You are on page 1of 3

Pengenalan

Perjanjian persekutuan 1895 telah ditandatangani pada 12 Jun 1895 dan


dikuatkuasakan pada 1 Julai 1896. Negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang
disatukan menjadi NNMB. Pusat pentadbiran terletak di Kuala Lumpur dan diketuai oleh
seorang Residen Jeneral. Frank Swettenham merupakan Residen Jeneral Pertama.

Terdapat beberapa syarat dalam perjanjian tersebut. Pertamanya, raja-raja bersetuju


menggabungkan negeri mereka menjadi sebuah persekutuan yang akan dikenali sebagai
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Seterusnya,raja-raja bersetuju menerima seorang
pegawai British sebagai Residen Jeneral. Di samping itu, raja-raja bersetuju mengikut
nasihat Residen Jeneral dalam semua perkara kecuali yang berkaitan dengan agama Islam
dan adat istiadat Melayu. Raja-raja juga bersetuju membantu negeri-negeri yang
memerlukan bantuan mengikut nasihat kerajaan British. Selain itu, residen Jeneral
bertanggungjawab kepada Gabenor Negeri-Negeri Selat yang juga menjadi Pesuruhjaya
Tinggi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

Rumusan

Secara keseluruhannya, pengajaran yang boleh didapati dalam Pesetiaan Persekutuan


1895 ini adalah, seorang pemimpin negara haruslah bijak mentadbir negara atau negeri.
Jikalau pemerintah seorang yang berkaliber dan berfikiran jauh, sudah tentu anasir-anasir
luar tidak akan mengambil alih pemerintahan negara kita.

Selain itu, seorang pemimpin tidak seharusnya mengambil keputusan untuk


membiarkan negara mereka ditadbir oleh orang luar. Ini kerana orang luar akan cuba
mengaut keuntungan dan tidak akan prihatim terhadap kesejahteraan rakyat serta
kemajuan negara tersebut. Contohnya, apabila Residen Jeneral dari British diterima oleh
raja-raja Melayu, mereka dipaksa mendengar nasihat Residen Jeneral dalam semua
perkara kecuali perkaran yang berkaitan agama Islam dan adat istiadat Melayu.

Kesimpulannys, seorang pemerintah haruslah bijak memimpin dan mentadbir negara


sendiri. Saya berharap bahawa pemimpin negara kita pada masa kini mementingkan
keharmonian dan kesejahteraan rakyat bagi mewujudkan negara Malaysia yang berdaulat
dan dipandang tinggi di seluruh dunia.

Perkaitan

Perkaitan yang pertama dalam Pembentukan Perssekutuan 1985 dan kedaulatan


Malaysia ialah, dahulunya, kuasa sepenuhnya diberikan kepada Pesuruhjaya Tinggi
British. Akan tetapi, urusan seperti ekonomi, kewangan, cukai, dan import eksport pula
semuanya di bawah kuasa Residen Jeneral.

Kedaulatan Malaysia kini, pentadbiran Malaysia dikendalikan oleh pemimpin negara


ini dan bukan oleh orang luar. Ianya di bawah kuasa Perdana Menteri yang dilantik
melalui sistem demokrasi.

Dari perspektif agama pula, Islam kekal sebagai agama rasmi dan pihak British tidak
dibenarkan untuk campur tangan dalam hal ehwal yang berkaitan dengan agama Islam
mahupun adat istiadat orang Melayu. Agama Islam terus kekal sebagai agama rasmi di
negara ini.

You might also like