You are on page 1of 3

Minat masyarakat terhadap tarannum al-

Qur'an pada hari ini berada pada tahap


yang rendah. Beri pandangan anda dalam
isu ini..

Pada pandangan saya, Masyarakat hari ini kurang mempunyai minat dalam bertaranum
kerana menganggap tarannum sebagai satu aktiviti yang tidak menyeronokkan dan
membosankan. Selain itu, terdapat sesetengah pihak yang malas untuk mempelajari ilmu
tarannum al quran kerana menganggap suatu yang tidak penting. Perkara yang sebegini
berlaku mungkin disebabkan mereka tidak diberikan pendedahan berkaitan dengan
keindahan ilmu taranum sejak daripada bangku sekolah lagi. Bak kata pepatah melentur
buluh biarlah dari rebungnya.

Di samping itu juga, terdapat juga golongan yang meminati tarannum tetapi tidak
dikurniakan suara yang sempurna untuk menggalunkan bacaan sehingga menyebabkan
mereka berputus asa dalam mempelajari ilmu tarannum ini. Oleh sebab itu ulama ada
berkata kita perlu bersabar dalam menuntut ilmu. Sabar merupakan kunci untuk seseorang
itu mencapai kejayaan.
Dalam pembelajaran ilmu tarannum
terdapat dua aliran iaitu aliran hijazi dan
aliran misri. Benpandukan sumber-
sumber yang boleh dipercayai, jelaskan
perbezaan antara dua aliran tersebut.

Perbezaan Antara Dua Aliran Hijazi Dan Aliran Misri Ialah

Hijazi

Aliran ini dikaitkan dengan persekitaran dan suasana tempatan di Mekah dan Madinah.
Antara ciri geografi di kawasan ini ialah kawasannya yang berpadang pasir, bentuk muka
buminya yang berbukit dan kebiasaannya suhu di kawasan ini adalah tinggi hingga pada
satu tahap boleh mencapai 40 darjah celcius. Oleh itu gaya bacaan dan irama bagi aliran
hijazi ialah lincah, nada suara yang tinggi kehangatan.

Aliran tarannum Hijazi popular di dunia Islam sebelum tahun 1940-an. Lagu-lagu asas
mereka boleh diketahui dengan kata-kata “Bihumurin jasad”

1. Banjakah.

2. Husaini.

3. Mayyah.

4. Rakbi.

5. Jiharkah.

6. Sikah.

7. Dukah.
Misri

Aliran misri pula dikaitkan dengan suasana yang lebih tenang dan damai kerana Negara
Mesir terletak di lembah sungai Nil yang subur menghijau dengan tanaman dan bersuhu
sederhana berbanding suhu di kawasan Mekah dan Madinah. Justeru kita dapat lihat irama
dan rentak yang dihasilkan lebih lembut dengan lenggok suara yang sederhana.

Asas Tarannum Aliran Misri selepas tahun 1940-an hingga ke hari ini, aliran tarannum Misri
pulalah yang popular. Tarannum asas aliran Misri ialah:

1. Al-Bayyati.
2. Soba.
3. Hijaz.
4. Nahawand.
5. Rast.
6. Sikah.
7. Jiharkah.

You might also like