciri pewarisan?


A Saiz badan
B Bentuk badan
C Bilangan jari
D Rupa paras

26. Antara aktiviti berikut, yang manakah tidak memudaratkan kesihatan manusia?

8
SULIT PKSR 1Tahun 4 / 2019

A Menghidu gam.
B Menghisap rokok.
C Minum minuman beralkohol.
D Makan makanan yang seimbang.

27. Rajah menunjukkan salasilah keluarga Aini.

Berdasarkan rajah diatas, apakah inferens (sebab) yang boleh dibuat?


A Manusia bertumbuh.
B Manusia gemar hidup dalam kumpulan.
C Setiap ahli keluarga terdiri daripada tiga generasi.
D Manusia melahirkan anak untuk meneruskan generasi.

28. Rajah menunjukkan satu tabiat buruk yang boleh mengganggu proses hidup manusia.

Apakah kesan buruk tabiat di atas?


A Pening
B Obesiti
C Kurap
D Halusinasi

29. Berikut adalah kesan tabiat buruk.

9
SULIT PKSR 1Tahun 4 / 2019

 Halusinasi
 Pening
 Lambat bertindak balas terhadap rangsangan

Apakah tabiat buruk yang dimaksudkan?

A Merokok.
B Minum minuman beralkohol.
C Makan makanan yang tidak seimbang.
D Tidak mengamalkan cara hidup sihat.

30. Rajah menunjukkan satu poster yang digunakan dalam satu kempen.

Apakah objektif (tujuan) kempen tersebut?


A Jauhkan diri daripada gejala dadah.
B Dadah merupakan musuh negara.
C Dadah boleh membawa maut.
D Kenali jenis-jenis dadah.

31. Mengamalkan pemakanan yang sihat dapat mengelakkan diri daripada pelbagai jenis penyakit.
Apakah kepentingan menjaga pemakanan?

A Mudah mendapat penyakit.


B Membekalkan tenaga seharian.
C Mampu melawan pelbagai jenis penyakit.
D Pertumbuhan manusia akan terbantut.

32. Rajah dibawah menunjukkan empat haiwan, J, K, L dan M.

Haiwan-haiwan manakah yang bernafas melalui spirakel?


A J dan K C J dan M
B L dan M D K dan L

33. Gambar dibawah menunjukkan seekor belalang.

10
SULIT PKSR 1Tahun 4 / 2019

Bahagian manakah yang ditandakan A, B, C dan D merupakan organ penafasan bagi seekor belalang?

34. Yang mana antara berikut tidak dipadankan dengan betul?


Haiwan Organ penafasan
A Ular Peparu
B Ikan paus Insang
C Belalang Spirakel
D Cacing Kulit

35. Haiwan manakah yang bernafas menggunakan insang?

A C

B D

36. Rajah menunjukkan sebatang pokok di dalam pasu diletakkan di dalam kotak yang tertutup
dengan satu lubang cahaya seperti di bawah. Setelah minggu, pemerhatian seperti di bawah :

Apakah kesimpulan yang dapat kamu buat berdasarkan pemerhatian di atas?


A. Tumbuhan itu bergerak balas terhadap air

11
SULIT PKSR 1Tahun 4 / 2019

B. Tumbuhan itu bergerak balas terhadap cahaya matahari


C. Tumbuhan itu bergerak balas terhadap graviti
D. Tumbuhan itu bergerak balas terhadap sentuhan
.
37. Pernyataan yang manakah pasangan yang betul dengan organ pernafasan?

A Ikan keli - insang


B Cacing tanah – Trakea
C Buaya – Kulit lembap
D Lipas – peparu

38. Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan gerakbalas yang betul?

A B

Cahaya matahari Cahaya matahari

Tanah lembap Tanah kering Tanah lembap Tanah kering

C D

Cahaya matahari Cahaya matahari

Tanah lembap Tanah kering Tanah kering


Tanah lembap

39. Tumbuhan bergerakbalas terhadap rangsangan dengan bahagian-bahagian yang berlainan.


Manakah antara padanan yang berikut adalah salah?

12
SULIT PKSR 1Tahun 4 / 2019

Bahagian tumbuhan Rangsangan

A Akar Air

B Pucuk Cahaya matahari

C Akar Graviti

D Daun Air

40. Rajah di bawah menunjukan biji benih yang bercambah.

Apakah yang diperhatikan selepas seminggu?

A Akar tumbuh ke atas


B Pucuk tumbuh ke bawah
C Pucuk tumbuh ke atas dan akar tumbuh ke bawah
D Akar dan pucuk tumbuh ke bawah

KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

13
SULIT PKSR 1Tahun 4 / 2019

----------------------------- ---------------------------------- ----------------------------------


--- ---
Pn. Nurazlina Jamaludin Pn. Haslinda bt Omar
Guru Sains Tahun 4 Ketua Panitia Sains

14

You might also like