You are on page 1of 2

NAMA : TAHIR BIN SHEIKH MUHAMMAD

DIKENALI : SHEIKH MUHAMMAD TAHIR JALALUDDIN AL-FALAKI AL-AZHARI

KELAHIRAN / KEMATIAN : 9 DISEMBER 1869- 26 OKTOBER 1956

ASAL : MINANAGKABAU, INDONESIA

PENDIDIKAN SHEIKH TAHIR :

 Belayar ke Mekkah ketika berumur 12 tahun


 Belajar agama daripada saudara sepupunya di Masjidil Haram
 Menyambung pelajaran dalam bidang ilmu falak di Universiti al-Azhar pada 1893 M
 Pulang ke tanah air pada 1899M dan mengembangkan ilmunya bagi memajukan
masyarakat

SUMBANGAN

 Beliau memberi sumbangan yang besar terhadap pemikiran Islam melalui penulisan,
ceramah dan sebagainya.
 Beliau aktif memberi kesedaran dan kebangkitan semangat nasionalis
 Beliau berusaha memperbaiki pemikiran orang Melayu yang percaya kepada perkara
khurafat dan syirik
 Beliau menggalakkan orang Islam berfikir kea rah kemajuan
 Beliau bergerak aktif dalam gerakan Islam di Tanah Melayu
 Beliau menerbitkan majalah Al-Imam yang membincangkan kemunduran orang
melayu, penjajahan, kekurangan ilmu pengetahuan dan sebagainya
 Menyeru umat Islam mencari pengetahuan, mempebaharui cara hidup sesuai
dengan cara Islam
 Menubuhkan pusat pendidikan di Singapura (Madrasah Al-Iqbal Al-Islamiah)
 Terlibat dalam seni kesusasteraan Melayu.
 Menyeru umat Islam supaya mengamalkan ajaran Islam yang berteraskan Al-Quran
dan Sunnah
 Menjauhkan pengaruh negative barat
 Menyeru umat Islam mempelajari ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah
 Menolak taklid buta
ILMU FALAK

Sebagai seorang ahli Falak, beliau sering dihadapkan dengan pertanyaan-pertanyaan


berhubung dengan cara menggunakan Ilmu Hisab bagi menentukan tarikh berpuasa dan
berhari raya. Banyak daripada pertanyaan-pertanyaan tersebut datang dari penduduk di
Tanah Melayu mahupun dari Indonesia. Pandangan beliau mengenai tarikh kemunculan
anak bulan Ramadhan atau pun bila berlakunya gerhana matahari, sering kali disiarkan
diakhbar-akhbar tempatan. Selain itu beliau juga sangat mengambil berat tentang amal
kebajikan di dalam masyarakatnya. Misalnya beliau sangat memberatkan pentingnya
sesebuah masjid itu mempunyai kiblat yang betul dan tepat mengikut hala Kaabah di
Mekah. Beliau berpendapat bahawa sembahyang tanpa menghadapi arah kiblat yang tepat
adalah tidak sah. Dengan itu beliau merasa bertanggungjawab bagi membetulkan kiblat
masjib oleh kerana beliau memahami Ilmu Falak.

Memandangkan betapa pentingnya kiblat bagi syarat sah sembahyang orang Islam, Syeikh
Tahir pernah dilantik oleh Sultan Idris, Perak untuk menjadi pemeriksa kiblat diseluruh
negeri Perak. Beliau pernah melahirkan kekesalannya kerana terdapat banyak mihrab
masjid yang tidak sehala dengan arah kiblat. Misalnya ketika beliau menjadi pemeriksa
kiblat masjid-masjid di Perak pada tahun 1900 beliau telah melapurkan bahawa terdapat
banyak masjid-masjid di Tanah Melayu tidak menuju hala kiblat yang tepat seperti mana
yang berlaku kepada masjid di Teluk Anson, Perak. Selain itu didapati juga masjid-masjid di
Pulau Pinang, masjid di Kuala Lumpur dan Masjid Sultan di Kampung Gelam, Singapura
turut tidak mengikut hala kiblat yang betul. Ekoran dari timbulnya kekeliruan dalam hal
berkaitan dengan hala kiblat masjid, Syeikh Tahir telah mengambil inisiatif untuk
menerbitkan dua buah buku. Buku Pati Kiraan pada menentukan waktu yang Lima dan hal
Kiblat dengan Logarithma, diterbitkan di Singapura melalui al-Ahmadiah Press pada tahun
1938. Seterusnya pada tahun 1951 diterbitkan pula buku Natijah al-Ummi (pendapat kira-
kira pada takwim tarikh Hijrah dan Miladi, hala kiblat Mazhab Shafii).

You might also like